Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 41

"Tiada derita, tiada bahagia"

"GURU CEMERLANG PADA TAHUN INI JATUH KEPADA CIKGU... AMIRA DHIYA!"  Namanya di sebut kuat. Para pelajar bersorak dengan lantangnya.

"Wuuu, cikgu Dhiya laa" suara anak murid mengusik dibiarkan. Dhiya senyum hingga ke telinga. Lima tahun hidup di sini, dia belajar erti kehidupan yang sebenar. Di sini, Dhiya bukan sahaja mengajar untuk menjadikan murid pandai tetapi dia juga diajar erti kesusahan sebenar.

Segalanya sudah banyak didalami. Dari yang senang hingga yang susah, dari yang kaya hingga yang miskin. Semua mereka ada kisah tersendiri yang menyimpan begitu banyak beban namun masih tersenyum riang. Tinggal di Sabah juga membuat Dhiya menjadi lebih matang.

Rasa ingin terus menetap di sini namun inilah tahun terakhirnya sebelum kembali ke tanah semenanjung semula. Ibu ayahnya sudah tua, sekarang masa untuk Dhiya berbakti kepada mereka berdua sebelum mata mereka tertutup untuk selamanya.

"Tahniah Cikgu" cikgu yang memakai tag Syahirah tu berkata.

"Terima kasih Cikgu" Dhiya membalas lalu tersenyum.

Dhiya melihat hadiah yang diperolehinya. Senyuman indah mekar di wajahnya. "Irya... Ibu dah berjaya".

●●●

"Liya, kan papa dah kata jangan main kat situ. Kenapa Liya main juga?" Irfan menegur lembut.

"Papa kata jangan main kat situ kan, Liya main kat sini" Auliya dengan mulut becoknya berbicara.

"Ya Allah, sama je la tu" Irfan menepuk dahinya.

"Tak sama la papa" Liya menarik muka lalu menjeling Irfan.

Irfan tertawa perlahan. Wajah anaknya ini tidak mengikut mukanya mahupun Naura tetapi wajah seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya.

"Papa, dah dua tahun kan mama pergi, Liya rasa nak mama baru la. Papa boleh bagi tak?" Auliya sengaja menanya papanya kerana itulah yang diajar oleh neneknya. Tokma Khadijah.

"Ya, tapi papa tak nak kahwin dah" Irfan membalas lalu mencium dahi anaknya.

"Jadi? Liya tak ada mama dah?" Liya bertanya.

"Ada! Ada kat syurga" Irfan berkata seraya mengangkat Auliya.

"Papa ni!" Auliya menarik muka.

"Dah la Liya, mari pulang".

Hidup mereka berdua berubah sejak Naura meninggal dunia. Tiga tahun selepas melahirkan Auliya, Naura pergi menghadap Illahi kerana penyakit kanser rahim tahap empat. Sepanjang sakit, Naura hanya duduk di sejadah. Berdoa siang dan malam tanpa lelahnya. Naura juga sering memohon kemaafan dari Allah SWT.

Irfan pula hilang pedoman. Dia berhenti bekerja sebagai doktor dan mula berusaha keras dalam menjaga anaknya. Kemarahan mama papanya masih belum reda menyebabkan Irfan jatuh mendadak. Hidup dibelenggu  kesusahan, yang membantu hanya keluarga isterinya. Namun itu masih tidak memadai kerana dia sendiri perlu banyak wang untuk menyara kehidupan.

Kifarah itu tetap ada, ya balasannya tidak setimpal namun itu sudah memadai. Meninggalkan Dhiya untuk Naura dan Naura meninggalkan dia bersama Auliya dan diakhirnya seorang pun tiada jodoh bersama selain jodoh bersama Allah SWT.

Inilah peraturannya, yang menyakitkan akan disakitkan dan yang membuat kebaikan pasti dibalas kebaikan. Sama juga seperti manusia, yang baik pasti dipandang mulia dan jahat akan dipandang hina. Berputar putar seperti roda, tidak berhenti sebelum tiba masanya.

●●●


Dhiya berjalan ke kelas Lima Berlian. Keadaan yang sunyi sepi membuat Dhiya tertanya-tanya.

"Assalammualaikum"

"SUPRISE!"

Dhiya terkejut lalu tersenyum manis.

"Aduh cikgu..."

"Kamu kenapa Aiman?" Dhiya bertanya.

"Senyumanmu membuat ku jatuh, senyuman cikgu sungguh membunuh jiwa dan raga ku" Aiman berkata-kata sambil membuat gaya.

Seisi kelas ketawa riang. "Kau ni kan, nda pandai berubah ah" Dhiya bercakap menggunakan slang Sabah.

"Uina cikgu cakap Sabah ah, berkenan sudah ka cigu?" Aiman menyakat Dhiya lagi.

"Aduina kau ni, sudahlah bah kita mesti hargai masa yang ada" Dhiya ketawa.

Kelas sudah terhias cantik, makanan juga banyak di atas meja. Tiga biji kek terhidang di atas meja dengan berlainan rasa. Dhiya terharu. Lagi berat hatinya ingin meninggalkan pelajar-pelajar kesayangannya ini.

"Alolo cikgu, terharu kaitu?" Aiman bersuara membuat Dhiya menggelengkan kepala.

"Ya la bah Man, kamu ni bukan selalu sweet-sweet selalunya masam seja" Dhiya ketawa mengekek.

"Cikgu kami mau menyanyi ni, ada juga gitar kami bawa" Aiman menyuarakan hasrat mereka sekelas.

"Amboi, nak nyanyi pula. Baiklah" Dhiya memberi kebenaran.

"Ok gais, jum kita mula. Satu dua tiga..."

"Tulus setiamu Cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depanAiman mula menyanyi sambil memetik gitar.

"Dari ABCDE 1 2 dan 3
Hingga aku tahu baca dan kira" pelajar perempuan menyambung.

"Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu" giliran pelajar lelaki mengganti.

"Terima kasih padamu Cikgu
Jasamu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasihku kepadamu Cikgu
Terima Kasih Cikgu...

Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Pebuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya
Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih padamu Cikgu
Jasamu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasihku kepadamu Cikgu

Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu
Terima kasih padamu Cikgu
Jasamu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasihku kepadamu Cikgu

Terima kasih padamu Cikgu
Jasamu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasihku kepadamu Cikgu
Terima kasih padamu Cikgu
Jasamu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasihku kepadamu Cikgu" mereka semua berdiri lalu melambai tangan ke arah Dhiya.

"TERIMA KASIH CIKGU DHIYA!" mereka berteriak mengucapkan terima kasih.

Dhiya mengusap air mata gembira. "Terima kasih semua..." Dhiya mengelap lagi air mata yang deras mengalir. Dari mereka tingkatan satu hingga ke tingkatan lima, Dhiya la satu-satunya cikgu yang bertahan melayan kerenah mereka. Ya, murid kelas ketiga dari belakang. Mereka bukan pelajar bermasalah namun mereka pelajar yang perlu diberi perhatian.

Mereka memberontak bukan kerana tidak suka sekolah namun masalah yang dihadapi tidak tahu di mana ingin dilepaskan. Jadi, sekolah menjadi tempat mereka lepaskan semua. Walaupun begitu, mereka bukan pelajar bodoh, hanya kerana suka membuat helah maka mereka ditempatkan dikelas keempat.

Banyak perkara yang berlaku, namun semua hanya diri sendiri yang tahu. Semua manusia ada masalah cuma yang membezakan hanyalah cara mengatasinya. Ada orang yang membiarkan dirinya lemas dalam masalahnya dan ada juga yang berusaha keras untuk mengatasinya. Kita adalah manusia biasa yang tiada kuasa untuk mengubah semula masa silam kita, namun kita boleh memperbaiki diri dari sekarang untuk masa hadapan nanti.

"Cikgu, ini semua hadiah untuk cikgu. Saya sebagai ketua kelas Lima Berlian ingin menyampaikan satu dua kata untuk Cikgu Dhiya tersayang" Aiman berdehem.

"Saya mewakili seisi kelas Lima Berlian ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana setia mengajar kami tanpa kenal erti penat dan lelah, cikgu, kami harap sangat cikgu tak pindah tapi kami faham cikgu perlu pulang. Cikgu, kami minta maaf jika pernah sakitkan hati cikgu, buat cikgu marah dan buat cikgu di tanya oleh pengetua tentang keputusan kami yanh teruk. Kami berjanji cikgu, selagi kami bernyawa, nama cikgu takkan pernah kami lupa. Cikgu adalah guru terbaik pernah kami kenal"

"Semoga cikgu sentiasa dirahmati bahagia dan semoga bertemu jodoh buat kali kedua. Kami doakan cikgu berjaya sentiasa. Terima kasih cikgu, saranghae" Aiman bermadah dan diakhir ucapannya tangan di angkat dan mini love dibuat.

Dhiya tidak menahan air mata yang jatuh. Hanya tertawa dan mengelap air mata. "Hailah kamu ni, macam mana cikgu nak pergi ni. Terima kasih sayang cikgu semua, semoga kamu berjaya dengan cemerlang masa SPM nanti. Jangan hampakan cikgu, Cikgu tunggu kamu semua datang semenanjung ya" Dhiya tertawa. Mereka semua meluangkan masa bersama.

●●●

Dhiya menghembus nafas lega apabila kapal terbang itu mendarat dengan sempurna. "Hai tempat tinggalku, selamat bertemu".

"Ibu... Ibu baru balik. Liya rindukan ibu tau, sampai hati ibu tinggalkan Liya. Huwaaaaaaa, Ibu... Liya rindu ibu, hiks" seorang kanak-kanak memeluk Dhiya dan bercakap dengan lajunya.

Dhiya tidak sempat mengelak budak itu sudah mendekat. Pandangan orang disekeliling Dhiya sangat tajam. Dan ada beberapa manusia mula berbicara.

"Ibu apalah dia ni, tinggalkan anak lama"

"Tulah, kesian anak tu rindukan dia".

Dhiya menutup mata. Geram tidak terkata hatinya, anak siapa budak ni!

"Nak, saya bukan ibu kamu... saya tak kenal awak sayang" Dhiya bercakap dengan lemah lembut.

"Ibu.. awak ibu Auliya kan?" kanak-kanak itu bertanya polos.

Dhiya merenung wajah kanak-kanak itu. Kening berkerut. Wajah kanak-kanak itu direnung lama. Mengapa? Mengapa kanak-kanak ini seiras dengan wajahnya semasa dia kecil dulu?

Kanak-kanak itu tertawa kuat lalu meronta ingin turun. Dhiya meletakkan Auliya ke bawah.

Auliya ketawa kuat. "Acik, minta maaf tau! Liya memain je. Liya tahu acik bukan mama Liya tapi mengapa muka acik macam Liya? Kita dua cantik lah!" Auliya merenung Dhiya lama lalu mengenyitkan mata.

"Eh, acik!" Auliya teriak kuat.

"Allahu, kamu kenapa?" Dhiya terkejut.

"Papa saya.. huwaaaaa papa, Liya hilang! huwaaaaaaa" Auliya teriak kuat.

"Shush tenang-tenang. Kita cari papa kamu ya" Dhiya memujuk.

"Tapi... tak apa lah acik. Kita jalan-jalan nak tak? Liya teringin nak jalan-jalan kat sini. Acik nak tahu tak? Tadi kan papa dan Liya datang sini lepastu Liya jalan-jalan lepas tu Liya tengok papa dah hilang! Lepastu Liya jumpa acik. Kuatnya jodoh kita" Auliya bercerita panjang dengan mulutnya yang becok.

Dhiya menghembus nafas kuat. "Aish anak siapalah peramah sangat ni, tapi kalau Irya hidup, Irya tua setahun dua kot dari budak ni" Dhiya bermonolog sendiri.

"Kamu tahu tak nombor papa kamu?"

"Itulah masalah dia, tadi telefon Liya tertinggal dalam kereta papa. Ish Liya ni!" Dhiya memandang Auliya lalu menggelengkan kepalanya. Dah lah badan penat jumpa anak orang yang kuat membebel pula.

"Mari lah kita minum kat sana, nanti ada orang buat pengumuman baru kita pergi ya" Dhiya memegang tangan Auliya lalu menuju ke cafe.

Setelah tiga puluh minit menunggu, masih tidak ada orang mencari anaknya. Dhiya mahu tinggalkan budak ini namun rasa kesian bertandang ke hati.

"Hailah, Auliya nak ikut saya balik tak?" Dhiya menegur Auliya yang khusyuk memakan aiskrim vanila itu.

"Eee takut la acik, nanti acik potong kepala Liya, lepastu acik tanam Liya hidup-hidup, uwaaaaaaaa tachod la" Auliya membuat gaya sambil berbicara.

Dhiya pasrah. "Ya la, kamu duduk sini sampai jumpa papa kamu ya, saya dah penat dan nak rehat. Assalammualaikum" Dhiya berjalan laju namun Auliya mengejar dengan kaki yang pendek. Dhiya rasa nak menangis je. Malang apa la jumpa budak macam ni!

"Acik jangan nak perasan eh. Liya nak pergi kereta papa bukan ikut acik" Auliya berjalan ke hadapan Dhiya lalu berjalan angkuh. Dhiya tertawa perlahan.

"Bye acik, muah semoga bertemu lagi dengan Liya yang super cute ni!" Auliya berlari perlahan lalu masuk ke dalam sebuah kereta.

"Sudahlah Dhiya, baik kau balik" Dhiya melangkah keluar dari Airport itu.

"Lambatnya pergi tandas Liya" Irfan berkata seraya memandu keretanya. Kelibat seorang perempuan yang sedang  memasuki sebuah teksi membuat Irfan terkedu. "Dhiya?"

"Papa, tadi Liya kacau seorang perempuan tau. Tapikan pa, muka dia macam Liya! Sama cantik! Lepastu Liya pergi la minum kat Cafe dengan dia. Tapi dia comel la pa. Alah... lupa nak tanya nama lah" Auliya menundukkan kepalanya tanda kecewa manakala Irfan merenung ke hadapan.

Serupa dengan Auliya? Dhiya?.

"Pertemuan kali ini,
Pertemuan pertama kali,
Di antara seorang ibu yang kehilangan anaknya,
Dan seorang anak yang kehilangan ibunya,
Ini bukan kisah mereka,
Kerana bahagia sudah tidak dipinta"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro