Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 32

"Tiada derita , tiada bahagia"


Setelah puas menangis, Dhiya nekad tidur di rumah kedua orang tuanya. Malam yang dingin itu membuat dia kesejukan. Bahunya terasa disentuh, Dhiya berpaling lalu melihat si ayah sedang meletak selimut ke bahunya.

"Terima kasih ayah" ujar Dhiya.

"Ya sama-sama" Hasyim membalas.

"Dhiya ayah perasan sesuatu dari kamu. Kamu mengandung ke?" Hasyim bertanya apabila melihat perangai anaknya seakan berubah. Waktu makan tadi juga dia banyak  makan.

Dhiya memandang wajah ayahnya lalu mengangguk.

"Alhamdulilah" Hasyim berasa begitu gembira.

Dhiya senyum. "Kalau lah ayah tahu apa yang jadi, mesti ayah dah pukul Irfan kan?" hati berbicara namun tak dapat diluah.

"Dhiya fikir apa tu?" Hasyim bertanya pada anaknya.

"Tak ada fikir apa pun ayah, Dhiya cuma rindu suasana rumah kita dulu. Gembira bukan main" balas Dhiya.

"Itu lah, ayah pun rindu juga namun rindu itu biarlah kita rawat sendiri. Rindu kepada manusia yang sudah bertemu Illahi lebih sakit Dhiya. Dulu, ayah selalu berfikir bahawa ayah yang akan pergi dulu sebelum anak ayah. Tak sangka rupanya Lisya yang pergi dulu. Hati orang tua mana yang tak sedih? Bila anak yang di jaga bagai menatang minyak yang penuh pergi dahulu"

"Sakit memang sakit tapi ayah tahu tiada apa yang boleh ayah ubah, ingin menghidupkan balik Alisyah? Mustahil, sangat mustahil kerana kita manusia biasa bukan Allah yang maha kuasa. Sudah pasti yang pergi tak akan pernah kembali" panjang lebar Hasyim bercakap.

"Dhiya juga terkilan ayah, jikalau masa boleh diputar, Dhiya ingin mengubah kedudukan itu. Biar Dhiya yang kena bukan Alisyah" Dhiya menundukkan kepala setelah mengungkapkan kata-kata itu.

Hasyim hanya merenung Dhiya. "Dengar cakap ayah Dhiya, semua yang terjadi adalah ketentuan Illahi. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Cuba Dhiya bayangkan, Dhiya yang kena masa itu. Adakah Dhiya masih berdiri di sini? Dhiya, Allah itu maha adil. Dia tidak akan biarkan hambanya lemah"

"Jangan putus asa, redhakan semuanya. Jangan berkata 'kalau' pada perkara yang sudah berlaku" Nasihat Hasyim kepada anaknya.

Dhiya tersenyum. Sekurang-kurangnya dia masih mempunyai ayah untuk tempat meluah.

••••

"Hah kamu Naura, bila nak kahwinnya? Sibuk berkepit dengan lelaki. Umi ni dah naik malu tahu tak!  Jumpa kawan umi je mesti cakap tentang kamu. Ini lagi satu, umi dah pesan pakai baju longgar, tutup aurat yang kamu tak nak dengar kenapa hah! Pening kepala aku fikir pasal kamu ni" Umi Naura kelihatan begitu marah.

"Umi, Naura tak sedia lagi lah nak pakai tudung. Nanti Naura sedia, Naura pakailah" Naura mula membalas dengan muka yang ketat.

"Hah memang pun neraka tu sejuk. Kau cakap tak sedia? Naura, ingat perjuangan Rasullulah SAW dalam menaikkan darjat wanita di mata manusia. Kalau kau hidup zaman sebelum agama islam disebarkan mungkin kau akan lebih tersiksa dari sekarang. Umi tak ajar anak umi untuk pakai pakaian macam ini. Kamu balik sahaja dari luar negara dah macam orang sana"

"Jangan disebabkan kamu, ayah kamu masuk neraka pula nanti" Umi Naura yang bernama Khadijah itu mula membebel. Anaknya yang pertama ini memang sukar nak di ajar. Dulu Naura di jaga oleh Ibunya, Naura membesar dalam jagaan neneknya. Maka itu, dia jarang mendengar kata ibunya.

Naura diam tak bersuara. Di kerling wajah abinya. "Ya lah umi, Naura nak keluar ni"

"Kamu nak pergi mana dengan baju tak cukup kain ni?" tanya uminya lagi.

Naura menghembus nafas perlahan. "Naura nak keluar dengan kawan Naura umi" ujar Naura meleret. Tak sanggup nak hadap ibunya lagi.

"Kan umi dah cakap, pakai pakaian sopan sikit. Kamu ni, sini umi letak tangan kamu pergi api sana. Kalau kamu tahan panas api tu, Umi benarkan kamu keluar" balas puan Khadijah.

"Baiklah umi, Naura tukar baju dulu ya" Naura naik ke bilik dengan kaki yang di hentak. Tanda protes terhadap uminya.

"Awaknya pun sama, tak pandai nak tegur anak tu. Nanti naik kepala baru awak tahu" kali ini suaminya menjadi mangsa bebelan.

"Anak bila dah besar ni, nak dengar cakap kita pun susah. Yang mereka tahu, mereka dah besar. Lagipun Naura sendiri tahu besarnya dosa tak tutup aurat tapi dia tetap buat. Kita nak tegur bukan mereka nak dengar pun. Berbuih macam mana pun kita bercakap mereka tetap akan ikut hati mereka" kali ini Encik Ibrahim pula bersuara.

"Bukan nak membiarkan tapi mereka sendiri perlu ingat, kita dekat sana nanti sendiri-sendiri. Tak ada pun yang membantu selain amalan kita. Namun mereka selalu terleka dengan dunia dan fikir bahawa umur mereka masih muda. Masa untuk enjoy masih belum habis. Kita doakan lah anak kita tu dapat hidayah Allah. Tak guna kita cakap banyak kalau mereka sendiri tak nak dengar"

"Silap-silap nanti mereka memberontak pula, anak muda sekarang bukan boleh jangka" panjang lebar Encik Ibrahim bersuara.

"Kamu Naura, Abi nak kamu bawa lelaki yang selalu keluar dengan kamu. Kalau boleh secepat yang mungkin. Abi nak nikahkan kamu berdua" Encik Ibrahim bersuara apabila melihat Naura turun dari tangga.

Naura tersentak. Dia memandang ke arah abinya. "Kalau dia tak busy nanti Naura bawa dia jumpa abi" balasnya perlahan.

"Apa kata kamu panggil saja dia ke sini sekarang. Lagi pula kamu nak keluar dengan dia kan?" ujar Encik Ibrahim lagi.

Buat sekali lagi Naura terkedu. "Kenapa abi tahu semua ni!" Hatinya merungut geram.

"Abi... Umi... Takkan lah nak bawa sekarang" Naura duduk di sebelah uminya.

"Ya, sekarang!" Abinya bersuara lagi.

Naura mengambil telefonnya lalu menelefon Irfan.

"Hello you, boleh tak you datang rumah I sekarang?"

"•••••"

"Iya, Abi I nak  jumpa dengan you"

"•••••"

"Okay! You jangan lewat tau! Bye"

"Sudah, nanti tengahari dia datang" Naura memberitahu abinya.

"Hah bagus lah kalau macam tu. Lagi cepat lagi bagus. Sudah, baik kamu berdua pergi masak. Tetamu nak datang tu" ujar Encik Ibrahim.

Puan Khadijah menganggukkan kepala lalu menarik tangan Naura bersama. Naura mengeraskan badannya. Puan Khadijah tertawa kecil, di tampar bahu anak perempuannya dengan kuat. Naura membuat muka.

Encik Ibrahim melihat geram. "Sampai bila kamu nak buat macam tu hah!" Dia menggelengkan kepala. Pening aku!

Mereka berdua tertawa lalu pergi ke dapur bersama. Begitulah keadaan keluarga mereka, suka duka tetap bersama namun setiap keluarga itu berbeza ujiannya. Seperti keluarga mereka, Naura anak pertama mereka namun Naura juga lah anak yang sukar nak dibentuk. Walhal, adik-adik Naura semua tutup aurat dengan sempurna.

Encik Ibrahim dan Puan Khadijah mempunyai empat orang anak. Naura anak pertama, Hidayah kedua, Khairun ketiga dan Sumayyah keempat. Ya, anak mereka semua perempuan. Tak ada rezeki menimang anak lelaki.

Naura Hayla berumur 24, Nur Hidayah 22, Khairun Aisyah  20 dan Nur Sumayyah 18.

Bunyi riuh rendah di dapur menarik perhatian Encik Ibrahim. Dia bangun lalu menuju ke sana. Sampai sahaja di dapur, dia menggelengkan kepala melihat keluarga kecilnya memasak sambil main. Keempat-empat anaknya diam melihat dia.

"Abi marilah kita masak sama-sama" Sumayyah mula mengajak.

"Eh tak apa, abi nak tunggu kat depan saja. Kamu masak bagus-bagus lah, jangan main sangat. Nanti orang datang, tak siap pula makanan tu" Encik Ibrahim mula bersuara membuat mereka diam lalu tersengih.

"Okay abi" jawab mereka serentak.

••••

"Assalammualaikum" Irfan mula memberi salam. Pintu terbuka. Encik Ibrahim memandang Irfan dari atas ke bawah.

"Waalaikumsalam" Dia mengajak Irfan masuk ke dalam.

Irfan menyalam tangan Encik Ibrahim. "Apa khabar pakcik?" Irfan bertanya.

"Alhamdulilah baik" Encik Ibrahim menjawab tanpa senyuman.

Irfan berasa sedikit takut.

"Nama kamu apa?" Encik Ibrahim mula bertanya.

"Nama saya mohd Irfan Naufal bin Ilyas" Jawab Irfan.

"Saya panggil kamu Irfan la ya? Irfan ni umur berapa?" ujar Encik Ibrahim lagi

"Umur saya 24 pakcik, seumur dengan Naura"

"Kamu betul cintakan Naura? Kalau kamu jawab ya, Saya akan kahwinkan kamu secepat yang mungkin dan jika tidak kamu boleh undur diri" panjang lebar Encik Ibrahim bebicara.

"Ya pakcik, saya cintakan Naura". Irfan tanpa teragak-agak menjawab. Di lupa segala kata-kata mamanya.

"Baiklah nanti minggu hadapan bawa ibu ayah kamu jumpa kami. Boleh Irfan?" tanya Encik Ibrahim kepada Irfan.

Dia ingin hubungan yang akan terjalin ini di senangi oleh kedua-dua pihak. Dia tidak ingin ada sebarang masalah dari keluarga Irfan mahupun keluarganya.

Irfan terdiam. Kata-kata papanya bermain di minda. "Insyaallah pakcik" hanya itu mampu terluah dari mulutnya.

"Kamu kerja apa? Dan aku nak pastikan satu perkara, kamu belum kahwin kan?" Encik Ibrahim memandang wajah Irfan tekun.

Tangan Irfan basah. Dada sedikit berdebar dan badan mengeluarkan peluh. "Saya kerja sebagai doktor, pakcik dan saya belum kahwin" Irfan menjawab tanpa rasa bersalah.

Encik Ibrahim tersenyum. "Baiklah jika itu jawapan kamu, bawa kedua orang tua kamu berjumpa dengan pakcik. Sebelum terlupa, sebagai seorang muslim izinkan pakcik bertanya pada kamu beberapa soalan. Kamu setuju?" tanyanya lagi.

"Saya setuju" Irfan menjawab yakin.


"Taktala hatinya mula berubah,
Terima dan pergi lah dengan redha,
Tidak guna untuk setia jika dirinya sendiri pinta perpisahan yang nyata"

Weh, jika ada typo tolong tegur ye :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro