Bab 7
Inspektor Izwan dan Sarjan Isa berjalan masuk ke dalam sebuah kedai bunga. Mereka bukanlah hendak membeli bunga sebenarnya tapi hendak pergi menangkap seorang pekerja di kedai bunga itu. Suspek disyaki terlibat dalam kes penipuan pembelian atas talian. Suspek yang merupakan seorang wanita telah menipu beberapa orang penjual yang menjual barangan secara atas talian.
Lebih dari lima belas aduan telah diterima. Kesemua pengadu menceritakan jalan cerita yang sama di mana suspek menghubungi penjual mengatakan dia berminat hendak membeli barang yang dijual. Suspek kemudiannya diminta untuk membuat pembayaran. Suspek sekali lagi menghubungi penjual dan minta berjumpa dengan penjual bagi menyerahkan bukti pembayaran. Apabila bertemu, suspek serahkan resit dan mendesak penjual menyerahkan barang. Percaya dengan bukti resit pembayaran, penjual pun menyerahkan barang mereka kepada suspek. Namun setelah disemak dalam akaun bank, tiada sebarang transaksi dibuat sebenarnya. Suspek telah menggunakan resit palsu.
Masuk saja ke kedai bunga, terus kedua-dua anggota polis itu pergi ke kaunter di mana seorang perempuan, usia sekitar empat puluhan sedang bercakap di telefon.
"Ya, encik... Nak beli bunga?" Perempuan itu bertanya setelah menamatkan sesi perbualan telefonnya.
Inspektor Izwan keluarkan kad pengenalan anggota.
"Kami dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Awak bernama Farhana Mustakim?"
Wanita itu sudah berubah air muka. Nampak panik.
"Ya... Saya Farhana. Ada apa, tuan?" soalnya, menyembunyi gubra.
"Awak ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan pembelian atas talian." Inspektor Izwan memberitahu.
"Tapi saya tak pernah tipu orang!" Perempuan itu segera menafikan.
Inspektor Izwan tunjuk waran tangkap.
"Tipu atau tidak, kita sembang dekat balai." Kemudian dia beri isyarat kepada Sarjan Isa untuk menggari suspek.
"Eh, apa ni, tuan? Saya tak salah! Tuan salah orang, ni..." Perempuan bernama Farhana enggan menurut arahan. Dia menepis-nepis tangan Sarjan Isa yang cuba menggarinya. Kekecohan itu menyebabkan tuan pemilik kedai yang sedang menggubah bunga, datang menghampiri.
"Kenapa ni, Kak Ana? Dia orang ni siapa?" soalnya bertalu-talu.
"Lyn! Tolong akak, Lyn. Akak tak salah." Farhana sudah tak keruan.
Dua anggota polis yang tidak memakai uniform itu lalu diperhati pula dengan dahi yang berkerut.
"Dia ni pekerja saya. Awak berdua ni siapa? Nak apa?" Bertalu-talu lagi soalan diaju.
"Kami polis. Kami ada waran tangkap untuk Farhana binti Mustakim yang membolehkan suspek ditahan dan dibawa ke balai bagi tujuan siasatan." Sarjan Isa memberitahu.
"Hah?" Terkejut besar pemilik kedai bunga itu.
"SERIUS, Abang Iz? Pembeli tipu penjual?" Durrah hampir tak percaya mendengar cerita Inspektor Izwan tentang satu kes jenayah yang sedang disiasatnya. Selalu yang dia dengar, pembeli yang kena tipu. Kali ini terbalik. Penjual pula yang ditipu.
"Ya... Dah ramai penjual ditipunya. Dekat tiga puluh ribu jugalah dia pau!"
"Ya Allah! Banyaknya. Barang apa yang ditipunya, Abang Iz?"
"IPhone."
"Serius? Dia nak buat apa dengan iPhone banyak-banyak tu?" Durrah sekali lagi terkejut.
"Jual balik dekat Instagram. Dapat duit."
"Adoi! Dia tipu penjual-penjual dalam IG lepas tu dia jual balik dalam IG. Macam kelakar pun ada. Tapi macam mana dia boleh senang-senang aje menipu macam tu?" soal Durrah.
"Bukan susah mana, Durrah! Guna aje Photoshop untuk buat resit palsu. Sebab tu dia datang sendiri jumpa penjual. Tunjuk resitlah kononnya. Yalah... Penjual bukannya nak semak transaksi masa tu juga."
"Betul juga tu. Bijak, bijak!"
"Bab nak menipu, manusia memang bijak-bijak belaka." Izwan berkata. Dia sudah berdepan dengan pelbagai jenis penipuan. Terkadang itu, cara yang digunakan tak pernah terfikir dek akal fikiran manusia normal.
"Itu penipuan kecil-kecilan, Durrah. Yang melibatkan kerugian jutaan ringgit, macam Macau Scam dengan African scam. Setiap hari ada saja mangsa." Inspektor Izwan berkata lagi.
"African scam? Yang love scam tu ke?"
"Bukan love scam aje, Durrah. Parcel scam dengan duit syiling lama tu pun dalam kategori African scam. Kenapa dipanggil African scam? Sebab asalnya dilakukan oleh penipu-penipu dari belah-belah Afrika seperti Nigeria." Inspektor Izwan menjelaskan.
"Oh! Yang nak beli duit syiling lama tu berlambak dekat IG. Mana-mana IG selebriti dia orang akan muncul. Tak jemu-jemu. Macam apa aje. Ada ke orang nak percaya?"
"Haaa... Jangan ingat tak ada. Ada!" balas Izwan.
"Serius?" Membundar dua biji mata Durrah. Rasa macam tak percaya. Iklan yang macam bodoh itu pun rupa-rupanya ada juga yang bodoh nak percaya.
"Puncanya, tamak. Teruja sangat nak dapat duit lebih. Sampai sanggup bayar, kononnya untuk proses transfer duit." Inspektor Izwan berkata. Durrah terangguk-angguk, tanda faham.
"Jadi, yang Macau Scam tu, sebab asal dari Macaulah, ya?" soal Durrah pula.
Inspektor Izwan mengangguk.
"Ya, bermula dari Macau. Selain dari tempat pelancongan, Macau ni juga terkenal sebagai tempat perjudian dan kongsi gelap. Macam-macam jenayah ada dekat sana. Bila manusia terlampau bijak, wujudlah penipuan ala Macau. Lepas tu penjenayah-penjenayah lain pula tiru."
"Abang Iz, love scam pun dikategorikan dalam jenayah komersil juga, ya?" Durrah bertanya lagi.
"Ya, betul. Semua perbuatan menipu atau memperdaya seseorang mahupun syarikat bagi mendapatkan barang atau wang dengan cara pemalsuan, dikategorikan sebagai jenayah komersil." Inspektor Izwan menjelaskan.
"Ooo..." Bulat muncung Durrah.
"Durrah kena hati-hati dengan mamat nigger." Inspektor Izwan memberi pesan.
"Sorrylah Durrah nak layan nigger."
"Jangan over confident, Durrah! Dia orang tu cukup pandai mengayat, tau? Sekali terkena hembusan 'jampi serapah' mamat nigger, mahu cair Durrah nanti." Inspektor Izwan mengusik. Dalam masa yang sama, ingin mengingatkan juga. Jampi serapah yang Inspektor Izwan maksudkan itu bukanlah jampi serapah tok bomoh tapi ayat-ayat manis menggoda yang keluar dari mulut mamat nigger.
Dalam kebanyakan aduan penipuan cinta yang diterima, rata-rata mangsa berpendidikan tinggi dan mempunyai karier yang hebat. Mereka ini memang banyak duit, sebab itulah mereka menjadi sasaran penjenayah. Jika diikut logik akal, tak sepatutnya mereka terpedaya sampai sanggup serah wang ringgit kepada orang yang mereka tak pernah jumpa.
"Tak ada maknanya! Tak ingin Durrah dengan gagak hitam. Lagipun Durrah belum tahap desperate lagilah, Abang Iz. Belum nak kahwin atau nak ada pakwe." Durrah mencemik. Bengang diusik Izwan.
"Maknanya, kalau Durrah dah sampai tahap desperate, Durrah akan layanlah? Kejap, abang nak cuba bayangkan macam mana muka anak Durrah nanti. Emak Melayu, bapak nigger..." Inspektor Izwan pejam mata, konon sedang membayangkan wajah anak Durrah.
"Tak payah nak merepeklah, Abang Iz!" marah Durrah.
"Hermmm... Comel anak Durrah." Inspektor Izwan masih lagi dalam mode mengusik.
"Abang Iz!!!" marah Durrah. Geram betul dia diusik Izwan.
"Apa yang bising-bising tu?" Mak Cik Yam muncul dari dapur seraya membawa sedulang air bagi menjamu tetamu yang tak perlu diundang.
"Abang Iz ni, Mak Cik Yam. Ada ke suruh Durrah kahwin dengan nigger!" adu Durrah.
"Siapa nigger? Apa ke pelik nama dia?" Mak Cik Yam kabur. Kemudian dia pandang anaknya pula.
"Siapa, Iz? Kamu kenal orangnya? Pakwe Durrah ke?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Mak Cik Yam. Cemas nada suaranya bertanya.
"Mak tanyalah Durrah." Inspektor Izwan sudah tersengih-sengih. Mata pula mengerling Durrah.
"Gagak hitam, Mak Cik Yam," beritahu Durrah. Kemudian dia jeling Izwan yang tak sudah-sudah mengusik.
"Apa hal nak kahwin dengan burung pula? Yang tidak-tidak aje!" Mak Cik Yam memang lambat faham. Terus Durrah dan Izwan ketawa.
"DALAM senarai itu terdapat nama-nama yang berpotensi. Aku nak kau orang teliti betul-betul data mereka, terutamanya umur mereka." Leo memberi taklimat kepada orang-orang yang ditugaskan membuat panggilan penyamaran.
"Kau orang cuma perlu call mangsa-mangsa yang berusia lebih daripada lima puluh tahun. Mereka ni terdiri daripada suri rumah dan orang-orang yang sudah pencen. Mereka tak begitu aktif dalam media sosial. Jadi, kebarangkalian untuk mereka masuk perangkap kita lebih tinggi." Leo melanjutkan taklimatnya.
"Tapi tak semua dalam senarai rekod ini merupakan suri rumah atau orang berpencen, kan?" Salah seorang daripada orang-orang suruhan itu bertanya seraya menunjukkan senarai rekod mangsa yang perlu dia dan ahli kumpulannya hubungi. Setiap dari mereka bekerja dalam kumpulan yang terdiri daripada tiga ke empat orang. Mereka bukan sahaja dibekalkan dengan senarai rekod mangsa yang perlu dihubungi, skrip yang perlu dilakonkan mereka turut disediakan sekali.
"Ya, lorrr! Ini macam susahlah kami nak capai target kuota." Orang suruhan yang lain pula menyampuk. Kemudian kedengaran suara-suara lain bercakap sesama mereka.
"Mulai hari ini, kau orang boleh lupakan pasal kuota. Aku nak kau orang fokus kepada berapa jumlah yang dapat dikumpul." Leo berkata.
"Kalau tak capai kuota, ketua marah. Nanti kami kena pukul!" Kedengaran lagi bunyi kompelin dari orang-orang suruhan itu.
"Pukul?" Leo berkerut kening. Selama dia terlibat dengan sindiket ini, tak pernah pula dia dengar orang-orang suruhan mereka dipukul.
"Betul, kami kena pukul kalau kami tak dapat capai target." Mereka yang lain pula mengeyakan.
Wajah-wajah tak ceria di depannya itu dipandang. Seorang demi seorang. Kebanyakan daripada mereka muda-muda belaka. Hampir kesemuanya datang daripada keluarga yang susah. Mereka sanggup datang ke Malaysia dan menyertai sindiket semata-mata untuk hidup. Ada juga di antara mereka yang pernah datang ke Malaysia sebelum ini. Bezanya dulu sasaran mereka merupakan orang-orang Cina tapi sekarang sudah berubah kepada orang-orang Melayu pula. Jadi yang menjadi masalah utama mereka ialah bahasa.
"Aku faham kenapa kau orang lebih memikirkan tentang kuota. Tapi itu dulu, okey? Sekarang ni, aku tak nak kau orang kejar kuota lagi tapi fokuskan kepada sasaran mangsa." Leo memberi arahan. Dia yakin, jika dia ubah strategi dengan memberi tumpuan kepada sasaran yang benar-benar berpotensi untuk diperdaya, kutipan akan berjaya dipertingkat.
DURRAH menghampiri Nukman yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Ada perkara yang ingin dia bincangkan dengan adiknya itu.
"Nukman... Kakak nak cakap sikit dengan Nukman." Durrah berkata setelah melabuh duduk di atas kerusi rotan yang arwah bapa mereka beli ketika Durrah berusia sepuluh tahun. Meskipun sudah lama tapi ia masih utuh dan elok untuk digunakan. Durrah cuma perlu tukar sarung kusyen saja.
"Tadi Abang Iz bagi kakak brosur ni. Dia suruh bagi kat Nukman." Sekeping kertas brosur dihulur. Malangnya Nukman langsung tak ambil. Dia buat tak tahu saja. Pandang Durrah pun tidak.
"Ini brosur kolej. Nukman tengoklah kursus-kursus yang ditawarkan. Kalau Nukman berminat, bolehlah apply." Kertas brosur masih tak diambil. Sebaliknya Nukman kuatkan suara televisyen.
Durrah telan liur. Tahan sabar. Kertas brosur dia letakkan ke atas meja.
"Kakak rasa baiklah Nukman sambung belajar. Kawan-kawan sekelas Nukman dulu nak masuk sem dua dah pun." Tanpa menghiraukan sikap yang ditunjukkan oleh Nukman itu, Durrah meneruskan bicara. Cuma kali ini dia terpaksa menguatkan sedikit pic suaranya bagi melawan bunyi yang datang dari televisyen.
"Nukman... Nukman sambung belajar, ya?" pujuk Durrah. Dia berharap sangat Nukman melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Nukman agak baik dan dia sebenarnya layak untuk memasuki mana-mana pusat pengajian tinggi awam. Sayangnya Nukman langsung tak membuat sebarang permohonan. Kawan-kawan seusia dengannya kini sudah pun menamatkan pengajian semester pertama. Sedang Nukman melepak saja di rumah tak buat apa. Ini bermakna sudah setengah tahun Nukman 'tanam anggur'.
"Duduk rumah, bukan buat apa pun. Masa terbuang macam tu aje. Siapa yang rugi?" Durrah berkata lagi.
"Memang! Memang rugi. Kita semua dah rugi berpuluh ribu ringgit disebabkan kebodohan kau!" Tiba-tiba Nukman menjerkah. Kuat sehingga Durrah tersentak.
"Kakak tahu kakak salah. Tapi perkara dah lepas, Nukman. Takkanlah disebabkan itu, Nukman nak musnahkan masa depan Nukman sendiri?" Durrah berkata. Perlahan nada suaranya menggambarkan kekesalan atas apa yang telah terjadi.
Nukman kembali senyap. Yang kedengaran hanyalah dengus nafasnya yang kasar. Menggambarkan dia tak suka mendengar bebelan Durrah.
"Duit arwah abah masih ada. Bolehlah guna untuk biaya yuran pembelajaran Nukman. Nukman jangan risau, untuk makan minum Nukman, kakak boleh tanggung. Kakak dah kira semua tu. Insya-Allah, cukup." Dengan penuh kesabaran, Durrah terus memujuk.
"Kakak nak sangat tengok adik-adik kakak berjaya dalam pelajaran. Kalau boleh, Nukman dan Damia belajar sampai ke peringkat PhD." Sebenarnya menyambung pelajaran hingga ke peringkat PhD merupakan cita-citanya. Namun apakan daya, takdir tidak menentukan begitu. Jangankan PhD, diploma pun dia tak ada. Tamat saja SPM, Durrah terus bekerja bagi menyara kehidupan mereka adik-beradik. Meskipun keputusan SPM dia agak cemerlang, hasrat melanjutkan pelajaran terpaksa dilupakan.
Nukman tersenyum sinis.
"Nak tanggung aku dengan adik sampai PhD? Kalau kau banyak sangat duit, kenapa tak ambil balik adik? Kenapa kau biar adik terus tinggal dekat rumah anak yatim tu?" Nukman menjerkah lagi. Kemudian dia bingkas dari duduknya lalu menuju ke rak kasut untuk mengambil kasutnya. Daripada telinganya bingit mendengar suara kakaknya itu, baik dia keluar.
"Takkan nak keluar lagi, Nukman? Dah malam ni." Durrah menegur.
Nukman langsung tak jawab. Sebaik sahaja kasutnya sudah dikeluarkan dari rak, dia terus membuka pintu.
"Nukman!" panggil Durrah.
Bam!!!
Terangkat dua bahu Durrah apabila pintu rumah dihempas kuat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro