Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 11

"Tiada derita, tiada bahagia"

Waktu pagi mula menyapa. Bunyi ayam berkokok mengejutkannya. Suara merdu seseorang mula menjengah ke pendengarannya setelah itu azan subuh kedengaran. Dia menyahut seruan azan itu. Dia bangun lalu menuju ke tandas untuk membersihkan diri sekaligus mengambil wuduk.

"Eh, Dhiya awak nak pergi mana tu?" Ujar Fiffy yang sedang duduk di kerusi itu.

"Saya nak mandi, nak solat subuh". Ujar Dhiya tanpa senyuman. Moodnya kelaut pagi ini.

"Oh okay!" Balas Fiffy.

Dhiya hanya mengangguk lalu masuk ke dalam tandas. Ketika dia berada di dalam tandas baru dia perasan. Awal juga Fiffy tu bangun. Nak solat subuh juga agaknya. Mana tahu Ibunya ada mengajar fiffy untuk solat.

Selesai sahaja solat subuh pada pagi itu. Dhiya terus bersiap. Dhiya turun ke bawah ingin makan sarapan pagi.

"Assalamualaikum semua" Ujar Dhiya kepada tiga orang yang sedang duduk di meja makan itu.

"Waalaikumsalam Dhiya, mari duduk sini" Hasyim menepuk kerusi di sebelahnya. Dhiya bergerak ke kerusi itu lalu menyalam tangan ayahnya.

"Ayah, minggu depan Dhiya ada jemputan pergi ke jamuan Rumah Bunga Kasih yang diadakan di sebuah hotel. Sepatutnya yang pergi kawan Dhiya tapi dia ada urusan yang tak dapat dielakkan. Dhiya boleh pergi tak Ayah?".

"Oh iya ke? Jamuan tu mula jam berapa Dhiya?" Ayahnya bertanya.

"Kawan Dhiya cakap mula lepas maghrib habis dalam jam 9-10 p.m macam tu" Ujar Dhiya pula.

"Oh boleh la kalau macam tu tapi Dhiya kena jaga diri baik-baik. Malam bawa kereta elok-elok. Dhiya tu perempuan jangan balik lewat malam ya sayang". Ujar Hasyim lalu mengusap kepala Dhiya.

"Baiklah ayah, Dhiya janji akan jaga diri baik-baik" Ujar Dhiya bersama senyuman. Sikit pun Dhiya tidak menoleh ke arah Ibunya. Kecil hati dengan Ibunya.

Anita yang tak sedap hati kerana aktiviti yang Dhiya ucapkan sebentar tadi hanya berdiam diri. Dadanya diusap perlahan.

"Fiffy, awak nak saya hantar awak balik tak hari ni? Ambil barang awak ke?" Dhiya bertanya. Bilik seorang Alisyah itu di pinjamkan kepada Khumaira Fiffydany.

"Boleh juga Dhiya, awak hantar saya lepastu nanti awak balik dari tadika, awak ambil saya" Ujar Fiffy dengan ceria. Dhiya pun senyum lalu mengangguk.

"Baiklah" Ujar Dhiya.

♡♡♡

"Ye Puan Sri, Saya akan datang jika tiada kekangan masa ya". Irfan Naufal hanya menganggukan kepala lepastu senyum. Heh macam la Puan Sri Ariyana boleh lihat semua tu.

"Baiklah, Waalaikumsalam Puan Sri". Irfan  yang baru sahaja habis bercakap dalam telefon itu meletak telefonnya ke atas meja. Direnung gambar seorang perempuan yang tersenyum melihat ke arahnya. Dia usap gambar itu dengan penuh kasih.

"Cantiknya awak Lisya" Gumamnya.

Tok tok tok.

Pintu itu dibuka lalu masuk seorang wanita yang berpakaian nurse itu. "Dr Irfan, ini biodata pesakit Dr".

Irfan mengambil lalu membelek kertas itu. Dia baca dengan tekun. "Ya baiklah".

"Saya keluar dulu ya, ada lagi yang Dr nak?"

"Tak ada dah, terima kasih". Nurse itu menunduk sikit kepalanya lalu keluar.

Irfan melihat jam. Dah pukul 1:20 tengah hari. Masa untuk lunch. Irfan keluar dari hospital lalu menuju ke keretanya. Dia terfikir satu tempat makan yang mampu membuat dia kenyang.

♡♡♡

"Dhiya kita makan tengah hari dulu la, aku teringin nak makan coto la Dhiya". Ujar Fiffy bersama mata yang sengaja di bulatkan.

Dhiya yang melihat hanya tersenyum. "Ye la, ye la saya nak bawa awak ke tempat kegemaran saya dengan lisya dulu". Ujar Dhiya bersama senyuman yang tak lekang dari bibir. Teringat kerenah adik kesayangannya dulu. 

"Jomlah". Mereka berdua berjalan bersama. Sampai sahaja di kedai itu Dhiya mencari tempat kosong. Tempat itu sentiasa dipenuhi oleh orang ramai.

Dhiya melihat ada sepasang suami isteri bersama anak mereka yang sudah habis menjamu selera. Dia menarik tangan Fiffy lalu duduk ditempat itu.

"Fiffy, saya order dulu eh, awak nak air apa?".

"Nak air Milo lah" Ujar Fiffy.

"Okay, saya pergi order dulu ya". Ujar Dhiya lalu berjalan menuju ke kaunter tetapi malang tak berbau dia terlanggar seseorang.

"Auch". Orang itu berdesis perlahan.

"Eh, sorry Encik, Encik okay tak tu?" Dhiya bertanya risau dan kerisauan itu terganti dengan kejutan. Pandangan tajam lelaki itu membuat Dhiya ketakutan.

"Buta ke apa hah! Mata tu tak payah guna  baik letak kat lutut je la !" Ujarnya dengan tangan yang menunjal kepala Dhiya.

Dhiya yang sedang menahan malu itu menggengam tangannya. Rasa malu begitu menebal dalam dirinya. Lelaki ini membuatnya rasa begitu hina. Tidak ada perasaan belas kasihan ka?

"Eee, aku benci betul dengan kau nie perempuan macam tak ada tempat lain kan kau nak pergi. Sibuk la. Sakit mata aku!"  Jerkahnya.

"Saya tak ganggu awaklah. Awak fikir ini tempat bapak awak ke hah!" Dhiya menjerkah lelaki dihadapannya ini kembali.

"Wah melawan eh kau perempuan, dah la pembunuh. Eee tak guna betul la kau nie" Dia menunjal kepala Dhiya dengan lebih kuat.

Dhiya yang tidak tahan dengan keadaan itu keluar dengan langkah yang laju. Malu!!! Dirinya malu selepas di hina dengan begitu teruk oleh lelaki bernama Irfan Naufal itu. Kejam. Tak guna. Dhiya masuk ke dalam kereta lalu menghambur tangisnya.

Fiffy yang terkaku dalam kedai itu mula bangun lalu merenung lelaki yang menjerkah sahabatnya itu. "Hensem juga lelaki nie tapi apa eh hubungan dorang. Bunuh? Dhiya bunuh siapa pula nie" Fiffy berteka teki sendiri. Dia keluar tergesa-gesa namun sempat matanya mengerling ke arah Irfan yang sedang menenangkan diri itu. Boleh tahan!!.

♡♡♡

"Eh Dhiya kau okay tak ni?" Tanya Fiffy. Dhiya masih teresak-esak. Dhiya berjanji pada dirinya walau apa yang terjadi lelaki ini pasti tidak akan dia maafkan. Dhiya pegang akan kata-katanya. Katakanlah bagaimana dia ingin bersabar jika lelaki itu membuatnya seperti patung jadian. Lebih baik dia menjadi patung dari tersiksa oleh manusia durjana.

"Dah lah Dhiya, kita balik ya Dhiya" Pujuk Fiffy.

Dhiya menarik nafas lalu tenangkan diri seketika sebelum memulakan pemanduan. Dhiya terlupa akan Fiffy yang sedang lapar itu. "Maafkan saya ye Fiffy, nanti hari lain kita pergi ya". Ujarnya lalu mereka berdua berdiam diri sehingga sampai ke hadapan rumah.

Dhiya turun lalu masuk ke dalam rumah. Dia tinggalkan Fiffy yang sedang terkial-kial itu. "Eh sejak bila Dhiya jadi macam tu. Biasanya dia lemah lembut je". Fiffy yang sedang berasa hairan itu tetap melangkah masuk ke dalam rumah.

Masuk sahaja ke rumah Fiffy bertemu dengan Anita. "Ibu, Fiffy ada cerita nak bagitahu ibu nie" Ujarnya lalu menempel di sebelah Anita.

"Cerita apa tu Fiffy" Tanya Anita lalu mengusap lengan Fiffy.

"Tadikan Fiffy dengan Dhiya nak makan kat satu kedai nie. Alah Fiffy lupa nama kedai dia tapi Ibu kat sana tadi Dhiya ada berlanggar dengan sorang lelaki tau. Lelaki tu pergi marah Dhiya, pastu dia tunjal kepala Dhiya. Panas juga hati Fiffy tadi tapi Fiffy tak mampu buat apa la Ibu, masa berlalu dengan cepat" Ceritanya tanpa henti.

Anita berkerut kening marah Dhiya? Tunjal dahi Dhiya?  Seketika baru dia teringat. Mungkin lelaki yang disebutkan oleh Fiffy ini adalah Naufal.

"Ibu!! Ibu fikirkan apa tu?".

"Hah, eh tak ada lah. Biar je la Dhiya tu. Pandai lah dia pujuk diri sendiri nanti". Ujar Anita tenang.

"Ibu..... Laparlah" Ujar Fiffy meleret.

"Lah anak Ibu lapar ke, meh la makan. Ibu dah masak tu". Mereka berdua menuju ke dapur tanpa sedikit pun menjenguk ke arah Dhiya.

♡♡♡

Esakkannya masih bergema. Dhiya menahan sakit di dadanya. Teresak dia sendiri dengan berharap ada seseorang menemani. "Tuhan sanggupnya mereka melihat diri ini tersiksa. Betulkah mereka keluarga" Rintihnya seorang.

Dhiya menangis sepuasnya merintih seorang diri. Menagih kasih dari yang tak pasti. Dhiya pasrah lalu keluar dari bilik menuju ke bilik mandi. Semasa lalu di hadapan mereka berdua Dhiya berasa kecewa tetapi Dhiya tetap berjalan tanpa menghiraukan mereka yang sedang menjamu selera dengan gelak tawanya. 

"Ibu, anak Ibu ada di depan mata namun mengapa perhatian Ibu tiada bersama, Ibu Dhiya tahu Ibu marah namun janganlah biarkan Dhiya. Ibu, Dhiya mungkin anak tak guna tapi Dhiya masih anak Ibu yang lemah. Ibu, buat sekali saja pujuklah Dhiya" Dhiya merintih sambil air mengalir di tubuhnya.

Kedua mereka terdiam mendengar suara rintihan Dhiya yang bergema hingga ke pendengaran mereka berdua. Anita yang mendengar mula terasa. Dia bangun lalu mencuci tangannya.

"Fiffy makan la dulu ya, Ibu nak masuk bilik kejap" Ujarnya lalu berjalan menuju ke biliknya. Air mata yang mengalir di seka perlahan. Rintihan Dhiya bermain di fikiran. 

Fiffy termanggu sendiri. Dia terkaku. Sesakit itukah diri seorang Dhiya?.

Selesai sahaja membersihkan tubuh. Dhiya menunaikan solat. Buat sekali lagi Dhiya merintih kasih dari Illahi. Dia luahkan semua lalu menangis bagai tiada esoknya.

Selepas menenangkan diri Dhiya baring ke katilnya. Perut yang berkeroncong di biarkannya. Dia merenung ke atas siling tanpa sedar air mata mengalir. Belum cukupkah derita ini?.

"Kesakitanku tidak kau tahu, peritnya kehidupanku tetapi yang ku tunjukkan kepadamu hanyalah kebahagiaanku. Cukuplah, berhentilah, luka yang kau beri masih bernanah tetapi mengapa kau hanya buat endah tak endah sedangkan tangisanku sudah berdarah" - Amira Dhiya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro