Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

31

Tᴀғsɪʀᴀɴ Mɪᴍᴘɪ
[ Bᴀʜᴀɢɪᴀɴ 3 ]

Kejadian sebelum Titi, sang penilik mimpi datang ke Taman Oasis atas perintah Raja Una

Titi selalu percaya pada Pengetahuan Kuno tentang Peramal Mimpi. Dia banyak menghabiskan waktunya membaca ulang tentang pengetahuan itu di buku peninggalan keluarganya yang semuanya berkaitan tentang mimpi. Bapanya menganggap buku itu adalah kitab bagi keluarga mereka yang sudah ditakdirkan untuk menjadi penilik mimpi.

Buku peninggalan itu yang sudah diturunkan dari generasi ke generasi kini sudah menjadi pewaris seterusnya selepas bapanya meninggal dunia. Titi satu-satunya anak dalam keluarganya yang mempunyai kelebihan yang sama seperti bapanya iaitu kemampuan untuk menilik mimpi.

Kemampuannya ini jauh lebih hebat berbanding bapanya. Dia mampu menilik lebih jauh mimpi itu yang tidak pernah bapanya berjaya lakukan. Kelebihan itu sendiri dilihat oleh Raja Una yang pada masa itu pertama kali meminta bantuannya. Baginda meminta Titi menilik mimpinya tentang baginda mati kehausan di padang gurun. Walaupun terdengar mimpinya biasa-biasa sahaja tapi Titi dapat meniliknya lebih dalam.

Memang benar mimpi buruk tersebut Raja Una bakal mati kehausan namun bukan setakat rajanya sahaja mati tapi rakyat juga turut mati. Titi mengatakan lima tahun mendatang terjadi suatu fenomena di mana bahang matahari lebih panas di padang pasir hingga oasis menjadi kering, tanah subur menjadi tandus dan penyakit aneh mula menyerang rakyatnya.

Titi menyarankan Raja Una meminta bantuan daripada Empayar Hutan Hujan Vanabhu yang diperintah oleh Dewi Hollis Gautier sebelum terjadinya bencana. Titi juga mengatakan fenomena itu akan berlangsung selama dua tahun. Selama dua tahun itu padang pasir mengalami kekurangan air hingga terjadi perebutan sumber air di padang pasir.

Ada tiga fasa untuk mengetahui petanda itu. Titi menyebutnya bahasa dunia. Tiga fasa itu adalah ;

perang
kemenangan
kekalahan

Tahun pertama, berlaku perang di Gebyris yang harus melibatkan Raja Una menangani masalah yang terjadi di tempat itu.

Tahun kedua, kemenangan berpihak pada Raja Una sewaktu tentera musuh menyerang di Kota Emas.

Tahun ketiga, kekalahan besar berlaku di Shetta dan Raja Una harus kehilangan banyak perajurit dan kerugian yang amat besar.

Itulah petanda yang disebut Titi sebagai bahasa dunia. Dunia telah memberikan dia petunjuk tentang tiga kejadian itu sebelum fenomena tersebut berlaku. Raja Una hampir tidak percaya pada kata-kata penilik mimpi tersebut kerana ianya terlalu berlebihan. Tidak bagi Titi yang sudah biasa hidup dengan kemampuannya itu. Dia memberikan Raja Una satu petanda lagi untuk baginda harus percaya dengan tilikannya.

Titi mengatakan bahawa salah satu kakitangan kerajaan telah melakukan penyelewengan dan telah ditangkap. Jika baginda kembali ke istana dan mendapat laporan itu daripada Penasihat Raja I, baginda harus percaya padanya kali ini. Titi berkata begitu kerana, sebelum Raja Una datang menemuinya, dia sudah mendapat mimpi tentang penyelewengan. Katanya, tidak ada satu orang pun tahu tentang penyelewengan itu kerana pesalah tersebut pandai menutup kesalahannya dan sudah banyak melibatkan orang yang tidak bersalah jatuh ke dalam perangkapnya.

Raja Una yang ragu-ragu dengan hal tersebut kembali ke istana. Baginda mahu memastikan jika Titi berkata benar. Tidak baginda sangka, kata-kata yang diucapkan oleh Titi benar! Asnofre memberikan laporan itu kepada Raja Una bahawa kakitangan kerajaan yang disebut Titi telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Raja Una kembali teringat peringatan Titi tentang fenomena tersebut dan dia percaya bahawa tidak ada yang mustahil melalui tilikan daripada sang penilik mimpi.

Raja Una mengikut saran daripada Titi dan bertemu dengan Dewi Hollis. Pertemuan itu entah kebetulan atau memang takdir, Dewi Hollis yang mahu bertemu dengan Raja Una di padang pasir didatangi olehnya. Dewi Hollis pada saat itu baru sahaja selesai berdoa di Kuil Suramandira. Raja Una menceritakan semuanya tentang mimpi buruk itu kepada sahabatnya Dewi Hollis. Betapa mengejutkan, Dewi Hollis mimpi hal yang serupa namun berlainan perspektif.

Di sisinya, Dewi Hollis melihat dalam mimpinya bahawa oasis menjadi kering dan bahkan orang padang pasir berebut untuk mendapatkan sumber air yang sedikit itu. Tanah yang berada di kawasan perairan Nelubo iaitu Sungai Teratai Suci mengalami ketandusan bahkan air sungai juga mengering. Dewi Hollis juga melihat orang padang pasir menghidap penyakit kulit kering dan mati kehausan. Bencana yang berlaku di padang pasir itu membuatkannya gusar dan dia meminta nasihat sang penilik mimpi.

Candra, seorang penilik mimpi di kerajaannya berkata mimpi itu berkaitan fenomena mendatang yang akan berlaku di padang pasir. Fenomena itu akan berlangsung selama dua tahun dan banyak korban sepanjang dua tahun tersebut. Candra beritahu bahawa Dewi Hollis harus bertemu dengan Raja Una dan beritahu tentang hal penting itu. Jika dia tidak bertindak, 5 tahun mendatang Dewi Hollis akan kehilangan sahabatnya. Setelah mendapat nasihat Candra, Dewi Hollis bergegas ke Kuil Sumandira dan berdoa di bawah pohon suci untuk mendapatkan petunjuk lebih lagi.

Tidak lama kemudian, Raja Una datang sebelum dia berniat hendak bertemu dengan Raja Una di Kota Emas dan sampaikan berita buruk itu kepadanya. Setelah mendengar cerita itu daripada Dewi Hollis, Raja Una meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Titi.

Beberapa hari sebelum Raja Una memanggilnya datang ke Taman Oasis, Titi mendapat suatu mimpi. Dalam mimpinya dia melihat sesusuk wanita yang sedang menari. Wajah wanita itu tidak jelas namun di ingatan Titi setelah dia bangun dari tidurnya yang dia ingat adalah air mata dan senyuman pilu wanita tersebut.

Mimpi itu adalah mimpi pertamanya tentang wanita misteri itu. Malam esoknya, Titi kembali bermimpi tentang wanita itu lagi. Tarian yang sama namun di kedua belah tangannya ada dua buah bilah pedang bulan sabit berkembar tetapi mimpi itu berakhir wanita itu dibunuh.

Mimpi itu adalah mimpi keduanya. Malam seterusnya, Titi tidak bermimpi tentang wanita misteri itu tetapi mimpi tentang Raja Una memintanya datang ke Taman Oasis untuk menilik mimpi. Anehnya, dalam mimpi itu dia dapat merasakan aura yang aneh di sekitar kawasan tersebut dan memimpinnya ke arah sebuah gua. Mimpi itu berakhir ketika dia hendak masuk ke dalam gua tersebut.

Itu adalah mimpi ketiga dan setelah memikirkan kembali tentang mimpi-mimpinya, dia langsung bergegas ke Taman Oasis secara diam-diam pada keesokan harinya. Titi merasakan ada sesuatu yang tersembunyi di dalam gua itu. Dia yakin dia tidak akan salah. Dia sungguh bernasib baik, tidak ada pengawal yang sedang menjaga di gua itu. Ini adalah pertama kali dia menjejakkan kaki ke Taman Oasis dan dia hanya mengikut gerak hatinya sahaja dan berbekalkan ingatan tentang mimpi ketiganya itu yang telah menunjukkan arah sebenar gua tersebut.

Gua itu merupakan Gua Enna dan di dalamnya adalah tempat Ibunda Ratu, Subira melakukan meditasi di Kolam Ketenangan. Gua yang akan Titi dan Raja Una pergi di hari Raja Una memintanya datang ke Taman Oasis. Titi yang berhasil sampai ke Gua Enna setelah dia menemukan pintu masuknya, dia pun masuk ke dalam gua menggunakan obor yang sudah lama tidak digunakan. Walaupun terowong di dalam gua itu berliku-liku dan ada beberapa haluan yang tidak meyakinkan akan sampai ke Kolam Ketenangan, Titi berhasil tiba di kolam itu mengikut gerak hatinya walaupun takut tersesat di dalam gua dan tidak menjumpai jalan keluar.

Sewaktu dia mendekati Kolam Ketenangan, dia mendapati ada simbol aneh mulai muncul di permukaan air kolam tersebut. Titi yang mahu melihat lebih jelas maju lebih dekat. Titi segera menyedari bahawa simbol aneh yang muncul di permukaan air itu merupakan simbol orakel yang hanya dapat dilihat oleh penilik sejati. Dia sedar dia sedang mendekati Delphi iaitu peramal keramat yang mengetahui segalanya.

Bagi orang yang memegang gelaran penilik, Delphi itu dianggap Dewa Peramal namun tidak ada yang pernah melihat bagaimana wujudnya yang sebenar. Delphi lebih suka menampakkan diri melalui bentuk simbol yang bersinar terang yang dapat dilihat semua penilik.

Dia membongkok di depan Delphi dan bertanya tentang keanehan mimpi-mimpinya sebelum ini. Saat orakel itu berbicara, kata-kata yang disampaikannya mempunyai kuasa yang bergema di dalam dirinya ;

Persiapkanlah dirimu untuk berhadapan dengan yang lebih berkuasa dari kekuatanku. Setiap jawapan yang kamu cari akan melibatkan setiap detik hidupmu. Sesuatu yang kamu tilik akan mengorbankan apa yang kamu miliki.

Menyedari betapa teruknya keadaan itu yang diramal oleh Delphi, Titi segera bertanya untuk meminta kepastian.

"Adakah tilikan saya selanjutnya tidak ada kata mundur untuk menolak menilik mimpi itu?"

Namun, jawapan yang diharapkan Titi itu membuatkan dia mulai rasa bimbang dan takut.

Tidak. Ramalan yang aku beri kepadamu merupakan takdir hidupmu. Jangan bimbang, aku akan melindungimu saat kamu melakukan ritual itu di tempat ini. Untuk mendapatkan jawapan yang benar dan meyakinkan walaupun tidak sepenuhnya kamu mampu lakukan, kamu harus lakukan Ritual Menilik Masa Lalu. Aku percaya kamu sudah tahu tentang ritual ini kerana ada tercatat di dalam buku peninggalan keluargamu.

"Bagaimana kalau tidak berhasil? Saya tahu tentang ritual itu tetapi tidak pernah ada daripada nenek moyang saya sebelum ini pernah melakukan ritual tersebut. Hanya ada tercatat di dalam buku itu sahaja tapi tidak ada catatan siapa yang pernah melakukan ritual itu."

Titi bimbang akan risiko yang dia bakal ambil jika dia menggunakan ritual yang disarankan oleh Delphi. Tidak lama kemudian, dia tersedar suatu hal. Dia pun berkata lagi,

"Adakah ritual itu akan melibatkan nyawa saya?"

Hampa, Delphi tidak memberikan jawapan tetapi menambahkan lagi kerisauannya dan persoalan makin bertambah di fikirannya.

Pada hari kamu dipanggil untuk menilik mimpi, pada hari itu jugalah kamu akan tahu. Aku akan datang kembali saat kamu datang ke gua ini lagi dan melakukan ritual itu. Takdir kamu berada di sini. Kamu tidak boleh berpatah balik dan menghampakan mereka yang memerlukan sesuatu yang pasti dan meyakinkan.

Setelah kejadian dia bertemu dengan Delphi, Titi mengambil masa untuk berdiam diri di rumah dan tidak keluar ke mana-mana. Dia banyak menghabiskan masanya membaca buku peninggalan keluarganya itu dan melatih diri sebelum memulakan ritual yang disuruh oleh Delphi.

Kini, harinya pun telah tiba. Seperti yang pernah dia mimpikan, Titi mendapat titah daripada sang raja untuk datang ke Taman Oasis dengan segera. Berbekalkan keberanian yang sudah dia kumpul dalam beberapa waktu yang sudah dia luangkan sebelum Raja Una menitahkan dia datang ke Taman Oasis, dia melangkah keluar dari rumahnya dan menuju ke arah takdirnya yang sudah ditetapkan oleh Delphi.

______________________________________

Thanks For Reading
Keep Voted + Comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro