26
Rᴀᴊᴀ & Tᴀʙɪʙ
_______________________________________
Siang berganti malam. Matahari telah berganti tugas dengan bulan. Namun sampai saat ini Gyzeem masih belum bangun-bangun lagi dari tidurnya yang panjang selama dua hari berturut-turut. Situasi ini merisaukan Jnari dan Raja Una yang menunggu wanita itu terjaga.
Keluhan dilepaskan oleh Jnari. Dia sudah memeriksa keadaan Gyzeem namun hampa tidak ada tanda-tanda bahawa wanita itu akan bangun dalam jangka masa yang terdekat. Raja Una pula sudah tidak senang duduk. Sudah dua hari dia berada di Taman Oasis menunggu wanita yang dicintainya terjaga. Hatinya gundah - gulana. Baginda benar-benar takut kehilangan Gyzeem. Makan tidak kenyang. Minum tidak habis. Tidur tidak lena hanya kerana memikirkan susuk wanita itu.
"Bagaimana? Ada perkembangan?"
Jnari pandang ke arah Raja Una yang bertanya tentang keadaan Gyzeem. Tabib itu menjawab,
"Masih belum ada tanda-tanda yang Gyzeem akan bangun dalam jangka waktu yang terdekat, Yang Mulia. Maafkan saya. Saya sudah cuba yang terbaik." jawab Jnari dengan disertakan permohonan maafnya.
Raja Una menghembus nafas berat. Baginda menatap wajah Gyzeem yang tertidur lena di pembaringannya. Bagaimana suatu saat nanti Gyzeem tidak akan bangun-bangun juga? Lebih merisaukan baginda adalah bagaimana jika wanita itu mati dalam keadaan tidur tanpa mereka sedar? Baginda tidak mahu semua fikiran negatif itu benar-benar terjadi. Tidak! Baginda tidak mahu!
"Kamu beristirahatlah, Jnari."
"Bagaimana dengan Yang Mulia? Yang Mulia tidak sedikit pun menjamah makan malam yang sudah terhidang di atas meja makan. Macam mana saya hendak beristirahat jika Yang Mulia tidak mengisi perut itu. Sudah pasti perut Yang Mulia akan sakit sekiranya Yang Mulia tidak makan."
Raja Una memberikan senyuman tipis pada tabib diraja itu. Memang benar baginda masih belum menjamah makan malam yang sudah terhidang sejak dari tadi. Baginda tidak ada selera hendak menjamah makan malamnya yang terlihat lazat lagi menggiurkan. Melihat cinta hatinya yang masih belum terjaga membuatkan nafsu makannya menurun. Baginda akan makan jika memang perutnya benar-benar terasa lapar.
"Tidak usah kamu risaukan beta, Jnari. Jika beta ingin makan, beta akan makan. Pergilah beristirahat. Jika dia sudah terjaga, beta akan meminta para pengawal memanggilkanmu."
Jnari diam buat seketika setelah mendengar kata-kata Raja Una. Sebelum dia bangkit dari tempat duduknya dia sempat berpesan pada baginda.
"Yang Mulia juga harus beristirahat. Jangan sampai Yang Mulia sendiri yang jatuh gering hanya kerana tidak mahu makan. Sekarang yang kita mampu lakukan hanyalah berserah pada kekuatan sang Dewa Kesembuhan."
Setelah menyelimutkan Gyzeem dan merapikan tempat tidurnya, Jnari pun bangkit dan segera tunduk hormat kepada Raja Una yang sedang perhatikan dia. Selesai sahaja memberi tunduk hormat, Jnari pun berkata lagi.
"Jika masih tetap begini keadaannya, saya akan usahakan untuk bertemu dengan Dewa Bulan, Lah-Djehuty." kata Jnari memberikan harapan kepada Raja Una yang kelihatan tidak bersemangat itu.
Raja Una yang mendengar kata-kata Jnari itu menghembus nafasnya. Baginda pun menganggukkan kepala tanda setuju dengan usaha Jnari yang mahu bertemu dengan Dewa Bulan. Baginda sendiri pernah memikirkan hal yang sama seperti Jnari. Mereka tidak mahu terlalu bergantung hanya pada satu dewa atau pun dewi sahaja.
Dalam masalah ini, berkah daripada Dewa Bulan juga sangat diperlukan. Dewa Kesembuhan juga pernah menyarankan Jnari untuk bertemu dengan Dewa Bulan sendiri. Untungnya, Dewa Bulan yang sudah lama berkelana itu telah kembali ke Kota Thoth. Berita kepulangannya sudah tersebar luas di empayar ini. Kesempatan itulah yang mahu Jnari ambil. Dia tidak mahu membiarkan pesakitnya menderita lebih teruk lagi jika dibiarkan begitu lama.
"Baiklah. Kita tunggu sehari lagi. Jika dia masih tidak bangun-bangun juga, kamu pergilah ke Kota Thoth. Beta tidak dapat berada lebih lama lagi di sini. Kerja beta mungkin sudah bertimbun di atas meja. Beta tidak sampai hati membiarkan Asnofre bekerja sendiri di istana tanpa kehadiran beta. Beta akan meminta Kanebti yang menjaga Gyzeem sewaktu kamu dalam perjalanan ke Kota Thoth nanti jika dia masih belum sedarkan diri." kata Raja Una panjang lebar.
Jnari mengangguk faham lalu membalas kata-katanya.
"Baiklah, Yang Mulia. Jikalau begitu, saya mohon mengundurkan diri."
"Ya, silakan."
Jnari pun segera keluar setelah berkata demikian dan meninggalkan Raja Una di ruang beradu itu. Malam yang dingin ditemani rasa gundah di hati sang raja. Baginda pandang ke arah tubuh Gyzeem yang masih tetap terbaring di atas katil. Baginda sangat mengharapkan sebuah keajaiban berlaku. Dalam hatinya memohon pada Penguasa Dunia agar wanita yang dicintainya itu membuka matanya sebelum baginda kembali ke istana.
"Dengarkanlah permohonan aku, Penguasa Dunia. Aku mohon keajaiban berlaku. Aku mahu wanita yang aku cintai membuka matanya sebelum aku kembali menjalankan tanggungjawabku di istana kebanggaanku."
Begitulah permohonannya pada Penguasa Dunia. Hatinya berdoa penuh mengharap.
_______________________________________
Thanks For Reading
Keep Voted + Comment
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro