Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 31

"Tiada derita , tiada bahagia"

Rumah yang besar itu kelihatan begitu kosong. Semenjak anak lelakinya berkahwin rumah itu juga makin sunyi. Rumah besar yang hanya diduduki oleh dua orang, tiada gelak tawa kanak-kanak, tiada juga gurau senda keluarga.

"Abang, saya nak cakap sesuatu ni" Puan Tiara mula berbicara.

"Nak cakap apa?" Ujar Encik Ilyas. Cermin mata ditanggalkan. Dia fokus mendengar bicara isterinya.

"Tak macam ni, sekejap lagi Irfan nak datang dengan seseorang tapi bukan dengan Dhiya" Ujarnya.

"Kalau bukan dengan Dhiya, siapa pula?" tanya Encik Ilyas dengan kening berkerut.

"Saya pun tak tahu, saya cuma nak tengok siapa yang dia bawa. Ni kalau Irfan bawa perempuan, tolonglah, tolong nasihatkan dia. Dia dah ada isteri tau! saya sebagai perempuan, saya faham perasaan menantu  saya tu. Kesian Dhiya" Balas Puan Tiara.

"Ya abang tahu, kita tunggu je dia dulu" Encik Ilyas menjawab tenang.

Bunyi kereta yang baru sampai itu menarik perhatian mereka.

"Hah panjang umur, tu dah sampai" Kata Encik Ilyas. Puan Tiara menanti pintu sebelah penumpang itu terbuka. Puan Tiara berasa geram apabila melihat Irfan bersungguh-sungguh membuka pintu itu.

"Tak ada tangan ke?" Fikirnya.

"Assalammualaikum mama, papa" Irfan menyalam mereka berdua di ikuti Naura.

"Waalaikumsalam" Puan Tiara dan Encik Ilyas menjawab serentak.

"Mama papa, Kenalkan ini Naura Hayla" Irfan kenalkan Naura kepada kedua orang tuanya.

"Hye aunty, uncle" Naura menyalam tangan Puan Tiara belum sempat dahinya ditemukan dengan tangan Puan Tiara, Puan Tiara menarik tangannya dengan cepat.

Riak wajah Naura berubah tetapi dia terus senyum. Nak jadi menantu kena baik sikit.

"Naura mana pula ni? Isteri kamu kan namanya Dhiya, salah orang ke Irfan?" Ujar Encik Ilyas.

"Iya la, nama isteri Irfan memang Dhiya, Irfan tak salah orang la papa" balas Irfan mendatar.

"Kalau isteri kamu Dhiya, kenapa datang dengan perempuan nama Naura? Hilang akal? Papa tak ajar anak papa jadi lelaki dayus! Curang dengan isteri sendiri. Kamu tak ada malu ke Naura? Jalan dengan suami orang, aurat tak tutup dengan sempurna. Apa nak jadi anak muda sekarang ni. Kalau macam ni la perangai kamu, Alisyah pun tak suka tau" Bebel Encik Ilyas. Sengaja menyebut nama Alisyah supaya anak lelakinya ini tersedar.

Irfan terdiam apabila nama Alisyah disebut. "Orang dah pergi papa, tak payah disebut-sebut" jawabnya.

"Kamu ni, dulu cinta mati kat Alisyah. Lepastu kahwin dengan Dhiya, sekarang curang dengan Naura pula. Hebat kamu Irfan. Papa pun tak pernah jadi hebat macam kamu ni" Balas Encik Ilyas lagi.

Muka Naura yang kelat bertambah kelat. Naura rasa nak balik sekarang juga!.

"Aku nak tanya kat kamu Naura, kamu ni ada hati ke tak? Senang-senang keluar dengan suami orang. Kamu fikir boleh bahagia atas tangisan orang lain?" kali ini  Puan Tiara pula bersuara.

"I ada hati lah aunty, lagi pula Irfan lebih dari mampu nak sara dua isteri. Apa salahnya?" Jawab Naura sambil main kukunya.

Puan Tiara menahan tangannya dari menampar perempuan dihadapannya ini.

"Kamu ni tak sesuai betul jadi manusia. Baik jadi haiwan je" Puan Tiara tak mampu menahan marahnya.

"Suka hati saya la, lagipun saya nak kahwin dengan Irfan bukan dengan suami aunty" balas Naura lagi.

"Jadi kau fikir aku setuju anak aku kahwin dengan kau? Jangan mimpi la" kata puan Tiara.

"I tak mimpi lah aunty, memang Irfan setuju nak kahwin dengan I. Kan sayang?" ujar Naura selamba memeluk tangan Irfan.

Irfan mengangguk. "Betul la ma, lagipun Irfan mampu" Balas Irfan pula.

"Kau tunjukkan kat aku kau mampu dari segi mana?" tanya Encik Ilyas.

"Irfan mampu beli rumah satu lagi, Irfan mampu berlaku adil terhadap isteri Irfan" Irfan membalas yakin.

"Woah, belum kahwin dah tak adil inikan pula sudah kahwin nanti, mati Dhiya oleh kau karang" Ujar Encik Ilyas.

"Kalau kau dah gatal sangat nak kahwin dengan Naura ni, kau ceraikan Dhiya. Aku tak terima Dhiya dimadukan" Puan Tiara bercakap lagi.

"Irfan akan ceraikan Dhiya lepas dia bersalin nanti" Irfan membalas.

Kali ini kedua-dua mereka tergamam. Dhiya mengandung? Dan laki dia curang?

Tak semena-menanya sebuah tamparan maha dasyat dari seorang Ibu hinggap di wajah Irfan.

"Dhiya mengandung, kau curang? Suami apa kau ni Irfan? Aku tak ada anak macam kau ni" Ujar Puan Tiara tanpa sedar telah mengatakan ayat yang menyakitkan.

"Ma.." Irfan ingin memegang tangan Puan Tiara namun puan Tiara mengelak.

"Cukuplah Irfan, dulu kau malukan kami kerana ditangkap basah dengan Dhiya, sekarang kau sia-siakan dia pula? Kau nak kami jawab apa dengan ibu ayah Dhiya? Aku kecewa dengan kau Irfan. Balik lah. Kau Naura, aku tak akan pernah terima kau jadi menantu aku. Kalau kau orang nak kahwin juga, kau Irfan bukan anak aku lagi. Kau ingat tu" Tegas Encik Ilyas berkata lalu menarik tangan isterinya pergi meninggalkan Irfan dan Naura.

Irfan terduduk manakala Naura pula menahan geram. "Macam lah Dhiya tu baik sangat" Bisik hatinya.

"Sudah lah, jom kita balik" Ujar Irfan. Mereka berdua keluar dari rumah itu lalu pergi makan. Ingatkan datang dapat makan rupanya dapat tamparan.

•••

"You, you jadi kan kahwin dengan I. You, jangan macam-macam eh" ujar Naura. Perasaan geram belum habis lagi, nasib baik bukan wajahnya yang ditampar oleh mama Irfan tadi. Kalau tak Naura tampar balik. Tapi berani kah? Tengok Irfan kena tampar tadi dah mengigil inikan pula kalau dia yang kena. Mati terus!

"Ya jadi, you jangan risau lah. Mama I saja ja cakap macam tu." Irfan membalas tenang.

"Isteri you tu hebat sangat ke? Semua nak bela dia. I tengok biasa-biasa ja. I lagi cantik kot" ujar Naura lalu membuat flip hair.

Irfan hanya diam. "Sudah la you, i pening ni. Nanti you yang kena pula" balas Irfan. Moodnya terbang pergi bulan setelah mendapat tamparan maha dasyat daripada Ibunya.

Naura diam tak berkutik. Hancur angan-angannya ingin mengambil hati mama Irfan. Awal-awal dah kena amaran.

••••

"Assalammualaikum ibu ayah, Dhiya balik ni" Dhiya memberi salam lalu masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam, ya Allah Dhiya. Rindunya ayah kat kamu" Hasyim mula memeluk Dhiya lalu dicium lembut dahi anaknya itu.

"Ya ayah, Dhiya pun rindukan ayah. Ibu mana ayah?" Dhiya membalas.

"Ibu kamu ada kat dalam bilik sana, biar la dulu ibu kamu tu. Mari sini ayah nak berbual dengan Dhiya" Mereka berdua duduk di ruang tamu rumah.

"Suami kamu apa khabar Dhiya? Lama tak jenguk kami. Dulu selalu saja datang, sekarang sudah berubah ke macam mana?" Tanya Hasyim kepada anaknya.

"Suami Dhiya sihat je ayah, Biasalah doktor kan. Mestilah sibuk ayah" balas Dhiya lalu tersenyum kelat.

"Ibu dengan ayah macam mana? Sihat?" Dhiya bertanya pula.

"Ibu dengan ayah macam ini lah Dhiya, sakit tua tak boleh nak elak. Kami berdua tak buat apa cuma menunggu anak-anak datang melawat. Abang kamu pun dah lama tak lawat kita orang. Kami bukan apa Dhiya, bila dah makin tua ni mula la rasa tak sedap badan. Kalau boleh selalu la jenguk kami kat sini" luah Hasyim.

Dhiya terkedu mendengar luahan ayahnya. Silapnya juga kerana terlalu melayan perasaan sehingga kedua ibu ayahnya terbiar.

"Maafkan Dhiya ayah, Insyaallah lepas ini Dhiya akan selalu jenguk ayah dan ibu ya" Pujuk Dhiya.

"Baguslah kalau macam tu, takut nanti ibu ayah pergi tak ada siapa yang sedar. Kesian kat kami berdua nanti" Balas Hasyim lagi.

"Allahu, ayah jangan lah fikir macam tu, Dhiya sedih tau ayah cakap macam tu. Ayah nak tinggalkan Dhiya juga ka?" ujar Dhiya lalu menundukkan kepala. Air mata ditahan dari jatuh. Dia tidak ingin menangis dihadapan ayahnya.

Hasyim diam merenung si anak kesayangan. "Bukan macam tu Dhiya, cuma  ibu dan ayah ni, dua-dua sudah tua. Nak harapkan anak, anak dah kahwin, tinggal dirumah sendiri. Kadang terbit juga rasa rindu di hati, terbayang-bayang waktu kamu kecil dulu. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Anak ayah bukan lagi milik ayah" balas Hasyim sambil mengelap air mata yang menitis.

Bayangan anak-anaknya selalu bermain di minda. Dari kecil hingga dewasa semua membesar di depan matanya. Kasih-sayang, gurau-gurauan semua terbayang-bayang sehingga dia sendiri ingin mengulang semula masa. Ingin semua anaknya berkumpul di hadapannya dan menjadikan dia tempat bermanja.

Namun dia sedar, semua itu hanya sebuah keinginan yang tidak akan pernah tercapai kerana dia tidak boleh mengundurkan masa, yang boleh dilakukan adalah menghargai yang ada dan menyayangi selagi bergelar manusia kerana gelaran arwah pasti meniti di nama kita. Dan dia masih tidak sanggup untuk kehilangan anak buat kali kedua.

Cukuplah anak kesayangannya, arwah Alisyah pergi dulu. Cukup!

Dhiya yang menangis itu bertambah tangisannya apabila melihat si ayah sudah terhinjut menangis. Ya Allah, sebesar ini ka rasa rindu seorang ayah terhadap anaknya?.

Selama ini, tangisan si ibu yang memilukan dia dan sekarang dia tidak sangka bahawa tangisan si ayah lebih menyakitkan dari segalanya. Dhiya berdiri lalu melutut di kaki sang ayah. Dhiya meminta maaf lalu mencium kedua tangan ayahnya.

Hasyim menangis, bukan tanda dia lemah tetapi dia juga manusia biasa. Perasaan sedih selalu bertandang di hati dan kali ini dia tewas. Tewas kerana rindu pada anak-anaknya tidak mampu tertanggung lagi. Maka itu segalanya dia luahkan dengan tangisan, berharap segalanya bakal berakhir dengan kegembiraan.

Di balik tangisan mereka berdua seseorang melihat dengan deraian air mata. Pilu hatinya melihat sang suami mengeluarkan air mata. Rindu? Jangan di kata, sudah bertahun dia menanggung kerinduan dan dia berharap ada sinar bahagia sebelum nyawa ditarik oleh Allah SWT.

"Lelaki bukan mainan,
Jika dia membuat kesalahan maka maafkan,
Kerana wanita tidak selamanya benar dan lelaki tidak selamanya salah,
Mereka bukan hamba Allah yang tiada perasaan,
Mereka juga ada hati perasaan,
Menangis bukan tanda mereka lemah tetapi mereka menangis kerana mereka manusia biasa".

Ehek double update kita bagi awak ♡ muah. Jika ada typo mohon tegur ye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro