25
Lᴇʟᴏɴɢ Hᴀʀɢᴀ Nᴀɪᴋ
_______________________________________
"300 Fapya. Ada saya dengar 300 Fapya? Siapa yang ada duit syiling emas 300 Fapya untuk budak ini?"
"550 Fapya!"
"Saya ada 550 Fapya. Saya ada 550 Fapya di sini, satu. Ada sesiapa yang mahu tawarkan harga lagi?"
"Murah sangat tu."
"Kau cubalah."
"700 Fapya."
Hagar hanya perhatikan penjualan lelong itu berlangsung. Dia masih belum mahu melakukan tawaran harga pada waktu itu. Di hadapan mereka ada seorang budak yang dijual oleh penjual lelong. Bermula dari harga yang diberi oleh penjual lelong hinggalah ada bangsawan yang menaikan harga lelong dengan harga yang tinggi. Sekarang tawaran harga masih berlangsung. Belum ada bangsawan yang mahu mengalah. Masing-masing mahu menunjukkan siapa yang paling kaya diantara mereka semua di khemah itu.
"Tuan Muda? Tuan Muda tidak mahu ikut menawarkan harga?"
"Belum masanya lagi, Dalila."
"Sekarang sudah masuk harga 1000 Fapya."
"Harga itu masih dipandang rendah oleh bangsawan lain. Tengok, sebelah sana. Orang - orang itu masih belum berputus asa."
Hagar lihat ke arah seorang bangsawan yang duduk barisan paling hadapan. Bangsawan yang dimaksudkan oleh Hagar itu adalah Basa. Lelaki itu sudah yang ketiga kali menawarkan harga naik. Di sisi lain pula, ada bangsawan lain yang berebut mahu menawarkan harga kerana tidak mahu kalah dengan Basa. Suasana semakin panas apabila Serbes menaikan harga lelong kepada 2000 Fapya.
"Saya tidak sangka orang-orang bangsawan dekat sini kaya-raya. Tidak macam di tanah kelahiran saya iaitu Emtarun."
"Kota Thoth diberkahi dua dewa. Pertama, Dewa Lah-Djehuty iaitu Dewa Bulan. Kedua, Dewa Bhagyarta iaitu Dewa Keberuntungan. Kota ini adalah kota yang kelima paling kaya di Empayar Padang Pasir Emas."
Hagar sekadar duduk santai sahaja di tempatnya. Dia tidak terlalu fokus pada harga yang diberikan oleh bangsawan-bangsawan di khemah itu. Matanya memandang ke arah budak yang dirantai besi oleh sang penjual lelong.
_______
Letitia menghela nafas lega setelah dia berjaya keluar mengikut jalan rahsia yang ditunjukkan oleh nenek tua itu. Walaupun masih tertanya-tanya siapa gerangan nenek tua itu yang mempunyai kekuatan yang luar biasa, fokusnya kembali ke arah tujuan asalnya iaitu khemah penjualan lelong.
Dia sudah tiba di tempat penjualan lelong itu sedang berlangsung. Tanpa membuang masanya, dia pun terus ke arah khemah itu yang berada kira-kira 50 langkah dari pintu keluar jalan rahsia menuju ke belakang kota.
Apabila dia tiba di sana, dia memastikan terlebih dahulu jika ada pengawal yang bertugas mengawasi tempat itu. Dia bernasib baik apabila pengawal yang sepatutnya bertugas menjaga khemah itu sedang tertidur pulas. Letitia mendapati pengawal-pengawal itu sedang mabuk berat kerana dia terhidu bau arak yang begitu kuat dari tempat mereka berkumpul.
"Saya memang beruntung hari ini. Baiklah. Jom kita pergi intai apa yang ada dekat dalam khemah ini." ujar Letitia pada dirinya sendiri.
Dia pun mengintai di sebalik pintu khemah itu. Dia nampak ada lebih kurang 20 orang lelaki-lelaki bangsawan di khemah itu. Masing-masing sedang sibuk memberikan tawaran harga.
"4000 Fapya!"
"Wah, sudah 4000 Fapya! Tidak sangka orang-orang di kota ini kaya-raya. Hehehe. Boleh dijadikan target untuk saya mencuri tengah malam ni."
Namun kegembiraannya itu hanya sementara sahaja. Apabila dia masuk secara senyap ke dalam khemah itu yang dipenuhi oleh kaum lelaki sahaja, jantung Letitia hampir gugur melihat budak yang dijual oleh penjual lelong itu. Budak itu digari dengan rantai besi. Leher, tangan dan kakinya dirantai. Wajahnya pucat dan penuh dengan bekas luka yang belum kering. Ada luka-luka sebatan di pergelangan kaki dan tangannya yang masih baru. Budak itu diam membisu. Pasrah dengan nasibnya. Sisi lain pula, bangsawan - bangsawan yang hadir ke penjualan lelong itu masih panas menaikan harga lelong. Sekarang sudah masuk harga 8000 Fapya!
"Hoi, dengar tidak aku cakap?"
Slash! Slash!
"Aku cakap tengok depan. Tidak lama lagi kau ada tuan baru."
Melihat situasi itu, Letitia kembali teringat masa lalunya. Dia pernah lihat situasi itu. Entah mengapa dia teringat masa lalu tersebut saat dia terlihat budak itu dilibas berkali-kali. Walaupun singkat tetapi emosi itu dia tidak lupa.
"Berdiri! Aku cakap berdiri!"
"Berhenti!"
Aku masih ingat kejadian itu. Wanita yang bersama dengan aku itu terlihat sungguh marah. Terlihat sangat jelas dia tidak suka perbuatan lelaki itu menyeksa para tawanan perang yang dijadikan budak abdi di tempat mereka.
Slash! Slash!
Disebabkan tidak kuat melihat kekejian itu, Letitia dengan berani menghalang perbuatan si penjual lelong itu.
"Berhenti!"
Semua orang yang ada di khemah itu terkejut saat melihat Letitia menghentikan si penjual lelong. Si penjual lelong pula terlihat marah apabila tetamu yang tidak diundang datang ke tempatnya. Dia pun memarahi Letitia yang cuba melindungi budak jualannya itu.
"Kau siapa? Wanita tidak dibenarkan datang ke tempat ini! Pengawal. Pengawal, tangkap dia!" marah si penjual lelong itu.
"Tch! Dasar lelaki gila! Saya tidak akan benarkan kau jual dia hanya sekadar untuk dijadikan budak kepada orang - orang kaya tidak sedar diri itu!" mendengar kata-kata Letitia itu, semua orang yang mendengarnya ketawa terbahak-bahak.
Letitia pula semakin geram. Dia sememangnya tidak suka apabila manusia dijual dan dijadikan sebagai hamba kepada orang - orang ego dan pentingkan diri itu.
"Kau apa tahu? Budak yang dijual sangat membantu untuk orang - orang macam kami. Kami jadi kaya sebab adanya bantuan mereka. Lagi pula, tidak ada larangan perbudakan pun dibuat. Suka hati penjuallah yang mahu jual budak dan kami pembeli beli budak. Jangan perasan mahu jadi penyelamat! Wanita macam kau ni apa yang kau tahu. Tuan Hanbal, halau dia. Mengganggu proses pelelongan sahaja." kata Serbes mewakili para bangsawan yang hadir di khemah itu.
"Maaf, ya tuan - tuan. Kita tangguh sebentar proses pelelongan kita. Kau, ikut aku sekarang juga!" Hanbal si penjual lelong itu dengan kasar menarik lengan Letitia yang masih melindungi budak jualannya.
Letitia pula yang sememangnya tidak mahu pergi terus menolak lelaki itu yang memaksanya keluar dan menampar wajahnya. Perbuatannya itu membuatkan Hanbal bertambah marah.
"Berani kau perempuan..."
Letitia tidak takut. Dia malah lawan pandangan mata marah Hanbal saat itu.
"Pengawal! Pengawal!"
Naik seoktaf suara Hanbal memanggil pengawalnya itu. Dia sungguh marah hingga tidak menghiraukan lagi maruahnya yang sudah tercalar di hadapan para bangsawan kaya yang datang ke tempat penjualannya. Letitia pula mengambil kesempatan mahu membawa budak jualan itu lari tapi dihalang oleh bangsawan-bangsawan lain.
Mahu sahaja dia serang bangsawan - bangsawan itu tetapi mengingat dirinya menjadi buruan serdadu Dewa Bulan, dia tidak dapat melakukannya. Dia tidak mahu membuat lebih banyak perbuatan yang mencurigakan. Kemunculannya di khemah ini pun sudah cukup orang - orang mulai memasang perasaan curiga padanya.
Suasana begitu tegang sekali di dalam khemah itu. Letitia terkepung. Pengawal yang mabuk tadi sudah pun terbangun dan mahu menangkapnya, namun salah seorang bangsawan yang tidak mahu terlibat menghalau Letitia menghambur duit syiling emas di atas pentas membuatkan semua orang terdiam seketika.
Bangsawan yang menghambur duit syiling emas itu adalah Hagar sendiri. Bangsawan yang masih belum menawarkan harga. Semua mata tertumpu ke arahnya begitu juga Letitia.
"Masih belum terlambat bukan untuk saya tawarkan harga lelongan, Tuan Hanbal?"
"Ah, Tuan Muda, Hagar. Masih belum terlambat. Kita sekarang berada dalam tempoh penundaan."
"Usah tunda, Tuan Hanbal. Saya mahu tawarkan harga lelongan sebanyak 50 000 Fapya untuk budak itu termasuk wanita itu juga! Ada sesiapa yang berani tawarkan harga yang lebih tinggi lagi daripada harga tawaran yang saya berikan tuan - tuan?"
Letitia terkejut besar apabila dirinya dijadikan bahan jualan oleh bangsawan muda itu. Para bangsawan yang lain juga turut sama terkejut. Tidak sangka anak mendiang Piai akan melakukan hal di luar dugaan mereka. Tidak cukup dengan kejutan yang dia buat dengan menghadiri penjualan lelong itu di sana, dia menambahkan lagi kejutan itu dengan memberikan harga tawaran yang sungguh tinggi iaitu 50 000 Fapya. Masing - masing harga untuk budak jualan itu dan wanita yang membuat keributan tersebut adalah 25 000 seorang. Basa dan Serbes ternganga mendengar harga tawaran yang diberikan oleh Hagar. Jauh lebih tinggi berbanding Piai, ayah Hagar dahulu.
"Tapi Tuan Muda, wanita ini saya tidak..."
"Saya akan tambah 100 bongkah emas. Tuan - tuan? Ada yang mahu bersaing lagi? Saya tunggu dengan sabar sekiranya ada."
"Ehem. Tuan - tuan. Saya ada 50 000 Fapya dan 100 bongkah emas. Saya ada 50 000 Fapya dan 100 bongkah emas di sini. Ada sesiapa yang mahu menaikan harga tawaran?"
"Sial! Kalau bukan disebabkan wanita itu..."
"Tch! Kenapa masa - masa akhir baru mahu buat?"
"Satu! Ada sesiapa mahu buat penawaran harga?"
Hagar tersenyum lebar apabila tidak ada yang berani mahu menaikan lagi harga tawaran itu. Dia masih menunggu dengan sabar.
"Dua! Sisa satu lagi peluang untuk kamu buat penawaran dan budak termasuk wanita itu akan menjadi milik kamu."
"Tuan Muda yakin mahu beli wanita itu juga?"
Hagar menganggukkan kepalanya. Dia sudah jumpa di mana keuntungan itu berada. Wanita itu yang membuat keributan sebentar tadi adalah keuntungan miliknya.
"Yakin. Sangat yakin, Dalila."
"Tiga! Baiklah. Saya tidak ada dengar lagi penawaran harga yang lain jadi... tuan - tuan sekalian, penjualan lelong ini milik Tuan Hagar dengan harga 50 000 Fapya dan 100 bongkah emas. Budak ini dan wanita itu terjual dengan harga masing - masing 25 000 Fapya dan 50 bongkah emas. Tahniah ya Tuan Muda, Hagar. Maaf juga untuk bangsawan yang lain kerana... masalah yang baru sahaja timbul tadi. Tidak apa. Saya akan datang lagi ke sini dengan membawa barang - barang langka. Pastikan tuan - tuan jangan terlepas kehadiran saya di sini lagi."
Semua orang pasrah. Ada yang terus balik apabila mereka tidak dapat apa yang mereka mahu. Hanbal pula diminta datang ke tempat Hagar pada hari esok untuk mengambil bayaran bagi budak jualannya dan Letitia yang dijadikan bahan lelongan oleh Hagar untuk dibeli. Letitia terpana dengan harga dirinya yang diberi oleh Hagar iaitu 25 000 Fapya dan 50 bongkah emas. Hidupnya berubah 360 darjah apabila dibeli oleh seorang bangsawan muda bernama Hagar.
_______________________________________
Thanks For Reading
Keep Voted+ Comment
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro