TEASER 7
"Jangan gerak," arah Thaqif tegas. Kejung Nayla di situ.
Tak jadi nak jauhi Thaqif.
"Kenapa?" soal Nayla dengan riak polos.
Thaqif tak menjawab. Disebabkan gadis itu pendek paras bahunya, mudah saja dia ambil sehelai daun maple di atas kepala gadis itu.
"Ada daun atas kepala kau," kata Thaqif. Dia menunjuk daun maple berwarna kemerahan itu kepada Nayla.
"Oh..." Nayla meraba atas kepalanya. Mahu tahu ada lagi atau tidak helaian daun maple di atas kepalanya. Namun, sepasang matanya menangkap sesuatu di atas kepala Thaqif.
"Abang Thaqif boleh tunduk sikit tak?" pinta Nayla bersama riak polos. Terlupa seketika dengan perasaan malunya.
"Kenapa?"
"Tunduk aje."
Walaupun tidak mengerti, Thaqif rendahkan sedikit tubuhnya yang tinggi itu. Nayla terus mengambil sehelai daun maple di atas kepala Thaqif.
"Atas kepala abang Thaqif pun ada daun ni," kata Nayla dengan menunjukkan daun itu kepada Thaqif.
Nayla membelek daun itu dengan senyuman manis.
Thaqif tegakkan tubuh semula. Tetapi, anak matanya
masih menatap Nayla. Terpegun kerana kali pertama dia melihat senyuman indah Nayla. Tambahan pula, dia baru sedar yang Nayla ada lesung pipit di pipi kanan.
"Qaseh," panggil Thaqif dengan suara dalam. Nayla mendongak kepala dan memandang Thaqif yang tinggi itu.
"Kenapa abang Thaqif?" tanya Nayla. Dan lagi, Thaqif memanggilnya Qaseh.
"Kau nak jadi isteri aku tak?"
"Huh?"
Tengadah Nayla dengan soalan Thaqif. Mereka saling menatap tanpa mengeluarkan sebarang kata. Tidak lama, angin sejuk bertiup kembali. Daun-daun berguguran menghiasi suasana canggung di antara mereka.
17/12/2023
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro