TD 27
"Tiada derita, tiada bahagia"
Dhiya terlantar di atas katilnya.Perutnya yang sakit dibiarkan. Dari waktu subuh sehingga maghrib Dhiya hanya terbaring di atas katil. Setiap masa pasti dia ingin muntah. Rasa perit di lehernya membuat air mata mengalir tanpa sedar.
Dhiya menunggu Irfan pulang kerana ingin meminta tolong ambilkannya sedikit makanan. Dhiya tidak larat untuk bangun ke dapur apatah lagi ingin memasak.
Dalam kesakitan itu Dhiya hanya pasrah, hanya menutup mata dan memaksa diri untuk bangun. Dia takut, jikalau tidak makan dia akan jadi lebih lemah dan tidak berdaya. Badan di paksa untuk bangun. Setiap langkahnya ditemani air mata. Nak menyesal tiada guna kerana ini semua salahnya.
Terlalu percaya akan kata-kata si lelaki durjana. Mungkin benar tidak ada jodoh di antara mereka. Dhiya rasa dia sendiri tak boleh teruskan perkahwinan ini tapi dia tidak boleh pentingkan diri. Bagaimana hidup anaknya di masa akan datang nanti?
Memikirkan perkara itu membuat Dhiya lebih menangis. Dhiya turun ke dapur dan ya dapur sangat kosong. Sekosong jiwanya.
"AAAAAAAAAAAAAA" Dhiya teriak sepenuh hati. Dalam keadaan terpaksa itu Dhiya tiada pilihan lain selain meminta tolong dengan Fiffy. Telefon dihidupkan, Dhiya melihat banyak panggilan yang tak terjawab daripada tiga kawannya.
Dhiya memilih untuk telefon Fiffy. "Assalammualaikum Fy, Fy awak boleh tolong saya tak?" Ujarnya selepas Fiffy mengangkat panggilan tersebut.
"Waalaikumsalam , Allahu Dhiya kau kat mana ni. Kita orang risau tau" Balas Fiffy kalut.
"Alhamdulilah Fy, aku okey. Fy aku share alamat rumah aku kat kau ye. Tolong aku beli makanan Fy. Aku tak larat" Jawab Dhiya dengan tangisan yang di tahan.
"Okey Dhiya, share lokasi aku cuba cari ye. Kau nak makan apa?" Soal Fiffy pula.
"Aku pun tak tahu, kau beli je semua makanan yang kau jumpa. Fy, ajaklah Rose dan Tikah sekali ye. Assalammualaikum" Dhiya bercakap lemah dan terus mematikan panggilan.
"Waalaikumsalam" Fiffy membalas walaupun panggilan sudah tamat. Sedikit bersyukur kerana dapat khabar dari Dhiya.Fiffy rasa sekarang bukan masanya untuk beritahu ibu dan ayah Dhiya tentang kecurangan Irfan itu. Dhiya, Dhiya semoga kau dirahmati selalu.
♡♡♡
"Assalammualaikum, Dhiya oh Dhiya. Kami datang ni" Ujar Fiffy kuat. Dhiya yang baring di atas sofa itu kuatkan diri untuk bangun. Dia berjalan ke depan pintu lalu membuka pintu tersebut. Dhiya tersenyum melihat begitu banyak makanan di bawa oleh mereka bertiga.
"Huwaaaaaaa kak Mia" Rose berjalan ke arah Dhiya lalu memeluk tubuh ramping itu. "Rindu laaa" Tambahnya lagi.
Dhiya tersenyum. Dibalas pelukan Rose itu. Di pusing tubuh Dhiya oleh Rose. Dhiya hanya tertawa. Tikah dan Fiffy mendekati mereka berdua. Dhiya tidak tunggu lama untuk mengajak mereka masuk ke dalam rumah.
"Dhiya kenapa muka kau pucat ni, kau sakit eh?" Tanya Fiffy dengan kening yang berkerut. Disentuh dahi Dhiya menggunakan belakang tangannya.
"Tapi badan kau tak panas pula, ada apa ni Dhiya?" Tambahnya lagi.
"Aku okey la Fy, Jangan risau eh? Aku sihat je. Sorry sebab susahkan korang" Jawab Dhiya dengan mata yang berkaca. Terharu dengan mereka bertiga. Selama ini waktu sakit dia pasti menahan sakit sendiri.
"No problem sis" balas Rose lalu tersengih.
Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain. Sekarang bukan masa yang baik untuk memberitahu Dhiya berita tentang kecurangan Irfan. Takut nanti Dhiya jatuh pengsan pula.
"Dhiya, mana suami kau?" Tanya Fiffy. Ingin tahu balasan Dhiya.
"Ada je, sekarangkan waktu kerja takkan dia duduk rumah pula" Balas Dhiya mendatar.
"Kau dengan laki kau macam mana?" Giliran Tikah bertanya. Lain pula dengan Rose, Dia hanya memerhati wajah Dhiya lama.
"Korang kenapa nak tahu pasal Irfan ni? Buang tebiat?" Balas Dhiya malas.
"Dah aku tak nak jawab, sekarang aku nak makan. Tolonglah... Jangan cakap pasal dia ye" tambah Dhiya lagi. Kali ini dengan nada yang pasrah.
Mereka bertiga hanya diam sambil berpandangan antara satu sama lain. Susah kalau macam ni. Mereka hanya pasrah menunggu Dhiya menghabiskan makanannya.
Dhiya makan dengan begitu berselera. Soalan kawan-kawannya membuatkan Dhiya lemah. Lebih baik hidup sendiri dari ada suami yang tak tahu erti memahami. Dhiya pasrah. Dia hanya mengikut segala perancangan Allah SWT dalam menjalani kehidupannya.
"Dhiya muka kau pucat sangat la, kau okay tak ni? Kalau tak jomlah kita orang bawa kau pergi Hospital" Tanya Tikah lagi. Risau melihat Dhiya yang diam sahaja.
"Aku okay la, janganlah layan aku ni macam aku dah nak mati" Balas Dhiya.
"Ye la" Ujar Tikah lemah. Tidak mampu menjawab lagi.
♡♡♡
"Abang, dah lama sangat Ibu marah kat Dhiya tu, Ibu tak nak maafkan Dhiya ke. Abang tak ada telefon Dhiya?" Tanya Waddah kepada suaminya.
"Abang pun tak tahu lah, Ego ibu ni tinggi sangat. Abang pun tak tahu nak cakap macam mana. Nak tunggu Dhiya pergi dulu baru nak menyesal kot ibu ni. Keras kepala sungguh" Balas Hamzah lemah.
"Abang cubalah pujuk Ibu lagi, lagipun dah lama kan Lisya pergi. Takkan la ibu nak marah Dhiya sampai bila-bila. Kesian Dhiya, sejak kematian Alisyah, dia yang menjadi mangsa" Waddah bercakap lagi.
"Sayang nampak sendiri kan layanan ibu terhadap Dhiya macam mana, Abang pun pening nak buat apa lagi. Kita doa je yang baik-baik. Insyaallah, Allah permudahkan urusan kita" Ujar Hamzah.
"Kalau abang cakap macam tu, apa boleh sayang buatkan? Sayang harap Ibu dapat terima semua ini lagi. Sedih hati sayang tengok Dhiya diperlakukan macam tu. Kalau sayang di tempat Dhiya, dah lama sayang lari" Waddah tak jemu berkata-kata.
Hamzah yang mendengar hanya diam. Tak tahu ingin balas apa. Hamzah memeluk pinggang isterinya lalu diusap kepala isterinya lembut. "Semua akan indah bila tiba masanya sayang" Pujuk Hamzah.
Mereka berdua menjadi saksi ke atas semua penderitaan Dhiya. Dari mula sehingga sekarang. Kesakitan Dhiya, kesedihan dan keperitannya hanya dirasai sendiri. Ingin membantu tidak tahu bagaimana. Mereka hanya mampu menyokong Dhiya dari belakang.
"Kebahagiaan akan tiba bila sampai waktunya"
♡♡♡
"Assalammualaikum" Irfan masuk melangkah ke dalam rumah. Rumah yang sunyi itu hanya dipandang sepi. Mata melilau mencari si isteri.
"Waalaikumsalam"
Irfan tersentak. Dadanya diusap lembut. Dilihatnya Dhiya berjalan ke arahnya. Irfan memandang pelik. Dhiya buang tebiat ke? Pakai tudung dalam rumah.
"Kau dah buang tebiat ke? Kau pakai tudung kenapa? Bukan ada orang datang pun" Tanya Irfan.
"Suka hati saya la, nak pakai tudung ke buka tudung ke, awak kisah ke?" jawab Dhiya.
"Masalahnya kat rumah ni, aku dengan kau je. Buka tudung kau sekarang" Arah Irfan.
"Cukuplah aku buka tudung depan kau dulu, lepas ni aku tak akan buka lagi. Kau nak tahu tak? Aku dah malas jadi lemah. Menangis setiap masa, jadi mangsa kau orang semua".
" Kau orang sayang sangat kat Alisyah kan? Apa kata kau orang bunuh diri. Nanti aku kubur kat sebelah kubur Alisyah. Kau orang jumpa la dia kat sana" Jawab Dhiya kasar. Sumpah hati tak rela ingin berkata begitu namun bukankah itu yang mereka pinta?
Irfan yang mendengar sudah pun berapi. Pedas telinganya mendengar percakapan Dhiya.
Pang!!
Terteleng wajah Dhiya bila Irfan menampar pipinya. Dhiya tertawa. Dia mengangkat wajahnya lalu menampar wajah Irfan semula.
"Kalau kau betul lelaki sejati, kau tak akan naik tangan ke atas wanita. Kalau kau suami mithali kau tak akan pernah menjentik seorang wanita yang lemah. Kau ingat kata-kata aku ni. Satu hari nanti, aku sendiri akan buat kau ceraikan aku. Dan kau perlu ingat, kau tak akan pernah bahagia selagi rasa sakit di pipi ini tak hilang" Ujar Dhiya lalu naik ke atas bilik.
Dhiya sudah memindahkan barang-barangnya ke sebelah bilik Irfan. Cukuplah dia jadi bodoh pernah mempercayai lelaki itu. Cinta? Semua itu hanya dusta. Dhiya harap inilah perkahwinan pertamanya dan Dhiya pastikan perkahwinan ini akan bertemu penamatnya secepat yang mungkin.
Irfan memegang pipinya. Tamparan yang Dhiya bagi membuat bibirnya berdarah. Hatinya bertambah sakit, kerana rasa pedih itu dia naik ke atas lalu membuka pintu bilik Dhiya. Nasibnya baik kerana Dhiya lupa mengunci bilik itu. Irfan tersenyum sinis.
Tali pinggang dibuka. Dhiya yang melihat Irfan memegang tali pinggang itu hanya diam tak bersuara. Irfan membuka tudung Dhiya lalu menarik rambut ikal Dhiya. Dhiya menahan perit.
Di lempar badan Dhiya ke atas katil lalu dilibas tali pinggang itu kebadan Dhiya.
Satu... Dua... Tiga..... Dan pukulan itu tidak berhenti di situ.
Dhiya diam tak berkutik. Libasan buat kali keberapa Dhiya juga tidak tahu. Tangan dibawa ke perut. "Sayang, jangan lemah yaa. Temankan Ibu ya sayang" Bisiknya.
Irfan menghentikan libasannya. Dia melempar tali pinggang itu ke pintu bilik. Tubuhnya dibawa keluar dari bilik Dhiya. Masuk sahaja ke dalam biliknya dia pergi ke tandas lalu membasahkan diri di bawah pancuran air. Irfan bagai baru tersedar. Tangisan daripada bilik sebelah membuat dia rasa bersalah namun perasaan itu cepat-cepat dihapuskan dari fikirannya.
"Kau layak dapat Dhiya, kau lawan aku" Ujarnya perlahan.
Dhiya membuka bajunya lalu dilihatnya 'tanda' yang dibuat oleh Irfan sangat 'cantik'. Dhiya tersenyum dalam tangis.
"Bukankah mengalah itu adalah perkara yang perlu dilakukan bila hati dah terlalu disakitkan?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro