Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 19

"Tiada derita  ,tiada bahagia"

"Kau nangis keluar air mata darah sekalipun tak ubah keadaan la. Baik kau diam" Ujar Irfan sedikit pun tidak menoleh ke arah Dhiya.

Dari keluar rumah sehingga sekarang tangisan Dhiya masih bergema. Rasa sedih di hatinya masih belum baik. Terbayang wajah mendung ayahnya dan wajah tak ada perasaan Ibunya. Pelukan hangat Ayah dan Ibunya masih terasa membuatkan Dhiya memeluk tubuh sendiri lalu menangis lagi.

Irfan malas nak layan Dhiya yang menangis tak henti. Dah macam mati laki. Sakit telinganya mendengar tangisan Dhiya. "Diamlah bodoh. Kau ni memang berani eh. Aku cakap diam!! Diam laa!!!" Irfan menjerkah Dhiya.

Dhiya hanya mengecilkan dirinya lalu menangis lagi. Dia juga wanita biasa yang ada hati dan perasaan. Dijerkah oleh suami sendiri itu yang menyakitkan dia. Isteri mana yang terima jika mendapat suami yang tak pernah mencintai dirinya.

Mereka berdua berdiam diri sehingga sampai ke rumah Irfan. "Ini rumah aku, kau jangan nak rosakkan barang kat dalam rumah ni pula. Kau tu penumpang je. Buat cara menumpang!" Ujar Irfan tanpa perasaan.

Dhiya hanya diam sambil merenung rumah di hadapannya itu. Cantik! Tapi Dhiya sedar akan dirinya. Dhiya tertanya apa yang di mahukan oleh lelaki ini. Dhiya ingin tahu apa yang lelaki ini lakukan kepada dirinya sewaktu mereka di tangkap khalwat hari itu. Semua perkara bermain di fikiran Dhiya namun satu perkara yang Dhiya tahu adalah lelaki itu membenci akan dirinya.

Dhiya nekad untuk mengambil semula kepercayaan Ibunya.  Dhiya tahu dirinya bersalah namun apa lah dayanya jika benda itu sudah terjadi? Siapalah dia untuk mengubah takdir. Dhiya tahu Alisyah sangat penting dalam kehidupan dua insan yang membencinya ini namun tidak bolehkah mereka redha? Teruskan kehidupan dan percaya pada takdir yang Allah ciptakan.

"Kau tenung apa bodoh! Masuk je la. Kau nak aku bentangkan karpet merah ke hah!!" Irfan menjerkah Dhiya buat sekali lagi. Dhiya terperanjat lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Mata Dhiya melilau ke seluruh rumah. Cantik. Pandai Irfan hias rumah dia. "Bilik saya dekat mana?" Dhiya mula bertanya. Dia ingin tidur. Penat.

"Kau dan aku... Duduk dalam bilik yang sama" Ujar Irfan dengan senyuman sinis.

Dhiya terpingga-pingga. Baru nak rasa macam dalam novel!!. "Saya tak nak" Dhiya membalas.

"Apa kau ingat kau hidup dalam novel ke? Jangan harap la bodoh sebab aku akan buat kau lebih teruk dari yang kau bayangkan! Kau dambakan bahagia ke Dhiya?" Irfan bertanya sambil memegang dagu Dhiya membuatkan Dhiya mendongak memandang ke arahnya.

"Jangan harap sayang" Ujar Irfan lalu naik ke atas. Ketawanya bergema di seluruh rumah. Dasar lelaki kejam.

Dhiya mengeluh lemah.Hidup Dhiya ibarat terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Meninggalkan Ibu yang membencinya dan masuk ke dalam hidup lelaki yang lebih teruk dari Ibunya. Bukankah itu adalah yang lebih teruk? Tapi Dhiya percaya takdir Allah. Allah tidak akan membiarkan hambanya yang lemah.

لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَ
 
"Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita"

Dhiya tersenyum. Dhiya percaya semua yang telah berlaku adalah kehendak Allah SWT. Tak apa Dhiya, teruskan!. Dhiya kuatkan semangatnya. 

Dhiya melangkah naik ke atas. Dia melihat ada tiga buah bilik. "Kan lebih baik kalau tidur asing-asing" Keluhnya.

"Kau kenapa eh? Dari tadi mengelamun je kerja kau. Kau nak aku cempung kau ke" ujar Irfan lalu mengacah ingin mengangkat Dhiya.

Dhiya hanya buat bodoh. "Tak lucu" ujarnya lalu mengangkat beg. Biliknya bersama Irfan dibuka. Boleh tahan besar. Mata Dhiya melilau memerhati bilik itu. Dhiya mencari tempat yang sesuai untuk dia tidur nanti. Tak kuasa nak tidur satu katil dengan lelaki tak guna itu. 

Dhiya duduk di satu sofa yang tersedia di bilik itu. Dhiya merancang untuk mandi dahulu sebelum menunaikan solat.

♡♡♡

"Abang tenung luar rumah tu buat apa, Dhiya tak akan balik punya. Dia dah ikut suami dia" Ujar Anita bersahaja. Jenuh nak nasihatkan suaminya. Dari tadi merenung ke luar rumah macamlah Dhiya itu patah balik semula.

"Awak tak faham Nita, saya ni risaukan Dhiya. Makan atau tidak anak saya itu. Saya dapat rasakan perkahwinan dia orang adalah kesalahan" Ujar Hasyim lalu mengeluh kecil. Menyesal menyerahkan anaknya kepada Naufal.

"Awak nak risaukan apa? Suami dia ada kan. Tak akan la suami dia tak bagi dia makan pula" Balas Anita kembali. Geram dengan sikap suaminya. Anak dah kahwin kan? Biarkan sajalah.

"Kalau awak nak sakitkan hati saya je, baik awak pergi masuk je dalam bilik sana. Sakit hati saya dengar suara awak" Ujar Hasyim lalu kembali merenung ke luar rumah.

Anita hanya memandang menyampah lalu berjalan menuju ke biliknya. Anak semua dah berumah tangga jadi mereka hanya tinggal hidup berdua tetapi inilah yang terjadi perangai Anita yang tak berubah mula membuat Hasyim makin menyesal kerana tidak menegur Isterinya dari mula lagi. 

Hasyim mengeluh lagi. Dia teringat akan suasana rumahnya yang begitu meriah satu masa dulu. Keluarga yang dicemburui dan keluarga yang akan menjadi perhatian. Pergi kemana saja pasti ketawa bahagia kedengaran. Namun sekarang, mereka la keluarga yang tak bahagia. Keluarga yang banyak masalah. Bahagia sudah melebihi batas ke? sehingga derita mendatang tiada hentinya.

Satu-satu perkara terjadi membuatkan keluarga ini makin derita. Benarlah kata mereka bahagia itu tidak kekal lama sama seperti pelangi yang menyinari langit selepas hujan begitu juga bahagia akan pergi di saat pelangi itu menghilang. Tiada benda dan manusia pun yang akan kekal semua pasti meninggalkan.


♡♡♡

Azan subuh kedengaran. Dhiya terpisat-pisat membuka matanya. Dhiya mengucapkan Alhamdulilah kerana masih diberikan nyawa yang panjang. Dia merengangkan badannya. "Sakit juga baring kat sofa ni!!" Dhiya menyesal tidur di atas sofa. Kan lebih bagus kalau dia tidur di atas lantai, tapi itu lebih teruk!!!

Dhiya membersihkan diri. Baru sahaja dia ingin mengerjakan solat, pintu dibuka dari luar. Dia menoleh ke arah Irfan. Baru pulang dari hospital la tu. Dhiya hanya buat tak endah lalu memulakan tugas sebagai hamba Allah.

Irfan Naufal menoleh ke arah Dhiya. Dia membersihkan diri lalu baring ke atas tilam. Ditenungnya Dhiya yang khusyuk solat itu dari mula sehingga Dhiya habis solat. Irfan memandang dengan penuh rasa dendam. Makin lama dipandangnya wajah Dhiya makin kuat rasa sakit dalam dirinya.

Dhiya menoleh ke arah Irfan dan membuat mata mereka bertentangan. Dhiya larikan pandangannya. Malas nak melayan lelaki itu, Dhiya ingin turun ke bawah mencari makanan buat dirinya.

"Kau nak pergi mana? Nak makan ke? Aku cuma nak pesan je, rumah aku ni tak ada bekalan makanan. Kalau kau nak makan kau beli la ye" Ujar Irfan bersahaja lalu menutup mata.

Dhiya hanya bersabar. Tarik nafas , hembus. Errrrggggg geramnya aku! Dhiya turun ke bawah lalu menyelongkar barang di dapur. Huwaaaaaa Ibuuu Dhiyaaaa Laparrrrr. Beras pun tak ada ke? Gile punya lelaki. Macam mana ni! Dhiya lapar!. Dah la kereta masih kat rumah Ibu.

Dhiya hanya pasrah. "Nasib kau la Dhiya. Nanti langit dah cerah kau pergilah beli makanan" Dhiya bermonolog sendiri.  Rumah apa ini!!! Nak cakap neraka sejuk juga. Tabah je la Dhiya.

♡♡♡

WAKTU berjalan dengan begitu pantas. Sudah lebih sebulan Dhiya menjadi isteri kepada Irfan Naufal. Sepanjang waktu itu hidup Dhiya sangat kacau bilau. Setiap masa mesti dia ditinggalkan. Sabar la wahai hati. Dapat suami Doktor, kau rasa?

Irfan menyuruh Dhiya untuk berhenti menjadi cikgu di tadika Pasti itu. Dhiya yang mulanya menegah akur juga. Hari inilah hari yang terakhir untuk dirinya berjumpa dengan anak-anaknya.

"Assalammualaikum semua" Ujar Dhiya lalu memberikan senyuman manis kepada anak muridnya.

"Waalaikumsalam Cikgu" Mereka membalas lalu tersengih.

"Cikgu, cikgu nampak cantik hari ni!. Muka cikgu berseri-seri! Ada apa-apa ke?" Aidil menegur.

Dhiya tersentak. Mukanya bukan berseri tetapi pucat lesu! Satu malam dia menangis kerana tidak ingin berpisah dari anak-anaknya ini.

"Kamu ni ada-ada je Aidil" Dhiya membalas.

Aidil hanya tersengih. Ditenungnya muka cikgunya itu.

Habis sahaja waktu belajar Dhiya merenung wajah anak-anaknya satu persatu. Semua kanak-kanak itu fokus memandang ke arahnya.

"Cikgu nak cakap apa?" Mereka mula bertanya.

"Okay semua, Cikgu nak pesan kat korang jangan nakal-nakal. Jaga diri baik-baik, jadi anak yang berguna dan dengar cakap mak ayah. Jangan susahkan cikgu yang lain ye. Cikgu nak minta maaf sebab tak dapat nak ajar kamu hingga habis sekolah.." Belum habis Dhiya bercakap Humaira bertanya.

"Cikgu nak pergi mana?" Mukanya sudah tercebik. Tunggu air mata mengalir sahaja.

"Cikgu terpaksa berhenti sayang tapi jangan risau cikgu tak akan lupakan kamu. Kamu adalah anak cikgu. Cikgu sentiasa rindukan kamu" Dhiya tidak mahu menangis di hadapan mereka. Dia hanya tersenyum. Dilihatnya anak-anaknya itu sudah mula menangis. Sungguh hatinya tak kuat.

Dhiya membiarkan mereka menangis. Dhiya takut jika dia memujuk nanti, dia pula yang menangis. Namun tak Dhiya sangka semua anak-anaknya berdiri lalu memeluknya. Air mata yang ditahan gugur juga. Dipeluk erat anak-anaknya itu. Mereka meluangkan masa bersama. Dia mencium dahi semua anak-anaknya itu. Lepas ini apa lagi?.


Oh no! saya sangat kekurangan idea. Hoho perjalanan Dhiya masih panjang sebenarnya. Jangan tinggalkan saya sendiri ocey? Sending my love to my beloved readers ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro