
Bab 1
Lara menunduk membetulkan kasut tumit tinggi milik anak tuan rumahnya, Tengku Esyal Medina. Aktiviti kebiasaan, kerap kali dia dijadikan hamba oleh orang kaya tersebut. Dia dah tak hairan, selalunya dia akan diberi upah lebih. Seronok dapat belanja barang dapur, makanan yang dia sukai dan semestinya lebih seronok memborong novel-novel cinta. Berangan hanya dalam mimpi. Itu sajalah hobinya tika kesepian melanda.
"Dah siap, tengku," ujarnya pendek. Dia tidak akan bangun selagi Tengku Esyal tidak membenarkan. Tengku Esyal boleh dikatakan sebagai tuan dia. Apa sahaja kehendak Tengku Esyal, dia perlu dituruti tanpa bantahan kerana dirinya telah dijadikan hamba oleh kerabat diraja ini. Dari kecil ibunya telah memberi kuasa mutlak kepada keluarga Tan Sri Maleeq, untuk menjaga keluarga tersebut.
Ibunya dijadikan tukang gaji, memasak dan menguruskan rumah. Dia pula dijadikan orang suruhan Tengku Esyal, sebagai peneman setia gadis jelita dan manja itu.
"Are you sure? Ada habuk kat heels I. You tak nampak ke?" Keras nada Tengku Esyal. Kepala Lara diketuk dengan beg Guccinya, padan muka! Lembab! Mata pun buta tak nampak kesan kotor di kasut tingginya. Dasar pemalas!
"Maaf..." Lara menepuk-nepuk habuk yang jelas tidak kelihatan. Dia tahu Tengku Esyal sengaja membuli dia. Selalunya dia akan dipukul di mana-mana bahagian tubuh sekiranya mood Tengku Esyal tidak baik. Maklumlah perempuan bila bercinta, pasti banyak ragamnya. Walaupun Lara tak pernah alami perasaan cinta itu bagaimana, dia tahu melalui pembacaan novel saja. Setiap malam dia tersenyum-senyum bahagia, membayangkan layanan mesra dan romantik di dalam watak hero novel tersebut.
Bila aku nak merasakan itu semua?
Tak kan ada mungkin.
"You jangan tepuk. Tangan you pun kotor. I nak you tiup guna mulut you. Now!" Herdik Tengku Esyal. Terhenjut bahu Lara kerana terkejut. Dia diam, menghentikan tindakannya lalu mendongak ke atas. Memandang wajah bujur sirih itu, sempurna dan semakin sempurna kerana solekan yang menyerlahkan wajah indah itu. Tapi, luaran saja indah. Dalamannya mungkin membusuk, tak pernah sekali pun layanan baik diberikan oleh Tengku Esyal terhadapnya. Maki hamun, herdik, dan hinaan saja dilemparkan.
Dan, tiada siapa peduli dan menegur sikap Tengku Esyal terhadapnya. Malahan dianggap itu sebagai perkara biasa. Sedangkan hati Lara selalu berlagu sayu, mengenang nasib yang tak pernah indah. Sejujurnya, dia ingin bebas dari sangkar ciptaan keluarga Tengku ini. Tapi, dia tak berduit. Tak berharta untuk tebus kembali harga yang dibayar oleh Tan Sri Maleeq dahulu, tika sesi pembelian dirinya.
Terlalu mahal. Rakyat marhaen sepertinya hanya mampu menunduk hina, patuh segala arahan. Jika tidak, dia akan dibelasah teruk oleh seseorang. Yang tidak dia ketahui, mungkin boleh digelar sebagai malaikat maut. Pernah sekali dia dibelasah, lunyai. Bengkak setiap inci tubuh. Patah jari tangannya. Cacat sebelah jari kelingkingnya. Semuanya gara-gara dia terbangun lewat untuk menemani Tengku Esyal.
Kejam, bukan?
Terlalu kejam sampai dia rasa mahu mati.
Tapi, terua dipujuk rawan dihati. Ini tidak apa-apa. Ibunya lebih teruk hukumannya, disimbah air panas menggelegak, hampir jadi nyawa-nyawa ikan. Separuh wajah ibu berparut teruk. Tapi, dia tahu ibu kuat. Kerana itu, ibu terjebak dalam keluarga ini. Walaupun keluarga Tan Sri Maleeq ini kejam. Makan dan pakaian tak pernah habis. Duit melayang-layang dicampak kepada Lara dan ibunya, dan Lara bahagia kerana ada duit. Sekurangnya dia ada peneman, novel.
Itu saja tempat dia merasa setitik kebahagiaan.
"Hei! You pekak! I cakap tiup guna mulut! Tak dengar ke!" Kasut yimit tingginya dihentak pada belakang tangan Lara. Geram teramat kerana sikap meleweh pembantu rumahnya itu. Memang lembab! Menyusahkan!
Lara tahan sakit, bengkak tangannya. Dikuis rasa sakit itu. Dia tundukkan kepala dan meniup high heels berwarna merah terang. Baru saja beberapa saat, kepalanya ditolak sehingga tercium pada kaki Tengku Esyal.
Ya Allah, kuatkan aku.
"Bodoh sangat, kan? Balik nanti I beritahu papa. Biar you terima hukuman." Tengku Esyal mencengkam rambutnya lalu dihentak ke mozek. Luka mulai terguris di bibir Lara. Pedih. Lara terpaksa diam. Tak mampu bersuara lagikan menangis.
Tengku Haedar Zafeer keluar dari perut kereta. Dari kejauhan sudah nampak gelagat tunangnya, Tengku Esyal menendang Lara, tukang gaji itu. Dia tersenyum sinis, turut terhibur pandang wajah bengis Tengku Esyal. Garang-garang pun cantik.
Kaki panjangnya melangkah deras, mendekati sang cantiknya. Nama Tengku Esyal diseru dengan nada mendatar. Peribadinya ternyata sedingin ais. Dengan sesiapapun termasuk Tengku Esyal, dia jarang tunjuk sisi lain. Senyum lagikan payah.
"You... Kenapa lambat? You tau tak dia ni buat I takde mood." Tercebik bibir Tengku Esyal, mengadu padanya. Tengku Haedar hanya melabuhkan punggung di kerusi antik, berdepan dengan mansion Tan Sri Maleeq.
"You okey?" soal Tengku Haedar, tak berperasaan.
"I okey sebab ada you. Jom masuk dalam, I tak sabar nak pilih baju pengantin dengan you." Berubah mood Tengku Esyal, tangannya meramas lembut tangan berurat milik Tengku Haedar. Lelaki tampan lagikan bergaya itu akan dinikahi tak lama lagi. Tak sangka dapat ditakluk juga hati lelaki dingin dan beku itu. Meskipun tak pernah dipamerkan sisi romantik, Tengku Esyal percaya lepas kahwin Tengku Haedar akan melayaninya lebih istimewa bak permaisuri.
"Kejap..." Mata Tengku Haedar tertunak pada tubuh yang terbaring itu. Tidak ada simpati buat perempuan selekeh itu. Namun, seringkali dia sakit mata melihat tingkah bodoh perempuan yang bernama Lara Alara itu. Menadah saja tingkah ganas bakal isterinya. Memang sejak lahir tak ada apa-apa ke kudrat?
"You nak tunggu apa, sayang?"
"Ni... Kasut I kotor kena pasir tadi... I nak bersihkan dulu," ujarnya sambil mata masih tak berganjak dari memerhatikan Lara.
"Lara! Bangun! You tolong bersihkan kasut tunang I ni. Cepat!" jerkah Tengku Esyal dengan kedua tangannya bercekak pinggang. Sakit pula hati dia melihat tingkah lemah gemalai Lara. Terkial-kial bangun, padahal tak sakit pun kena pukul dengan dia. Bukan sakit sangat kalahkan kesakitan orang suruhan papanya.
Lara mengengsot. Kepalanya sakit. Berdengung kerana dihentak beberapa kali tadi. Tapi, dia kena paksa diri. Sakit macam mana pun dia kena patuh kepada tuannya, Tengku Esyal.
"I nak ke toilet kejap. Letih I tunggu si lembab ni." Tengku Esyal merungut-rungut, sempat disepak kaki Lara sebelum berlalu dari situ.
Tika itu, hanya ada Tengku Haedar dan Lara saja. Tertelan liurnya yang bercampur darah. Hidungnya diusap kasar, pedih sangat.
Tengku Haedar tersenyum sinis lagi. Peluang ada. Dia bangun dan berdiri depan Lara.
"Pandang muka aku," arah Tengku Haedar serius.
Lara tak berani. Dia takkan berani pandang muka Tengku Haedar kerana telah dilarang oleh Tengku Esyal. Sebelum ini, pernah dia curi lihat. Terus ditamparnya muka dia dikhalayak ramai. Malu dan sakit dia dapat. Dia takkan berani.
"Pandang muka aku, sekarang!" arah Tengku Haedar kali kedua. Dengusan kasar dilepas kerana geram tidak diendahkan oleh orang bawahan seperti Lara.
"M... maaf... S... saya tak boleh..." Terketar-ketar suara Lara keluar. Tekaknya perit kerana seharian tidak diberi menjamah setitis air. Biasa, malam saja dia akan bebas buat apa saja. Lepas subuh terus dia dipaksa buat kerja rumah. Dan tak diizinkan makan dan minum.
"Tak nak pandang aku? Fine... hari ni kau tak boleh masuk mansion. Kau duduk luar sampai esok hari."
Lara diam. Hatinya menangis. Apa salah aku? Aku ada buat salah ke pada dia sampai dia pun nak dera aku? Atau dia marah sebab aku pernah tertumpahkan air kat kot dia minggu lepas? Ataupun sebab dia pernah dengar aku maki Tengku Esyal dekat dapur tempoh hari.
Tak silap masa tu, semua keluarganya tiada. Cuma ada Tengku Esyal dan Tengku Haedar di mansion. Ibu Lara pula sibuk di luar mansion, menyiram pokok. Dan Lara fikir dia keseorangan. Iyalah, kebiasaan Tengku Esyal dan Tengku Haedar bila berduaan di atas bilik tak pernah turun jika malam tidak menjelma. Entah buat apa. Berasmaradana mungkin.
Dia pun apa lagi, memaki hamun dengan nada lemah lembut. Bunyinya begini.
"Esyal betina tak guna! Aku yang layak dengan Tengku Haedar. Kalau tak sebab kau kaya, Tengku Haedar tak nak lah kat kau. Aku ni lagi cantik! Kalau aku kaya mesti aku jadi pilihan Tengku Haedar yang handsome gila nak mati tu!"
Lara tekup bibirnya. Dia memang dah melampau. Sisi kejinya berjaya dilihat oleh Tengku Haedar. Dia dongak wajah, belakang tubuh jejaka tinggi lampai itu semakin menjauh. Hari ni tengok dari jauh pun dah memadai. Mungkin lain kali dia dapat peluang memandang Tengku Haedar dari jauh. Bibirnya ada sisa darah dikesat perlahan. Dia senyum.
"Setiap malam saya mimpikan awak, Haedar. Malam ni kita dating ya?" Dia gelak kecil. Gilakan Lara. Dalam diam mencintai Tengku Haedar, yang bakal menjadi hak milik Tengku Esyal dalam masa terdekat. Cemburu meluap-luap, namun apa daya. Dia hanya golongan bawahan, tidak setara dengan lelaki kacak berdarah Tengku itu. Cinta tidak semestinya dimiliki, kan?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro