Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TEASER 4


"Ya Allah, cantiknya pemandangan dekat atas ni," ucap Nayla penuh teruja.

Tanpa sedar ada sepasang mata memerhatinya sejak tadi.

Thaqif sandar tubuh pada dinding. Memerhati Nayla tanpa lepas. Sebenarnya, dia mahu turun ke bawah untuk sertai ibu dan adiknya. Masih tak puas nak bergaduh dengan Thalia.

Namun, belum sempat dia nak menyarung selipar, susuk tubuh kecil milik Nayla menyapa pandangannya. Segera dia menyembunyikan diri di sebalik dinding. Penuh berhati-hati dia mengintai gadis itu.

Thaqif tersenyum kecil melihat gelagat Nayla. Gadis itu sedang mengutip daun maple yang bertaburan di lantai. Hanya sekeping daun itu sahaja sudah mampu membuatkan gadis itu tersenyum indah begitu.

Thaqif tekap telapak tangan di dada kiri. Merasai degupan jantung berdegup kencang. Ini bukan kali pertama jantung berdegup dia begitu. Semasa dia bertentang mata dengan Nayla petang tadi pun, dia dah rasa tidak tenang. Namun, dia bijak mengawal reaksi itu.

Adakah itu tanda-tanda cinta pandang pertama? Tetapi cinta pandang pertama itu wujud ke?

Entahlah, Thaqif sendiri pun tidak tahu. Dia mana pernah rasa bercinta dengan manusia. Thaqif geleng kepala. Dia tak mahu terus hanyut memandang gadis itu. Dia masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil sesuatu. Tidak lama kemudian, dia keluar semula bersama jaket tebal.

Selipar disarung ke kaki. Dia melangkah ke arah Nayla dan meletakkan jaket tebal itu di atas kepala Nayla tanpa ada rasa bersalah. Kemudian, dia melangkah ke pangkin kayu dan melabuhkan punggung di situ.

Nayla terjerit kecil apabila ada sesuatu menghempap kepala sekaligus menghalang pandangannya. Terus dia tarik benda asing di atas kepala. Tengadah Nayla apabila melihat jaket tebal itu. Dari mata datangnya jaket tersebut? Jatuh dari langit ke?

"Tak ada maknanya jaket tu nak jatuh dari langit. Sila pakai Cik Qaseh. Suhu waktu malam sejuk. Badan manusia belum cukup kebal nak tahan sejuk," kata Thaqif dengan sindiran.

Nayla tersentak dan terus menoleh belakang. Hampir nak terlentang ke belakang apabila melihat Thaqif ada di hadapan mata. Bila masa lelaki itu ada di sini?

"Abang Thaqif?"

"Ya aku. Kenapa?" Thaqif jongket sebelah kening.

Nayla geleng kepala. Terus jaket tebal itu disarung ke tubuh. Tiba-tiba terasa makin sejuk pula suasana pada malam itu.

"Tak ada apa. Abang Thaqif dari mana?" tanya Nayla, sekadar berbasa basi. Tiba-tiba saja boleh ada di atas bumbung ini.

"Aku ada aje dekat sini. Kau aje tak sedar," jawab Thaqif.

Nayla tengadah.






09/12/2023

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro