Bab 17
"Sampai hati abang Rul buat Lene macam ni ?! Kenapa abang nak sangat Lene kahwin dengan mafia tu ?! Abang sendiri pun tahu diorang tu pembunuh kan ?!", kata Darlene kuat. Sungguh terkejut saat abang sulungnya itu datang dan memberitahu apa niat sebenar dia berjumpa dengan gadis itu.
"Kau tu dah besar panjang. Memang baguslah kau kahwin. Takdalah menyusahkan hidup aku lepasni", kata Fezrul selamba.
"Lene tak sangka abang macam ni ! Sangat-sangat tak sangka ! Sejak bila abang boleh setuju Lene berhubungan dengan manusia yang tak henti-henti buat dosa ?! Sejak bila bang ?!", jerit Darlene kuat.
Hayden, Jayden, Spencer, Ariq dan Aryan hanya mendengar di sebalik dinding. Mereka memang sudah agak situasi itu memang akan berlaku di antara mereka beradik.
"Sejak kau bukan lagi adik aku !!", jawab Fezrul kuat.
Darlene terduduk saat mendengarkan jawapan abangnya itu. Air mata mulai mengalir dengan deras. Sudah bertahun mereka tidak berjumpa, tetapi abangnya masih lagi dengan egonya.
"SubhanAllah bang... Tolong beristighfar banyak-banyak bang. Tolong percaya arwah ayah pergi kerana ajal", kata Darlene dalam tangisannya.
"Kau tak payah nak mengajar aku. Aku suruh kau kahwin, kahwin jelah ! Dahlah, apa-apa suruh bakal suami kau contact aku. Aku balik dulu", kata Fezrul sebelum terus bangun dari duduknya.
"Abang.... Ampunkan Lene abang...", kata Darlene yang terus melutut di hadapan abangnya. Kaki abangnya dipegang dengan sayu.
"Ah ! Kau tak payah nak mintak ampun sangat ! Aku jijik tengok muka kau tahu tak ?!", kata Fezrul sambil menendang tangan Darlene supaya melepaskan kakinya.
"Abang.... Tolong ampunkan Lene abang... Lene sayangkan abang... Lene rindukan sangat-sangat dekat abang, abang Fadza dan abang Faris...", kata Darlene sambil terus memegang kaki abang sulungnya itu.
"Berambus lah !!!!", jerit Fezrul sebelum dia terus menyepak tangan Darlene dengan kuat sehingga gadis itu tertolak jauh.
"Easy, bro", kata Hayden yang sudah berdiri di belakang Fezrul.
Fezrul menoleh sebelum dia terus mendiamkan diri. Mata bertentang mata. Lelaki barat itu nampak sangat menakutkan walau tidak memegang senjata.
"Saya balik dulu. Apa-apa, encik terus call saya", kata Fezrul sebelum terus melangkah keluar dari rumah yang gah itu.
Hayden hanya memerhati lelaki itu melangkah keluar sebelum dia menoleh ke arah Darlene yang sedang menangis di atas lantai. Gadis itu nampak sedih, sayu, terseksa...
"Dah lah tu... Pergi naik bilik, tenangkan diri tu", kata Hayden mendatar.
"Takda siapa yang faham saya... Sir bukannya tahu jalan hidup saya macam mana... Kenapa sir tergamak buat saya macam ni ? Kenapa sir buat semua ni tanpa pengetahuan saya ? Apa dosa saya dekat sir sampai sir seksa saya macam ni ?", kata Darlene dalam tangisannya. Ada dendam di dalam setiap kata-katanya.
Hayden hanya mampu terdiam mendengar kata-kata Darlene itu. Kau pun tak faham yang itu je pilihan yang aku ada. Kalau hidup kau tak berada dalam bahaya, aku takkan ikat kau lah.
"Apa salah saya sir....", kata Darlene sambil menutup mukanya dengan telapak tangan.
Hayden mencangkung di hadapan Darlene sebelum dia merapatkan sedikit wajahnya dengan wajah Darlene yang bertutup dengan telapak tangan itu.
"Aku minta maaf...", kata Hayden perlahan.
Darlene menurukan tangannya sebelum matanya memandang ke arah Hayden yang sedang merenungnya. Lelaki itu tampak ikhlas dengan maafnya.
"Aku dah masukkan kau dalam hidup aku yang bahaya. Aku terpaksa tanggung semua tu", kata Hayden perlahan.
"Nak atau taknak, ni je cara untuk aku jaga keselamatan kau", kata Hayden lagi.
"Ajal itu ditangan Allah... Saya taknak kahwin dengan sir... Maafkan saya...", kata Darlene sebelum terus berdiri dari duduknya. Kaki terus melangkah naik ke tingkat atas.
Hayden hanya memerhati sebelum dia turut bangun dari duduknya. Dia tahu gadis itu tidak gembira jauh sekali bahagia.
"Sabar bro. Kita bagi dia masa", kata Ariq yang sudah keluar dari dinding bilik kerja. Masing-masing turut memerhati Darlene yang sudah melangkah naik ke tingkat atas.
"Kau masih nak teruskan ?", tanya Aryan mendatar.
"Aku dah mulakan, aku akan habiskan", kata Hayden sebelum dia terus melangkah naik ke tingkat atas.
Aryan dan Ariq hanya tersenyum mendengarkan itu.
"Kenapa abang kau sanggup suruh kau kahwin dengan pembunuh tu ?", tanya Aina yang sedari tadi hanya memerhati Darlene menangis teresak-esak. Selepas dua jam, barulah gadis itu dapat melegakan perasaannya.
"Aku tak tahu. Kau tahu tak betapa hancurnya hati aku lepas dia muncul lepas arwah ayah meninggal tiga tahun lepas, tapi hanya sebab nak paksa aku kahwin dengan mafia ni. Apa dosa aku, Aina ?", kata Darlene sambil mengelap hingusnya dengan sehelai tisu.
"Tapi kadang-kadang kau tak boleh nak salahkan takdir juga, Lene. Sebab manalah tahu kalau memang mafia tu jodoh kau", kata Aina lembut. Cuba untuk memujuk gadis itu.
Darlene hanya mendiamkan diri. Otak jauh memikirkan tentang hal itu.
"Dari tadi kau sebut mafia, pembunuh, mafia, pembunuh. Siapa yang kau nak kena kahwin ni sebenarnya ? Bos yang mana satu ?", tanya Aina yang memang tertanya-tanya sedari tadi.
"Sir Hayden", jawab Darlene ringkas. Otak memikirkan wajah lelaki kacak itu. Sungguh kacak dan kemas. Perwatakan lelaki itu yang agak pendiam sudah semestinya menarik minat ramai. Auranya sahaja dapat menaikkan bulu roma gadis-gadis. Mata biru kristal itu tajam bagaikan helang. Dinginnya itu seperti salju. Tetapi kadang-kadang ada juga masa bodohnya.
Tiba-tiba Darlene tersenyum nipis.
"Dah kenapa kau ni ? Tiba-tiba je senyum sorang-sorang", kata Aina mendatar.
"Takda apalah, Aina. Aku nak tidur dulu. Good night", kata Darlene sebelum terus baring dari duduknya. Matanya dipejam rapat.
"Lene... Takda orang yang nak kahwin dengan pembunuh tau. Tapi kau kena ingat, sifat dan perangai dia yang jahat tu kita boleh ubah. Tapi jodoh kita tak boleh ubah", kata Aina sebelum dia juga baring dari duduknya.
"Aina... Kalau aku mati suatu hari nanti di tangan dia, apa yang kau nak cakap ?", tanya Darlene dengan mata yang bertutup rapat.
"Jodoh dan ajal tu di tangan tuhan, Lene. Kau kena yakin yang kau boleh ubah dia. Tu je", jawab Aina tenang.
Tiba-tiba Darlene membuka matanya sebelum dia duduk semula.
"Aina... Aku rasa aku dah biadab dengan sir Hayden tadi", kata Darlene tiba-tiba.
"Pergilah minta maaf. Kesian dekat sir tu", kata Aina mendatar.
"Dia tak tidur lagi ke ?"
"Manalah aku tahu. Tapi tadi aku nampak sir Hayden tengah borak dengan sir Froy kat tepi kereta tu. Tak tidur lagi lah kot", kata Aina yang teringat tentang itu.
Darlene terus melompat dari katil sebelum selendangnya disarung dengan kemas. Kaki terus melangkah ke pintu sebelum pintu dibuka dengan perlahan.
Perlahan-lahan Darlene melangkah keluar dari bilik sebelum dia menutup pintu dengan rapat semula. Suasana di luar sudah tudak riuh-rendah seperti tadi. Mungkin semua sudah masuk tidur. Maklumlah, sudah pukul 01.00 pagi.
Darlene melangkah turun ke tingkat bawah dengan perlahan sebelum kepalanya sibuk mengintai di ruang tamu. Lampu yang terpasang di ruang tamu itu menunjukkan ada insan yang masih berada di situ.
Hayden yang sedang menekan-nekan papan kekuncinya diperhati di sebalik dinding. Kesiannya, buat kerja sorang-sorang je... Hmm... Nak I tolong tak ? Aceceh...
"Oi... Buat apa ?", tanya satu suara garau dari belakang Darlene.
"WUARGGHHH !!!", jerit Darlene dek kerana terlalu terkejut. Gila babi sial siapa pulak yang tegur aku ni. Buat terkejut aku lah.
Hayden yang sedang menaip terus menoleh ke arah dinding di hujung ruang tamu. Pemisah antara ruang tamu dengan tangga.
"Sir...", kata Darlene selepas melihat Hayden atau Jayden itu. Kau ni siapa ? Yang tengah buat kerja tu siapa ? Aduhmakkk... Tolonglah pakai nametag lepasni. Senang sikit nak cam.
"Jayden. Buat apa kat sini ? Tak tidur lagi ? Intai Hay ke ?", tanya Jayden sambil tersenyum nipis.
"Eh ! Tak... takdalah...", jawab Darlene tersekat-sekat.
"Hahaha. Jomlah, teman kitorang buat kerja. Daripada kau duduk sini macam orang gila, kan ?", kata Jayden sambil melangkah masuk ke ruang tamu.
Darlene hanya mengekor dari belakang dengan perlahan sebelum dia mengambil tempat di hadapan Hayden.
Hayden hanya memerhati dengan tangan yang memegang sebuah fail hitam.
"Asal tak tidur lagi ?", tanya Jayden yang sedang menaip di papan kekunci komputer ribanya.
"Tak boleh nak tidur", jawab Darlene tidak berapa nak jujur. Wajahnya ditundukkan daripada terus memandang ke arah Hayden.
"Kenapa ?", tanya Jayden lagi.
"Entahlah", jawab Darlene sepatah.
Hayden yang menyedari gadis itu tidak mahu memandangnya terus menoleh ke arah skrin komputer ribanya sebelum jarinya sambung menaip semula.
"Tak ngantuk ke ?", tanya Jayden lembut.
"Tak...", jawab Darlene perlahan.
"Esok kitorang ada meeting. Lewat sikit balik. Korang duduk rumah je jangan keluar tau", kata Jayden sambil menoleh ke arah Darlene.
"Okay", jawab Darlene sepatah.
Tiba-tiba Hayden menutup komputer ribanya sebelum dia terus bangun dari duduknya.
"Aik ? Siap dah ke bro ?", tanya Jayden sambil memandang ke arah Hayden.
"Hmm. Aku naik dulu", kata Hayden sambil melangkah mahu naik ke tingkat atas.
Darlene hanya memandang Hayden yang sudah mulai menjauh. Alamak !! Dia dah nak tidur dah ke ? Woi bodoh pergilah minta maaf sana !!!!!
"Sir Hayden !", panggil Darlene agak kuat.
Hayden yang mendengar itu terus menoleh ke arah Darlene sebelum dia mengangkat sedikit keningnya.
"Errr... Saya nak jumpa sir kejap, boleh ?", tanya Darlene lembut.
"Esok-esoklah. Aku nak tidur", kata Hayden sebelum melangkah untuk naik ke tingkat atas semula.
"Sir ! Ni hal penting !", kata Darlene sambil terus berdiri dari duduknya.
Jayden hanya menjadi pemerhati.
"Hm. Apa dia ?", tanya Hayden mendatar.
"Emm... Dekat luar boleh ?", tanya Darlene perlahan.
Hayden tidak menjawab malah terus melangkah keluar dari rumah. Darlene pula hanya mengekor. Jayden hanya menjadi pasu bunga di situ. Memerhati tanpa kata.
Hayden bersandar pada Audinya sebelum kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar hitamnya.
"Apa dia ?", tanya Hayden mendatar. Mata merenung ke dalam anak mata gadis di hadapannya itu.
"Saya nak minta maaf kalau tadi saya dah biadab dengan sir. Saya tahu saya dah buat sir terasa hati tadi...", kata Darlene lembut.
Hayden yang mendengar itu terus tersenyum nipis sebelum dia melangkah mendekati Darlene. Badannya ditundukkan sedikit supaya dapat memandang mata Darlene dengan ketinggian yang sama.
Darlene hanya terdiam seperti patung dengan jantung yang berdegup dengan kencang. Bau maskulin lelaki itu benar-benar mencairkan hatinya.
"Jangan risau. Kau akan dapat suami yang tak ada perasaan. Terasa hati ? Apa tu ?", tanya Hayden dengan kening yang dinaikkan sedikit.
"Err... Sir betul-betul akan kahwin dengan saya ke ?", tanya Darlene lembut.
Hayden menganggukkan sedikit kepalanya tanda ya.
"Jangan risau, aku akan lepaskan kau lepas hidup kau dah tak berada dalam bahaya nanti", kata Hayden sambil menjarakkan wajahnya dengan wajah Darlene.
"Sir... Saya tak kisah sangat kalau kahwin dengan sir sebenarnya. Sebab kalau dah jodoh, kita tak boleh nak buat apa. Tapi ada benda yang saya fikir. Contohnya berkaitan sayang, cinta, suami isteri...", kata Darlene perlahan.
Hayden hanya mendiamkan diri menunggu ayat gadis itu disambung.
"Macam mana nak hidup sebagai suami isteri kalau takda perasaan sayang ?", tanya Darlene lembut.
Hayden hanya mendiamkan diri sebelum dia tersenyum nipis. Apalah yang ada dalam fikiran kau tu ? Kalau aku tak sayang kau, buat apa aku nak kahwin dengan kau semata-mata nak jaga keselamatan kau ? Haih...
"Dahlah, tak payah fikir pasal tu. Jom tidur. Aku penat ni, esok kerja", kata Hayden sambil melangkah mahu masuk ke dalam rumah.
"Sir... Sir maafkan saya tak ?", tanya Darlene sedikit kuat.
Hayden menoleh ke arah Darlene sebelum dia tersenyum dengan ikhlas. Kening dinaikkan sedikit.
Darlene tersenyum lebar melihat senyuman Hayden itu. Itulah pertama kali dia melihat senyuman selebar itu. Kelihatan sangat ikhlas. Sungguh bahagia.
"Dah, pergi masuk", kata Hayden mendatar.
Darlene menganggukkan kepalanya sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Hayden di belakang.
Hayden hanya memerhati gadis itu dengan senyuman yang semakin menipis. Aku sentiasa maafkan kau, sayang. Always...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro