Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bismillah

Diri yang kerdil ini ingin memulakan sebuah penulisan yang tidak pasti akan pengakhirannya. Mungkin ini akan terhenti ditengah jalan atau mungkin juga sampai ke penghujungnya.

Beribu kali diri ini ingin mencuba , beberapa kali juga tewas kerana tiada keyakinan di jiwa.

Mungkin kali ini hati terlalu ingin mencoret satu dua kata yang bermain di fikiran.

Lafaz basmallah ditutur di bibir, istighfar tak pernah ditinggalkan, doa sering menjadi peneman dan solat menjadi pengubat rindu kepada Dia. Dia yang mencipta kita dan Dia si pemilik kita. Dia, Allah SWT.

Cerita ini bukan sebuah mainan, cerita ini tentang kesakitan, kesakitan seorang insan yang sering diketepikan lalu ingin mencari jalan keluar dan menagih kasih dari orang tersayang.

"Semua yang ku tuliskan adalah milikku sendiri, jika ada tersama maka fikiran kita sama mungkin. Mohon berikan tunjuk ajar dan mungkin kata-kata sokongan.

Dan yaa, cerita saya tak ada prolog kerana saya tidak pandai menggunakan prolog. (Saya jujur).

*Hak milik sepenuhnya dari saya sendiri*

'Cinta manusia cinta palsu semata, kasih sayang yang diucap boleh didustai. Kata-kata cinta boleh menjadi benci dalam sekelip mata. Begitulah permainan dunia. Jika terleka pasti sengsara tetapi jika berhati hati pasti senang menanti'.

"Ingatlah bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan"
(Ash-sharh).

Bismillahirrahmanirrahim.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro