Bab 22
Mereka melangkah masuk ke dalam banglo sebesar istana milik Ariq. Sejak kebelakangan ini, di situlah mereka suka berkumpul.
"Kau pergi masuk bilik. Aku ada kerja nak buat", kata Hayden mendatar.
"Erk... Saya tak tahu bilik tu kat mana. Lagipun, kita duduk sebilik ke ?", tanya Darlene perlahan.
"Kat tingkat dua. Naik lif tu pastu masuk kanan. Ada bilik no 15. Kenapa kau tanya kita sebilik ke tidak ?", tanya Hayden semula. Mata masih merenung anak mata milik Darlene.
"Err... Takda apa-apa", jawab Darlene sambil menunduk.
"Takkan aku nak duduk dalam bilik Frandy pulak. Neraka habis", kata Hayden sebelum terus melangkah meninggalkan gadis itu di hadapan tangga.
Darlene melepaskan nafas beratnya lagi. Entah ini kali keberapa lah dia melepaskan nafas berat selepas berkahwin dengan lelaki sedingin salju ini.
Perlahan-lahan Darlene melangkah masuk ke dalam lif sebelum tiba-tiba Spencer turut melangkah ke dalam lif.
"Hi", tegur Spencer.
Darlene tidak membalas malah hanya memberikan senyuman.
"Dah lama tinggal sini ?", tanya Spencer agak bodoh di situ.
Darlene mengerutkan keningnya tanda tidak faham.
"Saja je bergurau. Hahaha. Tengok tu ! Anak ayam berenang !", kata Spencer sambil menunjuk ke arah dinding kaca lif.
Dengan pantas Darlene menoleh ke arah dinding kaca itu sebelum dia menoleh kembali ke arah Spencer. Bodoh aku ni pergi percaya. Mana ada anak ayam berenang dalam lif.
Kosong.
"Aik ?? Mana dia pergi ?", kata Darlene seorang diri. Mata memandang ke arah pintu lif yang baru terbuka. Macam mana dia boleh keluar kalau pintu tak buka lagi tadi ? Pelik.. Pelik...
Darlene melangkah keluar sebelum dia mencari-cari bilik yang dikatakan oleh suaminya sebentar tadi.
"15", bisik Darlene sendiri sebelum dia terus membuka pintu bilik itu dengan perlahan. Rumah itu sangat sunyi. Tiada siapa di dalam rumah sebesar istana itu melainkan mereka.
"Wahhhh.....", bisik Darlene sendiri selepas melangkah masuk ke dalam bilik yang besar dan penuh dengan kristal itu. Mewah semewah-mewahnya.
Bagasinya sudah pun berada di dalam bilik itu. Siapa yang letak pun dia tidak tahu. Mungkin Hayden.
Darlene melompat naik ke atas katil sebelum dia terbaring sambil menutup matanya. Nikmat dunia...
Selang beberapa minit, Darlene pun tertidur di atas katil bersaiz King yang sangat selesa itu.
Satu jam kemudian...
Tok... Tok... Tok...
Darlene membuka matanya dengan perlahan-lahan selepas mendengar ketukan di cermin sliding door bilik itu.
Mata terus menoleh ke arah datangnya bunyi itu.
Darlene mengerutkan dahinya. Kelihatan Hayden sedang berdiri di balkoni sambil kedua belah tangannya terletak elok di dalam kocek seluar. Kacak seperti biasa.
Perlahan-lahan Darlene melangkah turun dari katil sebelum dia pergi ke arah sliding door yang tidak terkunci.
"Kenapa ketuk-ketuk ?", tanya Darlene selepas membuka sliding door itu sedikit.
Hayden hanya memerhati Darlene tanpa suara. Cantik seperti selalu.
"Dah berapa lama sir duduk kat luar ni ? Buat apa kat luar ni ? Tadi bukan ke sir kata nak buat kerja ? Kenapa ada kat luar ni ?", kata Darlene perlahan dan bertubi-tubi.
Hayden tidak menjawab malah terus menayangkan senyuman nipis tanda terhibur.
Darlene terus terdiam. Kacaknya... Tetapi kelihatan agak berlainan. Apa yang lain ya ?
Hayden kemudian memberi isyarat tangan supaya Darlene masuk ke dalam. Walau tanpa menggunakan suara, Darlene tetap akur dengan arahan lelaki itu.
"Saya nak mandi kejap. Sir buatlah apa yang patut. Jangan usik barang saya sudah", kata Darlene sebelum dia terus melangkah masuk meninggalkan lelaki itu.
Hayden hanya memerhati sebelum dia tersenyum nipis.
Ariq melangkah turun dengan tangan yang memegang telefon bimbitnya.
"Woi !!! Din !!!!", jerit Ariq kuat.
Hayden yang berada di ruang tamu hanya memerhati sambil buat pekak.
"Din !!! Aku ada berita nak sampaikan dekat kau !!", jerit Ariq yang sudah mengambil tempat di sebelah Hayden.
Hayden yang mendengar itu hanya membuat pekak. Anjing betul dia ni.
"WOI DIN !!! KAU DENGAR KE TIDAK ?!!!", jerit Ariq di telinga Hayden. Boleh pekak lelaki itu dibuatnya. Bodoh betul.
"Dengar lah babi. Siapa Din tu sial !", kata Hayden sambil menoleh ke arah Ariq.
"Kau lah anjing. Mak bapak dah beri nama sedap-sedap, taknak mengaku nama sendiri pula. Celaka kau ni. Bukan salah mak kau sebab lahirkan kau. Tapi salah kau sebab keluar dari perut mak kau", kata Ariq dengan wajah yang dibuat-buat serius.
"Bodoh. Makin lama makin haram aku tengok kau ni. Haa, nak apa ?", tanya Hayden yang malas mahu melayan dengan sikap Ariq itu.
"Kau kenal ni siapa ?", tanya Ariq sambil menunjukkan skrin telefon bimbitnya.
Hayden terus meneliti gambar itu sebelum dia menoleh ke arah Ariq semula.
"Aku dah agak dah", kata Hayden mendatar.
"Aku nak kau uruskan benda ni as soon as possible. Jangan nak bagi aku satu alasan pun. Faham ?", kata Ariq dengan nada yang serius.
"Hmm", jawab Hayden malas.
"Jangan sampai dia terlepas. Kau dengar ke tak ?", tanya Ariq mendatar.
"Ye aku faham. Pandailah aku settle benda ni nanti", kata Hayden sambil bersandar di sofa. Rambut coklat perangnya diraup dengan kasar.
"Aku malas nak cakap banyak", kata Ariq tiba-tiba.
"Hmm ?", tanya Hayden tidak faham.
"Kau tahu tak semua ni salah siapa ?", tanya Ariq dengan kening yang diangkat sebelah.
"Salah siapa ?", tanya Hayden yang tidak tahu jawapan kepada soalan Ariq.
"Salah kau sebab keluar dari perut mak kau hahahaha cau", kata Ariq sebelum dia terus melangkah meninggalkan Hayden terkebil-kebil di situ.
"Anjing", satu patah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Hayden.
"Siapa anjing ? Kau ? Patutlah asyik dengar menyalak dari tadi fuhhh", kata Ariq kuat.
Hayden kemudian menumpukan perhatiannya pada isterinya yang baru masuk ke ruang tamu.
"Buat apa ?", tanya Darlene sambil mengambil tempat di sofa hadapan Hayden.
"Tanam ubi. Nak join ?", jawab Hayden dengan wajahnya yang serius.
"Ish... Esok sir ada pergi mana-mana ke ?", tanya Darlene perlahan.
"Pergi kerjalah. Kenapa ?", jawab Hayden bersama soalan.
"Oh... Ingatkan boleh lah sir bawak saya jalan-jalan dulu", kata Darlene dengan senyuman kerang hanyirnya.
"Ni bukan honeymoon", jawab Hayden sambil mencapai telefon bimbitnya kemudian dibelek-belek.
Darlene hanya mendiamkan diri dengan kata-kata Hayden. Yalah, ni bukannya berbulan madu. Aduh...
Hayden hanya memerhati riak wajah Darlene yang berubah keruh.
"Nantilah aku bawak kau jalan. Tapi bukan esok", kata Hayden sebelum terus melangkah meninggalkan Darlene di situ.
Darlene yang mendengar itu terus tersenyum lebar sebelum dia mengekor langkah Hayden.
Pakk !!!
"Aduhhh !!!", kata Darlene yang tidak sempat berhenti dan menyodok belakang badan suaminya itu. Kau ingat kelakar ke nak brek mengejut kat sini.
Hayden menoleh ke arah Darlene sebelum keningnya dikerutkan seribu.
"Yang kau ikut aku ni apahal ?", tanya Hayden mendatar.
"Saya saja nak tengok sir nak pergi mana. Kalau ya pun, janganlah brek mengejut macam ni. Sakit tau tak", kata Darlene dengan bibir yang dimuncungkan sedikit.
"Sakit ? Baru langgar sikit dah sakit ? Agaknya kalau kena tumbuk sekali, terus mati ke ?", tanya Hayden dalam nada perli.
"Sir ni kenapa ? Sukalah buat saya sakit hati. Tak boleh ke kalau sekali sir buat saya happy sikit ?", kata Darlene dengan suara yang sudah dinaikkan satu oktaf.
"Buat kau happy ? Untuk apa ? Apa faedah aku dapat ?", tanya Hayden kembali.
"Dapat pahala ! Macam ni ke cara suami layan isteri ? Saya kagum sangat ! Memang layak digelar suami mithali !", kata Darlene yang sudah hilang sabar. Kaki terus meninggalkan Hayden di situ.
Hayden hanya memerhati Darlene yang sudah melangkah pergi meninggalkannya.
"Kau katakan sayangggggg, tapi ku terlukaaaaa", entah dari neraka keberapa suara itu datang.
Hayden yang mendengar Ariq nyanyi itu terus melepaskan nafas berat. Bala ini datang lagi. Allahuakbar.
"Egomu menggunung, kau tak pernah mengalahhhhh", sambung satu lagi suara. Jayden.
Hayden menoleh ke arah tangga. Ariq dan Jayden sedang elok menari-nari sambil memegang pemegang tangga.
"Padahal dirimuu.... Wuuuu... Punca semuanyaaaa....", sambung Ariq pula.
"Gaduh ke bro ?", tanya Jayden yang sudah tiba di tangga paling bawah.
"Habis dah ? Ingatkan nak habiskan satu lagu", kata Hayden dalam nada perli.
"BAGAIMANA LAGI !!!! HARUS KU TERIMAAA !!!! JIKA KAU BEGINI !!!!!", sambung Ariq dengan kuat. Itu bukan menyanyi, itu menyalak.
"Bodoh betullah", kata Hayden sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah.
"YANG SELALU MENYAKITIKU !!! WALAUPUN BERSAMAA !!! AAAAA !! KAU SELIT DERITA !!!!", jerit Ariq dari dalam rumah.
Hayden melepaskan nafas berat sebelum terus berlalu pergi dengan Ferrarinya.
Ariq dan Jayden hanya memerhati Hayden yang sudah berlalu pergi. Sakit hati lah tu hahahaha.
"Tak boleh ke kalau sehari kau tak kacau dia ?", tanya satu suara dari arah belakang Ariq dan Jayden.
"Tak. Apahal kau nak masuk campur ? Nak mampus ke ?", tanya Ariq kepada Aryan.
"Nak mampus kepala babi kau lah. Pergi mati lah sial", kata Aryan sebelum terus melangkah naik ke tingkat atas.
Ariq menoleh ke arah Jayden yang juga sedang memandangnya.
"Apahal semua orang nak marah ni ? Hari period sedunia ke ?", tanya Ariq kepada Jayden.
"Erika pun marah kau juga ke ?", tanya Jayden.
"Kau fikir kenapa aku kena halau dari bilik ?", tanya Ariq kembali.
"Hahahahahaha. Apahal kena halau ?", tanya Jayden dalam tawanya.
"Aku tumpahkan susu tetek yang dia dah pump", jawab Ariq sambil tahan gelak.
"Hahahahahahahaha bodoh lah kau ni", kata Jayden kuat.
"Eh ! Kira okay lah aku tumpahkan susu yang dah pump. Daripada aku tumpahkan susu yang belum pump ? Haa macam mana tu ?", kata Ariq yang sudah tersenyum lebar.
"Bodoh ! Hahahahaha", Jayden melepaskan tawanya.
Darlene membetulkan rambutnya di dalam tandas. Sejak dia mengamuk di hadapan Hayden dua jam lepas, dia langsung tidak nampak bayangan lelaki itu lagi. Bila ditanga Jayden, katanya abangnya itu keluar. Aik ? Takkan kena marah sikit terus lari rumah ? Hati tisu ke ?
Darlene kemudian menyarung tuala di kepalanya supaya dapat menutup rambutnya yang lurus. Kaki melangkah keluar dari bilik air.
"Eh ? Bila sir balik ?", tanya Darlene yang menyedari Hayden sudah berbaring di atas katil. Lengan kanan terletak elok di atas dahi.
Hayden tidak menjawab malah terus berbaring membelakangi Darlene.
Darlene hanya mendiamkan diri. Dia marah aku ke ni ? Merajuk ke ?
Tanpa kata Darlene terus melangkah mendekati Hayden.
"Saya minta maaf... Saya takda niat nak marah sir tadi. Maafkan saya", kata Darlene lembut.
Hayden yang mendengar itu terus membuka matanya. Darlene dipandang dengan penuh nafsu. Dari atas hingga ke bawah.
"Err... Takpalah... Sir rehatlah", kata Darlene yang menyedari pandangan lelaki itu agak berbeza berbanding pandangan sebelum ini yang penuh dengan kekejaman sahaja.
"Darlene Fareesha", panggil Hayden mendatar.
Darlene yang sudah berdiri membelakangi Hayden itu hanya mampu menelan air liur setelah nama penuhnya dipanggil.
Darlene dapat mendengar gerak-geri Hayden yang sudah bangun dari baringnya. Lelaki itu sudah pun turun dari katil.
"Sir...", panggil Darlene perlahan.
Darlene dapat rasakan ada tangan lelaki yang sedang melingkar di pinggangnya.
"Sir... Jangan macam ni sir...", kata Darlene perlahan. Badan masih kaku.
Hayden mendekatkan jarak wajahnya dengan leher Darlene yang dibaluti tuala itu.
"Kau tahu kan yang kau dengan aku dah takda aurat ?", kata Hayden dalam nada berbisik.
"Sir...", kata Darlene lagi.
"Then aku tak rasa benda ni perlu untuk kau", kata Hayden sebelum dia menarik tuala yang menutupi kepala Darlene dengan kasar.
"Sir !", jerit Darlene yang sudah berdiri menghadap Hayden.
"Shhhh... Kau nak semua orang salah faham ke ?", kata Hayden sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir Darlene. Gadis itu tampak sangat berbeza apabila tidak memakai tudung. Cantik. Seksi. Menggoda.
"Apa sir nak buat ni ?", tanya Darlene perlahan.
"Kenapa ? Salah ke kalau aku nak sentuh kau ?", tanya Hayden sambil menarik lengan Darlene. Gadis itu kini berada betul betul di hadapan dadanya.
Darlene hanya mendiamkan diri. Jantungnya berdegup dengan sangat kencang. Suara suaminya itu seakan-akan berubah. Seolah-olah itu bukanlah suaminya.
Perlahan-lahan Hayden menarik Darlene ke atas katil. Gadis itu dipaksa untuk berbaring di hadapannya.
"Tutup mulut kau kalau kau taknak diorang fikir macam-macam pasal kita", kata Hayden sebelum dia terus memegang kedua belah tangan Darlene dengan kemas.
"Sir... Tolong... Tolong jangan buat saya macam ni...", kata Darlene separuh merayu. Air matanya sudah mulai bergenang.
"Jangan menangis. Aku tak suka tengok kau menangis", kata Hayden perlahan.
"Sir...", panggil Darlene dalam rayunya.
"Sikit je. Please ?", kata Hayden sebelum dia mencium pipi Darlene dengan lembut.
"Sir.... Sir....", panggil Darlene lagi.
"Sikit je, sayang", kata Hayden yang cuba memujuk. Bibirnya didekatkan dengan leher Darlene yang putih itu. Perlahan-lahan dia mencium leher putih itu. Lama.
"Sir.....", panggil Darlene lagi.
"Hmmm", jawab Hayden yang sedang rakus mencium leher gadis itu.
"Saya... Saya period", kata Darlene perlahan.
Hayden yang mendengar itu terus melepaskan ciumannya. Kedua belah tangan Darlene juga dilepaskan sebelum dia terus turun dari katil.
Darlene cepat-cepat duduk dari baringnya sebelum tangannya laju menutup kepalanya dengan selimut.
"Bye. Ada masa aku mintak lagi ya ?", kata Hayden sebelum dia terus menutup mata Darlene menggunakan selimut yang menutup kepala gadis itu.
Darlene hanya mendiamkan diri selepas lelaki itu melakukan sebegitu. Selepas dua minit, barulah dia membuka selimut yang menutup matanya. Tetapi suaminya sudah tiada di situ.
"Fuh... Hampir-hampir je tadi", kata Darlene dengan nafas lega.
Tiba-tiba pintu dibuka dengan kasar dari luar. Muncullah Hayden.
"Kau kenapa ?", tanya Hayden yang melihat Darlene di dalam selimut itu. Seperti sedang menyorok pun ada.
"Takda apa", jawab Darlene sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam bilik baju dengan selimut yang masih berada di kepala.
Hayden hanya memerhati sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air.
I will follow the first 5 comment dekat sini ! Free follow untuk pembaca terawal !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro