Bab 23
Darlene hanya memerhati Hayden yang sedang membetulkan tali lehernya. Kacaknya....
"Kau kenapa ?", tanya Hayden yang menyedari dirinya ditenung.
"Takda apa. Saja tengok sir", jawab Darlene yang masih berada di atas katil.
"Aku pergi kerja dulu", kata Hayden sebelum terus melangkah keluar dari bilik itu.
"Aik ? Macam tu je ?", tanya Darlene sendiri. Kening dikerutkan sebelum dia melangkah turun dari katil untuk mandi.
Tiba-tiba pintu dibuka dari luar dengan kasar sebelum Hayden muncul semula dengan beg kerjanya.
Darlene hanya memerhati Hayden yang seperti tertinggal barang itu.
Hayden mencapai selaras pistolnya yang berada di dalam laci sebelum peluru dimasukkan dengan pantas sekali. Pistol itu kemudian diletakkan di belakang seluar.
Darlene hanya memerhati Hayden yang sudah mahu melangkah keluar semula dari bilik itu.
"Aku nak bagi kau amaran. Jangan pernah sekali pun usik barang aku", kata Hayden sebelum dia terus melangkah keluar dan menutup pintu dengan kuat.
Darlene hanya terdiam. Seram mendengar amaran daripada suaminya itu. Naik bulu roma.
Darlene kemudian terus melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selepas 30 minit, barulah dia keluar dengan badan yang sudah dibaluti baju.
Darlene mengambil tempat di atas katil sebelum dia mengelap rambutnya yang masih basah. Telefon bimbit dicapai sebelum whatsapp daripada bekas tunangnya dibaca.
Semoga bahagia Lene. Abang sentiasa doakan Lene bahagia. Walau bukan dengan abang.
Darlene yang membaca itu sudah naik geli. Drama siot. Kau tak payah nak doakan aku sangatlah.
"Bosannya. Apa aku nak buat ?", tanya Darlene kepada diri sendiri. Jam baru menunjukkan pukul 9:30 pagi. Suaminya akan pulang pada lewat petang. Dia ada masa berjam-jam lagi untuk bersendirian. Melainkan kalau dia mahu bergaul bersama gadis-gadis cantik yang sentiasa berada di dapur itu. Avrin dan Erika.
Darlene melangkah ke arah laci milik Hayden. Di situlah Hayden mengambil senjata dan pelurunya. Wow...
Perlahan-lahan Darlene membuka laci itu sebelum matanya terbuntang dengan luas. Bermacam jenis senjata terdapat di dalam itu. Yang paling mengerikan ialah, sniper.
"Kenapa dia jadi pembunuh eh ? Aku teringin nak tahu", kata Darlene sendiri.
Darlene kemudian menutup kembali laci yang berisi senjata itu. Niat nak sentuh tu ada, tapi karang jadi lain pula.
Darlene melangkah masuk ke dalam bilik baju untuk menyiapkan diri dan rambut. Selepas beberapa minit, dia melangkah keluar tanpa sedari seseorang sedang duduk di atas katil.
"Eh ? Sir ?", tanya Darlene. Mujur tuala mandinya masih berada di kepalanya.
"Siap. Aku bawak kau jalan", kata Hayden dalam kemeja kerja hitamnya. Tali leher sudah tiada di leher.
"Aik ? Sir ni mimpi ke ? Bukan ke sir kena pergi kerja harini ?", tanya Darlene yang pelik dengan kehadiran suaminya itu.
"Aku tak mimpi. Kalau aku suruh siap tu siap jelah. Banyak tanyalah", kata Hayden sambil membelek telefon bimbitnya.
"Okay, okay. Kejap ya !", kata Darlene penuh teruja.
"Lepas kau siap, terus pergi kat I8 aku kat luar tu. Aku tunggu dalam kereta", kata Hayden mendatar.
"Okay sir !", kata Darlene sebelum dia terus berlari masuk ke dalam bilik baju. Nak pakai baju apa ya ? Dress ? T-shirt ? Blouse ?
Hayden hanya memerhati sebelum dia tersenyum nipis. Gembira dapat melihat gadis itu tersenyum gembira.
Darlene melangkah turun dari tingkat atas dengan blouse biru pudar yang dipadankan dengan shawl bewarna krim.
Darlene menoleh ke kanan dan kiri. Tiada orang. Mungkin Rin dan Ika ada dekat dalam bilik kot.
Darlene terus melangkah keluar dari rumah sebelum matanya mencari kelibat I8 yang dikatakan oleh suaminya sebentar tadi.
Selepas mata mencari-cari kelibat kereta mewah milik suaminya, akhirnya Darlene nampak juga kelibat kereta mewah itu. Bermacam jenis kereta yang orang di dalam rumah itu pakai. Sebut je, semua ada.
"Sorry lambat sikit", kata Darlene sambil melangkah masuk ke dalam kereta. Wahh... Cantiknya kereta ni. Ni kalau aku kerja seratus tahun pun belum tentu dapat beli.
"It's okay", kata Hayden sebelum terus menekan pedal minyak dengan kuat.
"Sir nak bawak saya pergi mana ni ?", tanya Darlene lembut.
"Kita pergi makan dulu, okay ? Aku lapar ni", kata Hayden mendatar.
"Okay sir. Kita nak makan kat mana ?", tanya Darlene perlahan.
"Faves", jawab Hayden sepatah.
Mereka tiba di restoran bernama Faves. Terdapat ramai juga yang sedang menikmati hidangan di situ. Restoran itu tidaklah mewah, tetapi makanan yang dihidangkan agak mahal.
Darlene memesan grilled cheesy burger manakala Hayden memesan sweet potato crunchy burger dan messy chicken. Mereka menikmati hidangan tanpa sepatah kata. Masing-masing sibuk dengan hidangan masing-masing.
"Kau okay tak ?", tanya Hayden tiba-tiba.
"Hmm ?? Okay apa ?", tanya Darlene tidak faham. Makanan mereka sudah pun dilantak habis. Yang tinggal hanyalah minuman.
"Duduk dalam rumah tu. Okay tak ?", tanya Hayden mendatar.
"Okay je. Kenapa sir tanya macam tu ?", tanya Darlene kembali.
"Takdalah. Aku risau kalau kau tak selesa", kata Hayden sambil mengangkat punggungnya bangun dari duduk.
"Takdalah. Saya okay je", jawab Darlene lembut.
"Jom", kata Hayden sambil melangkah meninggalkan Darlene di belakang.
Tanpa banyak kata Darlene terus mengekor langkah suaminya yang sentiasa laju itu.
Mereka melangkah masuk ke dalam kereta sebelum Hayden menghidupkan enjin keretanya. Darlene perasan terdapat banyak mata-mata memerhatikan mereka. Ada yang bertungkus-lumus mengambil gambar lagi.
"Sir tak kerja ke ?", tanya Darlene memecahkan kesunyian di dalam kereta yang sudah mulai bergerak.
"Kerja aku dah selesai", jawab Hayden mendatar.
"Boleh bawak saya pergi office sir ? Saya teringin nak tengok office korang dekat sini. Mesti lagi besar kan ? Lagi gempak kan ? Mesti lagi mewah...", kata Darlene teruja.
"Tak payah. Office bukan tempat pelancongan", kata Hayden serius.
"Hmm... Maaf... Kita nak pergi mana ni ?", tanya Darlene lembut.
"Kau nak pergi mana ?", tanya Hayden kembali.
"Saya teringin nak pergi jalan-jalan dekat New York Street. Mesti best", jawab Darlene.
"Aku malas nak guna kaki. Takda tempat lain ke yang kau nak pergi ?", tanya Hayden lagi.
"Hmm... Tapi saya nak tangkap gambar dekat situ", kata Darlene dengan harapan.
"Yalah, yalah", kata Hayden yang akhirnya mengalah.
"Yeay ! Thank you sir !", ucap Darlene penuh teruja.
Selepas Hayden memarkir keretanya. Mereka berdua terus berjalan di bandar New York menggunakan kaki. Kereta mewah ada, masih memilih untuk berjalan. Ya, sangat bijak.
"Cantiknya !! Boleh sir tolong tangkapkan gambar saya ?", tanya Darlene dengan senyuman lebar.
"Apasal kau nak excited sangat ni ? Apa yang cantik sangat ?", tanya Hayden dengan kening yang berkerut seribu.
"Ni first time saya jejakkan kaki dekat sini sir. Tolonglah tangkapkan gambar saya... Please...", kata Darlene dengan tangan yang menghulur telefon bimbitnya.
"Zaman bila punya phone kau pakai ni ? Malu pulak aku. Jomlah pergi beli phone lain dulu untuk kau", kata Hayden sebelum terus melangkah meninggalkan Darlene di belakang.
"Hah ?!!! Saya tak mintak pun sir. Saya mintak tolong tangkapkan gambar saya je sir", kata Darlene yang sedang cuba mengejar suaminya itu.
Hayden yang mendengar itu terus berhenti melangkah. Badannya ditundukkan sedikit. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar.
"Kita beli phone baru dulu untuk kau. Okay ? Lepas dah beli, aku janji aku tangkapkan gambar kau. Seribu keping pun boleh", kata Hayden mendatar tapi cukup lembut.
"Errr... Baik sir... Terima kasih banyak-banyak", kata Darlene sambil menundukkan pandangannya. Malu pula ditenung sebegitu rupa.
"Jom", kata Hayden sebelum memegang tangan Darlene dan meneruskan langkah.
Darlene hanya mampu terdiam. Jantungnya bagai mahu melompat keluar. Gila ! Tetapi... Bahagia.
Selepas selesai urusan membeli barang dan menangkap gambar, mereka berjalan untuk ke kereta semula.
"Aku nak pergi tandas sekejap. Tunggu aku kat sini", kata Hayden sebelum dia meninggalkan Darlene di hadapan kedai emas.
Tidak sempat mengangguk, Darlene hanya memerhati Hayden yang semakin menjauh.
Dengan perlahan Darlene melangkah mendekatkan jaraknya dengan kaca kedai emas itu. Cantiknya... Bersinar-sinar... Kan best kalau aku dapat cincin ni.
"Hello", tegur satu suara garau dari belakang Darlene.
Dengan pantas Darlene menoleh sebelum dia bersatu mata dengan jejaka berambut merah pekat itu. Terdapat dua lagi lelaki sedang berdiri di sebelah lelaki itu.
"Opps sorry. Hai, apa khabar ? Tidak sangka kita akan bertemu di sini", kata Harry dengan senyuman di bibir. Bahasa melayunya sangat pelat.
"Sorry... Kita kenal ke ?", tanya Darlene dengan senyuman nipis.
"Yeah... I knew you. But you didn't know me", kata Harry dengan senyumannya yang masih tidak lekang.
Darlene yang mendengar itu sudah seram sejuk. Bulu romanya sudah tegak berdiri. Siapa dia ni ? Aku pernah jumpa ke ? Macam mana dia boleh kenal aku ? Kenapa aku langsung tak ingat ?
"It's nice to meet you here. I never asked you to come. But you already did", kata Harry sambil mendekatkan jaraknya dengan Darlene.
Hayden hanya memerhati dari tepi kedai. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar.
"Stay away from me", kata Darlene sambil berjalan mengundur ke belakang.
"What ? I can't hear you", kata Harry dalam nada perli.
"Please stay away from me...", kata Darlene lagi.
"What ?!", tanya Harry dengan suara yang dinaikkan satu oktaf.
"Harry", tegur satu suara dari belakang Harry.
Dengan pantas Harry dan dua orang anak buahnya menoleh.
"Fuck your own life bitch", kata Hayden mendatar. Kedua belah tangan masih terletak elok di dalam kocek seluar.
Harry seperti terkejut melihat kelibat lelaki itu. Jantungnya bagai nak gugur.
"She's with me", kata Hayden sambil melangkah mendekati Darlene yang sudah menggigil ketakutan. Gadis itu ditarik ke dalam pelukan.
"Sir... Saya takut...", kata Darlene dalam pelukan hangat lelaki itu.
Hayden yang sedang memeluk Darlene itu menoleh ke arah Harry. Mata helangnya memberi isyarat supaya berambus.
Tanpa sepatah kata, Harry dan dua orang anak buahnya terus belalu dari situ.
Hayden hanya memerhati sebelum tersenyum nipis.
"Dah okay ?", tanya Hayden sambil meleraikan pelukan.
"Hmm... Jom balik... Maaf, saya penakut sikit. Terima kasih sebab selamatkan saya", kata Darlene sambil menyeka air matanya.
"Tak salah kau jadi penakut. Memang itu apa yang sepatutnya manusia rasa. Rasa takut", kata Hayden sambil menarik tangan Darlene dan terus melangkah.
"Hm ? Sir takda rasa takut ke ?", tanya Darlene perlahan.
"Tak. Aku dilahirkan tanpa rasa takut. Saraf ketakutan dalam diri aku tak pernah berfungsi. Otak aku tak pernah tafsir perkataan takut", kata Hayden mendatar.
"Hmm... Macam mana tu ?", tanya Darlene tidak faham.
"Takda apalah. Cukup kau tahu aku takda rasa takut walau sekali seumur hidup", kata Hayden mendatar.
"Hmm... Maaf...", kata Darlene perlahan.
"Tak perlu mintak maaf. Kau tak salah. Jadi jelah penakut. Aku sentiasa ada lindungi kau. Kau period lagi ke ?", tanya Hayden sambil membuka pintu kereta untuk Darlene.
"Hmm... Terima kasih sir... Harini last. Kenapa ?", tanya Darlene sambil melangkah masuk ke dalam kereta. Apasal suami aku ni jadi sweet tiba-tiba ? Makin bertambah sayang ni...
Hayden melangkah masuk ke dalam kereta sebelum dia menoleh ke arah Darlene.
"Sebab aku dah bawak kau jalan-jalan harini. Esok aku nak habuan. Tunggu atas katil pukul 11 malam. Aku datang nak makan malam je. Boleh ?", kata Hayden mendatar.
"Hah ?!!! Apa sir cakapkan ni ? Saya tak bersedia lagi lah untuk semua tu. Beri saya masa. Boleh ?", kata Darlene lembut.
"Aku nak", kata Hayden mendatar.
"Minggu depan. Boleh ?", kata Darlene yang cuba untuk mengelak itu.
"Okay. Minggu depan", kata Hayden sebelum terus memulakan pemanduannya.
Darlene hanya mampu mendiamkan diri. Mungkin dah tiba masanya suaminya itu dapatkan haknya. Walaupun tanpa rela. Tetapi suaminya itu nampak berbeza. Tidak kejam seperti selalu.
Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Darlene melangkah masuk ke dalam rumah selepas Hayden menghantarnya pulang. Hayden terpaksa keluar semula katanya hal kerja.
"Lene pergi mana tadi ? Rin call tak dapat pun ?", tanya Avrin yang berada di ruang tamu. Tangan elok menyuap Fellen dan Ferris makan. Tidak sangka dua orang gadis itu sudah mencecah 5 tahun. Minggu depan bakal masuk ke sekolah milik Aryan. Sekejap sahaja masa berlalu.
"Sorry... Battery phone mati tadi. Lene keluar dengan sir Hayden tadi. Dia bawak saya jalan-jalan dekat New York Street. Kenapa awak ?", tanya Darlene kembali.
"Keluar dengan Hayden ?", tanya Avrin dengan dahi yang berkerut.
"Iya. Dia yang bawak saya keluar tadi. Saya tak sempat nak bagitahu awak dengan Ika tadi sebab korang ada dalam bilik. Saya taknaklah ganggu korang", jawab Darlene jujur.
"Mana Hayden ?", tanya Avrin.
"Dia dah balik office semula. Dia kata ada kerja pulak nak kena uruskan", jawab Darlene lagi.
"Ohh... Takpalah kalau macam tu. Saya ingatkan Lene pergi manalah tadi. Risau saya", kata Avrin mendatar.
"Hahaha. Jangan risau lah ya ? Saya naik dulu. Lenguh badan lah tadi banyak berjalan", kata Darlene lembut.
"Okay", kata Avrin sepatah.
Selepas Darlene menghilang dari pandangan. Avrin terus mencapai telefon bimbitnya. Whatsapp dibuka dengan pantas sebelum dibaca chatnya dengan Hayden.
I call Lene tak dapat. Cuba you tanya dia, nak keluar makan tak malam ni. Balik kerja i terus bawa dia keluar. Suruh dia siap siap -Hayden
Dia takda kat rumah. I call Lene pun tak dapat -Avrin
Dia pergi mana ? Sejak bila dia tak ada kat rumah ? Dia tak ada cakap apa-apa pun dekat i ? -Hayden
I pun tak sedar sejak bila. Jalan-jalan ambil angin kot. Kejap lagi dia balik lah tu. Nanti dia dah balik, i tanya dia ok -Avrin
K -Hayden
Dia kata dia keluar dengan you. You yang bawak dia keluar, takkan you dah lupa ? -Avrin
Keluar apa ? Dari pagi i dekat office -Hayden
Avrin yang membaca itu terus terdiam. Jantung mulai berdegup dengan kencang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro