Bab 19
Darlene meletakkan beg pakaiannya di dalam bilik bewarna kelabu itu. Bilik itu adalah bilik Hayden dan Jayden. Tetapi disebabkan mereka sudah berkahwin, Aryan menyuruh Jayden untuk pindah keluar dan Darlene pindah masuk ke dalam.
Semalam Darlene langsung tidak keluar dari bilik kerana takut kalau Hayden memanggilnya supaya tidur di dalam bilik bersamanya tetapi hari ini bos besar yang menyuruhnya untuk pindah. Siapa yang berani lawan cakap Aryan ? Ariq bodoh tu je
"Letak je kat atas lantai tu. Kalau nak guna, sangkut letak dalam almari", kata satu suara garau dari arah belakang Darlene.
Darlene menoleh ke belakang sebelum dia mengurut dadanya.
"Terkejut saya... Sir ni, boleh beri salam dulu tak ?", kata Darlene sambil membetulkan selendangnya.
"Ni bilik aku lah. Perlu ke aku beri salam kalau nak masuk bilik aku sendiri ?", tanya Hayden sambil melangkah untuk duduk di hujung katil.
"Yalah, sir. Saya nak ambil wudhu kejap", kata Darlene sambil melangkah mahu keluar dari bilik itu.
"Dalam bilik ni takda bilik air ke ?", tanya Hayden mendatar. Mata hanya memerhati isterinya itu.
"Ada", jawab Darlene sepatah.
"Habistu kau nak pergi bilik yang sebatu tu kenapa ?", tanya Hayden sambil berbaring di atas katil. Badannya letih sangat menyiapkan pelbagai jenis kerja.
"Saya tak biasa...", Darlene tidak sempat menghabiskan ayatnya sebelum ayatnya dipotong laju.
"Biasakan diri. Lepasni kau akan duduk serumah dengan aku juga", kata Hayden sambil menutup matanya menggunakan lengannya.
Darlene hanya memerhati Hayden yang seperti mahu tidur itu. Lelaki itu kelihatan sangat letih. Entah apa lah yang dia buat agaknya.
"Aku buat kerja. Training lagi. Penat tahu tak ?", kata Hayden yang seperti dapat mengagak apa yang bermain di minda isterinya itu.
"Err... Sir rehatlah ya... Saya nak solat maghrib kejap", kata Darlene sebelum terus melolos masuk ke dalam bilik air yang sebesar alam itu.
Hayden membuka matanya sebelum dia tersenyum nipis. Perlahan-lahan kepalanya diletakkan di atas bantal. Penat sangat-sangat. Beri aku rehat kejap.
Darlene melangkah keluar dari bilik air sebelum dia terus membentang sejadah di dalam bilik itu. Telekungnya dipakai dengan kemas sebelum dia menoleh ke arah Hayden yang sudah nyenyak. Sungguh kacak walaupun di dalam tidur. Perlahan-lahan Darlene tersenyum nipis.
Darlene terus memulakan solatnya seperti biasa sebelum dia membaca al-Quran.
Hayden membuka matanya sedikit selepas mendengar ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca oleh Darlene. Gadis itu sedang mengaji. Sungguh merdu. Kesian kau... Hari-hari buat pahala tapi terpaksa berkahwin dengan orang yang hari-hari buat dosa. I'm sorry...
"Sir dah bangun ?", tegur Darlene yang menyedari dirinya sedang diperhati.
"Hmm", jawab Hayden sambil duduk dari baringnya.
"Sir nak solat isyak sekali dengan saya tak ?", tanya Darlene lembut.
"Takpalah. Kau solat jelah. Doakan untuk aku sekali", jawab Hayden sebelum dia terus melangkah turun dari katil.
"Sir nak pergi mana ?", tanya Darlene lembut.
"Turun", jawab Hayden sepatah.
"Buat apa turun ?", tanya Darlene lembut.
Mendengarkan soalan itu, Hayden terus menoleh ke arah Darlene yang masih duduk bersila di atas sejadah.
"Kenapa ? Kau nak aku layan kau ke malam ni ? Hm ?", tanya Hayden dengan suara yang menggoda. Kening diangkat sedikit.
"Eh ?!!!", tanya Darlene kuat.
Tiba-tiba Hayden melangkah mendekati Darlene yang sedang duduk di atas sejadah itu. Darlene sudah terkaku. Tidak tahu mahu lari ke mana.
"Sir...", tegur Darlene yang menyedari lelaki itu tiba-tiba mencangkung di belakangnya.
"Kalau kau nak aku layan kau, aku takda masalah pun. Sayang...", kata Hayden lembut dan menggoda. Wajahnya dirapatkan ke telinga Darlene yang sudah menjadi patung itu.
"S... Sir....", panggil Darlene yang sudah ketakutan itu. Itulah pertama kali dia mendengar suara lelaki itu begitu lembut dan menggoda. Sangat-sangat menaikkan nafsu wanitanya.
"Iya, sayang...", jawab Hayden sambil hidung mancungnya menyentuh telinga gadis itu yang masih berada di dalam telekung.
"Allahuakbar...", kata Darlene dalam nada berbisik. Matanya dipejamkan menahan rasa debaran di dalam hati.
Hayden kemudian menjarakkan wajahnya sebelum dia tersenyum lebar. Suka dapat kenakan gadis itu.
"Oi... Apasal sampai tutup mata ? Aku bukannya nak bunuh kau lah", kata Hayden yang sedang tersenyum lebar.
Darlene membuka matanya sebelum dia menoleh ke arah Hayden yang sedang tersenyum seperti kerang busuk.
"Sir ni !!!", jerit Darlene kuat. Keningnya berkerut seribu.
"Hahaha. Kau ni lawak lah", kata Hayden sambil melangkah mahu ke pintu.
"Nak pergi mana pulak ? Dah usik orang pastu terus nak larikan diri", kata Darlene sambil berdiri dari duduknya.
"Turun lah, nak buat kerja. Aku penatlah, nanti-nanti lah eh ?", kata Hayden sambil mengangkat keningnya.
"Nantilah apa ?!! Saya taknak pun lah sir !!", jerit Darlene dengan muka bengisnya.
"Eleh ya lah tu. Hahaha", kata Hayden sambil terus melangkah keluar dari bilik. Senyuman langsung tidak lekang dari bibir.
Darlene mengetap giginya. Tetapi dalam masa yang sama, hatinya berbunga-bunga. Pandai juga sir Hayden ni nak mengusik orang. Cairnya hati... Haihh duhai suami...
"Woi ! Apasal tak turun-turun ? Tahu lah dah ada bini", tegur Ariq yang sedang duduk di ruang tamu.
Hayden hanya memandang tanpa reaksi. Dah agak dah bala ni akan serang aku. Sial lah.
"Macam mana bro ? Best sangat ke sampai langsung tak keluar bilik ?", tanya Jayden yang sedang duduk di ruang tamu juga.
Hayden mengambil tempat di sebelah Ariq sebelum dia menghela nafas panjang.
"Amboi panjangnya nafas. Dah rasa nikmat berkahwin lah tu hahahahaha. Kuat sangat kau ni, sampai bini tak keluar bilik hahahahahahaah", kata Ariq sambil menepuk-nepuk bahu Hayden dengan kasar.
"Bodoh kau ni. Dia tak keluar bilik sebab solat lah sial. Siap mengaji lagi. Kau tahu apa ?!", kata Hayden sambil mengetuk kepala Ariq dengan kuat.
"Eleh ye lah tu hahahahaha. Ke dia tak keluar sebab penat layan kau yang nafsu kuat ni ?? Hahahahahaah", kata Ariq lagi. Tidak cukup lagi mengusik Hayden.
"Bodoh sial kau ni. Geram nak tembak je", kata Hayden sambil duduk bersandar di sofa.
Aryan hanya memerhati dengan senyuman. Macam-macamlah diorang ni. Rasa nak tumbuk je dua-dua.
"Mana slides yang aku nak kena betulkan balik tu ?", tanya Hayden kepada Aryan.
"Tu ha dalam lappy kau tu. Aku dah check tadi, ada part yang tak perlu masukkan tapi kau masukkan. Macam mana kau buat kerja Hay ?", kata Aryan. Sungguh tegas.
"Sorry bro. Fikiran aku terganggu haritu", kata Hayden sambil membuka komputer ribanya.
"Tu. Salah terlampau banyak. Apa yang kau fikir ?", tanya Aryan lagi. Setiap ayatnya sentiasa ada ketegasan.
Hayden hanya memerhati skrin komputer riba itu sebelum dia menoleh ke arah Aryan.
"Sial. Ni bukan aku yang buat ! Jay yang buat !", kata Hayden kuat.
"Hah... Aku dah agak. Patutlah pelik. Kau mana pernah buat salah kalau bab kerja", kata Aryan mendatar.
"Bodoh sial kau ni. Kau ni lahir memang bodoh ke ?", tanya Ariq sambil mengetuk kepala Jayden dengan selipar rumah.
"Sakit lah babi !!!!! Kau ni pahal !!!! Apa masalahnya ?!!! People make mistake !!!", kata Jayden kuat.
"People make mistake kepala hotak lu lah. Masalahnya, kau tu setiap kali buat kerja pun salah !!", jerit Ariq pula.
"At least aku buat kerja !! Bukan macam kau !! Goyang kaki je tahu !!", jerit Jayden.
"Eh sial tu syarikat aku la. Suka hati akulah nak goyang kaki ke nak goyang bontot ke apa. Kau sibuk pahal ?", jawab Ariq dengan kening yang diangkat tinggi.
"Tu syarikat aku. Sekarang dua-dua sila diam kalau taknak aku suruh Hay bunuh dua-dua", celah Aryan dalam ketegasannya.
Hayden hanya memerhati sambil menggeleng kepalanya beberapa kali.
Darlene yang berada di belakang dinding hanya mendengar mereka bertengkar. Tu bergaduh ke apa ? Tak faham lah aku.
"Intai apa tu ?", tanya Spencer sambil memandang ke arah dinding.
Mendengarkan itu, Hayden, Jayden, Ariq dan Aryan terus menoleh ke arah dinding.
Darlene yang mendengar itu terus berlari mahu naik ke tingkat atas.
"Woi ! Nak lari ke mana ?! Mari sini kau !", jerit Ariq dari ruang tamu.
Darlene yang mendengar itu terus berhenti dari melangkah. Jantungnya berdegup dengan kencang. Apahal pulak sir Frandy panggil ni ????
Perlahan-lahan Darlene melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Kelima-lima orang atasan itu semua sedang memandang ke arahnya.
"Macam mana ?", tanya Ariq mendatar.
"Hmm ? Macam mana apa sir ?", tanya Darlene tidak faham.
"Panjang tak ? Cukup besar tak ? Hahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahaha", tanya Ariq sebelum melepaskan tawa besarnya.
"Sial celaka anjing !!!", kata Hayden sebelum mereka bergusti di situ.
Darlene yang melihat itu terus berlari naik ke tingkat atas. Malu muka.
"Hahahahahahahahaha", Jayden dan Spencer turut melepaskan tawa mereka.
Aryan pula hanya tersenyum.
Darlene berbaring di atas sofa di dalam bilik sambil membaca novel kesukaannya. Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam tetapi Hayden masih lagi tidak masuk ke dalam bilik. Setiap kali dijenguk, lelaki itu pasti sedang buat kerja.
"Ngantuknya...", kata Darlene perlahan sambil menutup novel yang dibacanya.
Perlahan-lahan matanya tertutup dengan rapat. Satu minit, dua minit, tiga minit. Akhirnya dia terlena juga di atas sofa itu.
Tepat pukul 12.30, Hayden membuka pintu bilik sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Mata terus tertumpu pada Darlene yang sudah terlena di atas sofa. Dah apahal perempuan ni ? Tidur pun nak pakai tudung ke ?
Perlahan-lahan Hayden melangkah ke sofa sebelum dia merenung gadis itu.
"Bangun. Tidur atas katil", kata Hayden mendatar.
Gadis itu masih tidak bergerak.
"Woi...", panggil Hayden dengan suara yang dinaikkan satu oktaf. Hayden menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Kau ni apahal sial ? Macam tu ke cara kau kejut isteri ? Takda beza pun macam kejut kucing tidur.
Perlahan-lahan Hayden mendekatkan wajahnya dengan wajah Darlene yang sedang nyenyak. Wajah Darlene diperhati lama.
"Darlene...", panggil Hayden lembut. Suara cukup menggoda.
Gadis itu masih tidak bergerak.
Hayden mendekatkan bibirnya ke telinga Darlene yang bertutup dengan selendang itu.
"Darlene, bangun. Tidur atas katil", bisik Hayden lembut di telinga gadis itu.
Perlahan-lahan gadis itu membuka matanya sebelum mata itu terbungkam luas.
"Hah ?!! Apa yang sir nak buat ni ?!!", tanya Darlene sambil memeluk tubuhnya sendiri.
Hayden yang terkejut itu terus kebelakangkan badannya.
"Dah kenapa kau ni ? Aku nak kejut kau suruh tidur atas katil je, bukannya aku nak makan kau", kata Hayden mendatar.
"Oh... Sorry sir. Kalau saya tidur atas katil, sir nak tidur dekat mana ?", tanya Darlene yang sudah duduk dari baringnya.
"Aku tidur atas sofa. Dah, pergi naik atas katil sana", kata Hayden sambil menunggu gadis itu untuk turun dari sofa.
"Macam kurang ajar pulak kalau saya tidur atas katil tapi sir tidur dekat atas sofa", kata Darlene sambil menggaru belakang kepalanya.
"Kalau kau nak tidur atas sofa, takpalah. Kita dua-dua tidur atas sofa. Boleh ?", kata Hayden mendatar. Wajahnya tiada reaksi.
"Ehh !! Takpa, takpa. Saya pergi tidur atas katil ya ?", kata Darlene sambil melangkah ke arah katil sekaligus memberi ruang untuk Hayden tidur di atas sofa.
Hayden hanya menggelengkan kepalanya sedikit sebelum dia terus berbaring di atas sofa. Telefon bimbitnya dicapai sebelum jari sibuk membelek-belek.
Darlene yang menyedari Hayden masih tidak tidur itu hanya memerhati lelaki itu.
"Sir taknak tidur ke ?", tanya Darlene lembut.
Hayden hanya mendiamkan diri tanpa sepatah jawapan.
"Sir ?", tanya Darlene lagi.
"Hmm. Kau tidurlah dulu. Kejap lagi aku tidur. Jangan risaulah, aku tak sentuh kau", kata Hayden malas.
Darlene hanya mendiamkan diri. Bukannya dia tak mahu lelaki itu beri nafkah batin, tetapi dia masih belum bersedia untuk menjadi hak milik lelaki itu sepenuhnya.
"Esok kau pergi buat passport dengan Avrin. Minggu depan kita semua akan fly ke US", kata Hayden mendatar.
"Dengan puan Avrin ? Sir pergi mana esok ?", tanya Darlene.
"Aku pergi kerjalah. Kau ingat aku ni hidup asyik membunuh je ke ? Aku ada kerja halal", kata Hayden mendatar. Mata tidak lari dari memandang skrin telefon bimbitnya.
"Hmm, iyalah. Janganlah marah, saya tanya je. Sir, nak tanya sikit boleh tak ?", kata Darlene lembut. Tangan sibuk membetulkan selendangnya yang sudah senget.
"Hmm. Apa ?", jawab Hayden. Masih mendatar.
"Kalau kita fly ke US, macam mana dengan Aina ? Takkan saya nak tinggal dia sorang-sorang macam tu ? Haritu pun dia hampir kena bunuh tau !", kata Darlene bersungguh-sungguh.
Hayden terus duduk dari baringnya. Mata memandang ke arah Darlene.
"Janganlah marah, saya cuma tanya je", kata Darlene sambil menunduk.
"Kau nak tahu tak ?", tanya Hayden tiba-tiba.
"Apa dia sir ?", tanya Darlene ingin tahu.
"Perempuan tu bukannya masalah aku pun", kata Hayden mendatar.
"Erk ? Tak baiknya sir ni...", kata Darlene mendatar.
"Kau baru tahu ke ? Aku memang tak baik", jawab Hayden mendatar.
"Kalau dia bukan masalah sir, habistu kenapa saya ni masalah sir ?", tanya Darlene. Matanya mengharapkan jawapan daripada lelaki itu.
Hayden hanya mendiamkan diri sebelum terus melangkah keluar dari bilik itu.
Darlene hanya mampu terdiam melihat lelaki itu pergi meninggalkannya seorang diri. Kan bagus kalau kau jawab 'sebab aku sayang kau lah'. Haihh... Alangkah bahagianya...
"Apasal aku pulak ?!!!!", tanya Jayden kuat.
"Habistu siapa lagi kalau bukan kau ?", tanya Ariq yang sedang duduk bersebelahan dengan Hayden.
"Gila ke aku nak kena kahwin dengan kening bersambung tu ?!!! Habislah hancur keturunan aku nanti !!!!", jerit Jayden kuat.
"Genetik tak semestinya ikut belah mak", kata Ariq dengan kening yang diangkat sedikit.
"Kepala hotak lu la ! Korang dapat yang cun melecun, memang lah sedap ! At last, aku jugak dapat yang paling hodoh ! Taknak ah !!! Dahlah hodoh, bodoh pulak tu !!", jerit Jayden kuat.
"Kejap", celah Hayden tiba-tiba.
"Apa ?", tanya Ariq sepatah.
"Tapi kita kena pastikan dulu, betul ke perempuan tu dalam bahaya. Ke dia tu cuma mangsa sampingan je", kata Hayden mendatar.
"Esok hantar dia balik. Kalau takda apa-apa yang jadi dengan dia, kita lepaskan dia", kata Ariq mendatar.
"Bodoh betullah. Kalau suruh aku kahwin dengan Sofia tu takpalah jugak, Ini tidak, kening bersambung tu jugak yang korang paksa aku kahwin", omel Jayden.
Tiba-tiba Darlene berlari turun ke tingkat bawah. Nafasnya tercungap-cungap. Telefon bimbit terletak elok di tangan.
Hayden, Jayden dan Ariq terus menoleh ke arah Darlene.
"Sir ! Tolong ! Sofia kena culik !", jerit Darlene kuat. Wajahnya pucat lesi.
Hayden dan Ariq yang mendengar itu terus menoleh ke arah Jayden serentak.
"Jodoh kau dah panggil", kata Hayden dan Ariq serentak.
Jayden hanya menghela nafas panjang. Alhamdulillah...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro