Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

               "Apasal nama aku takda kat dalam ni ?", tanya Spencer sambil membelek-belek buku mafia itu.

                "Ada. Tengok m/s 30", jawab Aryan mendatar.

                 Dengan pantas Spencer membuka m/s 30 sebelum dia membaca dengan kuat.

                 "The Greatest Magician, Spencer Riverra. Position, blank. Was born with a fuck personality. He was not damn good in magic. He was stupid like a hell. Plus he was ugly like a shit. Oh damn....", baca Spencer kuat.

               "Apasal teruk sangat aku punya profile ?!!! Siapa yang tulis ni ?!!!!", tanya Spencer sambil menjerit.

                "Frandy", jawab Aryan sepatah.

                "Eh fuck ? Apasal aku pulak ?", tanya Ariq sambil menahan ketawanya.

                "Aku dah cakap jangan main-main dengan isi buku tu. Tapi kau bodoh, haa ikutlahhh", kata Aryan sambil membelek telefon bimbitnya.

                 "Eh ! Kau suruh aku buat pun kira mujur aku buat tau !", kata Ariq kuat.

                 "Malas ah kawan", kata Spencer sambil menutup buku itu dengan kasar.

                 "Alah kau. Lagipun masa tu kau sibuk kerja kat Indon. Aku malas lah nak beria describe kau kat dalam buku tu", kata Ariq mendatar.

                  "Ahh !!! Alasan !!!", jerit Spencer kuat.

                  "Ya Allah...", kata Ariq perlahan sambil meraup mukanya dengan kasar.

                 "Wow... First time dengar", kata Aryan mendatar sambil tersenyum.

                 Hayden dan Jayden hanya memerhati dari tepi. Malas mahu jadi bodoh sama seperti mereka. Serius ah pasal buku pun nak gaduh ?

                "Dahlah. Tadi kata nak cakap dengan perempuan tu", celah Hayden.

                "Okay. Sekarang ni misi untuk cari abang dia", kata Ariq sambil jarinya sibuk memusing-musingkan sebatang pen.

                 "Taknak bagitahu perempuan tu dulu ke ?", tanya Hayden mendatar.

                  "Kau pergilah bagitahu. Kau yang nak kahwin, bukannya kitorang", kata Ariq mendatar.

                   "Fuck ? Habistu kalau dia reject macam mana ?", tanya Hayden dengan dahi yang berkerut.

                   "Padan muka kau hahahahahaha", kata Ariq sebelum melepaskan tawanya terbahak-bahak.

                     Jayden, Aryan dan Spencer hanya tersenyum. Nak gelak karang nampak kejam sangat pula.

                   "Aku nak kau cakap dengan dia sendiri", kata Aryan mendatar.

                   "Sekarang ???", tanya Hayden mendatar.

                  "Ha'ah. Pergi panggil dia datang sini", kata Aryan mendatar.

                  "Aduhai...", kata Hayden sambil mengeluh. Lambat-lambat kakinya berdiri juga dari duduk. Perlahan-lahan melangkah ke arah pintu bilik kerja di rumah itu.

                  "Hahahaha", akhirnya Jayden melepaskan tawanya. Habislah kau kena reject.

                  Darlene sedang sibuk membaca novel di dalam biliknya. Aina pula sibuk menonton televisyen di dalam bilik itu.

                 Tok... Tok... Tok...

                 Darlene dan Aina terus menoleh ke arah pintu sebelum Darlene terus berlari ke arah pintu.

                "Siapa tu ?", tanya Darlene lembut.

                "Hay", jawab Hayden sepatah dan mendatar.

                 "Kejap, kejap sir...", kata Darlene sebelum dia terus mencapai selendangnya dan disarung kemas.

                  Aina memberi isyarat seperti 'dia nak apa ?' kepada Darlene sebelum Darlene hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

                 Perlahan-lahan Darlene membuka pintu bilik itu. Hayden kelihatan sedang bersandar di tepi pintu. Tangannya elok bersilang di dada.

                 "Ya, sir ? Kenapa ? Boleh saya bantu ?", tanya Darlene lembut.

                  "Hmm. Ikut aku jap", kata Hayden sambil terus meninggalkan Darlene di belakang.

                 "Hah ? Nak pergi mana ?", tanya Darlene sambil mengerutkan dahinya.

                  "Bilik kerja", jawab Hayden mendatar.

                  Darlene yang masih tidak faham itu hanya mengekor dari belakang.

                  Teet... Teet... Teet... Teet... Teet... Teet...

                 Pintu bilik kerja dibuka dengan kasar sebelum Hayden dan Darlene terus masuk ke dalam bilik itu.

                "Itu dia... Sejam kitorang tunggu", kata Ariq mendatar. Mata merenung ke arah Darlene.

                  Darlene hanya memerhati suasana bilik itu. Kerusi besar di dalam bilik itu diduduki oleh Ariq manakala yang lain hanya duduk di sofa. Kenapa bukan sir Froy yang duduk kat situ ? Bukan ke sir Froy yang CEO ?

                  Jantung Darlene sudah berdegup dengan kencang. Apahal semua bos nak jumpa dengan aku ni ? Aku ada buat salah ke ? Aku akan diberhentikan kerja ke ?

                  Hayden terus mengambil tempat di sofa sekaligus meninggalkan Darlene berdiri seorang diri di tengah-tengah bilik itu.

                  "Kau tahu kenapa kau dipanggil ke sini ?", tanya Ariq yang sedang duduk di kerusi utama atau dikenali sebagai 'main seat' di dalam bilik itu.

                  "Tttt.... Tak tahu sir...", jawab Darlene tersekat-sekat.

                  "Hay, do your job", kata Aryan mendatar.

                   Darlene terus menoleh ke arah Hayden. Do your job ?? Apa maksud dia tu ?? Kerja apa yang sir Hay kena buat ni ??? Apa kaitan dengan aku ??

                   Hayden menghela nafas panjang sebelum dia menoleh ke arah Darlene. Gadis itu ditenung lama.

                   "Darlene Fareesha binti Danial Fazriey", kata Hayden mendatar.

                   Darlene terus membulatkan matanya.

                   "Macam mana sir boleh tahu nama panjang saya ?", tanya Darlene lembut.

                   "Aku bos kau. Agak-agaklah...", jawab Hayden mendatar.

                   "Oh, sorry-sorry sir...", kata Darlene lembut.

                   "Ada benda penting aku nak cakap ni", kata Hayden mendatar.

                   "Apa dia, sir?"

                    Hayden kemudian hanya mendiamkan diri. Mata merenung ke arah lantai.

                   "Sir ?", panggil Darlene lembut.

                   "Fuck. Kau melambatkan kerja lah sial. Kau nak aku yang tolong cakapkan ke ?", celah Ariq mendatar.

                    Aryan terus mengangkat tangannya memberi isyarat supaya Ariq dapat menutup mulut.

                   "Takda apalah. Kau boleh keluar", celah Aryan mendatar. Mata memandang ke arah Darlene.

                   "Oh okay. Terima kasih, sir", kata Darlene sebelum terus melangkah keluar dari bilik itu.

                   "Kau perlukan privacy ?", tanya Aryan kepada Hayden.

                   "Hmm. Biar kita settle benda ni guna cara kita jelah", kata Hayden sambil berdiri dari duduknya. Kaki melangkah ke arah pintu.

                  Jayden, Spencer, Ariq dan Aryan hanya memerhati tanpa sepatah kata. Setelah beberapa saat, Hayden melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan komputer ribanya di tangan.

                  "Kenapa nak guna cara kita ?", tanya Spencer mendatar.

                 "Sebab instinct aku kata yang dia takkan terima aku sebagai suami dia", kata Hayden sambil menghidupkan komputer ribanya.

                "Up to you...", kata Aryan mendatar.

               "So....", kata Hayden sambil menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya.

                 Ariq dan Spencer terus bangun dari duduknya sebelum melangkah ke arah Hayden, Jayden dan Aryan yang berada di sofa hitam di dalam bilik yang besar itu.

                 "Dia ada tiga orang abang. Danial Fezrul, 29 tahun. Danial Fadza, 27 tahun dan Danial Faris, 26 tahun", kata Hayden mendatar. Mata masih tertumpu di komputer riba miliknya.

                 "Nak mulakan yang mana satu ?", tanya Jayden mendatar.

                 "Sabar. Kita cari kelemahan sorang-sorang dulu", kata Hayden mendatar.

                  Mata masing-masing tertumpu di komputer riba milik Hayden sebelum masing-masing tersenyum lebar.

                  "Nice", kata Hayden sepatah.

                  "Makin mudah lah kerja kita", kata Ariq sambil menepuk-nepuk bahu Hayden dengan kasar.

                   "Mari mulakan kerja", kata Hayden sebelum terus menutup komputer ribanya.

                    Masing-masing terus berdiri dan melangkah keluar dari bilik itu.

                   Fezrul mengemas barang-barangnya untuk pulang ke rumah. Dia terpaksa membuat kerja sampingan supaya dapat sara keluarganya yang kini sudah semakin bertambah.

Danial Fezrul bin Danial Fazriey. Jejaka berumur 29 tahun kini bekerja di salah sebuah restoran besar di ibu kota. Penipuan tentang kerjayanya hanyalah dusta semata-mata. Katanya dia telah berjaya membuka sebuah restoran besar dan mewah di ibu kota, tetapi itu semua dusta tahi. Padahal kerja sebagai pelayan sahaja.

Fezrul melangkah ke arah kereta Perodua Myvi miliknya yang terletak di tempat letak kereta. Bila lah dapat tukar kereta lain...

Fezrul berdiri di tepi keretanya selepas menyedari terdapat sebuah Toyota Vellfire bewarna hitam tiba-tiba memarkir keretanya di belakang kereta Fezrul. Dah apahal kereta ni ? Biadab betul.

Mata Fezrul terbungkam selepas melihat lima orang lelaki barat melangkah keluar dari kereta hitam itu. Masing-masing memakai pakaian bewarna hitam. Spek maya hitam yang dipakai oleh mereka nampak sangat bergaya.

"Danial Fezrul bin Danial Fazriey", kata salah seorang dari lima jejaka itu.

"Yes ?", tanya Fezrul mendatar. Macam mana diorang boleh tahu nama aku ? Siapa diorang ni ? Macam gay ke semua.

Ariq melangkah mendekati Fezrul. Dia berdiri betul-betul di hadapan lelaki melayu itu sebelum spek mata hitamnya dinaikkan ke dahi.

"Frandy", kata Ariq sambil menghulur tangannya untuk berjabat tangan.

"Fezrul", kata Fezrul sambil menyambut huluran Ariq.

"Froy"

"Jayden"

"Hayden"

"Spencer"

Fezrul hanya mengangguk semasa yang lain memperkenalkan diri masing-masing.

"Boleh ikut kami ?", tanya Ariq lembut. Dasar munafik acah baik.

"Ikut pergi mana ? Encik-encik ni nak apa dari saya ?", tanya Fezrul lembut.

"Kami ada hal penting untuk dibincangkan dengan encik. Kami harap encik dapat beri kerjasama", kata Aryan pula lembut.

"Hal apa yang penting sangat tu ? Maaflah, tapi saya nak kena balik ni. Bini dengan anak-anak tengah tunggu dekat rumah.

"Maafkan saya, tapi tu ke bini dengan anak-anak encik ?", tanya Ariq sebelum menunjuk ke arah sebuah lagi Toyota Vellfire yang baru tiba.

Fezrul menoleh ke arah kereta itu sebelum isteri dan dua orang anak lelakinya keluar dari kereta itu.

"Sayang ?", tanya Fezrul perlahan.

"Isteri dengan anak-anak encik ada dengan kami. Jangan risau kami takkan apa-apakan mereka. Saya cuma harap encik dapat beri kerjasama dengan kami", kata Aryan lembut. Cuba untuk memujuk dengan cara yang agak munafik.

Fezrul menoleh ke arah Aryan sebelum dia mengangguk sedikit tanda setuju.

"Sila masuk ke dalam kereta kami", kata Aryan sambil menunjuk ke arah Toyota Vellfire mereka.

"Isteri dengan anak-anak encik akan ikut sekali, jangan risau", kata Aryan lagi.

Fezrul tanpa banyak kata terus melangkah mahu masuk ke dalam kereta besar itu.

Dua buah Toyota Vellfire bergerak dengan laju di jalan raya.

"Maaf, saya takda adik perempuan", kata Fezrul mendatar. Selepas sahaja mereka tiba di rumah banglo milik syarikat Louise, mereka terus meneruskan tujuan utama mereka mahu berbincang dengan Fezrul.

"Encik tahu dia tak bersalah dalam hal kebakaran tu. Tapi kenapa encik masih nak salahkan dia ?", tanya Aryan mendatar.

"Dia salah sebab lagi pentingkan kerja daripada bapa sendiri !", kata Fezrul kuat.

"Encik tahu tak dia bekerja dengan siapa ? Dekat mana ?", tanya Aryan lembut.

"Syarikat besar yang ada dekat tengah bandar tu. Orang kata tu syarikat dari barat", jawab Fezrul mendatar.

"Tahu tak siapa owner dia ?", tanya Aryan lagi. Hayden, Jayden, Spencer dan Ariq hanya mendiamkan diri sambil memerhati dan mendengar perbualan mereka.

"Tak tahu. Tapi dengar cerita owner dia tu bukan orang Malaysia. Tu jelah yang saya tahu", kata Fezrul mendatar.

"Kami owner syarikat tu", kata Aryan sambil tersenyum nipis.

"Hah ??? Yeke ?", tanya Fezrul seperti tidak percaya.

"Nama panjang saya Aryan Froy Louise. Nama company tu The Louise Holdings", kata Aryan sambil tersenyum.

"Oh... Tadi encik kata encik ni mafia dari Amerika. Sekarang pemilik syarikat pula. Yang mana satu ni encik ?", tanya Fezrul dengan kening yang diangkat tinggi.

"Kami ni bukannya nak bercerita pasal diri kami. Tapi kami cuma nak encik jadi wali untuk perkahwinan adik perempuan encik dengan salah sorang anak buah saya", kata Aryan lembut.

"Maafkan saya. Walaupun saya tak anggap dia tu adik saya, saya tetap taknak dia kahwin dengan gangster malah pembunuh. Saya minta diri dulu", kata Fezrul sebelum berdiri dari duduknya. Kaki melangkah untuk ke pintu keluar dari bilik itu.

Aryan memberi isyarat kepada Hayden sebelum dengan pantas Hayden melangkah dan menghalang Fezrul untuk keluar dari bilik itu.

"Tolong ketepi", kata Fezrul mendatar.

"Kami cakap baik-baik. Tolong beri kerjasama", kata Aryan yang masih di kerusinya.

"Berambus lah ! Jangan sampai aku mengamuk kat sini !", kata Fezrul kuat ke arah Hayden.

Dengan pantas Hayden mengeluarkan selaras pistol sebelum pistol itu diacukan ke arah Fezrul.

"Jangan sampai kami guna cara kami", kata Hayden dingin.

"Apa ni ?!!", kata Fezrul kuat. Jantungnya sudah mulai berdegup dengan kencang dek kerana takut.

"Apa yang kau nak untuk kau jadi wali dia ?", kata Hayden dingin.

Aryan melangkah ke arah Fezrul.

"1 million. Deal ?", tanya Aryan sambil menghulur tangannya.

Fezrul terdiam saat mendengar '1 million'. Siapa yang taknak duit banyak tu woi !!!

Perlahan-lahan Fezrul menyambut huluran tangan Aryan.

Hayden, Jayden, Spencer, Ariq dan Aryan tersenyum nipis. Selesai satu kerja.


Hi readers yang saya sayangi semua. Terlalu ramai yang message saya untuk tanya soalan dan lain-lain. Tapi account wattpad saya ada problem so saya tak boleh nak reply message korang semua. Kepada sesiapa yang nak cakap apa-apa or tanya apa-apa. Sila tanya di instagram yang saya buat khas untuk wattpad sahaja. Jangan risau saya akan reply semua but take time.

Sila follow di instagram @itsariaseva

JANGAN LUPA FOLLOW DAN DM !! LOVE YOU ALL !!

@itsariaseva

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro