TD 23
"Tiada derita , tiada bahagia"
Selepas sahaja sembahyang subuh Dhiya pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan. Senyuman manis terlakar di bibirnya. Dhiya tidak mampu menahan senyumannya. Senyuman Dhiya bertambah lebar apabila Irfan juga turut turun ke dapur untuk membantunya menyediakan sarapan.
Mereka berdua berpandangan dan saling bertukar senyuman. Dhiya masih tidak dapat menerima kenyataan. Semudah inikah bahagia menyapanya selepas semua derita yang dia terima? Tapi Dhiya tidak percaya Irfan seratus peratus atau mungkin tidak akan percaya langsung.
Mungkin semalam Dhiya terlalu terharu kerana Irfan mengucapkan kata-kata yang begitu manis. Sekarang dia bagaikan tersedar. Senyuman indah sebentar tadi langsung berubah. Wajah Dhiya kosong, sekosong hatinya.
Irfan perasan akan raut wajah dia yang mula berubah. Irfan lantas mendekati Dhiya. Baru saja tangan Irfan ingin menyentuh Dhiya, Dhiya terus menjauhkan diri.
"Awak kenapa?" Irfan bertanya. Pelik akan perubahan drastik seorang Dhiya.
Dhiya menggelengkan kepalanya lantas menyambung menyediakan sarapan. Kening Irfan berkerut.
"Awak duduk la kat sana dulu, saya nak hidang sarapan" Dhiya mula bersuara. Dhiya juga tidak faham akan dirinya. Sekejap okay sekejap tak, tanpa sedar Dhiya mengeluh perlahan.
"Dhiya, kalau aku ajak kau balik rumah Ibu, kau nak tak?" Irfan bertanya setelah menghabiskan sarapannya.
Dhiya bagai terkaku. Jumpa ibu? Dhiya mengangkat kepalanya lalu memandang wajah Irfan. Dhiya mengangguk tanda mengiyakan. Sudah lama dia tidak jumpa ibu dan ayahnya. Dhiya menghabiskan makanannya lalu mengemas meja.
Irfan sudah pun naik ke atas, ingin bersiap katanya. Dhiya termenung semasa mencuci pinggan. Dia bertanya semula kepada hatinya. Adakah perlu dia membuka hati untuk si lelaki yang pernah menyakiti? Atau hanya pura-pura menerima walaupun hati tidak gembira? Dhiya bingung, ingin meluah dia tidak punya siapa-siapa.
Jika dulu Khalisya la tempat dia luahkan semua, sekarang wanita itu juga hilang entah kemana. Fiffy, ya dia boleh luah kepada fiffy. Dhiya hanya meneruskan kerjanya sehingga habis.
♡♡♡
"Assalammualaikum" Dhiya dan Irfan memberi salam serentak.
"Waalaikumsalam, eh Dhiya dan Naufal. Mari naik" ujar Ayah Dhiya, Encik Hasyim.
Irfan menyalam tangan Hasyim diikuti oleh Dhiya. Sempat Hasyim mencium dahi Dhiya. Rindu kepada anaknya sangat mendalam. Alhamdulilah hari ini berjumpa juga dia dengan anaknya.
"Dhiya apa khabar?" Hasyim bertanya sambil mengusap kepala anaknya.
"Khabar baik ayah, Ayah apa khabar?" Dhiya bertanya semula.
"Alhamdulilah baik juga" jawab Hasyim. Mereka duduk di ruang tamu rumah. Anita datang membawa air dan sedikit biskut.
Anita berasa hairan melihat Dhiya dan Naufal yang duduk rapat itu. Dia seperti tidak dapat menerima semua ini. Terlalu awal untuk Naufal jatuh hati pada Dhiya. Bukankah Alisyah yang berada di hati Naufal?.
"Ibu apa khabar?" Irfan memulakan perbualan.
Anita seperti baru tersedar. Dia memandang wajah Irfan lalu senyum tipis. "Macam ni la Naufal, dah tua ni sakit pun kerap datang. Dulu kalau badan ibu sakit ada Lisya yang boleh urut. Sekarang Lisya dah tak ada, jadi tak ada yang boleh urutkan badan ibu ni" Anita mengeluh sambil mengurut perlahan tangannya.
Dhiya yang mendengar hanya mampu tesenyum pahit. Ya, benar kata ibunya. Dulu arwah Alisyah yang selalu urut badan ibu mereka tapi Dhiya juga selalu ikut sama. Kini ingin menyentuh tangan ibunya juga susah. Dhiya tidak ingin memburukkan keadaan. Dia hanya diam , tiada niat ingin menyampuk perbualan mereka.
"Dhiya tak nak tidur sini ke?" Hasyim bertanya apabila melihat anaknya itu diam tanpa suara.
"Dhiya tak dapat tidur sini sekarang ayah, tunggu Irfan ada cuti baru Dhiya dapat tidur kat sini" Dhiya membalas dengan perlahan.
"Dhiya nak masuk bilik kejap ye" Dhiya meminta diri lalu masuk ke dalam bilik. Masuk sahaja ke dalam bilik Dhiya baring di atas katil. Rasa rindu kepada orang tuanya sudah lunas. Dhiya menutup mata lalu tanpa sedar air mata mengalir perlahan.
Dari tadi Dhiya sembunyikan rasa sedih. Masuk sahaja ke dalam rumah rasa sebak bertandang ke dalam hatinya. Melihat wajah ibu ayahnya membuat dia bertambah hiba. Perasaan sakit di hati bertambah pedih. Rindu namun tidak dapat di ungkap serta cinta yang tidak dapat diluah.
Dhiya takut. Takut berhadapan dengan realiti. Lebih asyik jika hidup di dalam mimpi sekurang-kurangnya dapat menghiburkan hati. Dhiya memujuk dirinya. Dan masa ini apa yang dia perlu adalah pelukan hangat seorang Irfan.
Bagai tahu kehendak hati Dhiya, Irfan masuk ke dalam bilik. Dia duduk di birai katil Dhiya. "Awak kenapa Dhiya? Saya tengok happy je tadi. Sekarang nangis pula?" Irfan bertanya. Pelik akan perangai isterinya, tadi boleh tersenyum sekarang menangis pula.
Dhiya mengelap wajahnya lalu senyum tipis. "Tak ada apa, saya just rindu bilik saya ni" ujar Dhiya perlahan.
Irfan hanya memerhati Dhiya. Hatinya sedikit pedih melihat Dhiya yang sakit begini. Irfan tahu sakit itu datang dari hati dan hanya Dhiya yang mampu rasainya.
"Awak ada nampak Fiffy tak?" Dhiya bertanya kerana ingin bertemu dengan Fiffy.
"Oh, dia ada dengan Ibu kat dapur sana. Awak pergilah. Saya nak tidur sekejap. Nanti awak kejutkan saya ye" Ujar Irfan lalu baring di atas katil.
Dhiya hanya mengangguk lalu keluar. Dhiya berjalan menuju ke dapur. Sampai sahaja di dapur Dhiya melihat dua orang wanita sedang bertungkus lumus menyediakan makanan tengah hari.
"Hai Dhiya, kenapa termenung kat depan tu, sinilah" Fiffy menyapa Dhiya. Dhiya tersentak lalu memandang wajah Fiffy.
Fiffy yang melihat Dhiya hanya tersenyum tipis. Dia mencuci tangannya lalu mendekati Dhiya.
"Kau kalau nak nangis jangan sekarang Dhiya, nanti ye. Aku temankan kau pergi pantai nanti petang" Ujar Fiffy lalu menarik tangan Dhiya untuk duduk sekali bersama ibunya. Dhiya senyum tipis. Tidak mengangguk, tidak juga menggeleng hanya berdiam diri. Orang kata diam tanda setuju.
♡♡♡
Rumah yang selalu suram itu mulai cerah apabila si tuan rumah kembali bertandang. Dhiya bersyukur masih mendapat peluang untuk duduk bersama kedua orang tuanya.
Dhiya merenung wajah tua ibu dan ayahnya. Dhiya tahu semua manusia pasti akan merasai mati namun Dhiya mahu biarlah dia yang pergi sebelum ibu dan ayahnya. Dhiya takut. Takut akan sebuah kehilangan. Dhiya takut akan semua perkara sehingga berfikiran yang bukan-bukan.
Namun sebagai manusia biasa kematian itu selalu menjadi bayangan. Dhiya tahu ramai yang pergi meninggalkan dia tetapi Dhiya pasti disebalik kemarahan seorang ibu, masih ada kelembutan. Di sebalik bencinya ibu masih terselit beribu kerinduan.
"Dhiya, makan bukan tenung nasi tu nak" Hasyim mula menegur apabila melihat Dhiya khusyuk merenung wajahnya dan isterinya. Fikir apa anaknya itu?
Dhiya tersengih "pasti ayah perasan aku tenung wajahnya dan ibu" Dhiya berbicara di dalam hati.
" Iya ayah, Dhiya makan la ni" Jawabnya perlahan lalu menyuap nasi ke dalam mulut. Masakan yang sudah lama Dhiya rindui dia dapat rasa semula. Beribu terima kasih ingin dia ucapkan kepada Sang Pencipta kerana masih memberi umur yang panjang kepadanya. Terima kasih ya Allah.
♡♡♡
Dhiya dan Fiffy berjalan berdua. Berjalan menuju ke pantai. Sepanjang jalan mereka berdua bergelak tawa seperti tiada masalah. Orang kampung terpaku melihat kelibat Dhiya. Senyuman yang terukir di wajah Dhiya membuat mereka bertambah pelik.
"Wau cik adik, bahagia nampak" ujar seorang makcik yang duduk melepak di gerai Cik Siah itu.
Langkah Fiffy dan Dhiya terhenti. Dhiya menoleh ke arah makcik itu lalu memberi sebuah senyuman. Tanda menyapa.
"Jalan dulu ye makcik" Ujar Dhiya lalu meneruskan langkahnya namun sekali lagi langkahnya terhenti.
"Sejak kahwin dengan tunang adik kau makin bahagia kau ye, mungkin kau sengaja bunuh adik kau kan supaya dapat kahwin dengan Irfan Naufal tu" seorang lagi makcik bawang bersuara. Dhiya menghembus nafas perlahan.
"Mak cik, saya jalan dulu ya. Mak cik sebelum nak memfitnah lihat pada diri dulu ye, mak cik kena sedar mak cik ada anak yang masih perlu dijaga. Jangan sampai kifarah datang menjengah baru nak meminta maaf pula. Assalammualaikum" Dhiya menarik tangan Fiffy lalu berjalan laju. Tidak betah duduk lama-lama bersama makcik bawang antarabangsa itu.
"Kau tengok tu, dah kahwin makin melawan budak Dhiya tu. Sakit pula hati aku ni. Ada hati nak ceramah kita pula" ujar Cik Ina.
"Betul tu Na, aku nak lada je mulut budak Dhiya tu" Cik Nana mengiyakan.
"Dah dah la kamu berdua oi, pergi balik masak untuk laki kau orang tu. Nanti datang ke sini makan kau orang marah pula" ujar Cik Siah. Tak insaf betul dua orang ni. Aku simbah guna air panas satgi.
"Ye la Siah oii, kau bukan boleh percaya sangat. Nanti kau beri yang bukan-bukan kat laki kita orang kan jadi lain tu" Mereka berdua ketawa mengekeh.
Cik Siah memandang mereka berdua bersama pisau di tangannya. Dia jalan perlahan-lahan lalu menghentak tangan ke atas meja yang di duduki oleh dua makcik bawang itu.
Kedua mereka melatah teruk.
"Oii Siah, kau gila ke apa" Mereka berdua berdiri lalu keluar dari gerai itu.
"Hah pergi balik, kau orang jangan nak datang balik, kalau nak merasa pisau terbenam kat perut korang marilah sini" Cik Siah mengeluh berat. "Eeeeeee geramnya aku!!" luahnya.
♡♡♡
"Hailah Dhiya, makin teruk Kampung kau ni. Bagus juga kau ikut Irfan pindah. Kalau aku jadi kau dah lama aku sembur mata makcik-makcik bawang tu guna lada" Ujar Fiffy geram.
Dhiya tertawa. "Jangan buat lucu la Fy, kau nak tahu tak? Aku kuat sebab ibu aku tau. Aku nak tengok ibu aku sentiasa gembira walau bukan aku penyebabnya. Aku selalu doa kepada Allah semoga hati ibu aku lembut satu hari nanti"
"Aku harap ibu sempat maafkan aku sebelum aku pergi, Irfan nampaknya dah maafkan aku Fy. Tapi kalau kau jadi aku, kau akan maafkan dia tak?" Dhiya bertanya sambil merenung wajah Fiffy.
"Kau tahu Dhiya, nak memaafkan seseorang itu mudah tapi ingin melupakan apa yang dia buat tu susah. Kalau aku jadi kau, aku akan maafkan dan aku terima. Sekurang-kurangnya dia ada usaha nak perbaiki hubungan korang"
"Hargai yang ada dan redha pada yang pergi, aku tahu kau susah nak buang segala derita tapi sampai bila kau nak hadapi semua? Mungkin Allah permudahkan segalanya untuk kau. Kau terima la Dhiya kerana tidak semua orang dapat peluang itu" Fiffy menjawab panjang lebar lalu memeluk Dhiya. Di sandarkan kepala Dhiya ke bahunya.
Dhiya hanya senyum lalu memeluk pinggang Fiffy. "Terima kasih Fy, sekurang-kurangnya aku ada kau yang boleh temankan aku" kata Dhiya perlahan namun masih dapat di dengari oleh Fiffy.
"Peluang kedua itu ada, peluang ketiga juga ada,
Selagi hidup bergelar manusia dan hamba Allah,
Peluang masih terbuka dengan cerah,
Hanya perlu pandai menghargai dan menyempurnai,
Jika pernah tersalah langkah buat kali pertama mustahil kita jejakkan kaki buat kali kedua"
Stay with me until we meet the ending of this story okey? I know im not good for this but selagi ada peluang apa kata kita gunakan. Kita semua penulis dalam cerita kita sendiri. Muah ♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro