Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

"Allahuakbar...", bisik Darlene perlahan. Wajahnya sudah mulai hilang darah. Dahinya berpeluh ketakutan.

Arisha mengacukan pistolnya ke arah Darlene sebelum dia tersenyum sinis.

Darlene terus memejamkan matanya dengan rapat. Jika ajal sudah mahu menjemputnya, dia redha.

"Akak", panggil satu suara garau dari arah belakang Arisha.

Dengan pantas Arisha terus menoleh ke belakang.

"Apa yang akak buat ni ? Kita kat Malaysia ni kak", kata Spencer lembut.

"Kenapa Spen tak balik lagi ?", tanya Arisha lembut.

"Saya tahu akak mesti akan datang sini. Sebabtu saya tak balik lagi", jawab Spencer jujur.

"Pergi baliklah, Spen. Semua ni takda kena mengena dengan you pun", kata Arisha mendatar.

"Akak tahu apa position saya dalam kumpulan mafia ni ?", tanya Spencer tiba-tiba.

"Magician. Mengaburi mata mangsa, ataupun menarik perhatian mangsa", jawab Arisha mendatar.

"Yeah... Kerja saya memang tarik perhatian orang", kata Spencer sebelum dia tiba-tiba menunduk.

Bang ! Bang ! Bang !

Arisha menunduk selepas dia menyedari peluru tadi melalui betul-betul di tepi kepalanya.

Dengan pantas Arisha menoleh ke arah tempat Darlene tadi, malangnya gadis itu sudah tiada di situ. Yang ada hanyalah

Hayden yang sedang melangkah ke arahnya. Kedua belah tangan elok memegang pistol yang diacukan ke arah Arisha.

"Holy shit", kata Arisha perlahan sebelum dia turut mengacukan pistolnya ke arah Hayden yang sudah berhenti melangkah.

"Apa kau buat ni sial ? Kau fikir ni Amerika ke ?", tanya Hayden dingin.

"Duduk sini, jangan pergi mana-mana. Spencer ada untuk jaga kau", kata Jayden kepada Darlene yang sudah berada di dalam kereta Hayden.

Darlene hanya menganggukkan kepalanya sedikit sebelum dia menoleh ke arah Spencer yang baru melangkah masuk ke dalam kereta itu.

"Errr... Sir nak pergi mana ?", tanya Darlene perlahan.

"Buat kerja", jawab Jayden mendatar sebelum dia terus berlalu dari situ.

"Kau dah makin biadab sekarang, Hayden. Siapa yang ajar kau jadi macam ni ? Perempuan tu ke ?", tanya Arisha dingin.

"Kau yang ajar aku lah sial. Urusan kau dengan aku langsung takda kena mengena dengan perempuan tu. Kau nak bunuh, kau bunuh aku. Tak payah usik orang lain", Hayden menjawab dengan dingin.

"Alololo... So gentle...", kata Arisha dalam nada perli.

"Aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau, Hay. Ingat tu", sambung Arisha lagi.

"Habistu ? Bunuh jelah. Jangan nak sembang macam sial dekat sini", jawab Hayden masih dingin.

Tanpa banyak kata Arisha terus menarik pemicu pistolnya.

"Stop it, kak", kata satu suara dari arah tepi Arisha.

Arisha menoleh ke kirinya sebelum dia tersenyum sinis.

Jayden elok mengacukan pistolnya ke arah Arisha.

"So kau pun dah jadi biadab, Jay ?", tanya Arisha sinis.

"Habistu takkan Jay nak biarkan akak bunuh kembar Jay ?", tanya Jayden mendatar.

"Fikir sikit. Kalau korang bunuh aku, masa depan korang mesti akan gelap. Kau fikir Froy dengan Frandy bagi ke korang sentuh aku ?", tanya Arisha dengan senyuman sinis.

"Jay takkan ada dekat sini tanpa kebenaran dia", jawab Jayden mendatar.

"Siapa dia ?", tanya Arisha dengan dahi yang berkerut seribu.

Arisha terus menoleh ke sekelilingnya sebelum dia memandang ke arah Ariq yang sedang bersandar pada kereta. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar. Mata elok memerhati drama di depan mata.

"Fuck", bisik Arisha sepatah.

Hayden menghela nafas panjang sebelum dia melangkah mendekati Arisha.

Tangan Arisha ditarik sebelum mereka melangkah ke tepi bangunan itu.

Jayden hanya memerhati sebelum dia melangkah ke kereta Hayden.

"Kau nak apa sebenarnya ? Apahal kau cari aku dekat sini ?", tanya Hayden cukup dingin. Kedua-dua pistolnya sudah pun disimpan di belakang seluarnya.

"Hayden. I datang ni just nak bagitahu yang Harry dah sedar dari koma", kata Arisha mendatar.

               "So ? Takda kena mengena dengan aku pun lah sial", kata Hayden dingin.

               "He's looking for you !", kata Arisah sedikit kuat.

               "Habistu ? Kalau dia cari aku sekalipun, semua ni langsung takda kena mengena dengan Darlene", kata Hayden masih dalam dinginnya.

               "I cuma nak dia jauhkan diri dari you ! Itu aje !", jawab Arisha.

               "Pergi matilah sial. Jangan ganggu aku dekat sini. Cau", kata Hayden sebelum dia terus melangkah pergi dari situ.

Arisha hanya mendengus sambil matanya memerhati kereta Hayden dan Ariq berlalu pergi dari situ.

"Kau okay ?", tanya Hayden yang sedang memandu. Jayden yang berada di tempat duduk sebelah hanya mendiamkan diri.

"Ha ? Sir tanya saya ke ?", tanya Darlene dengan kening yang dikerutkan.

              "Habistu ? Takkan aku tanya stereng pulak ?", soalan dijawab soalan.

               "Hmm... Saya okay. Terima kasih sebab selamatkan saya. Kalau sir-sir takda tadi, mesti saya dah mati sekarang ni", kata Darlene lembut.

               "Patutnya kau berterima kasih dekat Spencer. Dia yang call aku tadi", kata Hayden mendatar.

               "Oh yeke... Dia takda cakap apa-apa pun dekat saya", kata Darlene lembut.

               "Hmm... So kereta kau tu nanti biar Jay jual dekat besi buruk. Kau beli kereta lain", kata Hayden masih mendatar.

              "Hah ? Jay ?", tanya Darlene tidak faham.

              "Dia ni lah", kata Hayden sambil menunjuk ke kirinya.

              "Lah... Saya ingatkan sir ni sir Jayden", kata Darlene dengan senyuman kerang busuknya.

                Hayden terus mendiamkan diri.

               "Bak kunci kereta kau", minta Jayden sambil menghulurkan tangannya.

               "Saya sayang kereta tu, sir. Tak boleh ke kalau saya repair je kereta tu ?", tanya Darlene perlahan.

               "Tak payah. Bak kunci kereta", pinta Jayden lagi.

                "Alaaaa... Tapi sir..."

                "Kau ni banyak cakaplah", potong Jayden mendatar.

               "Yela. Nah", kata Darlene sambil menghulur kunci keretanya ke arah Jayden.

                Jayden menyambut huluran Darlene sebelum dia memasukkan kunci itu ke dalam laci dashboard kereta itu.

               "Apasal kau tak tembak betul-betul je tadi ?", tanya Jayden mendatar.

               "Aku nak tahu apa punca dia datang sini", jawab Hayden mendatar. Mata masih ditumpukan ke arah jalan raya.

               "Habistu ? Dah tahu ke belum ?"

               "Dia cakap Harry tengah cari aku", jawab Hayden masih mendatar.

               "Apahal dia cari kau ?"

               "Manalah aku tahu. Baik kau pergi tanya dia sendiri", jawab Hayden sambil membelok ke simpang.

               "Kalau aku kenal dia, dah lama aku pergi tanya. Masalahnya sekarang ni, muka dia pun aku tak pernah tengok", jawab Jayden sambil menoleh ke arah Hayden.

               "Err sorry lah mencelah. Tapi sir nak bawak saya pergi mana ni ?", tanya Darlene yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

               "Balik rumah kitorang. Bahaya kau duduk rumah kau sendiri buat masa sekarang", jawab Jayden lembut.

                "Hah ?!!!! Kenapa pulak ? Saya duduk rumah sewa dengan Aina lah", kata Darlene sambil mengerutkan dahinya.

                "Lagilah bahayanya", kata Jayden lagi.

                "Kenapa pulak ?! Saya nak baliklah sir", kata Darlene perlahan.

                "Kita nak balik lah ni. Tapi bukan rumah kau", jawab Jayden mendatar.

                "Apa masalah sekarang ni sir ? Kenapa saya jadi mangsa ? Bukannya saya ada kacau sir Hayden pun sampai girlfriend sir nak bunuh saya", kata Darlene mendatar.

               "Mana kau tahu tu girlfriend aku ?", tanya Hayden dingin.

               "Errr.... Entah. Saya pakai teka je", jawab Darlene perlahan.

               "Jangan risaulah. Ni rumah family kitorang selalu berkumpul. Yang paling penting, ada perempuan dalam rumah tu", kata Hayden mendatar.

               "Hah ? Perempuan mana pulak ? Macam mana boleh ada perempuan dalam rumah tu ?", tanya Darlene bertubi-tubi.

               "Froy dengan Frandy kan dah kahwin", jawab Jayden.

               "Habistu ?", tanya Darlene lagi.

               Hayden yang mendengar soalan itu hanya menghela nafas panjang. Sabar jelah.

               "Astaghfirullahalazim. Apa ke bongok sangat kau ni ? Dahtu bini diorang lah yang perempuannya", kata Jayden sebelum dia menghela nafas panjang.

               "Habistu ada berapa orang perempuan dalam tu ?", tanya Darlene lagi.

               "Berapa orang yang dah kahwin ?", tanya Jayden dengan kening yang diangkat.

               "Sir Froy dengan sir Frandy. Dua lah", jawab Darlene.

               "Habistu ? Dua orang perempuanlah yang ada dalam rumah tu", jawab Jayden mendatar.

               "Oh dua... Manalah tahu sir Froy dengan sir Frandy kahwin dua ke tiga ke hahaha", kata Darlene sebelum dia melepaskan tawa halusnya.

               "Ya Allah kau tingkatkanlah kesabaran hamba Mu ini ya Allah", bisik Jayden perlahan.

               Hayden pula hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

               "Habistu esok saya nak pergi kerja macam mana ? Baju saya macam mana ? Saya punya barang-barang macam mana ?", tanya Darlene bertubi-tubi.

               "Tak payah pergi kerja. Duduk je kat rumah tu. Kau pinjam lah baju bini-bini boss kau tu. Underwear pun kau pinjamlah diorang punya hahahaha", jawab Jayden lembut.

                 Hayden hanya tersenyum nipis di tempat pemandu.

                "Ish sir ni !"

                 Hayden, Jayden dan Darlene melangkah masuk ke dalam rumah banglo yang besar itu.

                "Besarnya rumah ni...", kata Darlene perlahan. Dia cukup teruja melihat rumah yang mewah itu. Di luar rumah tadi terdapat beberapa buah kereta mewah yang elok terparkir.

                "Jangan sesat pulak", kata Jayden yang masih berdiri di tepi Darlene. Hayden awal-awal lagi sudah melangkah ke tingkat atas.

               "Mana yang lain ?", tanya Darlene kepada Jayden.

               "Ada dekat atas. Jom", kata Jayden sebelum dia melangkah naik ke tingkat atas diekori oleh Darlene.

                "Tu", kata Hayden sambil menunjuk ke arah Jayden dan Darlene yang baru tiba.

                 Aryan, Ariq, Spencer, Erika dan Avrin terus menoleh ke arah dua orang manusia itu sebelum Erika dan Avrin terus melangkah ke arah mereka.

                "Erika", kata Erika sambil menghulur tangannya.

                "Darlene", kata Darlene pula sambil menyambut huluran Erika.

                "Avrin", giliran Avrin pula untuk bersalaman dengan gadis yang baru dibawa balik oleh kembar seiras keluarga itu.

                "Jom. I tunjukkan bilik you", kata Erika sebelum dia memimpin tangan Darlene untuk ke bilik yang sudah disediakan. Avrin pula hanya mengekor.

               "So, apa masalahnya ni ?", tanya Aryan mendatar.

              "Isha cakap Harry tengah cari aku sekarang ni", jawab Hayden mendatar.

              "Apahal dia nak cari kau ?", tanya Ariq pula.

              "Aku pun tak tahu bro. Maybe dia ingat aku punca dia accident kot", jawab Hayden sambil tangannya menanggalkan tali lehernya dengan kasar. Butang baju dibuka di bahagian atas.

               "Kepala hotak dia la. Dahtu apa kena mengena dengan budak perempuan tu ?", tanya Ariq mendatar. Tangan kanan sibuk memusing-musingkan sebatang pen.

               "Entah. Isha cakap dia nak jauhkan perempuan tu dari aku. Aku pun tak tahulah... Serabut fikir benda macam ni", kata Hayden sebelum dia melipat lengan bajunya hingga ke paras bawah siku.

               "Dahtu sekarang ni apa kita nak buat ?", tanya Aryan mendatar.

               "Aku ada idea", celah Spencer tiba-tiba.

              "Taknak dengar idea kau", kata Ariq mendatar.

               "Apa ?", tanya Aryan kepada Spencer.

               "Aduh... Tak payahlah tanya idea dia", kata Jayden pula.

              "Yang lain diam. Cakaplah apa idea kau tu", kata Aryan mendatar.

              "Habis", bisik Hayden perlahan.

              "Mula-mula kita umpan Harry dengan Arisha masuk dalam perangkap kita", kata Spencer penuh serius.

              "Lepastu ?", tanya Aryan serius.

              "Lepastu kita tukarkan dia jadi lolipop. Kita bagi Fellen dengan Ferris makan diorang hahahahaha", sambung Spencer sebelum dia melepaskan tawanya.

              "Tak kelakar", kata Aryan dingin.

              "Slurppp... Hahahahahaahhaha", Spencer melepaskan tawanya terbahak-bahak.

                Jayden hanya mengurut kepalanya yang sudah berpinar-pinar. Pening mendengar Spencer ketawa.

                Hayden, Ariq dan Aryan hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah Spencer.

                "Lolipop bulat ! Hahahahahahahaha !!", Spencer masih lagi menghiburkan diri sendiri.

                 Hayden dan Aryan hanya menghela nafas panjang sebelum mereka meraup wajah masing-masing.

               "Lolipop muka kak Isha ! Hahahahahahahaha !", masih lagi menghiburkan diri sendiri.

               "Lain kali lah bincang", kata Aryan sebelum dia terus bangun dari duduknya.

                Hayden, Jayden dan Ariq turut bangun dari duduk mereka. Kaki mahu melangkah masuk ke dalam bilik.

"Woi !! Nak pergi mana !! Jomlah bincang !!", jerit Spencer kuat.

"Takda masa nak layan orang gila", kata Aryan sebelum dia terus berlalu pergi.

"Babi", kata Spencer sepatah

Darlene melangkah turun ke tingkat bawah untuk mengambil air. Tekaknya terasa begitu pedih dek kerana haus.

Matanya terus terpandang seorang lelaki yang sedang sibuk membuat kerja di ruang tamu. Lelaki itu nampak khusyuk.

Perlahan-lahan Darlene menyorok di belakang dinding sambil mengintai lelaki itu. Agak-agak yang ini siapa ye ? Jayden ke Hayden ?

"Daripada kau intai aku dekat situ, lebih baik kau buatkan kopi untuk aku", kata Jayden mendatar. Matanya masih ditumpukan ke skrin komputer riba.

Darlene yang mendengar itu terus keluar dari dinding. Tangan kanan elok memegang tangan kirinya.

"Err... Sir ni sir apa ?", tanya Darlene lembut.

"Jay. Pergi buat kopi untuk aku", kata Jayden mendatar. Mata langsung tidak menoleh ke arah Darlene.

"Oh sir Jayden... Hehehe. Okay boss ! Saya pergi buat sekarang", kata Darlene sebelum dia melangkah ke dapur rumah banglo itu.

Jayden hanya memerhati sebelum dia menyambung kerjanya semula.

Setelah beberapa minit bertungkus lumus di dalam dapur, Darlene akhirnya dapat menyiapkan kopi yang sedap untuk si tuan. Biarpun ada mesin kopi, tetapi entah apalah bangang sangat.

"Harap-harap sir suka hehe", kata Darlene sebelum dia membawa secawan kopi untuk Jayden.

"Nah sir. Ni kopi yang sir mintak", kata Darlene sambil meletakkan cawan kopi itu di tepi komputer riba milik Jayden.

"Okay. Thanks", kata Jayden lembut.

Jayden kemudian mencapai cawan kopi itu sebelum isinya dihirup dengan perlahan.

"Sedap. Pandai kau buat", kata Jayden lembut.

"Malu lah saya kalau sir puji macam tu", kata Darlene lembut.

"Tuan yang buat pun cantik. Patutlah kopinya sedap", kata Jayden lagi.

Darlene hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepalanya.

"Ehem ! Saya nak pergi tandas kejap", kata Darlene sebelum dia terus bangun dari duduk dan melangkah ke tandas yang berada di dapur.

Jayden hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Apalah, mudah sangat cair.

"Buat apa ?", tanya Hayden yang baru melangkah turun dari tingkat atas.

"Kerja sikit. Cuba kau tolong check aku punya ni", kata Jayden sebelum dia memberi ruang kepada Hayden untuk duduk.

Hayden mengambil tempat di hadapan komputer riba yang diletakkan di atas meja kopi sebelum matanya meneliti tulisan-tulisan yang terdapat di skrin komputer itu.

"Check lah dulu. Aku nak pergi ambik fail kerja kejap", kata Jayden sebelum dia melangkah naik ke tingkat atas.

"Apa benda ni sial. Tulis pun salah. Dah bertahun kerja pun still bodoh lagi. Apalah bangang sangat", bisik Hayden seorang diri. Jari-jemarinya laju membetulkan kesalahan adik kembarnya.

Darlene yang baru melangkah dari dapur terus mengambil tempat di sofa hadapan Hayden.

Hayden hanya memerhati Darlene yang sedang merenung ke arahnya.

"Tadi sir cakap saya cantik, kan ? Kalau nak tahu, ramai gila pekerja bawahan syarikat kita tu yang suka dengan sir. Lagi-lagi sir Hayden. Peminat dia boleh dikatakan 50/100 lah", kata Darlene sungguh.

Hayden hanya mengerutkan dahinya.

"Saya pun suka jugak dekat sir Hayden tu. Tapi dia hmm... kejam sangat la", kata Darlene lembut.

Hayden yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Mata ditumpukan ke skrin komputer riba. Naive betul kau ni perempuan.

"Tapi sir lagi baik. Berkali ganda lagi baik dari sir Hayden. Sebab sir dah selamatkan nyawa saya haha", kata Darlene lagi.

"Kau suka aku ke ?", tanya Hayden tiba-tiba. Matanya ditenung ke dalam anak mata Darlene.

"Haa... Eh mana ada...", jawab Darlene.

"Takpalah. Aku pun suka dekat kau", kata Hayden mendatar. Kening sebelahnya diangkat sedikit.

"Hah ?!! Be...be...betul ke sir ?", tanya Darlene dengan mata bulatnya.

"Iya betul. Jangan bagitahu orang lain tau", kata Hayden masih mendatar.

"Saya macam tak percaya.... Tak sangka sir boleh suka dekat saya", kata Darlene lagi.

"Dah-dah. Pergi tidur sana", kata Hayden sebelum dia menoleh ke arah skrin komputer riba milik Jayden semula.

"Okay hehehe", kata Darlene sebelum dia terus melangkah naik ke tingkat atas. Hatinya melompat riang ! Malam ini mimpi indah ! Wohooo !!

Hayden hanya memerhati sebelum dia tersenyum nipis. Pandai-pandailah kau jawab, Jay. Hahahaha.


Saya agak busy buat masa sekarang. Maaf update tak menentu. Sorry !!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro