Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TEASER 6






"Abang Thaf suka Nayla?"

Thaqif tersentak kecil. Terus pandangannya jatuh pada Thalia. Rasa berdebar-debar apabila soalan membunuh itu ditanyakan kepadanya. Thaqif ukir senyuman janggal. Kantoi pula dengan adik sendiri.

"Kenapa Thia tanya soalan macam tu?" Thaqif raup rambutnya ke belakang. Rasa segan pula.

"Thia ni bukannya budak-budak lagi tak tahu renungan abang tu. Kalau abang dah suka dia, pergilah cakap. Lagipun Nayla tu dah bujang," kata Thalia.

"Dia pernah bercinta ke sebelum ni?" tanya Thaqif.
Thalia mengangguk kepala.

"Pernah. Nayla dengan lelaki tu bercinta sejak sekolah lagi. Tapi, baru-baru ni mereka dah putus. Itu yang Thia ajak Nayla ke sini. Boleh dia tenangkan fikiran dia," cerita Thalia.

Thaqif angguk kepala. Tanda faham.

"Nayla ni perempuan yang setia abang Thaf. Sekali dia cinta, selamanya dia cinta. Tapi itulah, lelaki tu tak pandai nak hargai pula. Nayla ada syak, bekas teman lelaki dia itu ada perempuan lain. Mungkin di mata dia, perempuan tu lebih bagus daripada Nayla."

Thaqif mendecit.

"Sebab tu wujud istilah, perempuan itu cantik di mata lelaki yang tepat," kata Thaqif. Thalia kerut dahi.

"Maksud abang Thaf?"

"Nayla cantik. Tapi lebih cantik jika rambut panjang dia dilindungi dengan sehelai kain," kata Thaqif dengan ayat tersirat.

Thalia tersentap. Mestilah dia terasa. Dia pun masih belum menutup aurat dengan sempurna. Bukan abangnya tak pernah tegur. Sudah banyak kali. Tapi dia selalu bagi alasan belum bersedia. Lagipun dia takut juga kalau dia tidak mampu kekal istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna.

"Abang tak ada niat nak sindir tau. Abang tegur untuk kebaikan kau orang juga. Thia dengan Nayla dah 24 tahun. Menutup aurat ni wajib bagi wanita muslim..."

"... Biar mahram Thia aje boleh tengok aurat Thia. Abang sayang adik abang seorang ni. Abang harap Thia boleh berubah," tutur Thaqif dengan penuh kelembutan.

Thalia angguk kepala dan ukir senyuman kecil.

"Baik abang. Thia janji lepas ni Thia berusaha menutup aurat. Abang doakan Thia tau."

Thaqif tersenyum manis.

"Abang selalu doakan orang yang abang sayang. Tapi buat kerana Allah," pesan Thaqif. Thalia angguk kepala lagi.

"Baik abang."

"Kalau boleh ajak Nayla sekali," sambung Thaqif lagi.
Bibir Thalia sudah mengoyak senyuman nakal.

"Abanglah yang suruh dia. Mungkin dengan nasihat abang tu, dia akan dengar. Lagipun abang kan suka cari fasal dengan dia," ujar Thalia.








14/12/2023

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro