Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 25

"Tiada derita , tiada bahagia"


"Ibu, kalau satu hari nanti adik pergi dulu dari Ibu, Ibu jangan lupakan adik tau. Ibu kena jaga diri elok-elok, jangan tinggalkan adik sendiri. Ibu, adik ada ibu, kakak, abang dan ayah je. Kamu semua adalah kehidupan adik. Ibu, janji dekat adik yang ibu akan sentiasa jaga anak-anak ibu dengan penuh kasih sayang".

"Ibu.. Umur adik tak panjang. Dah sampai masanya untuk adik pergi. Ibu jangan sedih tau, Insyaallah kita jumpa di sana ye ibu"

Air mata yang mengalir di seka perlahan. Kata-kata si anak bongsu bermain di fikiran. Ya Allah, mengapa ini harus terjadi? Di saat bahagia ingin tiba kau datangkan malapetaka. Anita mengesat air matanya yang begitu deras mengalir, Tiada satu masa pun dia tidak merindui anaknya itu.

Jikalau di suruh memilih lebih baik dia yang pergi namun inilah kehendak Illahi, yang perlu dia lakukan adalah redha dan terima.

Gambar potret keluarganya dipandang penuh hiba. Senyuman bahagia si anak membuat dia tersenyum juga. Di usap wajah anak-anaknya, dari yang sulung hingga ke bongsu. Kasih-sayangnya tidak terbahagi. Semua anaknya disayang sepenuh hati.

Dia rindu.. Sangat rindu dengan semua anaknya. Ingin dibelai mereka sudah besar panjang. Si sulung sudah menjadi suami, si angah sudah menjadi isteri dan si bongsu sudah dijemput Illahi. Sakit ini siapa yang boleh ubati?

"Assalammualaikum Ibu ayah, Along balik ni" Ujar Hamzah yang baru tiba itu.

"Waalaikumsalam, masuk nak" jawab Anita. Dilihatnya anak menantunya mula masuk dan mendekatinya. Hamzah dan Waddah menyalam tangannya lalu mencium pipi tuanya.

Oleh kerana rindu di hati sangat mendalam di dakap tubuh tegap anak lelakinya. Di cium dahi anaknya itu lalu di peluk dengan begitu erat. Hamzah yang faham perasaan ibunya itu mengusap belakang ibunya. Dia menenangkan ibunya.

"Istighfar Ibu" Ujar Hamzah apabila Ibunya mula tersedu di dadanya. Anita menangis dengan begitu kuat. Tiada suara namun air mata mengalir tanpa hentinya.

Waddah yang melihat hanya mampu diam. Waddah mengambil telefonnya lalu menelefon Dhiya. Waddah tahu yang ibu suaminya itu sangat merindui anak-anaknya.

"Assalammualaikum Dhiya, Dhiya ada kat mana sekarang?" Ujar Waddah setelah panggilan bersambung.

"Waalaikumsalam kak, Dhiya ada kat rumah ni. Ada apa kak?" Balas Dhiya.

"Kalau Dhiya tak busy, Dhiya balik rumah ibu boleh? Jawab Waddah lagi.

"Ada apa kak? Ibu dan ayah tak apa-apa kan?" Dhiya membalas dengan nada yang risau.

"Tak Dhiya, Ibu ayah baik je. Cuma rindu nak berkumpul ni" Dalih Waddah tanpa memberitahu perkara sebenar.

"Syukurlah kalau macam tu, Insyaallah kejap lagi Dhiya datang ye kak" Dhiya menjawab lalu bersiap ala kadar. Pergi rumah ibu saja kan.

"Hati-hati Dhiya, Assalammualaikum" Ujar Waddah lalu meletak mematikan panggilan.

"Waalaikumsalam".

Dhiya memberi salam lalu masuk ke dalam rumah. Dilihatnya si ibu duduk disebelah abangnya. Si ayah pula duduk di hadapan mereka berdua. Dhiya melepaskan nafas lega. Alhamdulilah ibu ayahnya sihat walafiat.

"Ibu, Ayah" Dhiya menyalam tangan mereka berdua walaupun si ibu lekas menarik tangannya. Dhiya tersenyum hambar.

"Dhiya balik sorang ke? Irfan mana?" Tanya Hasyim lembut.

"Iya Ayah, Dhiya balik sorang je hari ni. Irfan kan kerja ayah" Balas Dhiya.

"Ouh, ayah lupa pula. Bagus la Dhiya balik hari ni. Ibu kamu ni dah berapa hari diam aja" Kata ayahnya lagi.

"Ye ke ayah? Ibu, ibu sihat?" Dhiya mencuba nasib untuk berbicara dengan ibunya.

"Ye Dhiya" Balas Ayahnya lembut manakala si ibu hanya diam tak menyahut. Hamzah menyiku lembut tangan ibunya menyuruh ibunya membalas pertanyaan Dhiya namun si ibu hanya diam tak berkata apa-apa.

Dhiya hanya senyum. "Dah sampai sini baik kita masak kan. Biarkan ibu rehat je hari ni" Ujar Dhiya cuba menceriakan suasana.

"Bagus juga tu Dhiya, akak pun dah lama tak masak kat rumah ni. Boleh lah tunjuk skil memasak tu" Balas Waddah teruja.

"Ha ah, biarkan Ibu awak ni rehat. Lagi pula dah lama ayah tak makan masakan Dhiya" Hasyim berkata lalu senyum tipis. Sudah terlalu lama sehingga dia sudah lupa akan rasa masakan anak perempuannya.

"Tak payah! Biar aku aja yang masak, kau orang duduk sini" Kuat suara Anita berkata.

"Nita!! Biar Dhiya dan Waddah masak hari ni, aku nak rasa masakan mereka. Cukuplah Nita, jangan tambah lagi masalah" Tegas Hasyim menuturkan kata. Tak ingin hati sesiapa terluka.

"Tapi abang.."

"Tak ada tapi-tapi Nita, kalau awak tak setuju. Jangan makan masakan mereka masak" Balas Hasyim lalu berdiri menuju ke keluar rumah.

"Masaklah Dhiya, Along pun dah lama tak rasa masakan Dhiya" Hamzah berkata pula.

Dhiya hanya mengangguk. Dia tahu masakannya tidak sedap namun sudah terlalu lama tidak masak di dapur rumahnya itu sehingga rasa rindu bertandang di hati, kerana rasa itu dia berani ingin mengatakan hasratnya.

♡♡♡

"Sedapnya Dhiya masak, menyesal siapa tak makan" Ujar Hasyim. Jujur masakan anaknya itu sangat sedap.

"Kan Ayah, ni dah tambah berapa pinggan dah" Balas Hamzah mengiyakan.

Anita yang mendengar hanya buat tak endah. Dia hanya menjamu makanan yang di masak oleh Waddah. Menantunya ini pun tidak kurang hebatnya dalam memasak. Namun rasa ingin menjamu masakan Dhiya sangat mendalam tapi kerana ego.. Dia menang lagi.

"Dhiya masak biasa-biasa aja, sedap lagi ibu masak" Dhiya membalas lalu tersenyum lebar. Dapat juga dia masak untuk keluarganya setelah berapa lama berlalu. Namun tipulah jika dia tidak terasa dengan ibunya, dia masak ini juga buat si ibu namun itulah dia tetap kalah walau apa pun yang terjadi.

"Tak perlu merendah diri Dhiya, dah memang masakan Dhiya sedap nak cakap macam mana lagi?" Balas Hamzah lalu tertawa. Meriah pula keluarganya hari ni.

Dhiya hanya tertawa kecil. Mereka semua makan di selangi gelak tawa, kecuali seorang wanita yang tinggi egonya.

♡♡♡

"Dhiya, kau nak tahu tak? Tadi kat Hospital aku nampak baby tau. Budak tu comel sangat. Kau tak boleh bagi aku baby ke?" Irfan yang baru masuk ke dalam bilik itu terus berkata.

Dhiya yang mendengar tercengang. Apa?!!

"Kau dengar tak Dhiya? Alah baby je pun, bukan aku minta twins atau triple" Ujar Irfan lagi. Kali ni Dhiya rasa nak bunuh diri.

"Boleh la Dhiya" Irfan berkata lagi dengan nada yang menjengkelkan. Membuatkan Dhiya rasa nak balik ke rumah ibunya semula. Kena sampuk jin mana Irfan ni. Pening Dhiya di buatnya.

Dhiya hanya menggeleng kepalanya. "Awak tak sedar ke Irfan. Kita kahwin pun sebab apa? Awak dah sentuh saya tanpa rela sekarang apa?" Tanpa sedar Dhiya mengungkit semula peristiwa itu.

"Kau kenapa Dhiya? Benda tu dah berlalu kan? Kalau kau nak tahu, aku tak gila nak rosakkan perempuan yang bukan isteri aku" Balas Irfan lalu masuk ke dalam tandas membuat Dhiya terpingga-pingga. Apa maksud Irfan?

Takkanlah?...

"Dhiya sepatutnya sebagai isteri kau kena penuhi keinginan suami. Allah murka Dhiya" Dhiya bermonolog sendiri. Dhiya menarik nafas seketika lalu menanti Irfan keluar.

"Awak, saya dah sedia" Ujar Dhiya senada selepas Irfan keluar dari dalam tandas..

"Tak apa aku bergurau je" Balas Irfan lalu baring ke atas tilam.

Dhiya datang mendekati Irfan. Dia menyentuh bahu Irfan lalu berkata "Saya dah sedia, saya tak nak jadi isteri yang tak dengar kata"

"Kau betul-betul ke Dhiya? Tak menyesal?" Kata Irfan.

Dhiya hanya menggeleng. "Tak akan menyesal" Ujarnya.

Dan malam itu dengan kerelaan diri sendiri bersaksikan bulan dan bintang maka dua jiwa telah menjadi satu.


"Kau tahu kehilangan itu adalah suatu perkara yang pasti,
Sama ada kau yang pergi atau kau yang di tinggali,
Semua itu pasti terjadi jika wujudnya suatu hubungan tak kira hubungan persahabatan, percintaan mahupun persaudaraan,
Cuma selalu la percaya akan ketentuan-Nya kerana setiap yang berlaku adalah dengan izin-Nya"

Haylo banyak lagi belum terjawab tapi akan diselesaikan segera. Nak cakap jangan berhenti baca okayy? Masih nak tahu ending tak? Saya masih dilema nak buat sad ending or happy ending kerana sad ending jalan cerita lain begitu juga dengan happy ending.

Happy ending.

Sad ending.

Ayuh main vote..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro