Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TEASER 10





"Nayla? Awak ke tu?" soal Hafiz. Mengecil matanya memandang Nayla. Cuba mengecam gadis itu.

"Maaf encik? Kita kenal ke?" soal Nayla dengan nada sarkastik.

"Memang betullah awak Nayla. Tak sangka awak dah berhijab. Cantik," kata Hafiz bersama pujian. Sungguh dia terpegun melihat Nayla. Gadis itu cantik apabila sudah berhijab.

"Terima kasih atas pujian encik. Sila ke tepi. Encik menghalang laluan saya." Nayla tayang muka tidak sukanya. Kenapa dia perlu berjumpa semula lelaki itu? Serabut betul!

"Jangan buat-buat tak kenal saya Nayla. Kita dah lama kenal. Dah sembilan tahun. Lagipun kita ada sejarah," ujar Hafiz. Nada suaranya jelas kedengaran seperti merayu.

Nayla mencerlung tajam Hafiz. Pandangan pelanggan di kafe itu diabaikan.

"Sejarah apa? Sejarah mesopotamia? Maaf ya, lepas encik putuskan hubungan dengan perempuan bernama Qaseh Nayla, pada saat itu juga dia telah membuang semua memori yang berkaitan dengan lelaki bernama Hafiz Bakthiar. Baginya, nama lelaki itu tidak wujud dalam kamus hidup dia. Jadi, tiada istilah kenal sembilan tahun." Sedikit keras suara Nayla.

Malas menghadap Hafiz lama-lama, dia terus berjalan melepasi Hafiz. Namun, tangannya disambar Hafiz. Membulat matanya. Segera Nayla merentap tangannya.

"Kau siapa nak pegang aku sesuka hati?" jerkah Nayla. Jika tadi dia tahan amarah kerana tidak mahu membuat kecoh di dalam kafe tersebut. Tetapi kalau sudah melibatkan sentuhan begitu, Nayla tak mampu bertahan lagi. Punyalah dia menjaga aurat. Elak bersentuhan dengan lelaki ajnabi. Semudah itu Hafiz memegangnya?

"Nayla saya tiada niat nak pegang awak. Saya cuma nak ajak awak berbual dengan cara baik. Saya sebenarnya dah lama cari awak. Saya nak tebus balik kesilapan saya," kata Hafiz. Sedaya upaya dia mempamerkan air muka simpatinya.

Nayla geleng kepala. Apa yang dia dengar ini? Tiada niat? Hafiz nak mereka bersama macam dulu? Tak akan pernah berlaku!

"Dah lupa apa yang kau cakap dekat aku dulu? Nak aku ingatkan balik ke? Kau dengar sini Hafiz, aku tak akan balik semula pada kau. Aku tak akan jadi perempuan bodoh untuk bersama dengan orang yang dah buang aku." Nayla memberi amaran keras.

"Nayla, saya..."

"Boleh tak jangan jadi lelaki bodoh?" Satu suara keras menyapa jelas pendengaran mereka.
Nayla dan Hafiz sama-sama tersentak sebelum memandang gerangan yang tiba-tiba muncul. Nayla terkejut apabila melihat gerangan yang amat dia kenali itu.

'Abang Thaqif?'









19/12/2023

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro