TD 20
"Tiada derita , tiada bahagia"
Perasaan itu datang lagi. Perasaan sunyi dan sedih. Dhiya merenung langit malam yang kelam. Andai saja semua ini tidak berlaku pasti dia lebih merasai bahagia. Dhiya sangat merindukan Ibu dan ayahnya. Teruk bagaimana pun layanan ibunya kepadanya, wanita itu tetap ibunya.
Dhiya rasa sangat tak berguna. Rasa dirinya tidak layak pun mendapat bahagia. Selepas semua ini terjadi, Dhiya makin rasa dirinya sangat hina dan kecil. Mungkin benar kata mereka Dhiya hanya sebuah boneka.
Dhiya tidak tahu apa lagi yang akan terjadi namun Dhiya sedar selagi dia hidup di dunia, ujian dari Allah SWT pasti akan sentiasa mengikutinya. Siapalah dia untuk menidakkan segala yang tercipta. Dia bukan malaikat, bukan juga wali Allah. Dia hanya hamba Allah yang lemah.
Kadang Dhiya sendiri terfikir, apa kesalahan dirinya sehingga di pandang rendah oleh manusia. Kejadian itu hanyalah satu masa silam yang perlu dilupakan dan ikhlaskan. Sampai bila lagi? Sampai bila dia harus menanggung semua ini?.
"Kau fikir dengan tenung bulan , bintang tu boleh buat masalah kau hilang ke? Boleh hilangkan dosa-dosa kau? Kau mesti sedar Dhiya, kau tu cuma pengganti arwah Alisyah. Kau tak akan pernah layak untuk bahagia. Percayalah!" Ujar Irfan dengan nada mengejek.
"Saya dah cukup faham dan tahu. Tak perlulah nak ulang perkara yang sama. Alangkah baiknya jika saya adalah penganti Alisyah kerana hidup Alisyah sangat sempurna jika dibandingkan dengan saya. Alisyah.. Cantik paras rupa dan berpelajaran juga. Ada pasangan yang sama level dengan dirinya".
"Kalau awak nak tahu, Alisyah la adik kesayangan saya tapi mengapa harus dia yang pergi? Sepatutnya saya.. Saya yang pergi kerana hidup saya ini tidak akan pernah bahagia atas segala yang terjadi. Hanya kesedihan sahaja yang layak untuk diri seorang Dhiya" Luah Dhiya panjang lebar. Bukan untuk menagih simpati tetapi untuk menyedarkan diri.
"Kau cakap la apa pun, salah tetap salah. Kau sepatutnya bersyukur Dhiya kerana kau masih hidup bernafas dengan baik dan masih diberi peluang untuk hidup. Kau tahu, masa akan mengubati segalanya tapi bukan untuk aku. Seribu tahun akan datang pun kau tetap pembunuh di mata aku" Ujar Irfan lalu berjalan meninggalkan Dhiya.
Dhiya hanya tersenyum. Ya, seribu tahun akan datang pun Dhiya tetap salah. Tiada siapa mampu menghapuskan kenyataan itu. Dan Dhiya akan pastikan seribu tahun itu dia akan pergi untuk membuat semua puas hati.
Dhiya sudah terfikir untuk minta cerai dari Irfan. Dhiya nekad untuk pergi kerana itulah yang semua orang inginkan. Dhiya sudah penat. Penat untuk bertahan. Sakit... sungguh sakit. Dhiya sudah tak mampu menahan segala perit di dada. Kerana sakit di hati air mata Dhiya mengalir tanpa henti.
Dhiya berdoa kepada Allah semoga mencabut nyawanya dengan secepatnya. Biarlah Dhiya sakit kerana mati dari sakit kerana hidup yang sengsara ini. Tuhan, Dhiya sudah penat. Dhiya menutup mata lalu tersenyum tipis.
♡♡♡
Pagi yang indah itu bertambah indah apabila Dhiya senyum lebar melihat dirinya. Dhiya tersenyum. Sebelum dia pergi dia sendiri ingin meluangkan masa di bandar ini. Dhiya bersiap untuk jalan ke mall. Dhiya tidak perlu memberitahu Irfan kerana lelaki itu sendiri tidak pernah kesah akan dirinya.
Dhiya berjalan-jalan di dalam Shopping Mall. Dia masuk ke kedai buku Popular. Dhiya memilih novel yang ada. Semua best membuatkan Dhiya rambang mata.
Inilah salah satu sifat Dhiya. Suka membaca novel. Baginya semua penulis novel ini ada pesanan mereka sendiri. Mereka semua tidak menulis novel untuk buang masa.
Dhiya mengambil salah satu novel yang cukup menarik. Terciptanya Derita. Membaca sinopsis saja sudah membuat Dhiya sedih. Kisah ini sama seperti dirinya. Dan mungkin buku ini adalah kisahnya sendiri. Dhiya mengambil buku itu dan beberapa buku lain. Dhiya akan membaca buku-buku itu apabila dia sudah tenang dari semua orang.
Sudah puas berjalan Dhiya berhenti di salah sebuah restoran. Dhiya masuk lalu mengambil tempat di tempat yang sedikit tersembunyi. Dhiya tidak suka suasana yang bising. Jika boleh Dhiya hanya ingin ke tempat yang hanya ada dia dan novelnya.
"Cik nak order apa?" Seorang perempuan muda mula menyapanya. Dhiya memandang ke arah wanita itu lalu tersenyum. Pelayan itu tadi tak berkedip memandang Dhiya. Cantik!! Wanita ini sangat cantik. Muka yang ayu dan menyenangkan itulah yang dapat dia gambarkan.
"Saya nak order nasi lemak dan air milo pink" Ujar Dhiya. Terhibur sedikit dengan remaja ini. Dia meraba mukanya. Ada sesuatu yang pelik ke?.
"Eh, Cik tak perlu raba muka cik. Tak ada apa pun, cumanya Cik terlalu cantik" Ujar remaja itu lalu tersipu malu. Kantoi tenung muka orang!.
"Saya dah kahwin, Puan bukan Cik" Ujar Dhiya lalu tertawa. Sekali lagi wanita itu tercengang. Kenapa sempurna sangat ni!!!
"Nama adik siapa ni? Comel sangat la" Ujar Dhiya. Remaja ini sangat comel di matanya.
"Eh hehehehe, nama saya Rosenah. Boleh panggil rose" Ujarnya lalu tersenyum. Lupa akan kerjanya untuk mengambil order wanita ini.
"Ouh cantik nama rose. Nama akak, Amira Dhiya. Rose nak panggil apa pun boleh!" Ujarnya.
"Okay kak Mia, nak panggil kak mia boleh tak?" Rose bertanya.
"Eh kenapa kak mia pula? Jauh sangat tu" Dhiya tertawa janggal. Mia? Nama siapa pula tu.
"Nama akak la. Amira tu panjang sangat. Saya panggil kak mia je la" Ujarnya lagi.
"Baiklah rose, suka hati kamu, ni nak tenung muka akak je ke? Akak lapar ni" Dhiya bertanya.
"Ya Ampun, HAHAHAHHAHA. Sorry kak syok sangat tenung muka akak sampai lupa pula" Rose tertawa.
"Okay kak, nanti kita sambung cerita yaa. Nak hantar order akak dulu" Rose berjalan menuju ke hadapan kaunter lalu memberi kertas kepada seseorang. Chef mungkin?.
Rose membuka apronnya lalu berjalan menuju ke arah Dhiya. Kening Dhiya berkerut. Senangnya rehat budak ni.
"Rose rehat ke?" Tanya Dhiya.
"Eh tak la kak, kedai ni ayah Rose punya" Rose menjawab.
"Lah ye ke, patutlah terus buka apron tadi" Dhiya tertawa. Patutlah sempat bawa Dhiya bercerita tadi. Kini Rose duduk bersama Dhiya. Mereka mula bercerita dan saling bertukar nombor telefon.
Rose beritahu dia ada seorang kakak. Kakaknya juga ada di sini tapi bekerja sebagai chef. Nuratikah namanya. Dhiya senang hati dapat mengenal seorang remaja seperti Rose. Sekurang-kurangnya dia mempunyai kawan untuk berbual.
Dhiya bagai terlupa akan semua masalahnya. Tenang rasa dirinya bila duduk bersama Rose. Sudah lama bercerita Dhiya meminta diri untuk pulang.
"Okay la Rose, nanti ada masa kita keluar sama-sama ye" Ujar Dhiya.
"Boleh je kak Mia, nanti kak Mia chat je Rose. Rose sentiasa on" Rose membalas. Suka akan personaliti wanita di hadapannya ini.
Dhiya ada menceritakan sedikit kisahnya kepada Rose. Tidak banyak hanya kisah dia kahwin bersama seorang lelaki yang membencinya.
Rose dapat merasakan hidup kak Mia ini lebih teruk dari yang dia ceritakan.
"Semoga berjumpa lagi Rose" Dhiya mengucapkan selamat tinggal lalu bersalaman dengan Rose. Mereka berlaga pipi.
"Semoga berjumpa lagi Kak Mia, nanti kita chat ya" Ujar Rose lalu melambai Dhiya.
"Kau cakap dengan siapa rose" Seseorang menegur rose.
"Eh kak tikah, Rose cakap dengan Kak Mia tadi. Dia peramah pastu cantik, Rose suka tengok muka dia" Rose memberitahu lalu tersenyum suka.
"Kau memang, jumpa orang semua cantik, semua baik. Dah la kau pergi ambil order sana" Ujar Tikah lalu menjengil mata ke arah Rose. Rose hanya menjeling lalu meninggalkan tikah. Hanat punya kakak!!.
♡♡♡
"Kau fikir kau siapa? Keluar rumah tak beritahu. Kau fikir rumah aku ni hotel ke? Kau ni tak guna betul. Kau keluar pergi mana hah?" Irfan bertanya dengan suara yang kuat. Sakit hatinya bila sampai ke rumah bayangan Dhiya pun tak ada.
"Saya keluar tadi, ada masalah dengan awak ke?" Dhiya bertanya semula.
"IYA!! MASALAH AKU!!, KAU TU ISTERI AKU BUKAN MAID AKU BODOH" ujar Irfan menengking Dhiya.
Dhiya hanya buat tak tahu. "Ye saya tahu, tapi perlu ke awak tengking saya? Tak perlu kan" Dhiya membalas lagi.
Irfan hanya diam dan tenangkan diri. Bercakap dengan wanita ini hanya membuatnya bertambah stres. Irfan tinggalkan Dhiya sendiri lalu naik ke atas. Pintu bilik dihempas dengan kuat.
Ternaik bahu Dhiya akibat hentakan pintu yang kuat itu. Dhiya duduk di sofa lalu menutup mata. Rancangannya untuk meminta cerai bukanlah sebuah keputusan yang baik. Lagipun penceraian sangat di benci oleh Allah SWT. Dhiya sedar dosanya sudah cukup banyak takkan pula dia ingin tambah lagi.
Lari dari semua masalah? Hanya akan membuat dia terluka. Dhiya janji selesai sahaja semua dia sendiri akan pergi. Tak perlu di paksa. Tak perlu di suruh. Hanya tunggu masa sesuai sahaja.
Dhiya bangun lalu naik ke atas bilik. Dhiya membuka pintu lalu masuk ke dalam. Dilihatnya Irfan baring di katil dengan menutup mata. Entah tidur atau tidak. Yang pasti Dhiya ingin membersihkan diri.
Kekok? Ya Dhiya kekok duduk berdua bersama Irfan tetapi apa yang ingin dimalukan? Irfan adalah suaminya yang sah. Batas aurat juga tidak ada.
"Awak, awak dah makan ke?" Dhiya bertanya. Benci mana pun Irfan kepadanya Irfan tetap suaminya.
Irfan hanya diam. Tak mengangguk atau menggeleng.
Dhiya hanya mengangkat bahu. Biar je la dia. Dhiya meneruskan niatnya untuk membersihkan diri. Irfan tolak tepi.
♡♡♡
Dhiya membuka mata perlahan-lahan. Dilihatnya jam baru menunjukkan pukul tiga pagi. Tanpa membuang masa Dhiya membersihkan diri lalu menunaikan solat sunat tahajjud.
Selesai sahaja semua Dhiya menoleh ke arah suaminya. Dilihatnya kening Irfan berkerut. Dhiya berdiri lalu mendekati Irfan. Dhiya meletakkan belakang tangannya ke dahi Irfan. Panas! Itu yang dia rasa.
"Awak.. bangun, badan awak panas ni" Dhiya mengejutkan Irfan. Jika dibiarkan pasti jadi lebih teruk tetapi Irfan menepis tangan Dhiya.
Dhiya tak putus asa. Dia pergi ke tandas dan mengambil sebuah gayung yang dipenuhi air. Dhiya mengambil kain lalu meletakkan kain tersebut ke atas dahi irfan. Dilihatnya Irfan selesa dengan keadaan itu Dhiya turun ke bawah lalu memasak bubur untuk Irfan.
Selepas sahaja bubur itu masak Dhiya letak ke atas pinggan lalu bawa ke atas. Dhiya mengejutkan Irfan buat kali kedua.
"Awak.. bangun makan" Ujar Dhiya. Irfan membuka matanya. Melihat bubur di tangan Dhiya membuatkan Irfan lapar.
"Bangun..saya suapkan awak" Niat Dhiya hanya ingin menolong Irfan.
Irfan langsung tidak membantah malahan dengan perasaan tak malu dia menghabiskan bubur yang Dhiya buatkan.
Habis sahaja makan Irfan bangun lalu menuju ke tandas. Dhiya hanya memerhati langkah Irfan. Mana tahu nanti jatuh. Dhiya bukan kuat sangat nak angkat.
"Tiada manusia yang sempurna,
Tiada manusia yang sentiasa tinggi imannya,
Semua manusia akan di uji kerana dengan ujian itulah kita dapat tahu kekuatan kita,
Kita ada dua pilihan iaitu menyahut cabaran atau menyerah kalah tanpa berjuang".
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro