TD 21
"Tiada derita , tiada bahagia"
Dhiya terpaksa menjaga Irfan yang tidak sihat itu. Macam mana boleh sakit pula ni? Dhiya tertanya sendiri. Sibuk sangat jaga pesakit sampai diri sendiri yang sakit. Tabahlah Dhiya. Jaga je la suami kau.
Dhiya merenung wajah Irfan Naufal. Indahnya hidupnya jika dia menikah dengan lelaki yang dia cinta namun perancangan Allah adalah yang terbaik buat dirinya. Dhiya percaya hikmah disebalik semua ini pasti akan diketahuinya nanti.
Dhiya tidak ingin duduk lama bersama Irfan. Nanti lelaki itu tersedar Dhiya juga jadi mangsanya. Dhiya turun ke bawah lalu duduk di belakang halaman rumah.
Dhiya termenung sendiri. Terlalu banyak yang ingin Dhiya luahkan tetapi tidak tahu nak luah pada siapa. Dhiya hanya ada Allah untuk tempatnya meluah. Dhiya tidak ingin harta benda tetapi cukuplah diberi perhatian secukupnya.
Ingin menangis? Dhiya sudah penat. Terlalu banyak air matanya terbuang hanya kerana manusia. Dhiya tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukannya untuk memperbaiki kesilapannya. Ingin putar semula masa? Jika boleh sudah lama Dhiya lakukan.
Dhiya hanya berharap semoga dirinya memperoleh bahagia seperti orang lain juga. Dhiya juga ada hati dan perasaan. Bila Dhiya berjalan sendiri dia pasti cemburu melihat orang lain yang keluar bersama sahabat mereka. Dhiya juga ingin sahabat yang sentiasa ada untuk mendengar luahan hatinya.
Tidak mahu terbawa perasaan Dhiya mengambil tugas untuk membersihkan rumah lalu memasak sup ayam untuk Irfan.
♡♡♡
Irfan hanya duduk diam di dalam bilik. Dia tidak tahu bagaimana ingin berhadapan dengan Dhiya. Di suap oleh Dhiya? HAHA. Perkara bodoh yang berlaku dalam hidupnya.
Irfan berharap semua itu hanya mimpi. Mimpi buruknya namun ia tetap realiti yang membuat Irfan sakit hati.
Klak!
Pintu bilik dibuka lalu tersembul wajah seorang Dhiya. Nak main sorok-sorok ke tu?.
"Awak.. awak tak nak makan ke?" Dhiya bertanya dengan nada yang perlahan. Takut dijerkah oleh lelaki di hadapannya itu.
"Aku tak lapar. Kalau kau nak makan, kau makan je la. Kau jangan nak jaga aku sangat la. Aku pandai jaga diri sendiri. Aku tahu kau buat macam ni sebab kau nak aku terhutang budi dengan kau kan?"
"Aku faham sangat la perangai kau ni, mengambil kesempatan aja kerja kau!" Ujar Irfan dengan senyuman sinis seolah-olah dia tahu semua perkara.
Dhiya hanya diam. Tak ada niat pun nak mengambil kesempatan. Entahlah, dah di tolong pun masih ego. Dhiya malas ingin bertekak dengan Irfan.
"Suka hati awaklah, saya dah masak sup ayam. Awak nak makan atau tidak terpulang pada diri awak sendiri. Jangan nanti kebulur baru nak cari saya ye" Dhiya bercakap senada lalu keluar dari bilik. Malas nak tunggu balasan dari Irfan.
Irfan mendengus geram! Melawan aja kerja kau ye perempuan. Irfan ada rancangan untuk hancurkan hidup Dhiya dan dia akan pastikan hidup Dhiya hancur sehancurnya sehingga Dhiya sendiri mati kerana dirinya.
Tak sabar nak tunggu masa itu tiba. Tapi sebelum itu dia harus buat Dhiya jatuh. Jatuh kedalam dakapannya. Irfan senyum sinis.
♡♡♡
Di malam yang mendung ini seorang Ibu merenung langit. Walaupun bintang tidak kelihatan dia tetap boleh membayangkan anaknya sedang tersenyum memandang ke arahnya.
Terbit rasa rindu kepada Dhiya. Anak perempuannya yang masih dipanjangkan umurnya oleh Allah SWT. Ego seorang Anita sangat tinggi sehingga kemaafan tak mampu dia beri.
Dia cuba untuk ikhlaskan hati namun dia masih tidak mampu. Jikalau perkara itu tidak terjadi mesti dia menjadi seorang Ibu yang paling bahagia di dunia ini. Namun segalanya adalah kehendak Illahi. Nikmat apa lagi yang hendak dia dustakan?.
"Ibu menungkan apa tu ibu" Hamzah mula menegur ibunya. Lama sangat tenung langit tu.
"Hmm, Ibu rindu dengan Alisyah, jadi Ibu tengoklah langit. Salah ke?" Anita menjawab.
"Tak salah Ibu, tapi kan lebih baik Ibu sedekahkan Al-Fatihah. Doakan Along dan Angah juga. Kami berdua anak ibu juga" Hamzah ingin Ibunya sedar yang anaknya bukan sahaja Alisyah tetapi dia dan Dhiya juga.
"Kau tahu doa seorang ibu itu selalu mengiringi anaknya. Ibu selalu doakan anak-anak Ibu" Ujar Anita tenang.
"Along tahu Ibu, ibu doakan semua bermakna doakan Dhiya juga kan" Tanya Hamzah lagi.
Dilihatnya Ibunya hanya diam. Hamzah menggelengkan kepalanya.
"Sudah la Ibu, benda dah lama berlaku. Alisyah pun dah tenang kat sana. Baik ibu fikir tentang Dhiya. Along tak rasa Dhiya bahagia dengan perkahwinannya ini. Kalau Along ada kuasa dah lama Along bawa Dhiya lari dari suami tak guna dia tu" Ujar Hamzah dengan nada yang kuat.
"Ibu pegang kata-kata Along , jadi sesuatu kepada Dhiya. Ibu akan hilang dua anak Ibu. Ibu akan hilang Dhiya dan juga Along. Along tak benarkan sesiapa pun sakitkan adik Along" Hamzah merenung wajah Ibunya.
"Along nak tanya Ibu, jauh dari lubuk hati Ibu memang tak ada rasa ingin maafkan Dhiya ke? Ibu redha ke jika Dhiya yang pergi nanti?. Ibu hati manusia lagi-lagi wanita sangat senang untuk punah. Senang untuk terluka dan kecewa. Ibu tak rasa ke Dhiya memang dah lama mati. Ibu buat Dhiya macam ni seolah-olah Ibu sedang membunuh dia" Hamzah menggelengkan kepala. Berbicara dengan Ibunya hanya membuat dia gila.
"Ibu juga sedang mati" Anita membalas lemah.
"Ibu tak akan dapat terima semua ini sekarang. Mungkin satu tahun akan datang atau seribu tahun akan datang. Kita tunggu masa perbaiki segalanya" Ujar Anita lalu berjalan ke biliknya meninggalkan Hamzah terpingga-pingga.
"Biarkan aja la Ibu kamu tu. Nak nasihatkan pun dah terlambat rasanya. Biarkan la dia sedar sendiri. Dah berbuih mulut Ayah ni nasihatkan Ibu kamu tu dia tetap dengan ego dia" Ujar Hasyim lalu mengeluh.
"Iya la Ayah, nanti Dhiya yang pergi baru tahu langit tu tinggi ke rendah". Jawab Hamzah.
Mereka berdua hanya berdiam diri. Tak tahu ingin buat apa lagi. Ego seorang wanita memang tinggi. Nasib lah seorang Dhiya sangat tabah menghadapi perangai Ibunya.
♡♡♡
Dhiya sudah bertambah tertekan. Duduk di rumah ini boleh membuat dia bertambah gila. Dhiya ingin pulang ke rumah Ibunya tetapi bila mengingatkan wajah benci Ibunya dia batalkan niat di hati.
Dhiya bukanlah seorang wanita yang keras kepala. Selagi boleh di lakukannya dia akan lakukan. Tidak perlu di paksa atau di ugut. Dhiya tahu kedatangannya ke sana pasti akan membuat Ibunya menyampah sebab itu dia batalkan niatnya.
Dhiya teringatkan Fiffy. "Bagus aku bawa Fiffy keluar. Boleh tanya khabar Ibu!"
Dhiya menelefon Fiffy. "Assalammualaikum Fy, awak busy ke? Kalau tak jom teman Dhiya keluar"
"Waalaikumsalam Dhiya, aku tak busy pun. Jomlah! Kita nak pergi mana Dhiya?" Fiffy menjawab dengan nada yang teruja.
Dhiya tersenyum mendengar suara teruja Fiffy. "Awak bersiap la dulu, nanti dah siap kita jumpa kat Taman kita jumpa buat kali pertama dulu. Awak ingatkan?"
"Oh, okay Dhiya jumpa nanti!" Jawab Fiffy lalu mematikan panggilan.
Dhiya hanya menggelengkan kepala. Teruja sangat tu!.
"Dhiya!!!" Fiffy memanggil Dhiya dengan nada yang kuat sehingga beberapa orang menoleh ke arah mereka. Opss!
"Fy, kuat sangat la suara awak!" Dhiya berasa malu.
"Alah, lek la Dhiya ni bukan kawasan larangan tak bersuara pun" Fiffy membuat muka.
Dhiya menepuk dahinya. "Ye la Fy, betul dah tu" Ujar Dhiya lalu tertawa kecil.
"Dhiya banyak pula orang hari ni. Kita pergi pantai nak?" Ajak Fiffy. Dhiya menoleh memandang Fiffy.
"Nak, jom jom!" Mereka berdua berjalan dengan lengan yang bertaut.
Dari tengah hari sampai petang mereka berdua menghabiskan masa bersama. Sebelum mereka pulang , mereka pergi ke pantai itu sekali lagi. Dhiya dan Fiffy duduk di atas pasir yang bersih itu. Tenang rasanya.
Orang yang melihat pasti fikir mereka adalah adik beradik. Keakraban mereka membuat orang lain tersenyum sama.
"Fy, Ibu apa khabar? Ni Ibu tahu ke awak keluar dengan saya?" Dhiya bertanya. Dhiya sedaya upaya menahan getar bila bersuara.
"Ibu sihat je Dhiya, tapi semenjak kau keluar Ibu lebih banyak menghabiskan masa dengan merenung langit bila waktu malam. Bila siang menjelang Ibu sibukkan diri dengan tanaman dan memasak. Ibu jarang bersuara sekarang. Aku rasa dia rindukan kau Dhiya" Ujar Fiffy lemah. Dia lihat perubahan Ibu kandung Dhiya itu selepas sahaja Dhiya keluar dari rumah itu.
Tanpa Fiffy sedari kata-katanya membuat Dhiya mengalirkan air mata dengan deras. Fiffy menoleh ke arah Dhiya. Dia terkedu melihat Dhiya yang tunduk itu sudah mula tersedu-sedan.
Fiffy mendekatkan jaraknya ka arah Dhiya lalu memeluk Dhiya. Sebagai seorang anak, dia juga faham perasaan Dhiya. Perasaan rindu kepada seorang Ibu, namun susah untuk diluahkan.
Di saat itu, Dhiya menangis dalam pelukan seorang sahabat yang dianggap seperti adiknya sendiri. Dhiya tidak tahu ingin menjawab apa tetapi cerita yang disampaikan oleh Fiffy membuat dia terluka.
"Ibu, jika rindu beritahu Dhiya boleh pulang jumpa Ibu. Ibu tolonglah telefon Dhiya dan kata Ibu rindu. Dhiya malu mahu pulang jika ibu tak izinkan. Cukuplah semua kesakitan yang Ibu rasakan sewaktu melihat Dhiya. Sekarang Dhiya sudah penat. Penat menjadi orang yang membuat orang lain terluka". Dhiya meluah dalam pelukan Fiffy.
Fiffy tidak dapat tahan air matanya lagi. Dia memeluk Dhiya dengan lebih kuat. "Tabah la Dhiya" Bisiknya.
"Bahagia tidak datang kerana harta,
Bahagia tidak datang kerana duit,
Bahagia datang bila kau bersyukur dengan yang ada,
Dan redha dengan yang tiada,
Jangan mengalah jika kau kalah namun pelajari sesuatu dari apa yang kau tahu"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro