Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 39

"Tiada derita, tiada bahagia"


Benarlah kata mereka, jangan pernah bermain cinta jika tidak ingin terluka.

Di malam yang gelap itu awan mendung kelihatan. Dhiya bangun dari tidur yang panjang. Sedar-sedar saja dia masih ditempat yang sama. Di sebelah kuburan anaknya. Dhiya mengusap batu nisan anaknya dengan penuh kasih-sayang seolah-olah dia sedang mengusap anaknya sendiri.

Bagai seorang yang tidak siuman Dhiya berjalan. Dhiya menempatkan kubur anaknya disebelah kubur adiknya, Alisyah. Hujan menitik dan makin lama semakin kuat. Dhiya mendongakkan kepala lalu melihat langit.

"Kau tak adil Ya Allah, dulu kau ambil adik aku, sekarang kau ambil anak aku! Mengapa Engkau menyiksa aku ya Allah? Hina sangat ka diri ku ini sehingga semua manusia sudah menjauhkan diri! Oh Allah, tidak ku perlu banyak dari-Mu, cukuplah kau ambil nyawaku. Tolonglah ya Allah, tolong penuhi kemahuan ku ini" Dhiya terduduk. Hujan yang lebat tidak diendahkan. Dhiya meraung sekuat hati.

"Ibu!! Dhiya dah kalah! Dhiya tak mampu lagi ibu, hiks" Dhiya menangis semahunya di bawah hujan lebat itu.

●●●

"Abang saya tak boleh tidur. Saya risaukan Dhiya" Anita mula merenung gambar Dhiya. Diusap sayang gambar Dhiya itu.

"Baliklah Dhiya, Ibu minta maaf. Ibu salah" Anita menangis mengingatkan segala perbuatan yang telah dilakukannya terhadap anaknya.

"Abang pun tak sedap hati, tapi sekarang dah lewat malam. Kita pun dah tua, takut nanti jatuh sakit pula jalan malam-malam ni" balas Hasyim.

"Tapi bang, Dhiya... Dhiya dekat mana?" esakan Anita masih kedengaran.

Tok, tok, tok.

Bunyi pintu di ketuk itu membuatkan mereka berdua berdiri serentak. "Abang, Dhiya dah balik" Anita berjalan laju ke pintu.

"Ibu..." Dhiya terjatuh ke dalam pelukan ibunya. "Anak Dhiya ibu... anak Dhiya dah tak ada!" Dhiya meraung di dalam pelukan ibunya. Baju ibunya digenggam erat.

"Ibu.. Dhiya minta ampun. Dhiya salah ibu, Dhiya anak derhaka. Ibu, Dhiya dah tak sanggup! Dhiya nak mati, ibu" Dhiya menangis lebih kuat.

"Allahu Dhiya, kenapa kamu tak bawa dia pulang ke sini" Anita mula teresak bersama Dhiya.

"Dhiya tak sanggup ibu! Dhiya tak sanggup" Dhiya menggelengkan kepalanya.

"Astagfirullahal ‘adzim, Dhiya bangun nak, bersihkan diri dulu. Nanti kamu jatuh sakit" Hasyim memaut bahu Dhiya. Namun tidak sampai beberapa saat, tubuh itu tidak bergerak.

"Dhiya!"

●●●

"Abang, Naura minta maaf sebab rosakkan hubungan abang dengan Dhiya. Naura tahu Naura salah" Naura menundukkan kepalanya, rasa bersalah makin hari makin terasa. Hatinya tak tenang memikirkan Dhiya.

"Awak cakap apa ni Naura? Awak tak buat salah la. Memang abang tak cintakan dia, nak buat macam mana?" ujar Irfan.

"Abang betul-betul tak cintakan Dhiya?" Naura bertanya.

"Betul, sumpah! Abang tak pernah cintakan Dhiya" Irfan menjawab jujur. Sedikit pun tiada perasaan bersalah terhadap Dhiya.

"Baiklah saya percayakan abang" Naura tersenyum kepada Irfan.

"Ya sayang. Macam yang abang cakap, mereka semua cuma masa silam abang sahaja" Irfan mencium dahi Naura.

"Ya la abang, jangan nanti suka balik kat janda abang tu dah lah. Dah la abang ada anak dengan dia!" Naura membuat muka.

"Tak akan sayang! Cuma awak dalam hati abang" mereka berdua bergelak tawa.

"Bila nak ada isi ni sayang" soalan Irfan membuat Naura malu.

"Ee abang ni, gatal!" Naura mencubit perut Irfan.

"Sakitlah sayang" Irfan tertawa kuat.

Mereka berdua tertawa bahagia.

"Abang janji dengan Naura untuk setia hingga ke jannah" Naura menatap wajah Irfan.

"Abang janji sayang. Semoga perkahwinan ini diberkati" mereka berdua tersenyum manis.

●●●

"Assalammualaikum ibu" Fiffy berlari naik ke atas rumah.

"Waalaikumsalam Fiffy, mari masuk" Hasyim menyambut kedatangan Fiffy.

"Ayah, Dhiya kat mana?" Fiffy bertanya kalut.

"Sabar dulu, bawa kawan kamu tu masuk" Encik Hasyim menyuruh mereka naik.

Fiffy, Rosa dengan Tikah melangkah masuk ke dalam rumah Dhiya.

"Ibu mana ayah?" Fiffy bertanya lagi.

"Ada kat bilik Dhiya, sebelum kamu masuk, pak cik nak cakap sesuatu ya. Kalau boleh kamu tolong ibu Dhiya tenangkan Dhiya. Jaga emosi dia, yang paling penting jangan tanya pasal Irfan lagi! Pak cik haramkan nama itu disebut dalam rumah ini. Pakcik harap kamu semua faham ya, pakcik buat macam ni demi kebaikan Dhiya juga" Encik Hasyim berbicara panjang lebar.

"Baik pakcik, kami tahu. Kami sendiri jijik ingin sebut nama jantan tak guna tu" Rosa dan Tikah membalas.

"Hah baiklah, kamu masuklah dalam bilik Dhiya. Dhiya dari semalam tak sedarkan diri. Nak dibawa ke Hospital, pakcik tak ada kereta. Kereta Dhiya pula tak tahu kat mana" Encik Hasyim mengeluh.

"Tak apa la ayah, Insyaallah nanti Dhiya bangun juga. Ayah rehatlah dulu, takut nanti ayah yang sakit" Fiffy membalas.

"Ya lah Fiffy, kamu bertiga buat la macam rumah sendiri ya" Encik Hasyim berjalan ke biliknya. Semalaman tidak tidur kerana menjaga Dhiya.

"Assalammualaikum ibu, Dhiya" Fiffy melangkah masuk ke dalam bilik Dhiya bersama Tikah dan Rose.

"Waalaikumsalam, mari masuk" Anita mula menyapa.

"Apa khabar ibu? Maafkan Fiffy sebab lama tak jenguk ibu" Fiffy mencium tangan Anita.

"Hah tak apa, ibu faham" Anita tersenyum sambil memeluk Fiffy.

"Dhiya macam mana ibu?" Fiffy bertanya sementara Tikah dan Rose pula menyalam tangan Anita.

"Macam ni la, masih tak sedarkan diri. Ibu nak minta tolong dengan kamu bertiga boleh?" Anita bertanya.

"Insyaallah boleh, nak minta tolong apa ibu?" Jawab Fiffy.

"Ibu ingat nak buat doa selamat untuk Irya"

"Irya siapa ibu?" Fiffy bertanya dengan kening berkerut.

"Arwah anak Dhiya" Anita menjawab lalu tidak dapat menahan tangisannya.

"ʾinnā li-llāhi wa-ʾinna ʾilayhi rājiʿūn" mereka bertiga ucap serentak.

"Allahu ibu, kami tak sempat lihat anak Dhiya lagi" mereka bertiga mengalirkan air mata. Hati siapa tak sedih bila sahabat di uji dengan berat sekali?.

"Dhiya terlalu tabah, dia buat semua sendiri. Dia terlalu kuat menghadapi semuanya" Anita bertambah sedih, dia sendiri pernah kehilangan anaknya namun lain bagi Dhiya kerana anak itu baru saja dilahirkan.

"Tabahnya kau Dhiya, kalau aku dekat tempat kau mungkin aku dah mati" Tikah bersuara.

"Kak Dhiya tabah ya, jangan lemah. Allah bersama akak" Rose berbisik di telinga Dhiya. Nama Mia ditukar kepada Dhiya.

Mereka berempat terpaku melihat air mata yang mengalir di pipi Dhiya. Anita tak sanggup melihat itu memalingkan wajahnya. Esakan yang ditahan terlepas jua. Tikah, Rose dan Fiffy juga tidak dapat menahan tangisan mereka.

"Dhiya, kami tunggu kau bangun ya. Tak apa, kau rehat la ya. Semoga tabah Dhiya"  Fiffy berbisik kepada Dhiya.

Mereka berempat keluar dari bilik Dhiya.

"Kamu semua boleh tolong ibu kan? Nak minta tolong dengan orang kampung, kamu sendiri tahu tanggapan mereka terhadap Dhiya kan" Anita mula berbicara.

"Ya ibu, kami akan tolong semampu kami" mereka menjawab.

●●●

Mata yang terpejam dibuka perlahan-lahan. Kepala yang sakit dibiarkan sakit, diri yang lemah dibiarkan lemah, hati yang pedih dibiarkan pedih dan jiwa yang luka dibiarkan penuh darah.

Dhiya merenung siling biliknya, bunyi bising di luar rumahnya dibiarkan. Setelah dua hari berpura-pura tidur, Dhiya beranikan diri membuka matanya dan berharap semua yang berlaku adalah sebuah mimpi. Dhiya tidak pernah kahwin! Dhiya tak pernah melahirkan dan anak Dhiya tak mati! Namun semuanya hanya sebuah angan-angan kerana semua itu sudah pun berlaku.

Dhiya menahan sesak di dada.Dhiya tersenyum mengingatkan ibunya yang telah memaafkannya namun mengapa? Kegembiraan itu tidak terasa. Mengapa anak yang ditunggu itu pergi baru dia dimaafi? Mengapa?

"Benar kemaafan itu yang aku mahu, namun bukan seperti ini. Mengapa ibu? Mengapa buat Dhiya macam ni. Dhiya tak sanggup!" air mata mengalir lagi. Dhiya teringat akan Irfan. Lelaki yang berjaya membuat dirinya dibelenggu derita. Dhiya teresak lagi memikirkan anak yang dikandungkannya telah pergi.

Pintu di buka. Dhiya cepat-cepat menutup matanya. Sekarang bukan masanya untuk dia bertemu semua. Biarlah segala sakit terubat, baru Dhiya sendiri bercakap.

"Dhiya, bangun nak. Dah lama Dhiya tidur. Maafkan ibu Dhiya, ibu ego. Sekarang ibu dah sedar, segalanya sebab ibu. Kalaulah ibu beri kasih-sayang mesti Dhiya tak menderita kan?" Anita mengusap rambut Dhiya.

"Dhiya, ibu tahu ibu salah. Ibu ego, terlalu ego. Ibu salahkan Dhiya sedangkan semua ini adalah takdir yang Allah cipta. Ibu cuma terkilan, adik kamu pergi terlalu cepat. Ibu tak sanggup terima, tapi sekarang ujian itu kena dekat Dhiya pula. Sakit Dhiya, sakit kehilangan anak yang kita cinta. Ibu faham Dhiya sedih tapi jangan hukum diri kamu nak. Bangun, kita makan ya, ibu tahu kamu dah sedar. Jangan berdalih lagi" Anita mencium dahi Dhiya lembut membuatkan Dhiya teresak.

"Ibu... macam mana nak kuat? Dhiya lupa ibu, Dhiya lupa erti redha" ujar Dhiya lalu menangis lebih kuat. 

Sang ibu juga turut sama sakitnya, bagaikan sebuah roda yang berputar setiap masa. Dulu, dia kehilangan anak yang dia cinta dan sekarang anaknya menghadapi perkara yang sama. Dugaan yang sama namun situasi yang berbeza. Tapi ia tetap kehilangan yang menyakitkan fizikal dan mental.

"Mari makan Dhiya, jangan hukum diri kamu. Ibu masak makanan kegemaran kamu ya?"

Dhiya hanya menatap wajah ibunya lama. "Ibu... Dhiya dah tahu mengapa ibu  marah dekat Dhiya, kerana kehilangan anak bagai hilang nyawa. Namun ibu, mengapa Dhiya di uji lebih dari semua?" Dhiya bertanya.

"Nak, semua manusia itu ujiannya berbeza, ada yang meninggal ketika melahirkan, ada pula yang kehilangan anak selepas melahirkan dan ada juga yang kedua-duanya tak dapat diselamatkan. Ibu bersyukur kerana Dhiya masih di beri peluang. Dhiya kena ingat, rezeki anak itu di tangan Allah. Jangan sia-siakan hidup Dhiya. Dhiya lebih dari layak mendapat bahagia. Lupakan Irfan, lupakan segala kenangan buruk dalam hidup Dhiya. Kita buka buku baru ya nak" Anita memeluk Dhiya dengan erat. Dhiya mengangguk.

●●●

Azan subuh berkumandang, Dhiya yang tidak tidur dari semalam itu hanya termenung ke luar jendela. Seorang kanak-kanak berbaju putih memanggil Dhiya. Dhiya hanya merenung sambil tersenyum.

"Sini Irya, jangan main jauh-jauh. Nanti kamu hilang susah ibu nak cari. Mari..." Dhiya tersenyum.

"Dhiya..."

Dhiya tersentak. Bayangan kanak-kanak itu menghilang. Dhiya tersenyum lalu tertawa.

"Dhiya kamu kenapa?" Anita bertanya apabila melihat Dhiya tertawa sendiri. Perasaan tidak sedap hati di buang jauh-jauh.

"Ibu... Ibu nak tahu tak? Irya main kat luar tadi" Dhiya bercerita lalu tertawa lagi. Lagaknya seperti melihat sebuah sketsa lucu.

"Allahu" Anita menutup jendela bilik Dhiya. Ayat suci Al-Quran dibaca.

"Dhiya, kita keluar ya. Bacaan yassin nak mula dah tu. Kita sedekahkan untuk arwah Irya ya" Anita memujuk.

"Ibu keluar la dulu, Dhiya nak siap-siap. Malu la Dhiya kalau orang tengok Dhiya macam ni" Dhiya memuncungkan bibirnya. Anita tersenyum pahit. Dugaan apa lagi Tuhan?




"Penderitaan sudah berakhir,
Kemaafan sudah diberi,
Sekarang hanya menanti,
Untuk bahagia sekali lagi"



Thank you sebab baca! And u know what, thank you for your support. TD road to 5K. Im so happy you know shshshshhshshssh. Goodluck kelas online ♡.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro