TD 35
"Tiada derita, tiada bahagia"
Senyuman diberi. Dhiya mengangguk seraya menyuruh Irfan duduk. Mereka berdua berpandangan.
"Cakaplah, saya sedia mendengar" ujar Dhiya.
"Aku tahu aku bukan suami yang baik, bukan suami pilihan kau dan bukan suami pilihan ibu ayah kau. Aku tahu aku banyak dosa terhadap kau. Aku pukul kau, layan kau teruk dan curang dibelakang kau. Aku tak tahu la kenapa ego boleh menang sampai macam tu sekali"
"Aku dah relakan pemergian arwah Alisyah, tapi itu tak bermakna aku dah maafkan kesalahan kau. Salah tetap salah Dhiya. Cuma aku rasa perkahwinan kita memang tak ada hala tuju. Makin hari makin kosong. Aku tahu kau tak cintakan aku, tapi sebagai ayah kepada anak kita, aku akan tunggu kau bersalin"
"Aku akan bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Apa pun yang nak dielakkan anak ini tetap darah daging aku. Cuma satu Dhiya, akan tiba satu masa, aku akan lepaskan kau. Mungkin hari esok atau nanti. Aku harap kau jumpa lelaki yang lebih baik dari aku, lelaki yang mencintai kau dan menyayangi kau"
"Aku tak pernah cintakan kau Dhiya, aku tak pernah ada perasaan sayang terhadap kau. Yang ada cuma dendam. Dendam yang membuat kita terbabas malam itu. Kau jangan risau, anak tu aku akan serahkan pada kau. Aku tak akan tuntut dia, dia milik kau" Irfan bercakap dengan nada yang lembut. Dia sebolehnya tidak ingin membuat Dhiya terasa. Takut akan menganggu emosi Dhiya.
Dhiya tersenyum. Bibir diketap. Air mata ditahan dari jatuh. Dhiya ingatkan hatinya akan tenang selepas Irfan menuturkan ayat itu namun sebaliknya yang berlaku. Mengapa hati ini pedih? Mengapa air mata tetap ingin jatuh? Mengapa jiwa ini menjadi begitu rapuh?
"Ya, saya tahu. Mungkin masa itu akan tiba tetapi mengapa bukan sekarang? Saya bersyukur awak dah redhakan pemergian Alisyah. Mungkin jodoh awak bersama Naura bukannya saya. Banyak sebenarnya hubungan yang gagal dipertahankan. Namun untuk hubungan kita, hanya berpisah jalan penyelesaiannya. Saya tahu saya banyak kekurangan sepanjang menjadi isteri awak"
"Saya kurang ajar, saya lawan awak. Saya isteri yang tak sempurna. Biarpun hubungan ini terjadi tanpa cinta ia tetap memberi memori indah. Perkahwinan pertama dan lelaki pertama yang hadir dalam hidup saya adalah awak selepas ayah dan abang saya. Tipulah jika hati tidak pernah jatuh, tipulah jika jiwa tak pernah rindu. Saya tak jatuh cinta dengan awak tapi kerana awak suami rasa sayang bertandang ke hati"
"Mungkin selepas ini, selepas penceraian yang akan berlaku ini. Saya akan buang perasaan ini dan teruskan kehidupan saya. Awak lelaki yang baik Irfan, cuma saya tersilap kerana masuk dalam kehidupan awak. Salah saya kerana semua ini terjadi. Saya ikhlaskan semua. Terima kasih memberi anak ini. Dia adalah tanda perkahwinan kita"
"Dia nyawa saya, jika dia pergi satu hari nanti. Saya tetap akan ikuti, sekalipun harus pergi dari dunia ini. Saya harap nanti, awak dan Naura mendapat zuriat yang baik-baik. Bahagiakan lah dia Irfan. Saya tahu, awak adalah cintanya. Terima kasih buat segalanya" Dhiya membalas lalu memberi senyuman ikhlas kepada Irfan.
Irfan bagai terpana melihat kelembutan Dhiya dalam berbicara. Irfan bangun dan menuju ke arah Dhiya.
"Terima kasih Dhiya sebab faham. Izinkan saya peluk awak boleh?" Irfan bertanya.
Dhiya mengangguk. Irfan menarik tubuh Dhiya lalu dipeluk erat tubuh itu. Mata dipejam, segala perbuatannya terbayang. Dhiya, wanita yang tabah dan kuat. Walau diberi luka, dia balas dengan senyuman indah. Dhiya membalas pelukan Irfan lalu wajahnya ditekapkan ke dada bidang Irfan. Irfan, lelaki yang pernah memberi bahagia, memberi kesedihan dan lelaki yang menjadi suami buat sementara.
Mereka berdua menyalurkan rasa. Rasa suka atau duka, benci atau rindu. Hanya mereka yang tahu, apa yang terbuku di dada.
●●●
Tudung yang dipakai dibetulkan. Naura tersenyum dihadapan cermin. "Cantik juga aku ni" dia berbisik lalu tertawa kecil. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Irfan. Dan hari ini mereka akan bincang tentang perkahwinan mereka.
"Assalammualaikum semua" Naura menyapa ahli keluarganya yang sedang makan bersama.
"Waalaikumsalam, hah Naura kamu nak pergi mana tu?" Encik Ibrahim bertanya.
"Naura nak pergi jumpa Irfan, abi. Nak bincang tentang perkahwinan" Naura menjawab.
"Kalau nak bincang suruh dia bawa mama papa dia, bukan kamu berdua yang berbincang. Abi dah bagitau dia awal-awal kan" kening Encik Ibrahim berkerut. Tak faham bahasa ke?
"Ya abi, Naura nak jumpa dia ni pun, nak tentukan tanggal nak berjumpa. Takkan la mama papa dia terus datang mengejut pula" Naura membalas lalu duduk disebelah Khairun.
"Sudah, sudah. Makan dulu ya. Nanti kamu berdua bincang" Puan Khadijah menegur.
Mereka sekeluarga diam tak bersuara.
●●●
Irfan tersenyum apabila melihat Naura menutup aurat dengan sempurna. Mereka berdua berbalas senyuman.
"Hai awak, lama tunggu?" Naura menyapa Irfan.
"Hai Naura, eh tak lama pun. Duduk lah" Irfan menjawab. Namun keadaan menjadi kekok. Naura yang dulunya gedik, sekarang menjadi ayu. Panggilan I, You. Pun sudah tidak digunakan.
"Cantik you pakai tudung" Irfan memuji Ikhlas.
"Eh tak ada la, biasa je saya tengok. Awak janganlah puji sangat, malu saya" balas Naura lalu menundukkan kepalanya.
Irfan tertawa, comel! Sekarang dia rasa harinya dipenuhi warna warni. Kalau dia nikah bersama Naura, pasti dia akan lebih gembira. Rasa kosong akan dipenuhi dengan cinta.
"Ya la, mari kita makan. Lepas ni saya bawa awak jumpa mama papa saya lagi. Mungkin kali ini mereka dah boleh restui" ujar Irfan.
"Bagus juga tu, bolehlah saya ambil hati mama awak" balas Naura.
"Ya Allah Dhiya, buat apa datang sini?" Puan Tiara menjemput Dhiya masuk.
"Saja je mama, nak jenguk mama dengan papa" buat kali terakhir. Hati berbicara.
"Bagus juga tu Dhiya, kandungan Dhiya sihat?" Puan Tiara senyum lebar. Gembira dapat bertemu dengan menantu kesayangannya ini.
"Sihat Alhamdulilah, Dhiya bersyukur sangat sebab dia tak banyak ragam. Dhiya pun tak mengidam teruk. Setakat makanan ringan adalah" ujar Dhiya.
"Bagus lah tu Dhiya, Mama dulu, bukan main mengidam masa mengandungkan Irfan tu. Segala makanan nak dimakan" Puan Tiara tertawa apabila terkenang semula waktu dia mengandung dulu.
Dhiya sekadar tertawa kecil. Hati dipagut sayu secara tiba-tiba. Sebut sahaja nama Irfan dia mula rasa sakit bila mengingati perpisahan yang akan tiba.
"Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam, eh Dhiya ada bagitahu Irfan ke suruh datang sini?" Puan Tiara sempat bertanya kepada Dhiya.
"Tak ada mama, mungkin dia sendiri yang nak datang kot" Dhiya menjawab namun hati sudah tertanya-tanya.
Muka serius Puan Tiara membuat Dhiya tak sedap hati dan ketika itu Irfan muncul bersama Naura.
Irfan mengangkat kepala lalu melihat si isteri merenungnya. "Aduhai, masa ini juga Dhiya datang" Irfan mengeluh di dalam hati.
"Ouh patutlah, nak kenalkan bakal isteri kepada mama rupanya" Dhiya juga berkata di dalam hati.
"Eh Dhiya, buat apa dekat sini?" Irfan bertanya sambil mengaru keningnya.
"Jenguk mama" Dhiya menjawab ringkas. Apabila terpandang wajah Naura, Dhiya terpana. Sungguh cantik dan manis. "Patutlah Irfan nak lepaskan aku, Naura lebih cantik dan lebih layak. Ya Allah Dhiya, kau fikir apa!" akal fikiran berperang.
Irfan dan Naura duduk di sofa yang ada. Encik Ilyas juga turut duduk di sofa berdekatan Irfan.
"Kenapa kau bawa dia ke sini lagi? Aku dah cakap, aku tak akan restu hubungan korang" Encik Ilyas mula berbicara.
"Apa hajat kamu Irfan? Kamu nak kahwin dengan Naura? Cuba kamu lihat betul-betul siapa dekat sebelah kiri kamu tu, renung wajah dia elok-elok. Kalau dah kenal bagitahu mama" Puan Tiara bertanya kepada Irfan.
"Irfan kenal dan tahu la mama, tu Dhiya, isteri Irfan" Irfan menjawab.
"Dah tu? Kalau sudah ada isteri, buat apa nak kahwin lagi? Irfan, mama tahu kamu mampu tapi kamu kena ingat, perempuan bukan hamba kamu, bukan hamba kepada suami. Kalau kamu nak kahwin dengan Naura, pastikan Dhiya setuju dan redha dulu" Puan Tiara mula membebel.
"Sekarang papa nak tanya dengan kamu Dhiya, kamu terima kalau kamu dimadukan? Kamu izinkan Irfan kahwin lain?" Encik Ilyas bertanya kepada Dhiya dengan wajah yang tegang.
Dhiya senyum tipis. Dia menarik nafas perlahan lalu dia mula berbicara. "Tipulah jika Dhiya cakap Dhiya redha. Dhiya perempuan, seorang perempuan itu sifatnya lemah. Dhiya tak redha dan ya, isteri mana yang mampu lihat suaminya mencintai wanita lain? Tidak ada ma, pa. Tidak ada, namun lain bagi Dhiya"
"Dhiya izinkan walau ia menyakitkan, Dhiya tahu, cinta dan kasih Irfan bukan buat Dhiya. Kami dah bincang, perpisahan adalah yang terbaik. Irfan boleh kahwin dengan Naura tetapi tunggu lafaz cerai itu terlafaz dari Irfan sendiri"
"Dhiya bukan isteri pilihan, Dhiya bukan isteri terbaik. Dhiya bukan cinta Irfan dan Dhiya cuma isteri sementara yang datang menjengah dan akan pergi semula. Bagai pelangi yang muncul selepas hujan dan pergi apabila munculnya matahari. Mama, sebagai wanita, mesti mama faham apa yang Dhiya sampaikan bukan?"
"Naura, awak tunggu saya dan Irfan berpisah ya, masa tu awak berdua nak nikah pun saya akan datang, datang sebagai tetamu undangan. Jangan risau, Irfan hanya berhubungan dengan saya nanti sebab anak kami sahaja. Tak akan ada sebab lain. Mungkin hari ini adalah hari yang dipilih oleh Allah untuk kita bincangkan semua"
"Soal ibu ayah saya, mama dan papa tak payah risau, mereka akan terima bila Dhiya jelaskan nanti. Cuma satu saja Dhiya minta, tolong jangan benci Dhiya ya? Biarpun Dhiya bukan menantu mama lagi nanti, Dhiya harap mama layan Dhiya dengan baik walaupun menantu mama masa tu adalah Naura"
"Jujur Dhiya cakap, mama dan papa sangat baik terhadap Dhiya, mungkin selepas ini Dhiya akan jarang luangkan masa bersama, cuma Dhiya harap nanti mama dan papa sudi jenguk Dhiya dan anak Dhiya. Banyak ye Dhiya cakap" Dhiya berkata lalu tertawa perlahan, cuba untuk menutup kesedihan dan cuba menahan air mata yang ingin jatuh.
Mereka berempat terdiam, lagi-lagi Naura. Hatinya terasa sempit, namun jika jodohnya bersama Irfan apa nak buatkan?
"Kalau kamu cakap macam tu, papa tak mampu berbuat apa lagi, tapi ingat Irfan. Rumah ini bukan rumah kamu lagi apabila lafaz cerai itu terlafaz, kamu bukan sahaja menceraikan Dhiya tapi juga membuang kami berdua. Nanti aku dan mama kamu sendiri yang datang ke rumah Naura, tapi masa kamu kahwin nanti, jangan harap aku akan datang" Encik Ilyas berbicara lalu berdiri meninggalkan mereka berempat.
Naura ketap bibir. Rasa sakit begitu terasa di hati.
"Sudahlah, kamu hanya memburukkan keadaan Irfan, tak mustahil nanti papa kamu tak nak tengok muka kamu lagi. Kamu dah hampakan papa Irfan. Kamu anak tunggal kami tapi kamu juga yang hancurkan kami. Pulanglah nak, ingat jangan menyesal satu hari nanti. Mama doakan yang terbaik untuk kamu" Puan Tiara memalingkan wajahnya.
Irfan terdiam dan tanpa sengaja dia melihat Dhiya mengelap air mata. "Kenapa kau menangis Dhiya?" Hati bertanya lemah.
"Semua perkara yang berlaku,
Sama ada sedih mahupun gembira,
Tetap akan menjadi satu nama,
Iaitu kenangan"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro