Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

               Darlene melangkah turun ke tingkat bawah sebelum dia terus masuk ke dalam dapur yang besar itu.

               Kelihatan Avrin dan Erika sedang bertungkus-lumus menyiapkan sarapan pagi buat semua rakyat di dalam rumah itu.

              "Good morning. Nak tolong boleh ?", tanya Darlene lembut.

              "Morning. Tak payahlah. Dah nak siap dah pun haa", kata Avrin juga lembut.

              "Iyelah", kata Darlene sebelum dia mengambil tempat di kerusi tinggi di meja itu.

              "Morning, Hay", sapa Erika kepada Hayden yang baru sahaja melangkah masuk ke dapur itu.

              "Morning. Froy mana ?", tanya Hayden sejurus selepas dia mengambil tempat di meja makan.

              "Tengah bersiap dekat atas. Kejap lagi dia turun", jawab Avrin lembut.

               Darlene merenung ke arah Hayden yang sedang duduk bersandar di kerusi meja makan. Lelaki itu sentiasa nampak segak dengan sut kerja lengkapnya.

               Darlene kemudian terus melangkah ke arah Erika.

              "Macam mana you bezakan antara Hayden dengan Jayden ?", bisik Darlene perlahan.

              "Senang je. Firstly, you kena...", Erika tidak sempat menghabiskan ayatnya.

              "Darlene. Mari sini", panggil Hayden mendatar.

               Darlene terkejut dengan panggilan mengejut Hayden itu tetapi dia tetap melangkah ke arah lelaki sedingin salju itu.

               "Iya, sir Hayden", kata Darlene lembut. Kepalanya ditundukan sedikit untuk menunjukkan hormat.

               "Duduk", kata Hayden sepatah.

                Tanpa banyak kata, Darlene terus mengambil tempat berhadapan dengan Hayden.

               "Good", kata Hayden sepatah sebelum dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus dibelek. Darlene langsung tidak dihiraukan.

Tiba-tiba Darlene menoleh ke arah seorang lagi jejaka kacak yang baru melangkah masuk ke dapur. Sut kerjanya yang kemas menonjolkan lagi kekacakannya.

Jayden terus mengambil tempat di sebelah Hayden sebelum dia menoleh ke arah Darlene yang sedang malu-malu kucing.

Darlene tersenyum malu apabila menyedari dirinya diperhati.

Hayden dan Jayden hanya memerhati Darlene yang seperti kerang busuk itu. Dah apahal minah ni ? Nak mati dah ke ?

"Ni dah kenapa ? Dah nak mati ke ?", tanya Ariq yang baru sahaja melangkah masukk ke dapur itu.

Dengan pantas Darlene bangun dari duduknya sebelum dia melangkah ke arah Avrin. Malu apabila ditegur begitu.

"Mana Ar ?", tanya Ariq sambil mengambil tempat di kerusi Darlene sebentar tadi.

"Tak turun lagi", jawab Jayden mendatar.

Avrin melangkah ke arah meja makan sambil membawa sarapan pagi mereka iaitu nasi goreng kampung.

Tok... Tok... Tok...

Tiba-tiba kedengaran ketukan dari almari barang dapur. Darlene yang mendengar itu terus menoleh ke arah pintu almari.

"Apa tu ?", tanya Darlene sedikit kuat.

                 Hayden, Jayden dan Ariq yang mendengar soalan itu terus menoleh ke arah almari.

                 "Takda apalah. Buat-buat tak tahu je. Dia memang kekurangan kasih sayang", jawab Jayden lembut.

                   Pakkk !!!

                    Pintu almari itu terbuka dari dalam dengan kasar.

                   Darlene terlompat ke belakang dek kerana terkejut.

                  "Kepala hotak lu ! Bila masa aku kekurangan kasih sayang ?!", jerit Spencer yang baru melangkah keluar dari dalam almari.

                   Darlene mengurut dadanya dengan perlahan. Hayden hanya tersenyum nipis melihat gadis itu.

                  "Dah, dah. Jangan nak memekak pagi-pagi ni. Cepat makan, harini meeting terbesar kita", kata Aryan yang baru sahaja melangkah masuk ke dapur. Tangan kanan elok memegang beg kerjanya.

                  "Makanlah", kata Erika yang sedang menuang nasi goreng kampung di atas pinggan.

                   Spencer hanya menjeling ke arah Jayden sebelum dia mengambil tempat di meja makan itu.

Selepas selesai menghabiskan sarapan paginya, Jayden terus melangkah ke depan untuk bersiap pergi ke kerja.

Darlene juga mengekor langkah Jayden dari belakang sebelum dia berdiri betul-betul di tepi Jayden yang sedang memakai stokin.

"Hi", sapa Darlene lembut.

"Hi. Duduk rumah elok-elok", kata Jayden juga lembut.

"Okay. Sir pergi kerja elok-elok juga tau !", kata Darlene lembut dan teruja.

"Kenapa kau happy semacam je harini ? Happy sebab tak payah pergi kerja ?", tanya Jayden sambil menyarung kasut kerjanya.

"Eh bukan sebab kerja. Tapi sebab sir lah", jawab Darlene dengan senyuman tiada perasaannya.

"Sebab aku ? Apahal sebab aku ?", tanya Jayden sambil bersandar pada kereta Audi milik abang kembarnya.

Hayden yang sudah melangkah ke pintu hanya memerhati adegan bertepuk sebelah tangan itu.

"Ala... Pasal semalam laa", kata Darlene sambil tersenyum lebar.

"Pasal semalam ? Kopi ke ?", tanya Jayden dengan kening yang berkerut seribu.

"Ni cerita selepas kopi hehe", kata Darlene lembut.

"Selepas kopi ?", tanya Jayden lagi. Masih tidak faham.

"Tepi", kata Hayden dingin.

Darlene yang mendengar itu terus melangkah ke tepi untuk memberi laluan kepada Hayden.

Hayden terus menyarung kasut kerjanya sebelum dia melangkah ke arah keretanya.

"Saya kan suka dekat sir", kata Darlene dalam nada berbisik.

"Hah ?!", tanya Jayden yang langsung tidak menyangka apa yang akan keluar dari mulut gadis itu.

Hayden yang dapat mendengar itu terus menoleh ke arah Darlene. Gadis itu ditenung lama.

"Lepastu apa kaitannya dengan aku ?", tanya Jayden lagi.

"Sir Hayden janganlah pandang sini. Ni urusan peribadi saya laa", kata Darlene kepada Hayden yang sedang merenungnya.

Hayden terus menjeling sebelum dia melangkah masuk ke tempat pemandu.

"Apa kau merepek ni ?", tanya Jayden lagi. Otaknya masih di lautan pasifik.

"Semalam kan sir cakap sir suka dekat saya ?", tanya Darlene dalam nada berbisik.

Jayden yang mendengar itu terus tersenyum nipis.

"Kau memang kena belajar bezakan aku dengan binatang sial tu", kata Jayden perlahan. Kaki mahu melangkah masuk ke dalam kereta.

"Apa ?", tanya Darlene yang tidak dapat mendengar dengan teliti.

"Takda apa. Pakai cantik-cantik okay ? Balik karang aku nak hadap kau. Muah", kata Jayden sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam kereta.

Darlene terus menutup mulutnya dengan telapak tangan. Senyuman lebar terukir di bibir. Bahagia !!!!

"Habis dah borak ?", tanya Hayden yang sudah lama berada di dalam kereta.

"Ada benda aku nak settle dengan kau babi", kata Jayden mendatar.

"Hahahahaha", Hayden yang mendengar hanya melepaskan gelaknya.

"Ni apahal macam beruk kat depan pintu ni ? Pergi kemas dapur sana", kata Ariq mendatar.

"Sorry sir. Saya pergi dulu", kata Darlene sebelum dia menunduk dan melangkah ke dapur.

"Ada benda lah tu yang si kembar tu buat", kata Aryan mendatar.

"Bodoh dua-dua tu. Mainkan perasaan orang je tahu", kata Ariq mendatar. Kasut kerjanya disarung kemas.

Aryan hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum dia melangkah ke arah keretanya.

"Mana pulak babi ni ?! Memang hilangkan kesabaran orang betul lah !", kata Ariq sebelum dia melangkah ke arah pintu semula.

"SPENCER !!!!!!!", jerit Ariq kuat. Jiran-jiran pun boleh dengar ngauman singanya.

"Iya !! Kejap lah !!", jawab Spencer yang sedang berlari dengan tangan yang memegang sepasang stokin. Di mulutnya pula penuh dengan sekeping roti.

"Tak reti nak kenyang ke ?! Tinggal karang mula lah nangis ! Cepat sikit !", jerit Ariq sebelum dia melangkah ke arah Ferrari miliknya.

     "Sabar itu separuh daripada iman !", jawab Spencer sambil menyarung kasut kerjanya.

                "Kepala hotak kau punya iman. Aku memang takda iman kalau dengan kau", kata Ariq sambil melangkah masuk ke dalam keretanya.

                "Membebel je kerja. Pokpekpokpek", kata Spencer sambil melangkah ke arah kereta Ariq.

                
Darlene hanya memerhati Fellen dan Ferris yang sedang berlari-lari di halaman rumah banglo itu. Seronoknya kalau ada anak kembar. Keluar sekali, tapi ada dua.

                "Darlene", panggil Avrin lembut. Dia mengambil tempat di sebelah Darlene.

                "Eh. Panggil Lene je", kata Darlene lembut.

                "Okay. So you kerja sebagai apa dekat office Aryan ?", tanya Avrin lembut.

               "Saya jaga bahagian kewangan syarikat. Tapi bahagian bawahan je. Bahagian pembahagian gaji budak-budak bawahan. Kalau atasan, sir Hayden yang jaga kan ?", jawab Darlene lembut.

                "Hayden tu tak boleh nak sebut dia tu kerja bahagian apa", kata Avrin sambil tersenyum nipis.

                "Kenapa pulak ?", tanya Darlene tidak faham.

               "Dia sepatutnya CIO syarikat. Tapi lepas naik pangkat, dia jadi CEA syarikat. Tapi sekarang dia buat semua benda. Kerja COO dia buat, kerja CEA dia buat, kerja CMO syarikat pun dia buat, kerja COO syarikat pun dia buat tau", jawab Avrin sambil mengangkat keningnya sedikit.

"COO tu sepatutnya kerja siapa ? CMO tu pulak kerja siapa ? CIO pulak kerja siapa ?", tanya Darlene lembut.

                "CIO kerja Jayden. CMO tu kerja Spencer. COO tu pangkat kedua tinggi dalam syarikat, yang tu Ariq punya kerja. But still Hayden yang akan buat semua. Sebabtu dia nampak macam takda life sikit", jawab Avrin sambil tersenyum lebar.

                "Kelakar lah. Diorang semua nampak macam lelaki yang rajin bekerja, rupanya sir Froy dengan sir Hayden je yang bekerja", kata Darlene sambil tersenyum lebar.

               "Diorang lagi banyak main dari bekerja. Tapi time serius, diorang memang akan serius habis-habisan", kata Avrin lagi.

               "Ohh... You umur berapa eh ?", tanya Darlene pula.

               "27. Bukan ke i dah pernah bagitahu ?", tanya Avrin pula.

               "Ada eh ? I lupa la. Kiranya you tua dua tahun dari i la", kata Darlene lembut.

               "So you 25 ?"

               "Yeah... Mana Erika ?", jawab Darlene sambil tersenyum.

               "Dia ada dekat atas jaga baby. Biasalah anak kecik lagi", jawab Avrin.

                "Siapa tu ?", tanya Darlene sambil memandang ke luar pagar rumah. Terdapat dua buah van bewarna hitam yang elok terparkir di hadapan rumah itu.

                Dengan pantas Avrin menoleh ke arah dua buah van itu.

                "Oh shit", kata Avrin perlahan lalu terus mendukung kedua-dua anak kembarnya.

                "Masuk dalam Lene", kata Avrin sambil melangkah dengan laju untuk masuk ke dalam rumah.

                 Darlene yang tidak tahu apa-apa itu terus melangkah mengekori Avrin.

                  Kaki mereka berhenti melangkah selepas menyedari Erika sedang melutut di atas lantai dengan tangan yang memegang anak lelakinya. Mulutnya elok bertutup dengan tape bewarna hitam.

                 "Ya Allah...", bisik Avrin perlahan.

                 "Hi. Kita berjumpa lagi akhirnya", kata seorang gadis berambut perang. Tangan elok memegang selaras pistol.

                 "Kak Isha ?!", tanya Avrin kuat.

                 "I'm Fancy, dude", kata Arisha mendatar.

                 "Bring them all", kata Arisha kepada beberapa orang lelaki yang juga berada di situ.

                "Apa ni kak ?!", tanya Avrin kuat. Tangan yang sedang mendukung kedua-dua anaknya itu dipegang dengan kejap oleh dua orang lelaki berbaju serba hitam.

"Shut up", kata Arisha dingin.

Arisha kemudian melangkah ke arah Darlene yang sedang berdiri kaku.

"Disebabkan kau, habis semua jadi mangsa", kata Arisha dingin. Mata birunya menikam anak mata coklat pekat milik Darlene.

Mereka semua diikat sebelum dibawa masuk ke dalam van bewarna hitam.


Ariq melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Aryan dengan tangan yang memegang telefon bimbitnya.

"Apahal ?", tanya Aryan mendatar.

"Aku pasti kau taknak tengok apa yang aku dah tengok", kata Ariq mendatar.

"Shut up", kata Aryan perlahan.

Ariq hanya merenung anak mata Aryan sebelum dengan pantas Aryan menekan-nekan di telefon pejabatnya.

"Masuk bilik aku. Now !", kata Aryan tegas.

Erika sudah mula mengalirkan air matanya selepas menyedari bayi lelakinya sedang berada dalam bahaya.

Fellen, Ferris dan Aaden sudah pun diberi ubat tidur sebelum mereka dimasukkan ke dalam sebuah lagi van bewarna hitam.

Semua manusia pun tahu betapa bahayanya dos ubat tidur jika diberikan kepada bayi yang baru berusia tiga bulan.

Darlene pula langsung tidak dapat berhenti dari mengalirkan air matanya. Sungguh dia berasa takut dan bersalah. Mereka semua berada dalam bahaya disebabkan dia.

Avrin tidak henti-henti berdoa supaya anak-anaknya selamat termasuklah yang masih berada di dalam kandungan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro