Bab 13
Darlene melangkah turun ke tingkat bawah sebelum matanya menangkap susuk tubuh seorang perempuan yang sedang mendukung seorang bayi lelaki.
"Comelnya anak awak. Campuran barat asia hehe", kata Darlene perlahan.
"Hahaha takdalah. Dia banyak ikut muka papa dia je", kata Erika lembut. Tangan elok menepuk-nepuk punggung Aaden.
"Comel sangat lah dia", kata Darlene lagi. Bibir terukir senyuman lebar.
"Kalau you nak ada anak comel, you kahwin lah dengan orang barat. Nanti mesti comel anak you", kata Erika sambil tersenyum mesra.
"Mana saya nak dapat orang barat tu hahaha", kata Darlene sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Tu", kata Erika sambil memberi isyarat mata ke arah Hayden yang baru turun dari tingkat atas.
Darlene menoleh ke arah Hayden sebelum dia terdiam seketika. Lelaki itu kelihatan extra kacak dengan kemeja hitam yang dipakainya.
Hayden hanya mendiamkan diri sebelum dia terus melangkah ke arah Darlene dan Erika.
"Fran ada bagitahu tak pukul berapa balik KL ?", tanya Hayden kepada Erika.
"Dia kata pukul 12 karang bertolak", jawab Erika lembut.
Hayden hanya mengangguk sedikit sebelum dia menoleh ke arah Darlene. Gadis itu masih lagi memandang ke arahnya.
"Kenapa ? Kau nak tahu aku ni Hay atau Jay ke ?", tanya Hayden mendatar.
"Eh takdalah sir. Saya rasa sir ni sir Hayden. Betul tak ?", tanya Darlene lembut.
"Hmm. Jom teman aku pergi makan", kata Hayden sebelum dia terus melangkah ke pintu rumah.
"Hah ??? Teman sir pergi makan ???", tanya Darlene. Aku tersalah dengar ke tadi ?
"Haah. Pekak ke ?", tanya Hayden dingin.
Erika yang berada di situ hanya tersenyum nipis.
"Errr....", Darlene menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak teman ke tak eh ?
"Kalau taknak takpa, aku pergi makan sorang", kata Hayden sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah. Kaki terus melangkah ke arah sebuah Audi.
"Eh sir !", jerit Darlene sedikit kuat sebelum dia terus berlari keluar dari rumah. Kelihatan Hayden sudah pun berada di dalam kereta.
Tok... Tok... Tok...
Darlene mengetuk tingkap kereta mewah itu.
Perlahan-lahan tingkap kereta itu terbuka.
"Masuklah cepat", kata Hayden mendatar.
Tanpa banyak kata Darlene terus membuka pintu belakang sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta.
Hayden hanya mendiamkan diri sebelum dia menghela nafas panjang.
"Kenapa tak jalan lagi sir ? Kita tunggu siapa ?", tanya Darlene lembut.
"Kau fikir aku ni driver kau ke ?", tanya Hayden mendatar.
"Hah ?? Mana ada saya fikir macamtu sir", kata Darlene lembut. Dahinya berkerut seribu.
"Duduk depan sekarang", kata Hayden mendatar. Wajahnya masih tenang.
"Hah ? Takpa ke kalau saya duduk depan ?", tanya Darlene dengan wajah yang masih terpinga-pinga.
"Kau ni banyak tanyalah. Aku lapar ni. Jangan sampai aku telan kau hidup-hidup", kata Hayden dingin. Boleh naik api kepalanya jika melayan si gadis lembab itu.
"Erk... Okay, okay... Saya duduk depan", kata Darlene sebelum dia membuka pintu dan terus melangkah ke tempat duduk hadapan.
Darlene menutup pintu kereta dengan perlahan sebelum dia menoleh ke arah Hayden. Lelaki itu juga sedang memandangnya dengan pandangan yang dingin.
"Err... Sir... Jomlah... Tadi kata lapar", kata Darlene lembut.
Hayden tidak menjawab malah terus menoleh ke hadapan sebelum menukar gear dan menekan pedal minyak.
"Yang lain tak ikut ke ? Mana sir Jayden ? Sir Spencer ? Sir Frandy ? Sir Froy ?", tanya Darlene yang sedang bermain-main dengan jarinya sendiri.
"Diorang sibuk kemas barang. Apasal ? Kau tak suka keluar dengan aku ke ?", tanya Hayden mendatar tanpa menoleh.
"Eh bukan macamtu ! Saya cuma rasa awkward sikit", kata Darlene lembit.
"Awkward ?", tanya Hayden sepatah.
"Ha'ah. Sir nak pergi makan dekat mana ni ?", tanya Darlene yang sedang cuba untuk menukar topik perbualan antara mereka.
"Apahal kau awkward dengan aku ?", tanya Hayden mendatar.
"Takda apa sir. Saya cuma tak biasa dengan sir", kata Darlene lembut.
"Bekas tunang kau cari kau lagi ?", tanya Hayden mendatar. Mata masih ditumpukan ke jalan raya.
"Hah ? Kenapa sir nak tahu ?"
"Tak boleh ?", tanya Hayden kembali.
"Eh boleh je. Dia takda contact saya dah. Kelmarin tu jelah last", jawab Darlene lembut.
"Hmm. Apa nama dia ?", tanya Hayden lagi.
"Tak pelik pun tiba-tiba sir tanya nama dia", kata Darlene dalam nada berbisik. Dah kenapa boss kacak aku ni ? Kenapa nak tahu pula ?
"Memang pelik. Tapi tak salah kan ? Sebab kau memang anggap aku ni orang yang pelik pun kan ?", perli Hayden mendatar.
"Eh ?!!!", jerit Darlene sedikit kuat.
"Apa ? Tak betul ke ?", tanya Hayden sebelum dia menoleh ke arah Darlene yang sedang memandang ke arahnya.
"Macam mana sir tahu ?!", tanya Darlene pula. Matanya merenung ke dalam anak mata lelaki dingin itu.
Hayden terus menoleh ke hadapan sebelum dia menghela nafas panjang. Bangang betullah.
"Sorry sir...", kata Darlene tiba-tiba.
"Apasal minta maaf ?", tanya Hayden mendatar.
"Takda apa-apa sir", jawab Darlene sambil menoleh ke hadapan.
"Kau taknak makan ke ?", tanya Hayden mendatar. Mata merenung ke dalam anak mata coklat pekat milik Darlene.
Darlene hanya menggelengkan kepalanya sebelum dia menoleh ke kanan dan kiri. Mata sibuk merayap.
"Apahal ?", tanya Hayden yang melihat Darlene seperti sedang memerhati sekeliling.
"Kenapa semua orang asyik pandang kita je dari tadi. Sejak kita turun dari kereta lagi diorang dah pandang pelik", kata Darlene dalam nada berbisik.
"Sebab aku handsome sangat kot", kata Hayden sambil menyuap nasi lemaknya ke dalam mulut. Muka hanya bersahaja.
Darlene hanya memerhati Hayden yang bersahaja itu. Kau memanglah handsome, tapi janganlah riak pulak. Karang muka tu cacat sebelah baru tahu.
"Sir, kalau saya nak tanya sesuatu, boleh ?", tanya Darlene lembut.
"Hmm. Apa dia ?"
"Sir kata sir ni seorang pembunuh. Haritu pun sir hampir bunuh saya", kata Darlene masih dalam lembutnya.
Hayden hanya menunggu ayat itu disambung oleh gadis ayu di hadapannya itu.
"Sir taknak cuba berubah ke ?", tanya Darlene sambil mengerutkan dahinya.
Hayden hanya mendiamkan diri sebelum dia terus bangun dari duduknya.
"Eh sir... Sir nak pergi mana ? Saya minta maaf kalau sir terasa dengan soalan saya. Saya takda niat pun nak sakitkan hati sir", kata Darlene lembut. Tangannya elok membuat isyarat maaf.
"Aku nak pergi bayar. Kau pergi tunggu dalam kereta lah. Nah kunci kereta", kata Hayden sambil menghulur kunci kereta Audinya.
"Eh taknak lah... Saya takutlah kalau kejap lagi ada orang nak curi kereta ke apa. Saya tak biasa dengan kereta mewah ni", kata Darlene sambil menggelengkan kepalanya.
"Banyak cakaplah kau ni. Tunggu kat sini, aku pergi bayar kejap", kata Hayden sebelum dia terus melangkah ke arah kaunter.
"Asyik-asyik nak marah", kata Darlene sebelum dia terus menongkat dagunya.
Darlene hanya memerhati bos kacaknya daripada jauh. Banyak juga mata-mata disitu yang sedang memerhatikan jejaka itu. Maklumlah, terlajak handsome.
"Hi, Darlene. Long time no see", tegur satu suara dari belakang Darlene.
Dengan pantas Darlene menoleh sebelum matanya terbuntang luas. Oh shit...
"Apa abang buat kat sini ?", tanya Darlene mendatar.
Perlahan-lahan Khairul melangkah sebelum mengambil tempat di hadapan gadis itu.
"Abang dah kata abang selalu ada dekat dengan Lene", kata Khairul dengan senyuman manisnya. Wajahnya kacak tetapi hanya kacak kacukan Melayu-Cina.
Darlene hanya mendiamkan diri. Kenapa kau muncul waktu-waktu sebegini...
"Lene sorang jeke ?", tanya Khairul lembut.
"Err... Lene...", Darlene tidak sempat menghabiskan ayatnya sebelum ayatnya itu dipotong laju.
"Dia dengan aku", kata satu suara garau dari tepi meja mereka. Aura jejaka ini jauh lebih menakutkan berbanding aura si harimau. Wajahnya dingin bagaikan salju. Tetapi raup wajahnya itu tampak sangat tenang.
Dengan pantas Darlene dan Khairul menoleh ke tepi meja sebelum Khairul terus berdiri dari duduknya.
Darlene hanya memerhati dua jejaka yang kini sudah berdiri dengan mata yang saling bertentangan.
"Hayden", kata Hayden sepatah.
"Khairul", kata Khairul sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan jejaka kacak dingin dihadapannya itu.
Hayden hanya diam tidak bergerak sebelum dia terus menoleh ke arah Darlene.
"Jom", kata Hayden sepatah. Kaki terus melangkah meninggalkan Darlene dan Khairul di situ.
Khairul menarik tangannya semula apabila Hayden langsung tidak berjabat tangan dengannya.
"Tunggu !", jerit Darlene sedikit kuat sebelum dia menunduk sedikit dan terus berlari mengekori Hayden dari belakang.
Khairul hanya mendiamkan diri melihat mereka pergi. Sombongnya lelaki tu.
Darlene mencari nafas selepas berlari ke arah kereta sebentar tadi. Hayden elok membelek telefon bimbitnya di tempat duduk pemandu.
"Kenapa sir tak salam dia ?", tanya Darlene yang sudah cukup nafas. Mata memandang ke arah Hayden yang sedang ralit membelek telefon bimbitnya.
"Perlu ke ?", tanya Hayden kembali.
"Saya taknak jadi biadab, tapi tu kan adab. Tak salah pun kalau sir salam dia tadi"; kata Darlene lembut.
"Kau nak mengajar aku ke sekarang ni ?", tanya Hayden sambil menoleh ke arah Darlene.
"Eh tak tak... Maafkan saya, sir", kata Darlene sebelum terus menoleh ke hadapan. Langsung tidak boleh bertentang mata dengan jejaka dingin itu.
Hayden hanya mendiamkan diri sebelum terus memulakan pemanduannya. Mata tertumpu di jalan raya.
"Tadi tu lah bekas tunang saya...", kata Darlene perlahan.
"Ada aku tanya ke ?", soal Hayden mendatar. Langsung tiada minat dengan cerita yang bosan itu.
"Takda. Sorry sir", kata Darlene lembut. Siapa je yang tak terasa hati kalau dengan si dingin ni ? Haih...
Hayden dan Darlene tiba di rumah Isha pada pukul 11.00 pagi. Masing-masing hanya mendiamkan diri semasa dalam perjalanan sebentar tadi. Hayden sudah mula dengan dinginnya yang langsung tidak berkata walaupun sepatah. Darlene pula hanya takut untuk menegur.
"Bro, kau tak belikan makanan untuk aku sekali ke ?", tanya Ariq yang berada di muka pintu rumah.
"Tak. Perlu ke ?", soal Hayden kembali. Kaki terus melangkah masuk ke dalam rumah diiringi oleh Ariq yang sedang mendukung anaknya. Darlene hanya memerhati sebelum dia juga melangkah masuk ke dalam rumah.
"Kurang ajar la kau. Ada benda sikit aku nak cakap ni", kata Ariq sambil menghulur anaknya ke arah Erika. Bayi lelaki itu disambut sebelum Ariq terus memegang bahu Hayden.
"Apa dia ?", tanya Hayden mendatar. Matanya memerhati Darlene yang melangkah naik ke tingkat atas.
"Aku rasa kau kena ajak Darlene kahwin sekarang", kata Ariq dalam nada berbisik.
"Apahal pulak ?", tanya Hayden dengan dahi yang berkerut.
"Sebab kau dah mula jatuh cinta dekat dia hahahahaha", kata Ariq sebelum melepaskan tawanya terbahak-bahak.
"Bodoh. Aku rasa nak berak lepas tengok muka kau tahu tak ?", kata Hayden sebelum dia turut melangkah meninggalkan Ariq di situ.
"Bro...", panggil Jayden yang sedari tadi memang duduk di sofa ruang tamu.
"Apa ?", sahut Ariq mendatar.
"Baik kau desak sikit si Hay tu. Aku tahu dia nak. Cuma dia ragu-ragu", kata Jayden yang sedang membelek telefon bimbitnya.
"Sabar bro. Ini Frandy lah", kata Ariq sebelum dia terus melangkah naik ke tingkat atas.
Kaki terus melangkah ke bilik Darlene.
Tok... Tok... Tok...
"Siapa ?", tanya Darlene dari dalam bilik.
"Aku", jawab Ariq mendatar.
"Sir Frandy ? Kejap sir, kejap...", kata Darlene dari dalam. Dengan pantas tangannya menyarung shawl di kepala sebelum membuka pintu biliknya.
"Ye... Sir nak apa datang bilik saya ni ?", tanya Darlene lembut.
"Kau nak kerja lama dengan aku ?", tanya Ariq mendatar. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar.
"Mestilah saya nak kerja lama sir... Kenapa sir ?", tanya Darlene. Jantungnya sudah berdegup dengan kencang.
"Kau nak kahwin dengan Hayden ?", tanya Ariq mendatar. Wajahnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
"Hah ?? Sir Hayden ?? Kenapa sir tiba-tiba tanya macam tu ?", tanya Darlene tidak faham.
"Hayden tu suka kau sebenarnya. Tapi dia ego. Suka menipu diri sendiri. Dia tu bodoh tahu tak ?", kata Ariq mendatar.
"Haa ? Apa yang sir cakapkan ni ?", tanya Darlene lagi.
"Dia tu bodoh", kata Ariq lagi.
"Kau nak mati ke babi ?", tanya satu suara dari belakang Ariq.
Dengan perlahan Ariq menoleh sebelum menayangkan senyuman lebar. Darlene pula hanya memerhati. Pelik-peliklah...
"Mari sini kau !", kata Hayden sebelum dia terus menarik rambut Ariq dengan kuat.
"Woi !!!! JANGAN SENTUH RAMBUT AKU !!!!!!!! PENAT AKU BUAT RAMBUT TADI SIAL !!!!!!", jerit Ariq kuat.
"Aku lagi penat dengan perangai kau yang macam babi ni", kata Hayden mendatar. m
Darlene hanya mendiamkan diri dengan senyuman di bibir. Telatah mereka ni kadang-kadang sangat menghiburkan hati. Tiba-tiba otaknya terfikir dengan apa yang dikatakan oleh Ariq sebentar tadi. Apa yang dia cakap tu betul ke ??
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro