TEASER 3
"Dah habis membebel?" tanya Thaqif dengan nada tenang.
"Dah."
"Mari abang membebel pula." Muk cawan diletakkan di atas meja semula.
"Abang bukan tak nak kahwin dan abang bukan tak laku. Tapi abang nak seorang isteri bukan teman wanita. Abang nak bercinta dengan wanita yang bergelar isteri. Kan indah bercinta selepas nikah?"
Ucapan Thaqif itu membuatkan Nayla sedikit tersentap. Mana tidaknya. Dia yang usia masih mentah dan masih bersekolah sudah pandai bercinta. Tetapi, pada akhirnya hubungan cinta itu putus setelah lapan tahun.
Sedangkan lelaki itu, umur sudah 29 tahun pun masih tidak berpunya. Biasanya lelaki yang ada rupa ni pasti ada seseorang istimewa di hati. Tetapi, berbeza pula dengan Muhammad Thaqif ini. Masih bujang!
Nayla menggeleng. Malas mahu memikirkan semua itu. Perkara itu sudah berlalu. Dan sekarang ini dia rasa sangat janggal. Rasa nak lari masuk bilik saja. Yalah, dia di situ hanya diam sahaja. Jadi pendengar perbualan keluarga kecil itu.
"Abang gila kerja buat masa sekarang. Kerja keras cari duit. Kumpul duit untuk kesenangan kita juga. Lagipun, Thia kan ada minta abang dengan ibu pindah semula ke Malaysia. Inilah yang abang tengah buat sekarang. Abang nak beli rumah dekat sana terus. Tak nak sewa dah," kata Thaqif panjang lebar.
Bersinar mata Thalia apabila mendengar bicara abangnya itu.
"Betul ni? Abang tak tipu kan?"
"Ya Thia. Tapi abang kena ada sebab lain juga kalau nak duduk Malaysia terus."
Entah kenapa Nayla rasa berdebar-debar menanti bicara Thaqif itu.
"Maksud abang Thaf?"
"Abang kena ada bakal isteri yang memang menetap dekat Malaysia."
Thaqif melirik ke arah Nayla yang hanya diam sejak tadi. Kesian gadis itu. Pasti berasa janggal. Apabila Nayla memandangnya terus dia ukir senyuman senget.
Gadis itu apa lagi, menggelabah melarikan pandangan. Thaqif tersenyum geli hati. Sengaja nak dera jantung Nayla. Bukan apa, dia suka melihat sikap gelabah
Nayla itu. Nampak comel di matanya.
'Kenapa dia pandang aku dengan pandangan macam tu?' bisik hati Nayla.
"Abang nak Thia carikan? Thia ramai kenalan perempuan sebaya abang," pelawa Thalia.
Thaqif ketawa sinis.
"Tak payah cari. Yang dekat sebelah ni pun ada," balas Thaqif dengan selamba.
"Huh?"
Bingung Thalia. Manakala, Nayla sudah tengadah. Jiwa perempuannya semakin tidak keruan. Bukan dia tidak faham. Sebelah mana lagi nak ada perempuan asing? Dia seorang saja di situ.
Puan Dalila sudah mengukir senyuman kecil. Faham benar dengan gerak-geri Thaqif. Baru pertama kali bersua muka, tak akanlah dah tersuka?
Thaqif senyum senget dan bangun dari labuhan kerusi.
"Ibu, ini barang-barang dapur yang ibu nak tu. Thaqif naik atas dulu. Nak mandi dan solat."
"Haa, Yalah."
Thaqif melangkah meninggalkan ruangan dapur.
Kepergian Thaqif dipandang Nayla.
'Apa ni? Satu hari pun belum ada, tapi dia dah buat jiwa perempuan aku tak tenang.'
Nayla hela nafas kasar.
08/12/2023
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro