Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 1

"Derita ini tidak terhenti di sini"

Azan berkumandang menandakan waktu subuh sudah tiba. Aku dengan rasa rendah diri, dengan rasa penuh dosa memulakan takbiratul ihram dengan sebak yang ditahan di dada. Air mata bergelinang, rasa sakit ingin ditahan tetapi rupanya bukan senang. Akhirnya tangisan itu turun dengan lebatnya sehingga membuatkan siapa sahaja yang mendengar pasti merasa kesedihannya. Dia bukan menangis untuk berlakon drama, bukan juga untuk mainan semata tetapi menangis kerana diri merasa sakit , sakit yang teramat.

"Sakit, Ya Allah sakit". Dia bermonolog sendiri.

Sakit itu terjadi apabila dia kehilangan seseorang yang dia percayai dan sayangi. Dimulakan dengan bismillah dia mulakan tugas sebagai hamba Allah yang hina.

"Allahu akbar, Bismillahirrahmanirrahim..".

Solat dua rakaat itu terasa begitu lama padanya yang tahu betapa hina dirinya dimata pencipta. Solat dengan khusyuk disertai tangisan yang berlagu, sungguh dia tidak malu untuk meluahkan rasa sakitnya kepada Allah kerana dia tahu selepas ini dia akan berasa lebih selesa dan hati lebih terbuka.

Ya itulah kelebihan bila kita jadikan Allah sebagai tempat bergantung. Semua perkara pasti merasa tenang dan diri pasti jarang merasa kesusahan. Sesungguhnya hanya Allah lah tempat yang sesuai untuk kita luahkan semua kerana Allah la yang menciptakan kita dan Dialah yang tahu apa yang kita perlu.

"Assalamualaikum warahmatullah . Assalamualaikum warahmatullah".
Tangan diangkat dan doa dibaca dengan penuh hiba dia berdoa beserta air mata mengalir di pipinya.

"Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil' alamin. Wassolatu wassalamu'ala asyrafil anbiya'i wal mursalin wa a'la alihi wa as habihi ajmain. Allahumagh firli zunubi waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani syaghira wali jami ilmuslimina walmuslimat walmu'mina wal mu'minatil ahyai minhum wal amwat birahmatika ya arhamar rahimin".

Segala puji bagi Allah pemerintah seluruh alam. Selawat salam adalah untuk semulia-mulia junjungan Rasul daripada segala Rasul. Ya Allah , Ya Tuhanku , ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibubapa ku, dosa adik beradik ku, dosa keluargaku serta dosa muslimin dan muslimat, dosa mereka yang telah pergi meninggalkan dunia. Ya Allah, panjangkan umur ku, berilah aku kekuatan untuk terus tabah menjalani ujianmu. Sesungguhnya hanya kepada Engkau la tempat untuk aku bergantung harap".

"Ya Allah aku hanya hambamu yang lemah, yang tiada kekuatan dalam dirinya, aku hanya kuat kerana Engkau la yang memberi kekuatan, aku tabah kerana Engkau yang memberi ketabahan kepadaku. Ya Allah aku mohon kepadamu kekalkan kesihatan diriku, kau jadikan lah aku hamba mu yang taat kepada perintah mu , jadikan lah aku hamba yang taat kepada agamamu dan melaksanakan semua suruhanmu".

"Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar. Wasallallahu ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wasahbihi ajmai'in.Subhana rabbika rabbil izzati amma yasifun wasalamun 'alal mursalin walhamdulillahi rabbill 'alamin.
Sesungguhnya hanya Engkau la yang Maha Besar dan hanya Engkau la yang Maha Pengasih serta Penyayang. Aamiin Ya Rabbal Alamin".

Rasa yang sedih bertukar dengan rasa bahagia, hati yang tadinya gundah gulana menjadi tenang setenangnya. Benarlah hanya kepada Allah sahaja kita mampu berserah.

Hanya kepada Allah dia bermanja, hanya kepada Allah dia luahkan semua. Rasa cinta, rasa rindu dan rasa sayang semua hanya kepada Allah. Bukan mudah untuk diri ini melangkah setelah banyak kali dikecewakan. Tak kira teman, kawan, sahabat mahupun cinta. Tiada apa yang mereka tahu selain menyakitkan hati dan jiwa. Maka itu , dia mengaku kalah, kalah tanpa bertanding . Kalah dengan kata-kata lantang manusia yang tidak sedar mereka juga mempunyai salah , mereka juga membuat dosa tetapi mengapa mereka menilai seperti mereka sudah tahu tempat mereka adalah syurga.

Bila hidup di dunia bukan mudah untuk memberi kepercayaan kepada orang lain tapi mengapa sangat mudah untuk mereka khianati. Sudah hilang ka sifat kemanusiaan, sudah tiada nilai ka ertinya kejujuran. Aku lebih rela sakit kerana kebenaran daripada tersiksa berdepan dengan kebohongan.

Aku bukan seorang wanita lemah yang harus bergantung pada jejaka. Aku hanyalah seorang wanita yang tinggal di sebuah kampung. Kampung yang indah dan damai di mata orang luar tetapi untukku ianya adalah sebuah kampung yang penuh dengan penyiksaan.

Aku dulunya seorang wanita yang ceria, wanita yang sopan santun dan menghormati orang tua. Kini mula berubah. Diriku dibenci oleh semua tetapi kau ingin tahu apa yang lebih menyakitkan adalah dibenci oleh ibuku sendiri. Aku tidak ubah seperti penjenayah dimata mereka. Aku ingin bertanya kepada mereka , adakah mereka merasai apa yang aku rasa. Ingin saja aku hamburkan semua yang terbuku di dada tapi aku tahu tiada siapa yang mempercayainya.

Hanya kerana sebuah peristiwa, peristiwa yang mengubah seluruh keluarga dan mengubah pandangan masyarakat disekeliling ku dan yang perit sekali adalah hari itulah seorang ibu itu menganggap diriku tidak wujud dalam hidupnya.


♡♡♡♡♡♡♡♡♡


"Selamat pagi ayah" Dia menyapa sang ayah yang baru sahaja ingin menyuap nasi ke dalam mulut.

"Selamat pagi Dhiya, mari makan sarapan dulu sebelum pergi kerja".

"Baik ayah". Dia mula menyuap nasi goreng kampung itu dengan perlahan. "Masakan ibu tetap nombor satu kan Ayah, tak pernah mengecewakan".

"Betul tu Dhiya , ibu awak nie kalau dah masak kalah chef lima bintang tu hah". Ujar Hasyim, Ayah kepada Dhiya.

"Hah memang! Aku masak memang sedap kau tu je yang tak pandai nak belajar , yang kau tahu makan je kan" ujar Puan Anita yang sememangnya tidak suka pada anak perempuan nya bernama Amira Dhiya atau lebih dikenali sebagai Dhiya itu.

Baginya Dhiya hanya seorang anak yang berpura-pura baik di hadapannya. Jangan ditanya mengapa dia benci kepada anaknya itu. Dia juga sudah puas untuk redha tetapi dia tetap tidak boleh. Baginya kesalahan anaknya itu sudah melampau.

Tetapi tanpa dia sedar anaknya itu tiada dosa biar sedikit pun terhadapnya. Segala yang terjadi adalah takdir yang telah Allah SWT tetapkan. Namun dia juga insan biasa yang egonya lebih tinggi dari segalanya.

"Selamat pagi ibu, ya masakan ibu memang terbaik nanti ada masa Dhiya belajar dari ibu ya".

"Hah, kau tak payah nak belajar sangat lah dengan aku, kalau kau nak belajar , kau pergi ikut kursus ke apa ke, tak ada masa aku untuk ajar kau, buang masa aja". Ujarnya dalam keadaan benci dan menyampah.

"Oh tak apa ibu, Dhiya faham ibu penat. Okaylah ayah ibu, Dhiya pergi kerja dulu yaa" Dia bangun dari kerusi lalu menyalam tangan ayahnya dan seperti biasa setiap kali ingin menyalam insan bernama ibu itu , ibu itu hanya buat tak tahu. Air mata yang ingin keluar dia tahan. Baginya itu hanya perkara biasa. Selagi dia hidup dia akan memujuk ibunya itu. Walau perit tak tertahan tetapi dia tahu, Allah tak akan pernah tinggalkan dia.

"Kasih sayang yang diberi sangat menyenangkan hati,
Rasa gelisah musnah dalam sekelip mata,
Kata-kata cinta dari si ibu membuatkan aku jatuh,
Jatuh yang menyenangkan dan jatuh yang mengasyikkan,
Dan apabila cinta hati itu berubah benci,
Diri ini turut tersakiti, apatah lagi diri ini menjadi punca kepada segala derita yang tercipta".

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro