27
Kᴇᴘᴀʟᴀ, Mᴀᴛᴀ & Hɪᴅᴜɴɢ.
Ah, aku mahu bangun dan membuka mataku tapi kepalaku yang tidak mengizinkanku untuk bangun dari tidurku yang panjang. Aku cuba bangun tapi kepala yang berdenyut melarang diriku untuk bangkit.
Tenang. Mungkin aku baru saja sedar dan memerlukan masa untuk dapat bebas bergerak. Buat masa sekarang ini aku hanya menunggu waktu yang sesuai sahaja untuk bangkit.
Huh... alangkah baiknya kalau aku bangun dari tidurku bukan dalam keadaan sakit kepala dan tubuhku yang terasa lemas. Bukan ini yang aku mahukan!
"Beta akan menunggu khabar di istana..."
Hmm, ada... suara. Siapa?
Perlahan-lahan aku membuka mataku. Kepalaku memang masih terasa sakit tapi rasa ingin tahu itu membuatku mahu berusaha melihat. Aku mahu tahu gerangan yang bercakap itu tadi. Aku seperti mengenali suara itu tapi otakku terasa berat hendak berfikir. Sakitnya tidak boleh dibawa bincang.
"Yang Mulia! G-Gyzeem. Gyzeem sudah sedar."
"Benarkah?"
"Benar Yang Mulia, lihat!"
Suara itu juga. Aku kenal suara itu. Bukankah suara wanita itu adalah Jnari? Ya, memang Jnari. Dia tabib diraja yang merawat aku selama ini.
"Gyzeem?"
Suara ini juga. Aku baru ingat setelah mendengar suara ini lagi yang sedang menyebut namaku. Dia... Dia adalah Raja Una. Ya, aku baru ingat. Memang wajar aku seperti pernah mendengar suaranya. Dia itu sang Penguasa Padang Pasir Emas. Dia penyelamatku!
_______
"Ada rasa sakit di mana-mana?"
"Ada. Di kepala saya."
"Apa yang kamu rasa? Berdenyut-denyut?"
"Iya. Sekarang waktu kita bercakap pun masih lagi terasa kulit kepala ni berdenyut-denyut."
"Macam mana pula tubuh badan kamu?"
"Lemas."
"Ada rasa mual?"
"Tidak ada."
"Bagaimana pula hidung? Kamu ada rasa pedih?"
"Tidak ada."
"Hmm. Betul ni? Jangan bohong dengan saya."
"Betul, saya tidak bohong."
"Mata pula? Ada rasa sakit?"
"Tidak."
"Kamu tidak bohong?"
"Saya tidak bohong. Mata saya tidak sakit. Hidung juga sama."
Jnari terdiam seketika setelah mendengar jawapan yang diberikan oleh pesakitnya itu. Gyzeem yang melihat Jnari sedang berfikir itu pun mula bertanya.
"Jnari, boleh saya tahu sesuatu?"
Jnari yang ditanya oleh Gyzeem segera melihat ke arahnya lalu menjawab singkat.
"Ya."
"Boleh saya tahu apa yang terjadi pada saya sebelum saya pengsan pada waktu itu?"
Jnari yang ditanya soalan itu pun menghembus nafas berat. Itulah tujuannya menanya beberapa soalan terhadap Gyzeem terutama sekali kepala, mata dan hidungnya. Dia mahu tahu keadaan Gyzeem yang sekarang ini sudah pun sedar dari pengsannya selama tiga hari itu. Adakah dia masih rasa sakit di kepalanya, matanya dan hidungnya? Mengejutkan, hanya mata dan hidung sahaja Gyzeem menjawab dia tidak rasa sakit sedikit pun. Dia cuma risau Gyzeem berbohong padanya.
"Sebelum kamu pengsan sepenuhnya... mata dan hidung kamu mengeluarkan darah yang banyak. Sebab itulah saya bertanya tentang mata dan hidung kamu. Tentang kepala kamu itu memang saya sudah tahu kamu memang ada rasa sakit. Sebab masa tu kamu memang sudah meraung kesakitan disebabkan oleh rasa sakit yang kamu rasa di kepala kamu."
Gyzeem yang mendengar akan hal itu pun terkejut apabila mendapat tahu keadaan sebenarnya. Dia hanya ingat kepalanya sakit sahaja pada waktu kejadian itu tapi tidak pula dia rasa sakit pada mata dan hidungnya.
"Kamu pasti tidak ada rasa sakit pada mata dan hidung kamu?"
"Betul saya tidak rasa sakit. Sikit pun tidak ada. Saya terkejut bila dapat tahu keadaan saya parah macam tu. Tapi memang betul tidak ada rasa sakit. Saya tidak berbohong."
Jnari menatap wajah Gyzeem dan melihat matanya. Mata itu tidak dapat menunjukkan Gyzeem sedang berbohong. Selama dia menjadi seorang tabib yang berpengalaman, dia tahu siapa yang berkata jujur dan berkata bohong. Gyzeem tergolong dalam orang yang berkata jujur. Melihat raut wajahnya yang kelihatan terkejut saat mendengar kebenaran itu, Jnari sudah agak Gyzeem pasti tidak berbohong.
<Pelik. Bagaimana dia boleh tidak ada rasa sakit sedangkan depan mata aku hari tu memang ada banyak darah keluar di mata dan hidungnya? Aku perlu periksa kesihatan Gyzeem lebih dalam lagi. Aku risau mungkin ada penyakit lain lagi yang Gyzeem hidap.>
_______________________________________
Thanks For Reading
Keep Voted + Comment
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro