TD 18
"Tiada derita ,tiada bahagia"
Bismillah. Sediakan hati. Eh? Makin merepek ye.
Anita mengemas barang-barang yang tertinggal. Selesai sahaja semua dia naik ke biliknya. Dilihatnya suami dan menantunya duduk menonton tv di ruang tamu. Dia meneruskan langkah dan berhenti di hadapan pintu bilik Dhiya. Dia mendengar suara tangisan dan raungan seorang Dhiya dan dia tak dapat menahan sebak lagi.
Dia berjalan laju ke biliknya lalu menutup pintu. Dihambur tangisnya ke atas bantal. Dirinya sakit juga. Dia juga ingin memeluk Dhiya. Menciumnya dan memberitahu bahawa dia sayang kepada Dhiya. Namun semua hanya terbuku di dada.
Klak!
Pintu biliknya terbuka dan masuklah seorang suami yang setia. "Nita" Ujar Hasyim lemah.
Anita mengangkat muka lalu menangis di dada suaminya. "Abang, Nita tak nak Dhiya pergi. Nita sayangkan Dhiya. Dhiya anak kesayangan saya juga" Luahnya.
"Nita pergilah jumpa Dhiya, peluk Dhiya dan beritahu dia, Nita sayangkan dia. Masih belum terlambat" Ujar Hasyim tenang.
Anita menggeleng. "Tak, belum lagi. Sakit saya masih belum pulih. Biarlah Dhiya pergi dulu" Ujarnya kembali mengelap air mata. Masih belum puas hatinya ingin mendera jiwa seorang Dhiya.
"Jangan menangkan sangat ego awak Nita. Biarkan Lisya tenang di sana. Awak fikir Lisya suka tengok awak benci kakak kesayangan dia? Buanglah yang keruh ambil yang jernih. Tak kemana pun diri awak kalau buat macam ni" Hasyim pelik dengan perangai isterinya.
"Abang tak akan faham apa yang saya rasa abang. Tak cukup! Saya masih tak boleh terima" Ujarnya lagi. Anita melepaskan pelukan lalu baring ke atas tilam. Dia penat uruskan majlis hari ini.
♡♡♡
Selesai sahaja semua acara Dhiya masuk ke dalam biliknya. Baju kahwin yang diguna di buka lalu di sangkut. Direnungnya baju itu. Cantik memang cantik tapi bukan pilihannya. Dhiya merasa terhina di atas perkahwinannya sendiri. Semua ini sampah termasuk dirinya juga. Lebih baik jika dia dibuang sahaja dari di simpan menjadi barang tak guna.
Dhiya mula menangis merenung nasibnya. Selepas ini apa lagi?. Dhiya tertanya sendiri jika benar semua ini sudah tertulis buatnya apa lagi yang nak dilakukannya?. Dhiya berteriak sepenuh hati lalu melepaskan segala kesakitan. Dia memukul dadanya dengan kuat.
"Tuhan, ujian apa lagi yang harus ku tempuhi. Aku tak sanggup. Aku lemah. Ambil saja nyawa ku ini dari terpaksa hidup dengan suami yang membenciku. Aku tak sanggup Ya Allah. Tak sanggup ingin meninggalkan Ibu Ayahku. Mereka lah dunia ku. Ya Allah sungguh aku ingin mati" Dhiya menangis teresak tanpa ada menemani. Lama dia menangis sehingga tak sedar dia tertidur di atas lantai.
Irfan masuk ke bilik isterinya buat kali kedua. Dilihatnya wanita bergelar isteri itu baring di atas lantai. Irfan hanya melihat sebentar lalu menukar bajunya. Irfan berbaring senang lenang di atas katil membiarkan Dhiya tidur di lantai.
♡♡♡
"Selamat pagi Ibu, Ayah" Irfan menyapa kedua-dua mereka yang sedang sarapan itu. Dhiya menarik kerusi lalu duduk di sebelah suaminya.
"Ibu Ayah, Irfan rasa dah tiba masanya untuk Irfan bawa Dhiya keluar. Irfan dah ada rumah Irfan sendiri. Irfan dah lebih dari mampu untuk jaga Dhiya. Irfan nak bawa Dhiya petang ni juga" Ujar Irfan selepas mereka habis makan sarapan.
Anita dan Hasyim terkedu. Perasaan hiba, sedih dan kecewa bercampur baur. Sedih kerana keputusan yang diambil terlalu cepat. Mereka masih belum terima pemergian Dhiya.
"Kenapa terlalu cepat Irfan?" Hasyim mula bertanya.
"Lagi cepat lagi bagus Ayah. Lagipun kami berdua perlu privasi kami sendiri. Boleh kan Ibu?" Irfan membalas.
"Boleh je. Nak pergi sekarang pun boleh" Ujar Anita tanpa perasaan.
"Awak dah kenapa ni Nita. Tak fikir perasaan Dhiya ke!" Ujar Hasyim sedikit kecewa. Bolehnya isterinya bercakap begitu. Seolah-olah redha dengan pemergian Dhiya. Tadi beria menangis sekarang dah jadi hati batu.
"Betul la saya cakap tu abang. Nak jaga hati dia, hati saya siapa nak jaga?" Ujar Anita membalas.
"Ibu, Ayah tak apa. Dhiya ikut suami Dhiya. Syurga Dhiya ada dengan Irfan. Tak apa ibu, Dhiya akan pergi juga petang ini. Ibu rawatlah hati Ibu ya" Ujar Dhiya sedikit perlahan kerana takut tak mampu menahan air mata yang ingin keluar.
"Baiklah kalau Dhiya cakap macam tu. Irfan Ayah nak pesan kat Irfan. Dhiya ni bukan anak yatim piatu. Dia ada Ibu dan Ayah. Dia masih ada abang dan masih ada keluarga. Sekiranya Irfan dah tak mahu kembalikan dengan cara yang baik. Ingat Irfan, aku tak bagi anak aku untuk kau dera dan kau hina"
"Anak yang sudah jadi isteri kau ini lah anak yang aku tatang bagai minyak yang penuh. Tidak pernah ku pukul dan tidak pernah aku sakitkan. Dia la anak yang sentiasa membahagiakan hari ku membuat aku tersenyum bahagia dan tertawa. Anak inilah yang ku tunggu masa besarnya. Sekarang dia dah jadi milik kau. Dengan cara yang aku sendiri tak sangka"
"Kau jangan ingat kau boleh sakiti Dhiya kerana selagi aku hidup, aku tak akan biarkan anak aku kecewa. Kau mungkin kaya harta dan boleh tanggung Dhiya tapi aku masih tak percaya. Jika satu hari nanti Dhiya datang kepadaku dengan tangisan. Akan ku balas kepada kau semula".
"Jangan kau hina anak ini kerana ayahnya masih hidup bernyawa. Jika kau mahu hancurkan Dhiya, langkah dulu mayat aku" Ujar Hasyim tegas. Anaknya bukan mainan yang tiada perasaan.
Dhiya yang mendengar berasa sedih. Bagaimana dia ingin pergi? kata-kata ayahnya membuat dia lemah dan mulai menangis. Dia menundukkan kepala lalu mengeluarkan air mata.
Anita mula berasa pedih di dada lalu tanpa bicara dia berdiri dan pergi dari meja makan itu.
Hasyim menatap wajah Dhiya. Bagaimana hari-harinya selepas ini jika Dhiya tiada? Masa untuk mereka hidup masih lama ke? Hasyim tak mampu nak lihat Dhiya pergi. Hati tuanya terasa sakit dan pedih. Anak yang dulunya masih kecil kini sudah menjadi dewasa. Tuhan perasaan bagaimana ka ini?.
♡♡♡
Dhiya mengemas bajunya. Hanya sedikit baju dia bawa dan tak lupa juga kitab suci Al-Quran yang dibagi oleh Ibunya sewaktu dia berumur 12 tahun. Telekung dan sejadah kegemarannya juga di bawa bersama. Semua itu adalah pemberian Ayah dan Ibunya.
Dhiya termangu sendiri. Secepat inikah dia pergi? Masa yang dia tidak ingini sudah tiba. Dhiya tidak tahu ingin merasa apa selain sedih. Dhiya tak sangka dia akan meninggalkan Ibunya. Meninggalkan Ayahnya dan meninggalkan rumah keluargnya. Sakit. Terlalu sakit.
"Dhiya, Irfan dah tunggu lama tu. Kamu lambat lagi ke?" Hasyim mengetuk bilik anaknya.
"Kejap lagi ayah, suruh je dia tunggu" Dhiya membalas lalu tanpa sedar dia mengalirkan air mata. Bilik inilah tempat dia luahkan semua. Dhiya merenung biliknya dan menangis sepenuh hati. Dhiya tak sanggup!!!!
Dhiya keluar dari biliknya setelah dua puluh lima minit berlalu. Dia melihat Irfan sedang menyalam tangan Ayah dan Ibunya. Melihat sahaja wajah kedua orang tuanya Dhiya merasa sedih. Sungguh dia tak mampu.
"Hah Dhiya lambat betul kamu nak keluar ya" Ujar Hasyim sambil melihat wajah sembab anaknya. Hasyim sedaya upaya menahan diri dari mengalirkan air mata.
"Ya Ayah" Ujar Dhiya dengan nada yang bergetar. Masa tolong berhenti seketika.
Dhiya menyalam tangan ayahnya dan masa itu jugalah air mata turun dengan derasnya. Dhiya teresak sambil mencium tangan ayahnya. "Ayah.." Dhiya menangis sepenuh hati.
Hasyim tidak dapat menahan perasaan. Dipeluknya anak itu dengan kuat. Air mata tak perlu di kata. Masa inilah yang tidak pernah dia tunggu. "Allah, Dhiyaa.." Ujarnya lalu kembali menangis.
"Ayah.. Dhiya nak minta maaf dekat ayah. Ampunkan kesalahan Dhiya Ayah. Halalkan makan minum Dhiya. Ayah, terima kasih sudi besarkan Dhiya. Jaga dia dan lindungi Dhiya. Ayah adalah ayah yang terbaik. Ayah, doakan semoga Dhiya selamat dunia akhirat. Ayah jika Dhiya pernah sakitkan hati ayah, ampunkan lah Dhiya. Sesungguhnya hanya Ayahlah lelaki yang Dhiya cinta. Tolong Dhiya Ayah. Dhiya tak nak pergi" Ujar Dhiya lalu jatuh terduduk.
Hasyim tak mampu menahan lagi lalu memeluk Dhiya.
Anita memalingkan wajahnya. Air mata yang jatuh di seka.
"Ibuu..." Dhiya berdiri lalu mendekati Ibunya. "Ibu.. Dhiya tak nak pergi. Tolong la Dhiya Ibu. Ibu.. Jangan biarkan Dhiya pergi Ibu."
"Walau apa pun yang terjadi Ibu tetap nyawa Dhiya. Ampunkan Dhiya ibu. Maafkan semua kesalahan Dhiya. Ibu, Dhiya tahu ibu masih marahkan Dhiya tapi Ibu Dhiya tak sanggup nak ke luar tanpa redha Ibu. Ibu jika nyawa Dhiya adalah penganti segala kesakitan Ibu, Dhiya sanggup mengorbankan nyawa Dhiya"
"Jika luka di hati ibu tak dapat dirawat lagi, semoga pemergian Dhiya dapat membetulkan semua. Maafkan la anak ibu ini. Ibu, buat sekali lagi. Izinkan Dhiya peluk Ibu" Ujar Dhiya lalu menangis. Dengan hati yang lara dan luka Dhiya memeluk tubuh Ibunya.
"Ya Allah!! Rawatlah sakit di hati Ibuku, berilah dia kekuatan dan tabahkan la dia. Panjangkan umurnya dan sihatkan la tubuh badannya. Ya Allah lembutkan lah hatinya semoga dapat menerimaku semula" Dhiya berdoa sambil memeluk kuat tubuh Ibunya. Terima kasih Ya Allah sungguh waktu inilah yang ku inginkan.
Dhiya melepaskan pelukan dan mencium kedua pipi Ibunya. Di ambil tangan wanita itu lalu dicium kuat. Dia menangis di tangan itu.
"Ibu nantikan kepulangan Dhiya ya, semoga masa itu adalah ubat yang Dhiya tunggu" Ujar Dhiya lemah. Sekurang-kurangnya dia masih dapat memeluk tubuh itu.
Dhiya mengangkat semula begnya dan menahan diri dari terjatuh. Lututnya rasa begitu lemah. Dhiya tak mampu namun dia tetap meneruskan langkah. Sampai sahaja dia di bawah rumah, dia berpaling dan melihat wajah Ibu Ayahnya. Beginikah rasa sakit yang dirasai oleh anak yang tinggal jauh dari keluarganya?.
"Wahai masa berjalanlah dengan laju,
Aku ingin masa bergerak dengan pantas agar dapat merawat segala luka,
Aku ingin melupakan segala derita yang tercipta dan mulakan hidup yang baru lagi,
Hati tenanglah dan terus bertabah semoga bahagia menanti jua"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro