Bab 1
Hayden memakai kot kerjanya sebelum dia memandang diri sendiri di dalam cermin. Bibir menayangkan senyuman nipis tanda berpuas hati. Kunci kereta Audi dicapai. Kaki melangkah ke tingkat bawah.
"Madre llamó hace un momento (mummy call tadi)", kata Jayden yang sudah berdiri di tepi kereta milik Hayden.
"Qué quiere ella ? (apa mummy nak ?)", tanya Hayden yang sudah melangkah masuk ke dalam kereta.
"You knew it bro", jawab Jayden yang juga telah masuk ke dalam kereta.
"Marriage ? Ugh... I'm fucking tired talk about that shit", kata Hayden mendatar. Tangan sudah mula menghidupkan enjin kereta sebelum dia terus memulakan pemanduannya.
Darlene memakai baju kemejanya dengan kemas. Kot bewarna hitam dipakai diluar kemejanya. Kasut tumit tinggi sehingga empat inci tinggi disarung cantik.
"Kau yakin ke boss kau akan bagi aku kerja kat sana ?", tanya Aina yang sedang memerhati rakan serumahnya yang sedang sibuk mengunci rumah sewa mereka.
"Aku tak boleh janji. Tapi yang pasti, orang atasan kat company tu memang baik", kata Darlene lembut. Tangan membuka pintu Honda Jazz miliknya.
"Mana kau tahu ?", tanya Aina masih ragu-ragu untuk meminta kerja di syarikat besar yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur itu. The Louise Holdings.
"Aku dah kerja sana bertahun lah, aku tahulah. Banyak cakaplah kau ni. Minggu lepas kau yang sibuk suruh aku carikan kau kerja, harini nak banyak tanya pulak", omel Darlene sambil dia menghidupkan enjin kereta miliknya.
"Kau pernah jumpa ke dengan orang atasan company yang kau kerja tu ?", tanya Aina lagi. Otak masih penuh dengan soalan.
"Tak pernah. Pekerja bawahan macam aku mana layak nak jumpa dengan diorang. Bertembung pun tak pernah. Lagipun memang susah nak jumpa dengan boss kat situ. Diorang stay kat US", terang Darlene yang sudah memulakan pemanduannya.
"Diorang ?"
"Boss dalam company aku tu ada ramai. Semua jawatan tinggi. Takda siapa berani ingkar arahan diorang. Sebab diorang absolutely looked scary", terang Darlene lagi.
"Kau pun takut dengan diorang ke ?", tanya Aina lagi.
"Macam mana aku nak takut kalau jumpa pun tak pernah lagi", kata Darlene lembut.
"Habistu macam mana aku nak mintak kerja kalau nak jumpa dengan boss pun susah ?"
"Kau akan jumpa dengan orang bawahan dia je sis. Bertahun kerja situ pun belum tentu boleh jumpa dengan boss"
Hayden melangkah keluar dari Audi miliknya sebelum tingkap keretanya dipandang seminit.
Rambut coklat cair keperangannya dibetulkan sedikit sebelum tali leher maroon yang dipakainya dikemaskan.
"Hensem-hensem bukan ada orang nak pun. Tak payah nak acah sangat lah bro", kata Jayden yang baru melangkah keluar dari kereta yang sama.
Hayden langsung tidak mempedulikan kata-kata adik kembarnya sebelum dia terus melangkah untuk masuk ke dalam bangunan gah milik ketuanya itu.
"Bro !!!", jerit Jayden kuat.
Hayden menoleh ke belakang sebelum matanya terus tertumpu pada adik kembarnya. Kening diangkat sedikit.
"Voy a ellos. ¿estás siguiendo? (aku nak pergi dekat diorang. Kau nak ikut ?", kata Jayden sambil membuat isyarat tangan.
Hayden hanya menggelengkan kepalanya sebelum Jayden terus melangkah ke arah restoran 24 jam yang terletak di tepi bangunan itu.
Hayden hanya memerhati adik kembarnya melangkah ke restoran di sebelah bangunan itu.
Kebiasaannya dia juga akan turut serta melepak di restoran lama-lama sehinggalah meeting memanggil mereka untuk pulang ke pejabat, tetapi hari ini dia tiada mood untuk pergi melepak.
Tanpa membuang masa, Hayden terus melangkah masuk ke dalam bangunan gah itu. Tangan kanan terletak elok di dalam kocek seluar manakala tangan kiri elok memegang telefon bimbitnya.
"Sir Jayden, saya nak tanya sesuatu ni", kata seorang gadis perempuan yang tiba-tiba melangkah ke arah Hayden yang baru melangkah ke lobi.
Hayden hanya memerhati gadis itu menunggu ayatnya disambung.
"Kalau ada orang nak mintak kerja dekat syarikat ni, dengan siapa dia patut berjumpa eh ? Maaflah saya baru dekat sini, banyak benda kena belajar lagi", kata gadis berkaca mata itu.
Perlahan-lahan Hayden menundukkan sedikit badannya supaya sama tinggi dengan gadis pendek itu. Kira-kira dalam 160cm.
Gadis yang tadi berani kini tiba-tiba jadi kaku tidak bergerak.
"Seriuslah ? Kau tanya aku ?", tanya Hayden cukup dingin. Senyuman langsung tidak terukir di bibir.
"Ttt...akk.. Tak... Sir...", tersekat-sekat jawapan gadis itu dek kerana terlalu takut. Bukannya dia tidak pernah dengar khabar berita tentang dua orang jejaka dari pangkat atasan yang sangat dingin dan kejam. Tuan Frandy dan Tuan Hayden. Fikirnya di depannya itu ialah Jayden, tetapi tersalah pula.
Hayden berdiri dengan tegak semula sebelum dia memandang gadis pendek itu tanpa perasaan.
Satu saat... Dua saat... Tiga saat...
Hayden terus melangkah meninggalkan perempuan katik itu di situ.
"Sir Hayden rupanya, ingatkan Sir Jayden...", bisik gadis itu perlahan.
Hayden yang mendengar bisikan gadis itu terus menghentikan langkahnya.
"Erkk !!!", gadis itu ketakutan semula tetapi masih berdiri di tempatnya.
"Jumpa dengan Kevin. Dia akan uruskan bahagian tu. Jangan pernah tanya lagi lepasni", kata Hayden mendatar tanpa menoleh.
Rasa serba salah timbul apabila dia mendengar bisikan gadis itu. Nampak sangat pekerja di situ memang lebih bencikannya berbanding adik kembarnya yang sedikit sempoi.
"Te...rima kasih Sir Hayden", kata gadis itu lembut.
"Hmm", jawab Hayden mendatar sebelum dia melangkah ke arah lif VVIP yang berada di hujung lobi. Jari menekan punat lif sebelum dia menunggu dengan sabar di hadapan lif.
"Weh ! Kau buat apa kat tengah-tengah lobi ni ?", tanya Darlene yang perasan akan kawannya yang sedang berdiri di tengah-tengah lobi.
"Lene !", jerit Sofia teruja.
"Apa ?!!", tanya Darlene kuat.
"Kau cakap kat sini susah nak jumpa orang atasan", kata Sofia lembut.
"Haah. Pastu kenapa ?", tanya Darlene dengan dahi yang berkerut.
Aina hanya memerhati dua gadis itu tanpa perasaan.
"Aku baru je jumpa dengan salah sorang ! Dan dia bercakap dengan aku !!", kata Sofia penuh teruja.
"Seriously ?! Wahh... Beruntungnya kau !!", kata Darlene pula.
"Kenapa kau cakap susah nak terserempak dengan diorang ? Kan semua masuk kerja waktu yang sama je", kata Sofia lembut.
"Orang atasan tu selalunya masuk lambat. Tak tahulah pergi lepak ke apa", kata Darlene mendatar.
"Aku kena jumpa dengan siapa untuk mintak kerja ni ?", celah Aina yang sudah lama sabar menunggu.
"Kau pergilah tingkat 20, jumpa dengan lelaki cina nama Kevin. Aku dah tanya Sir Hayden tadi. Appointment tu Lene dah uruskan untuk kau", jawab Sofia lembut.
"Oh okay...", kata Aina sebelum dia melangkah mengelilingi lobi itu. Tangan elok memeluk fail-fail miliknya.
"Cantiknya syarikat ni...", bisik Aina perlahan. Mata tertumpu pada hiasan kristal yang berada di dalam bangunan itu.
BUKKK !!!
Berterabur fail-fail milik Aina di atas lantai.
Hayden yang terasa dirinya dilanggar dari belakang terus menoleh ke belakang tanpa reaksi muka.
"Maaf encik... Maaf saya tak perasan tadi. Maaf sangat-sangat", kata Aina sambil mengutip fail-failnya. Mata langsung tidak menoleh ke atas.
Siapa pulak yang berani lalu depan lif VVIP ni ? Siap langgar aku lagi. Sialan.
Selepas Aina selesai mengutip fail-failnya, dia terus berdiri tegak sebelum menoleh ke arah Hayden.
"KAU ?!!!!", jerit Aina sedikit kuat.
Hayden terus mengerutkan keningnya. Aik ? Kenal aku ke ?
"Oh tak sangka pulak kau kerja dekat sini. So ni lah syarikat suami kepada sepupu aku tu ?", kata Aina penuh sinis.
Hayden yang masih tidak faham hanya mendiamkan diri. Tangan kanan masih terletak elok di dalam kocek seluar.
"Tak sangka pulak orang atasan syarikat ni semuanya pembunuh. Patutlah jarang jumpa dengan pekerja", kata Aina selamba.
"Aina !", jerit Darlene dan Sofia dari arah tengah lobi. Kaki terus berlari ke arah Hayden dan Aina.
"Mujur aku tak perlu berjumpa dengan orang atasan untuk mintak kerja dekat sini", kata Aina mendatar.
Darlene dan Sofia yang mendengar ayat Aina itu terus terbeliakkan mata mereka.
"Weh Aina apa kau buat ni ?!", tanya Darlene kuat tetapi dalam nada berbisik.
"Kau tak cakap kat aku pulak yang boss-boss kat sini semua pembunuh ?", tanya Aina kuat.
Hayden yang mendengar itu terus melepaskan nafas beratnya. Menyusahkan betullah.
Beberapa pasang mata hanya memerhati mereka yang seperti sedang berborak dengan orang atasan syarikat itu.
"Pembunuh ? Apa kau cakap ni Aina ?! Jaga sikit adab kau dengan orang atasan !", Sofia memberi amaran tegas.
"Sir ni Sir Hayden atau Sir Jayden ?", tanya Darlene yang tidak pernah dapat membezakan antara kedua kembar itu walaupun sebelum ni hanya melihat dari dalam gambar.
"Apa kau buat kat sini ?", tanya Jayden dingin. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar. Mata tertumpu pada Aina.
Hayden, Darlene, Aina dan Sofia terus menoleh ke arah Jayden, Ariq, Aryan dan Spencer yang baru melangkah ke arah mereka.
"Oh my god...", bisik Darlene sebelum dia menutup mulutnya dengan telapak tangan. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Mimpi yang mahu dijadikan kenyataan sudah pun menjadi kenyataan. Sudah tiga tahun dia berimpian untuk berjumpa dengan orang atasan di syarikat yang dia sedang bekerja. Baru hari ini dia dapat berjumpa dengan mereka.
Hayden, Jayden, Ariq, Aryan dan Spencer elok berdiri dengan tangan kanan terletak elok di dalam kocek seluar.
Banyak mata yang sedang memerhati mereka.
"Hah ?", Aina sudah mengerutkan dahinya. Matanya memandang ke arah Hayden sebelum kembali ke arah Jayden.
"A...da du...a... Ada dua ?", tanya Aina dengan dahi yang berkerut.
"Si hodoh, right ?", tanya Ariq mendatar.
Hayden hanya mendiamkan diri. Oh kening bersambung tu ke.
Aina hanya merengus kasar sebelum dia menoleh ke arah Darlene.
"Apasal kau tak cakap yang boss-boss kat sini semua pembunuh ?! Budak-budak mafia !", kata Aina kuat.
"Apa kau cakap ni ?! Jaga adab kau sikit Aina !", kata Darlene kuat.
"Dia ni hampir bunuh aku haritu !", kata Aina sambil menunjuk jari telunjuknya ke arah Jayden kemudian ke arah Hayden.
"It wasn't me dude", kata Hayden mendatar.
"Mana-mana jelah ! Manalah aku tahu yang mana satu !", kata Aina kuat. Walaupun tidak tahu berbahasa inggeris, dia seperti dapat mengagak apa yang dikatakan oleh jejaka kacak itu.
"Apa kau merepek ni ?! Jangan nak mengarut boleh tak ?! Jangan nak memalukan diri depan orang lah !", kata Darlene kuat.
"Aku tak tipu ! Tolonglah percayakan aku ! Dia hampir bunuh aku masa raya haritu ! Aku berani bersumpah !", kata Aina lagi.
"Sudah !! Baik kau naik jumpa Sir Kevin sekarang", kata Sofea tegas.
"Aku taknak kerja dekat sini !! Aku tak hadap nak kerja dengan manusia kejam macam diorang semua !!", jerit Aina kuat. Kaki terus melangkah mahu meninggalkan mereka.
Dengan pantas Darlene memegang tangan Aina.
"Kau jangan nak buat gila lah Aina ! Aku yang uruskan appointment kau dengan Sir Kevin. Kalau kau blah, aku yang kena tau !!", marah Darlene.
Aina terus menoleh ke arah jejaka-jejaka kejam yang kacak itu. Masing-masing masih berdiri dengan mata yang masih tertumpu padanya.
"Aku akan pergi je. Aku tak janji aku akan kerja sini", kata Aina sebelum dia dan Darlene terus melangkah ke arah mereka semula.
"Habis dah ?", tanya Ariq mendatar.
"Aku buat ni demi kawan aku. Aku tak janji akan kerja dekat sini", kata Aina mendatar.
"Datang untuk mintak kerja ke ? Haha", kata Ariq sinis.
"Aku takkan kerja dekat sini lah !", jerit Aina kuat.
Darlene dan Sofia hanya mendiamkan diri. Tidak berani mahu masuk campur.
"Well... Kita tengok sendiri kau sanggup tolak ke tak tawaran gaji kalau kerja dekat sini", kata Ariq sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam lif.
"Uruskan", kata Aryan sepatah sebelum dia turut melangkah masuk ke dalam lif.
Hayden hanya melepaskan nafas panjangnya sebelum dia menoleh ke arah Aina, Darlene dan Sofia.
"Kau berdua, masuk bilik aku sekarang. Kau pulak...", Hayden menunjuk ke arah Aina.
"Pergilah appointment tu. Cau", kata Hayden sebelum dia melangkah masuk ke dalam lif diikuti oleh Jayden yang sedang tersenyum sinis.
Selepas melihat pintu lif tertutup, Darlene terus menoleh ke arah Sofia.
"Alamak... Kita akan dipecat ke ?!!", tanya Darlene cemas.
"Yang kau pun satu, jangan nak buat hal boleh tak ?", kata Sofia kepada Aina sebelum dia terus melangkah ke arah lif pekerja bersama-sama dengan Darlene.
Spencer melangkah ke arah Aina sebelum mereka bertentang mata.
"Watch your words if you don't want to die", kata Spencer mendatar.
"Hah ?", tanya Aina tidak faham.
"Oh shit. Tak faham ke ?", tanya Spencer mendatar.
Perlahan-lahan Aina menggelengkan kepalanya.
"The fuck ? You're stupid as hell", kata Spencer dengan kening yang dikerutkan.
"Hah ?", tanya Aina lagi.
"Jaga adab kalau taknak mati. Kau tahu dengan siapa kau tengah berdepan sekarang", kata Spencer sebelum dia terus melangkah ke lif VVIP.
Punat lif ditekan sebelum diketuk beberapa kali.
"Babi tinggal aku sorang-sorang. Dahlah nak kena tunggu lif berjam. Yang aku pun satu, siapa suruh pergi tandas tadi. Ala bodoh betul", omel Spencer seorang diri.
Aina hanya mengerutkan dahinya selepas melihat Spencer bercakap seorang diri. Gila ke apa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro