Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 3

"Derita yang ku terima belum memuaskan hati semua"

"Cik Siah nak kopi o satu dengan nasi goreng kampung yaa" Teriak salah satu pelanggan di Warung Cik Siah itu.

"Saya nak teh tarik dengan nasi lemak satu" salah seorang lagi bersuara dengan lantangnya.

Begitulah keadaan awal pagi di warung di Kampung Jaya. Kampung kelahiran Amira Dhiya. Kampung yang kelihatan indah kerana dedaun hijau yang kian tumbuh dengan lebatnya bersama udara yang segar. Suasana kacau bilau seketika tadi terus senyap seperti malaikat sedang lalu.

Seorang anak dara yang kelihatan ayu sedang melangkah masuk ke warung itu. Orang kampung kembali bising dan berbisik-bisik.

"Eh, pembawa malang dah datang, jangan dia bawa nasib malang dia dekat kita pula." Ujar Cik kiah.

"Kau jangan kiah, nanti kau pula jadi mangsa seterusnya" ujar Cik Ina.

"Muka je nampak baik tapi hati busuk, sayang je pakai baju jubah, tudung labuh tapi pembunuh". Ujar Cik Nana pula.

Segala sindiran itu dia telan. Sudah lali dengan keadaan ini biarlah mereka ingin berkata apa sesungguhnya fitnah lebih besar dosanya dari membunuh. Sekiranya dia pembunuh pasti ada buktinya bukan? Pasti kematian adik kesayangannya akan terbela dan semestinya dia akan menyerah diri jika benar dia yang membunuh Alisyah. Manusia hanya tahu menghukum tetapi tidak tahu minta ampun.

"Eh eh sedap mulut korang ye mengata Dhiya, korang fikir korang baik sangat ke, dah yakin nama ada dalam syurga?" Herdik Cik Siah kepada makcik-makcik bawang tak bertauliah itu.

"Halah kau nie siah, dah kecoh hah sekampung dia yang penyebab adik dia mati kau nak nafikan apa lagi". Ujar cik kiah sambil kening diangkat minta support dari kawan bawangnya. Mulut puaka betul makcik nie heh.

"Haah betul tu, kita orang bukan tuduh saja saja tau. Orang kampung yang beritahu sendiri". Ujar Cik Ina. Makcik kubur kata mari rumah kata pergi dah tu taubat la.

"Dah, dengar cakap korang free-free aku dapat dosa. Aku nie meniaga cari rezeki halal. Dhiya ni pelanggan aku, korang jangan nak mengata sangat lah. Dosa sendiri tak tertanggung ada hati nak tentukan dosa orang. Dah tua ni banyakkan ibadah bukan mengata. Jangan sampai kau mati nanti tak ada siapa nak bantu pula sebab mulut puaka kau tu". Panjang lebar mak Siah membebel. Ketiga-tiga makcik bawang itu hanya mencebik tak puas hati. Heh awal pagi dah diceramah.

"Terima kasih Mak Siah". Amira Dhiya sangat bersyukur masih ada orang yang berhati mulia yang tidak menuduh dia melulu.

"Ya, Dhiya sama-sama. Mak siah bukan apa tapi dia orang tu dah melampau sangat. Dah tua mulut tak pandai cover. Kat warung aku juga nak buat dosa". Cik siah mengeluh keras.

Dhiya tersenyum melihat Mak siah membebel. "Ya mak siah, tak apa , kita doakan semoga satu hari nanti dia orang berubah lah".

"Mak siah hanya mampu aamiin kan je Dhiya".

"Mak siah, saya sebenarnya nak makan nasi goreng kampung dengan telur mata sapi dengan air milo ais, rindu nak makan masakan mak siah". Dhiya senyum menunjukkan muka yang manis itu.

"Ye la Dhiya, mak siah siapkan, kejap lagi mak siah hantar, Dhiya duduklah dulu ya".

Sambil menunggu makanan, Dhiya sempat main telefon. Bukan main apa pun. Buka whatsapp tutup, buka ig scrol atas bawah tutup. Dia bukannya sombong cuma dia tidak biasa dengan kehidupan sosial itu. Sedangkan di realiti dia sudah penat apatah lagi di alam maya.

♡♡♡

Dhiya melihat wajah cantiknya di cermin kereta dan membetulkan tudung yang senget disebabkan tali pinggang keledar yang dipakainya sebentar tadi. Beg tangan diletak ke atas bahu sambil berjalan menuju ke mall. Hari ini Dhiya ingin berbelanja untuk membeli perkakas dirinya dan bahan dapur. Ketika Dhiya ingin melintas jalan suara garau seseorang membuat dia berhenti.

"Uwau, seorang pembunuh nak jalan cari mangsa seterusnya ke?" Sindir seseorang yang memang benci akan dirinya. Mohd Irfan Naufal. Nama dah cukup baik perangai sahaja ke laut. Irfan Naufal itu adalah bakal suami kepada adik perempuannya yang menemui ajal lebih awal dari semua. Dalam erti lain 'Bakal adik ipar tak jadi'.

Dhiya memejamkan mata. Berdepan dengan lelaki ini perlu mempunyai iman yang kukuh. Dhiya menahan sakit di dada bukan kerana dia mempunyai sakit jantung tetapi lelaki dihadapannya ini persis ibunya. Semua ayat yang bakal mereka tuturkan hanya akan membuat luka yang sudah lama, berdarah kembali. Dadanya yang berdenyut dengan kuat dipegang. "Ya Allah kuatkanlah diri hamba, sesungguhnya hanya kepada Engkau hamba berserah".

"Wah, cakap sikit dah sakit jantung ke? Oh patutlah Allah bagi cash en, dah banyak sangat dosa sampai tak mampu nak bawa". Ujar irfan sinis.

"Kau nak apa lagi? Aku tak kacau hidup kau pun kan?  Kau tak puas hati apa lagi hah". Dhiya bersuara dengan lebih kuat.

"Senang je, aku nak kau hidupkan balik tunang aku, kau mampu Dhiya? Kalau kau mampu, aku berani bersumpah aku takkan pernah ganggu hidup kau lagi". Ujarnya sambil berjalan kehadapan Dhiya. "Selagi kau tak hidupkan balik Nur Alisyah, aku Irfan Naufal takkan pernah maafkan kau. Ingat Dhiya yang sepatutnya mati adalah kau bukannya Alisyah. Kau mati sekalipun tiada siapa yang akan tangisi kerana kau memang layak untuk mati". Ujarnya lalu pergi meninggalkan Dhiya yang sedang menangis teresak-esak.

"Ya Allah aku tak kuat, bagaimana aku boleh menghidupkan seseorang yang sudah kau jemput Ya Allah, Aku hanya seorang insan yang lemah. Ya Allah Ya Tuhanku kadang aku tertanya mengapa engkau masih memanjangkan umurku sedangkan semua ingin lihat kepemergian ku tetapi aku tahu Ya Allah, Engkau lebih mengetahui segalanya". Rintihnya dengan tangisan yang berlagu.

Dengan langkah yang lemah Dhiya menuju ke tandas di dalam mall tersebut. Dhiya mengelap sisa air matanya lalu mengeluarkan cermin dan menyapu sedikit bedak ke mukanya. Bibirnya yang sedikit pucat di letakkan pelembap. Dia menguatkan semangatnya, dia tidak akan lemah kerana lelaki itu. Dhiya keluar dari tandas dan mula mencari barang keperluannya. 

Sambil menolak troli dia mengambil barang-barang dapur. Dhiya bukannya jahil sangat sehingga tidak tahu memasak tetapi ibunya sendiri yang tidak membenarkan Dhiya memasak dengan alasan nanti Dhiya  letak racun ke dalam makanan mereka. Dhiya bukannya jahil sehingga meletak racun ke dalam makanan orang yang disayanginya tetapi jika itu yang difikirkan oleh ibunya. Dia terima. Dia bahkan tidak disuruh menyentuh barang-barang di dapur kerana ibunya melarang dia.

Jika benar Dhiya ini ingin membunuh sudah pasti ramai menjadi mangsanya bahkan dia tidak akan diterima menjadi guru kerana dia akan mengancam nyawa anak-anak didiknya. Bolehkah seseorang itu dipanggil pembunuh padahal dia tidak bersalah dan mahkamah juga sudah tentukan dia tidak bersalah. Lalu mahu apa lagi mereka?

Kadang dia tertanya orang disekelilingnya tidak mengingati mati ka? Mengapa dengan mudahnya mereka mengata hanya kerana mereka mendengar cerita dari mulut orang lain. Dhiya menganggu hidup mereka ka? Dhiya merampas suami mereka ka? Manusia jangan jadi bodoh sombong hanya kerana kau rasa kau lebih baik dari seseorang itu.

Kerana itu Dhiya tertanya-tanya akan adakah orang yang menangisi kematiannya? Akan adakah orang yang membacakan yassin untuknya? Jika ada tunjukkan orang itu kepadanya kerana dia tahu semua orang pasti tersenyum dan tertawa di hari pengebumiannya nanti.

Orang yang pastinya akan gembira adalah seorang Irfan Naufal tetapi dia tidak peduli. Yang ini dilihatnya adalah reaksi seorang ibu. Akankah ibunya itu menangis penyesalan atau menangis kegembiraan. Gembira kerana 'anak' yang dibencinya ini akan pergi buat selamanya. Mungkin bukan sekarang tetapi masa itu pasti akan tiba jua. Ajal, maut dan jodoh kita tidak mengenal masa mahupun tempat apatah lagi umur. Hidup kita tidak berakhir di dunia kerana kehidupan sebenar adalah di akhirat sana.

Ujian demi ujian akan menimpa, kesakitan demi kesakitan akan kau terima dan kekalkanlah dirimu menerima segala cacian dan hinaan orang dan percayalah pada takdir yang Allah telah ciptakan kerana kejahatan pasti dibalas kejahatan dan kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan.

"Bila diri kita di uji,
Jangan mengalah terlalu cepat,
Kerana kita tidak tahu apa hikmah disebaliknya,
Terima dan redha kerana kejayaan adalah milik mereka yang tidak berhenti berusaha".

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro