Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TEASER 5



Thaqif menahan senyum.

"Aku ada dalam rumah tu," jawab Thaqif lagi. Jari telunjuknya lurus ke arah rumah atas bumbung ini. Nayla turut menghala pandangan ke tempat yang sama.

"Rumah ni pun rumah abang Thaqif juga ke?" tanya Nayla lagi. Thaqif angguk kepala. Dia menyeluk kedua-dua belah tangan ke dalam poket jaket tebal itu.

"Yalah Cik Qaseh. Rumah atas bumbung ni pun sekali juga dengan rumah bawah. Dari pemilik yang sama. Kalau aku sewa rumah tingkat bawah tu aje, tak dapatlah aku nak menikmati pemandangan atas ni." Thaqif menjawab ke semua soalan Nayla dengan tenang.

"Oh. Jadinya abang Thaqif tidur di sinilah?" Soalan diberikan lagi.

"Ya. Sepanjang kau ada di sini." Thaqif hela nafas. Banyak pula soalan gadis itu.

Tak apalah Thaqif. Layankan saja. Anggap saja itu ujian awal untuk menghadapi kerenah bakal isteri.
Eh?

"Kenapa tak tidur aje dekat rumah bawah tu?" Nayla bertanya lagi.

Thaqif garu kening dan tayang muka pasrah.

"Aku tak selesa serumah dengan perempuan bukan mahram aku walaupun ada ibu dan Thia. Aku yakin kau juga akan rasa tidak selesa. Jadi, lebih baik aku elak awal-awal," balas Thaqif.

"Bahkan keadaan sekarang ini pun aku rasa tak selesa juga. Berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram aku," sambung Thaqif.

Nayla tersentap.

"Ka... kalau macam tu, saya turun bawah dulu. Maaf sebab ganggu abang Thaqif."

"Qaseh..." seru Thaqif.

Terhenti langkah Nayla.

"Ya?" Terkedu Nayla apabila Thaqif memanggilnya Qaseh. Belum ada lagi orang memanggilnya dengan nama Qaseh. Thaqif orang pertama.

"Kenapa abang Thaqif?" Terkebil-kebil matanya memandang Thaqif.

"Jaket aku, sila pulangkan balik," balas Thaqif tanpa perasaan.

Nayla termalu sendiri.

"Oh. Maafkan saya." Cepat-cepat Nayla tanggalkan jaket tebal itu dari tubuhnya. Dia serahkan semula kepada Thaqif.

"Walaupun tak sampai sepuluh minit saya pakai tapi terima kasih abang Thaqif. Selamat malam. Assalamualaikum."

Tanpa menunggu balasan Thaqif, laju Nayla meninggalkan tempat itu. Tidak betah berlama-lama di situ.

"Lebih baik dia tak payah bagi jaket tu dekat aku. Pakai sepuluh minit pun tak ada," bebel Nayla.

Langsung tak sedar yang Thaqif melihatnya menuruni anak tangga dengan perasaan sebal. Sudah tentu dia dengar bebelan Nayla itu. Thaqif ketawa halus. Terhibur sebentar.

"Waalaikumussalam. Comel."








12/12/2023

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro