Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 29

"Tiada derita , tiada bahagia"


Pulang sahaja dari pantai, Dhiya singgah ke farmasi berdekatan rumahnya. Ingin membeli ubat untuk lebam di badannya. Dhiya juga membeli asam-asam untuk dimakan.

Dhiya teringat akan wanita bernama Naura Hayla itu, bagaimana Irfan boleh bercinta dengan dia pula? Bukankah Irfan cintakan Alisyah? Pening kepala Dhiya dibuatnya.

Dhiya rasa nak minta cerai sekarang juga kat Irfan tapi mengenangkan dirinya yang berbadan dua membuat dia lebih rasa bersalah. Tak mungkin hatinya redha jika anak tercinta lahir tanpa ayah disisinya. Namun Dhiya juga tak rela jika anaknya itu nanti jadi mangsa kedua pula, tidak mustahil anaknya itu menjadi mangsa Irfan kerana Irfan sendiri berani memukulnya apatah lagi nanti anaknya, mungkin lebih parah.

"Hailah Dhiya fikiran kau makin negatif nampaknya" Bisiknya.

Dhiya meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Dhiya teringat akan ibunya, sekarang dia juga bakal menjadi ibu. Rasa gembira di hati tak mampu disembunyikan lagi. Dhiya ingin memberi kejutan pada semua tentang berita gembira ini.

Dhiya sudah merancang untuk balik ke rumah ibu ayahnya. Dhiya ingin menginap di sana untuk beberapa hari. Sekaligus memberitahu kedua orang tuanya berita kehamilannya ini.

Dhiya rasa sebagai isteri, Irfan tetap keutamaan baginya. Jadi, izin Irfan itu penting untuknya. "Hurm satu masalah lagi" keluhnya.

Bunyi pintu yang dibuka itu membuatkan Dhiya berpaling. Irfan melangkah masuk dengan tangan yang di masukkan ke dalam poket seluar yang digunakannya.

Mereka berdua hanya diam tak bersuara. Bagaikan dua manusia yang tidak pernah kenal. Dhiya hanya buat bodoh sahaja, malas nak layan Irfan.

"Kau keluar pergi mana tadi?" Irfan bertanya kepada Dhiya.

Dhiya memandang wajah Irfan lalu berkata "Jumpa kekasih awak".

Irfan hanya diam. "Oh baguslah kalau kau dah kenal dia, kita orang akan kahwin tak lama lagi. Dia akan duduk di dalam rumah ni" Ujar Irfan selamba.

Dhiya tertawa kecil. "Sebelum awak bawa dia masuk...." Dhiya berjalan mendekati Irfan. Tangannya dibawa menyentuh dada kekar itu, diusap lembut dada Irfan lalu Dhiya teruskan ayatnya. "...Ceraikan saya dulu".

Irfan tersenyum manis. "Jangan risau sayang.." Dipeluk pinggang ramping Dhiya lalu Irfan menyambung berbicara semula "...Tak lama lagi kita akan berpisah seperti yang kau minta" Irfan tertawa lebih kuat lalu meninggalkan Dhiya sendirian.

Dhiya yang kuat sebentar tadi terjatuh lemah. Sampai bila dia harus berpura-pura? Sampai bila dia harus kuat dalam menempuhi segalanya? Dhiya juga perlu rasa bahagia. Kadang Dhiya tertanya bahagia itu memilih orang ka? Bagaimana pula dengan nasib mereka yang sentiasa menderita?.

Mungkin takdir Allah itu mahu perkara lain yang terjadi.

♡♡♡

3 bulan kemudian.......

Dhiya mengusap perutnya yang mula menunjukkan bentuk. Dhiya tersenyum sendiri, sehingga kini hanya tiga orang kawannya sahaja yang tahu dirinya mengandung manakala Irfan makin sibuk dan jarang ada di rumah.

Dhiya dah banyak kali terserempak dengan Irfan, dan masa itu Irfan bersama Naura makan bersama. Namun Dhiya hanya buat tak endah. Makin hari, makin tiada rasa kepada Irfan. Hanya secebis rasa hormat kerana dia masih bergelar suami Dhiya.

"Baby, satu hari nanti, bila tiba masa baby akan lahir. Baby kena ingat walaupun ayah tak sayang baby, Ibu tetap ada dengan baby. Jangan tinggalkan ibu tau" Dhiya berbicara kepada anak dalam kandungannya.

Hening, sunyi. Tiada satu balasan pun, Dhiya hanya senyum tipis. "Ibu tunggu baby lahir tau!" sambungnya.

••••

"Awak lambat kenapa? Jumpa awek? Inilah lelaki dah jumpa yang baik pun tetap cari yang lain. Sudah la kalau dah tak sayang, cakap saya boleh undur diri" ujar si wanita yang sedang menahan marah. Tiga puluh minit menunggu si kekasih hati tiba!!

"Amboi, baru tunggu tiga puluh minit dah membebel. Saya ni tunggu awak siap tiga jam tak ada pun nak bebel macam awak" balas si jejaka pula.

"Oh jadi awak nak ungkit balik la?" Tanya wanita itu lagi.

Si jejaka hanya tepuk dahi. "Okaylah Khumaira Fiffydany! Saya minta maaf okay! Saya janji tak lewat lagi. PUAS?" ujar si jejaka.

"Ya lah Luth Raihan. Awak dimaafkan" Balas si wanita pula.

Ya!! Mereka adalah Fiffy dan Luth. Hubungan kedua sahabat mereka yang renggang telah membuat mereka menjadi pasangan kekasih. Kata orang sambil menyelam minum air!  Mereka berdua jalinkan hubungan kerana seorang Luth sangat gentleman , tak berputus asa dan menunjukkan yang dia benar-benar suka namun untuk menjalinkan hubungan sebagai suami isteri belum masanya lagi.

Fiffy hanya ingin mengenal hati budi Luth dahulu, siapa tahu mungkin Luth juga sama seperti seorang Mohd Irfan Naufal. Fiffy tidak berburuk sangka namun itulah yang ada dalam fikirannya. Ya bercinta itu mudah hanya perlu kata 'Hanya awak yang satu dalam hidup saya' tapi bila berpisah ayat itu bagai berputar semula 'Awak lah manusia yang paling bodoh yang saya pernah kenal'.

Tengok? Terlalu banyak perbezaan bukan? Mana la tahu hati perasaan Luth berbelah bagi bila melihat wanita yang lebih cantik lagi. Lelaki kalau nak cari yang cantik memang tak akan dapat punya kerana bila kau dapat yang cantik mesti ada yang lebih cantik lagi.

Tak ada yang sempurna, semua ada kekurangan masing-masing itulah gunanya toleransi dalam hubungan supaya yang kurang dapat diperbaiki. Nak perkahwinan yang kekal perlu hati yang cekal. Nak perkahwinan sakinah, mawaddah dan warahmah perlu banyak berdoa pada Allah.

Nak kahwin tak semudah ABC , Jika tuntutan agama tidak dipenuhi bagaimana ingin mengahwini? Hah yang perempuan pula jangan lelaki cakap 'I Love You, aku cinta padamu'  terus terpana hati tergoda. Kalau lelaki itu benar cinta suruh jumpa orang tua bukan bercinta bagai nak rak akhirnya rak patah.

"Tengok tu orang cakap bukan nak dengar, sibuk mengelamun. Cik Fiffy oii makanan awak dah sejuk dah tu, nak saya suapkan ke?" Luth mula bersuara apabila melihat Fiffy hanya mengelamun.

"Ee sibuk je dia ni" Balas Fiffy lalu mula menyuap makanannya. Selepas sahaja mereka menghabiskan makanan mereka terus jalan-jalan disekitar Mall itu.

Bagai suatu kebetulan, mereka berdua terserempak dengan dua pasangan serasi yang tampak begitu bahagia. Fiffy tak dapat mengawal reaksi menyampahnya dihadapan mereka berdua.

Jika dulu dia pernah tergoda dengan wajah lelaki ini sekarang hanya benci yang bersarang di hati. Tak ada makna la hensem tapi bodoh.

"Hey bro, bahagia betul kau eh?" Ujar Luth lalu bersalam dengan Irfan.

"Kau apa kurangnya? Bahagia juga dengan Fiffy" Balas Irfan. Bahu Naura dipeluknya.

Fiffy hanya main telefon. Tak ada selera nak tegur dua beruk ni.

"Hye, Naura" Naura menghulurkan tangannya tanda ingin bersalam dengan Fiffy namun Fiffy hanya memandang sepi.

"Oh, Naura..... Tapi yang aku tahu nama kau  B I * C H"  balas Fiffy. Kurang ajar? Tak apa, aku memang tak pernah di ajar untuk hormat orang yang tiada adab.

Naura tergamam. Dia berpura-pura senyum. "Wow, boleh tahan mulut perempuan ni" bisiknya.

Luth hanya diam perhatikan Fiffy yang tersenyum sinis itu. Dia tersenyum kecil. Boleh tahan kekasih dia ni.

Irfan berdehem perlahan. "Okay la kami jalan dulu" Belum sempat mereka melangkah Fiffy menyambung kata-katanya.

"Weh bi*ch banyak lelaki kat dunia ni, laki orang juga yang kau pilih. Aku cam kesian kat kau tapi sayang bodoh. Kau ni nak cakap tak cantik, ada rupa juga. Tak tahu la mungkin kau dengan Irfan ni sama bodohnya kot".

"Kau Irfan, sekali lagi kau sakitkan Dhiya aku takkan teragak-agak nak sampaikan semuanya kat ibu dan ayah Dhiya. Kau ingat Dhiya tu anak yatim ke? Sakitkan dia macam tak ada perasaan? Haih aku tak boleh la lelaki bodoh ni" Keluh Fiffy.

Irfan menahan sabar. Ikutkan hati ingin ditampar wajah sahabat Dhiya ni tapi mengenangkan dia perempuan disabarkan saja hatinya.

"Awww marah eh? Tengok muka aku..."

Irfan melihat wajah Fiffy.

"...Ada aku kesah?" Fiffy menghabiskan ayatnya lalu menarik tangan Luth.

Irfan dan Naura diam tak terkata.

"Jahat betul mulut perempuan tu. Ikutkan hati nak tampar banyak kali" Kata Naura sambil menghentak kakinya.

"Tak apalah, biarkan je dia. Jomlah kita makan dulu" Pujuk Irfan.



"Beranikan diri untuk berkata tidak jika hati tak rela,
Dan beranikan diri juga untuk berkata ya jika kurang keyakinan di dada,
Percayalah hanya kau mampu mengubah segalanya".

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro