Bab 3
"Kau dah apahal, kak ? Dah nak mampus ke ?", tanya Ariq yang menyedari kakaknya yang sudah bertahun tidak menjejakkan kaki di Malaysia tiba-tiba boleh muncul di depan pintu.
"Kenapa ? Salah ke aku datang nak jenguk korang buat kerja ? Mati ke kalau aku datang ?", tanya Arisha bertubi-tubi. Kaki terus melangkah masuk ke dalam bilik itu sebelum dia terus berdiri di hadapan Hayden yang masih diam membisu.
"Kau datang nak jenguk kitorang atau nak jenguk Hayden ?", usik Ariq.
Hayden hanya menunduk kepalanya sedikit dengan wajah tanpa reaksi. Matanya merenung ke dalam anak mata Arisha.
"How are you ?", tanya Arisha lembut.
"Hmm", jawab Hayden sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik itu.
"Hayden !", panggil Arisha kuat.
Hayden tidak mempedulikan panggilan Arisha malah terus melangkah ke arah lif VVIP.
"Apa masalah dia tu ?", tanya Spencer mendatar.
Jayden hanya memerhati abang kembarnya yang tiba-tiba berubah perwatakan. Apa yang dah berlaku sebenarnya ni ?
Hayden melangkah keluar dari lif sebelum tangannya mengeluarkan kunci kereta dari kocek seluar.
"Apasal tiba-tiba datang sini ? Orang nak buat kerja pun jadi susah", bisik Hayden seorang diri.
Tiba-tiba Hayden terpandang seseorang dari jarak jauh. Kakinya terus berhenti melangkah. Gadis itu sedang sibuk berborak dengan seorang lagi gadis melayu.
Gadis itu menoleh ke arah Hayden. Mata bertentang mata.
Satu saat... Dua saat... Tiga saat...
Hayden tersenyum nipis sebelum dia menoleh ke arah lain. Kaki meneruskan langkahnya.
Darlene jelas terkejut dengan senyuman nipis yang ditayangkan lelaki itu.
"Tu.... Sir Hayden....", bisik Darlene perlahan. Mata masih memandang ke arah Hayden yang sudah melangkah keluar dari bangunan itu.
Dia cukup terkejut dengan senyuman daripada Hayden. Lelaki itu langsung tidak pernah menayangkan senyuman sebelum ini. Dan dia pasti itu ialah Hayden kerana Jayden memakai tali leher bewarna biru manakala Hayden memakai tali leher bewarna maroon.
"Dia nak pergi mana ?", bisik Darlene perlahan. Kaki terus melangkah ke arah pintu kaca bangunan itu. Mata masih memandang ke arah kereta milik Hayden yang masih belum bergerak.
"Belum waktu lunch lagi ni. Nak pergi mana pulak sir ni ?", tanya Darlene seorang diri.
"Meeting", kata satu suara garau dari belakang Darlene.
Dengan pantas Darlene terus menoleh ke belakangnya.
"Sir !!!", jerit Darlene dek kerana terlalu terkejut.
"Dia nak pergi meeting. Kenapa ? Kau nak ikut dia ke ?", tanya Jayden mendatar.
"Ttt..ak... Tak...", jawab Darlene perlahan.
Jayden menundukkan sedikit badannya sebelum dia merenung ke dalam anak mata Darlene.
"Kau suka dia ke ?", tanya Jayden perlahan.
"Hah ? Kenapa saya perlu suka dekat dia ? Dia hampir bunuh saya tau. Daripada saya suka dekat dia, lebih baik saya suka dekat sir", jawab Darlene penuh yakin.
"Hmm... Baguslah", kata Jayden sambil tersenyum lebar.
"Hah ? Apa yang bagus ?", tanya Darlene tidak faham.
"Kalau kau suka dekat aku", jawab Jayden lembut.
"Kenapa bagus pulak kalau saya suka dekat sir ?", tanya Darlene lagi.
"Cause i'm looking for a girl just like you. Naive", kata Jayden sebelum dia terus menoleh ke arah kereta Hayden yang masih berada di luar bangunan itu.
Darlene hanya terdiam mendengar jawapan Jayden. Si kembar yang seorang ni memang pandai mencairkan hati perempuan. Sangat jauh berbeza dengan si abang.
Hayden hanya memerhati Jayden dan Darlene dari dalam kereta. Mereka berdua nampak seiras.
Hayden melepaskan nafas panjangnya. Dah kenapa kau tiba-tiba berminat dengan dia pulak ? Budak tu dah kerja kat sini tiga tahun, tapi baru sekarang kau nampak kewujudan dia ? Hah nice bro.
Tidak lama kemudian, tiba-tiba Jayden menoleh ke arahnya. Walaupun cermin tingkap kereta itu gelap, tetapi dia yakin yang adik kembarnya tahu apa yang dia sedang buat. Memerhati.
Hayden menoleh ke hadapan sebelum dia terus menekan pedal minyak dengan kuat.
Jayden hanya memerhati kereta Audi milik abang kembarnya berlalu pergi meninggalkan kawasan itu.
"Sir ?"
Jayden menoleh ke arah Darlene yang masih berdiri di hadapannya.
"Kau nak pergi mana ni ?", tanya Jayden mendatar.
"Saya nak pergi hantar ni dekat T.L. Hotel", jawab Darlene sambil mengangkat tiga buah fail hitam.
"Okay. Take care", kata Jayden sebelum dia terus melangkah ke arah lif VVIP.
Darlene hanya mengerutkan dahinya.
"Kau buat apa ni setan ? Apasal tak bersih lagi ni ? Kau cuci ke apa ?", tanya Ariq mendatar. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar.
"Sabar sikit boleh tak ?! Tengah cuci lah ni ! Buta ke apa ?!", marah Aina kuat. Tangan elok memegang sebatang penyapu.
"Tu bukan cuci ! Tu sapu !", jerit Ariq pula.
"Lepas sapu lah baru cuci ! Bodoh !", jerit Aina pula.
"Apa ?", tanya Ariq mendatar.
Spencer hanya memerhati dari tepi Ariq. Tidak mahu masuk campur.
"Kau tu ! Dasar bodoh ! Tak reti sabar sikit ke ?! Takda adab langsung !", jerit Aina lagi.
"Seriously ? Kau cakap aku bodoh ?", tanya Ariq mendatar.
Jayden yang mendengar kekecohan itu melangkah masuk ke dalam tandas yang luas itu dengan tangan kiri terletak elok di dalam kocek seluar.
"Haah ! Kau bodoh !", jawab Aina selamba.
"Kalau aku takda anak, dah lama aku bunuh kau ni tau tak ?", kata Ariq dingin.
"Dahtu ?! Bunuh lah !"
"Puihhh !", Ariq meludah ke arah Aina.
Aina hanya terdiam selepas wajahnya terkena air liur Ariq.
"Jaga sikit adab kau sial. Jangan sampai aku suruh budak-budak aku bunuh kau", kata Ariq dingin sebelum dia terus melangkah keluar dari situ.
Jayden yang sedang bersandar di dinding hanya melipat tangannya ke dada.
"Sedap tak ? Rasa apa ? Hahahahaha", kata Spencer sebelum dia tiba-tiba menuang secawan kopi yang dipegangnya ke atas lantai.
"Lain kali belajar rajin-rajin ! Bye !", kata Spencer sebelum dia terlompat-lompat dan terus melangkah keluar dari situ.
Aina terduduk di atas lantai sebelum dia menyeka air liur Ariq yang terdapat di wajahnya dengan kasar.
"Dia memang macam tu", kata Jayden tiba-tiba.
Aina yang mendengar suara itu terus menoleh ke arah Jayden. Lelaki itu elok bersandar di dinding.
"Apasal kau jadi macam ni ?", tanya Jayden mendatar.
Aina hanya merenung Jayden tanpa sebarang jawapan.
"Berapa kali nak kena bagi amaran ?", tanya Jayden lagi.
"Sudahlah. Kalau rasa datang sini sebab nak membebel, baik tak payah", kata Aina mendatar.
"Kau boleh biadab dengan Froy, Frandy, Spencer and aku. Tapi kau jangan pernah biadab dengan Hayden kalau kau taknak mati. Aku cakap betul ni. Sebab abang kembar aku tu takda rasa simpati", Jayden memberi amaran tegas.
"Macam mana aku nak bezakan antara korang berdua ?", tanya Aina mendatar.
"Senang", jawab Jayden.
Aina hanya mengerutkan dahinya menunggu jawapan yang sebenar.
"Hayden lebih kepada pendiam. Dia cakap bila perlu je", kata Jayden mendatar.
"And... dia jarang senyum", sambung Jayden lagi.
"Perbezaan fizikal takda ke ? Susahlah nak ingat macam tu", kata Aina mendatar.
"Haha. Okay, okay. Lesung pipit dia belah kiri, tapi aku belah kanan. Suara dia garau sikit dari aku. Dan dia selalu busy, tak macam aku", kata Jayden dengan senyuman nipis.
"Kenapa dia busy ?"
"Dia orang kanan Froy. Mestilah dia busy. Banyak kerja dia uruskan", jawab Jayden.
"Tak penat ke ?"
"Dia terlalu penat. Sebabtu dia takda rasa belas kasihan. Sebab dia penat nak melayan dunia. Sebabtu kerja dia cuma membunuh", jawab Jayden mendatar.
"Oh... Kena elakkan dari dia nampaknya...", kata Aina perlahan.
"Takut rupanya... Ingatkan berani sangat", kata Jayden sambil tersenyum nipis.
"Siapa je tak takut mati ? Korang pun mesti takut mati jugak kan ?", jawab Aina.
"Fikir balik, kalau kitorang takut mati, kitorang takkan jadi macam ni. Dahlah, buat kerja tu", kata Jayden sebelum terus melangkah ke pintu.
Aina hanya memerhati Jayden yang tiba-tiba berhenti melangkah itu.
Jayden menoleh ke arah Aina semula.
"Mana tudung kau ?", tanya Jayden mendatar.
"Darlene cakap syarikat ni besar, gah and hebat... So aku....", Aina tidak sempat menghabiskan ayatnya.
"So kena cabut tudung ke ? Semata-mata nak nampak hebat jugak ?", tanya Jayden mendatar.
Aina terus terdiam membisu.
"Perempuan ~", kata Jayden sebelum dia meneruskan langkahnya semula.
"Tak pakai tudung dengan membunuh, mana yang lagi teruk ?", kata Aina tiba-tiba.
Jayden menghentikan langkahnya tetapi langsung tidak menoleh.
"Bukannya kira teruk ke tidak, yang pasti dosa tetap dosa. Aku tak kisah kau nak cakap kitorang ni apa. Yang penting, kitorang ada pendirian tetap", kata Jayden sebelum dia berlalu pergi dari situ.
Aina hanya menghembus nafas kasarnya. Geram ! Mujur kau hensem je tau ! Kalau tidak, dah lama aku lumat-lumat kau tu !
Hayden melangkah masuk ke dalam Audi miliknya sebelum enjin keretanya dihidupkan. Hari-harinya sentiasa sibuk walaupun dia bukannya CEO kepada syarikat itu.
Hayden menanggalkan tali lehernya dengan kasar sebelum ia dicampakkan ke tempat duduk sebelah.
Audinya bergerak laju di jalan raya.
Tiba-tiba Hayden terpandang seorang gadis di tepi jalan yang sedang dipegang oleh tiga orang lelaki berbaju hitam. Dia kenal gadis itu.
"Betul bang... Saya janji saya akan bayar duit tu. Tapi tolong bagi saya masa. Bukannya saya taknak bayar bang...", rayu Darlene perlahan. Malu diperlakukan begitu di tepi jalan raya.
"Dah berapa lama kau kata nak bayar ?! Sekarang dah nak masuk empat bulan !!", jerit seorang lelaki berbadan besar yang sedang memegang kot baju kerja Darlene.
"Saya janji saya akan bayar... Tolong bagi saya masa... Saya mana ada duit sebanyak tu bang...", rayu Darlene lagi.
"Aku tak kira ! Aku bagi kau masa sebulan je lagi, kalau kau tak dapat nak bayar, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau !", kata lelaki itu kuat. Dia dan dua orang lagi orang bawahannya terus melangkah pergi dari situ.
Darlene melepaskan nafas beratnya. Dimana dia mahu cari duit ? RM100,000.00. Bukannya sikit. Gaji dia baru sahaja RM7,000.00 sebulan. Mana nak cari lagi ?!!
"Kau berhutang apa ?", tanya satu suara garau dari arah belakang kereta.
Darlene terus menoleh ke belakang keretanya. Hayden elok bersandar di belakang keretanya dengan kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar.
"Sir Jayden ?!!", jerit Darlene kuat. Jelas terkejut dengan kehadiran lelaki itu.
Hayden menoleh ke arah Darlene sebelum mata mereka bertentang mata.
"Sir Jayden buat apa dekat sini ? Macam... macam mana sir boleh ada dekat sini ?", tanya Darlene lembut.
"Hmm... Kenapa aku perlu jawab soalan kau kalau kau tak reti nak jawab soalan aku ?", tanya Hayden mendatar.
"Soalan apa ?"
"Kau berhutang apa ?", tanya Hayden lagi.
"Hmm.... Kalau saya bagitahu sir, sir tolong jangan bagitahu orang lain. Boleh ?", kata Darlene lembut. Raup wajahnya berubah sayu.
"Hmm...", jawab Hayden malas.
"Promise ?", tanya Darlene lembut.
"Hmm", jawab Hayden masih malas.
"Janji ?"
Mata helang kristal Hayden menikam anak mata Darlene sebelum Darlene terus tersenyum nipis.
"Jangan marah-marah hehe. Okay, macam ni cerita dia...", Darlene tidak sempat menghabiskan katanya.
Hayden melangkah ke arah keretanya tanpa menoleh ke belakang.
"Sir ! Sir Jayden nak pergi mana ? Tadi nak tahu sangat !", kata Darlene kuat kerana keadaan disitu agak bising.
"Masuk dalam kereta sekarang. Tak payah nak bercerita dekat tepi jalan ni", kata Hayden mendatar. Tangannya membuka pintu tempat duduk penumpang.
"Hah ?! Habistu kereta saya macam mana ?!", tanya Darlene kuat.
"Tinggal jelah. Kejap lagi aku hantar kau kat sini balik", kata Hayden mendatar.
"Tapi sir Jayden...".
"Aku kata masuk", kata Hayden tegas.
Darlene melangkah dengan perlahan ke arah kereta milik Hayden sebelum dia terus melolos masuk ke dalam kereta.
Darlene hanya memerhati Hayden yang sedang melangkah masuk ke dalam kereta. Lelaki itu jelas nampak sangat kacak dan dingin.
Hayden melangkah masuk ke dalam kereta sebelum dia terus memulakan pemanduannya.
"Sir, saya nak tanya sikit boleh ?", tanya Darlene lembut.
Hayden hanya mendiamkan diri menunggu soalan daripada pekerja bawahan itu.
"Emm... Sir Hayden tu memang takda rasa belas kasihan ke ?", tanya Darlene dengan dahi yang berkerut.
Hayden hanya mendiamkan diri. Serabut dengar dari tadi panggil aku ni Jayden.
"Bukannya apa, tapi kalau sir takda semalam, mesti mati dah saya. Saya tak sangka pulak sir Hayden tu takda rasa simpati langsung. Sorry lah kalau saya kutuk kembar sir, tapi tu lah... Saya takutlah dengan dia", kata Darlene jujur.
"Hm. Kau berhutang apa dengan lelaki tadi ?", tanya Hayden mendatar.
"Sibuk nak tukar topiklah sir ni. Yela-yela... Dulu masa arwah ayah saya hidup lagi, dia ada berhutang dengan along sebab nak beli rumah untuk saya. Biasalah beli rumah kan ? Deposit kena banyak. So dia pinjam duit along untuk belikan saya rumah and kereta", kata Darlene jujur. Suaranya lembut sahaja.
"Dia pinjam berapa ?", tanya Hayden mendatar.
"Dia pinjam RM50,000.00 je. Tapi along kan ? Bunga dia yang mahal", jawab Darlene lembut.
"Kenapa dia beria nak belikan kau rumah kereta bagai ?", tanya Hayden yang masih menumpukan perhatian pada pemanduannya.
"Sebab dia gembira lepas saya kata saya nak mulakan kerja dah. Tapi masalahnya, rumah saya dekat Putrajaya, tapi tempat saya kerja dekat tengah-tengah bandar KL ni. Jauh perjalanan. Sebabtu dia belikan saya rumah dekat KL. Even rumah tu kecik, tapi berguna lah untuk saya. Tapi...", Darlene berhenti daripada berkata-kata. Air matanya terasa mahu gugur.
"Apa ?", tanya Hayden sepatah.
"Rumah tu terbakar. Dekat situlah arwah ayah saya meninggal... Ayah rentung dekat dalam", kata Darlene sebelum dia menyeka air matanya dengan kasar.
"Macam mana boleh terbakar ?", tanya Hayden lagi.
"Saya pergi kerja pagi tu... Arwah ayah tengah demam masa tu. Dia terbaring je dekat atas katil. Tapi saya terpaksa pergi kerja sebab ada benda perlu diuruskan. Dalam pukul 12 tengahari macamtu, tiba-tiba saya dapat call dari pihak polis", cerita Darlene perlahan.
"Abang-abang saya semua dah tak percayakan saya. Diorang salahkan saya atas kematian arwah ayah. Sampai sekarang diorang taknak jumpa saya walaupun dah tiga tahun berlalu", sambung Darlene lagi. Matanya sudah merah dek kerana menangis.
"Apa punca kebakaran ?", tanya Hayden mendatar.
"Gas bocor", jawab Darlene perlahan.
"Habistu mana duit insurans ?", tanya Hayden lagi.
"Dah habis saya bayar hutang arwah ayah. Tapi bunga makin lama makin menaik. Saya pun buntu nak bayar macam mana", jawab Darlene jujur.
"Syarikat along tu kat mana ?", tanya Hayden mendatar.
"Hah ? Kenapa sir tanya ?"
"Kalau aku tanya, jawab je boleh ?", Hayden menoleh ke arah Darlene sebelum mata mereka bertentangan.
"Errr... Dekat..."
Hayden memegang lengan baju Darlene sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam kedai berpintu kaca itu.
"Sir nak buat apa ni ? Janganlah bawak saya datang sini... Tadi pun diorang dah ugut saya macam-macam...", kata Darlene lembut.
"Tadi dia ugut kau kan ? Sekarang turn aku pulak untuk ugut dia", kata Hayden sebelum dia terus melangkah ke kaunter kayu kedai itu.
"Mana boss kau ?", tanya Hayden mendatar.
"Dia ada dekat atas. Apa yang saya boleh bantu you ?", tanya lelaki berbangsa cina itu.
"Aku nak jumpa boss kau", kata Hayden dingin.
"You ada appointment ke sama dia ? You tak boleh jumpa dia macam itu saja", kata lelaki itu lagi. Bahasa melayunya kedengaran sangat pelat.
"Bagitahu boss kau, The Louise Holdings datang", kata Hayden mendatar. Matanya tajam menikam anak mata lelaki cina itu.
"Sekejap aa...", kata lelaki cina itu sebelum dia bercakap dengan telefon dalam bahasa cina.
"Apa yang sir nak buat ni ?", bisik Darlene kuat.
"Diam", sepatah sahaja yang keluar dari mulut Hayden.
"Sorry la tuan. Saya tak tahu yang you ni orang besar. Tuan boleh naik tingkat atas jumpa dengan boss", kata lelaki cina itu sambil tersenyum.
Tanpa sepatah kata, Hayden terus mengheret Darlene naik ke tingkat atas.
Pintu bilik bewarna hitam dibuka dengan kasar dari luar sebelum Hayden dan Darlene melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Kelihatan seorang lelaki berbangsa cina sedang duduk di atas kerusi empuk manakala terdapat dua orang lagi lelaki sedang mejaganya.
"Apa boleh saya bantu tuan ?", tanya Man Keong yang sedang duduk di atas kerusi.
"Kau kenal siapa dia ni ?", tanya Hayden sambil menunjuk ke arah Darlene.
"Oh... Dia customer saya tuan", jawab Man Keong lembut.
Hayden terus mengeluarkan buku cek sebelum dia menulis sesuatu di atasnya. Darlene hanya memerhati dengan dahi yang berkerut.
"Nah. Ambik ni. Aku taknak korang kacau dia lagi. Kalau aku dapat tahu korang sentuh dia lagi, aku takkan teragak-agak untuk lingkupkan business kau", kata Hayden sebelum dia mencampak sehelai cek di muka lelaki cina itu.
Hayden terus melangkah keluar meninggalkan Darlene di dalam bilik itu.
"Errr... Sir ! Jangan tinggal saya !", jerit Darlene sedikit kuat.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kereta Hayden sebelum Hayden meneruskan pemanduannya.
"Sir... Kenapa sir baik sangat ? Kenapa sir berbeza sangat dengan sir Hayden ?", tanya Darlene perlahan. Air matanya hampir mengalir memikirkan kebaikan yang ada pada Jayden.
Hayden hanya mendiamkan diri. Babi, babi, babi. Aku ni Hayden lah babi.
"Turun", kata Hayden sepatah.
"Eh ? Dah sampai dah ? Sekejapnya", kata Darlene sebelum dia terus melangkah keluar dari kereta.
Kereta milik Hayden meluncur di atas jalan raya dengan laju meninggalkan Darlene bersama keretanya di belakang.
Hayden menoleh ke arah tali lehernya yang berada di atas tempat duduk penumpang. Sudah leper tali leher itu dek kerana Darlene duduk sebentar tadi.
Jayden memerhati kereta Hayden yang baru sahaja terparkir elok di kotak parkir. Kaki melangkah ke arah kereta milik abang kembarnya.
"Kau pergi mana ? Bukan ke meeting sepatutnya habis 30 minit yang lepas ?", tanya Jayden mendatar.
"Aku tolong Darlene tadi. Dia fikir tu kau. Jadi kau berlakon jelah yang tu kau. Faham ?", kata Hayden sambil melangkah untuk masuk ke dalam bangunan yang gah itu.
"Hah ? Apa maksud kau ?", tanya Jayden tidak faham.
"Dia fikir aku ni kejam. Dan aku malas nak ubah pemikiran dia, sebab aku memang kejam", kata Hayden mendatar.
"Habistu kau nak aku berlakon macam aku yang tolong dia tadi ?", tanya Jayden.
"Iya", jawab Hayden.
Arisha hanya memerhati dari arah lif staf. Macam mana dia nak jujur kepada salah seorang anak buah adiknya itu ? Aduh....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro