24
Hᴀɢᴀʀ & Nᴇɴᴇᴋ Tᴜᴀ
_______________________________________
"Bukankah dia itu anak mendiang Piai?"
"Kalau tidak salah, namanya Hagar."
"Bukankah dia benci sistem perbudakan? Mengapa dia datang ke tempat ini?"
Hagar tidak mengendahkan pembicaraan orang-orang yang hadir di penjualan lelong itu yang sedang bergosip tentang dirinya. Sebelum dia datang ke tempat itu pun dia sudah banyak membuat persiapan terutama harga dirinya sebagai bangsawan paling kaya di Kota Thoth. Bangsawan kaya yang membenci sistem perbudakan. Dia akui memang benar apa yang bangsawan lain katakan dirinya membenci sistem perbudakan. Hari ini dia mematahkan prinsipnya hanya kerana satu tujuan. Dia punya tujuan lain di tempat itu.
Menurut intuisinya, dia akan mendapat keuntungan besar jika datang ke penjualan lelong hari ini. Sudah beberapa kali dia mendapat petanda yang menguntungkan. Jauh lebih besar sejak kali terakhir dia mendapat keuntungan yang begitu tinggi. Entah keuntungan apa yang dia dapat hari ini jika dia datang ke tempat itu. Dia sungguh tidak sabar.
"Mahu saja saya potong lidah mereka biar bisu terus! Geram betul saya. Berani mereka cakap hal-hal yang buruk tentang kamu Tuan Muda."
"Abaikan saja. Usah kamu dengar."
"Tapi ini sudah keterlaluan."
"Saya tidak akan mati kalau sekadar kata-kata buruk mereka. Sudah. Kamu tenangkan diri dulu. Tidak lama lagi lelong akan bermula. Jangan cuba mulakan keributan di sini."
Dalila mengeluh. Sejak mereka tiba di tempat penjualan lelong itu, ada saja kata-kata buruk yang dilemparkan oleh bangsawan lain tentang majikannya.
"Huh, Tuan Muda terlalu penyabar. Saya bukanlah jenis orang yang macam Tuan Muda." jujur Dalila.
Sebagai tentera bayaran pasukan elit suku Naja yang digelar sebagai pasukan Ular Bayangan, dia diberi tugas untuk menjaga keselamatan majikannya jika berlaku sesuatu di luar dugaan mereka. Hagar anak kepada Piai memilihnya menjadi penjaganya setelah Piai meninggal dunia.
_______
"Inikah kedai tu?"
Letitia menghampiri sebuah bangunan tua yang dia fikir itu adalah kedai posyen yang dijaga seorang nenek tua. Semenjak dia sampai di tempat itu, dia kurang melihat orang lalu-lalang di kawasan tersebut. Tidak terlalu sepi. Tidak terlalu bising. Kebanyakan yang dia lihat kawasan itu hanya dihuni oleh kanak-kanak berumur kira-kira 7 hingga 10 tahun ke atas dan warga tua. Gerai jualan juga hanya ada 6 buah dan 5 bangunan kedai jualan barang.
Letitia berhenti di depan sebuah kedai tua. Tidak ada orang. Pintu dan jendela tertutup rapat. Dia berfikir mungkin nenek tua yang tinggal di tempat itu sedang ada urusan di luar. Namun, dia tidak ada urusan di sana dan tujuannya hanyalah ingin mencari jalan keluar rahsia yang diberitahu oleh salah satu wanita bangsawan tadi yang dia hipnosis. Dia berharap dia tidak salah jalan.
"Cari apa nak?"
Letitia terperanjat apabila ada suara menegurnya. Dia memalingkan kepalanya ke arah kiri dan terlihat seorang nenek tua sedang membibit bakul anyaman di tangan kanannya. Letitia melemparkan senyuman manisnya lalu menjawab dengan jujur.
"Saya sedang mencari jalan keluar nek. Bukankah di sini ada jalan keluar..."
Letitia berjalan dengan elegan mendekati nenek tua itu dan melanjutkan percakapannya yang tergantung.
"...rahsia." perkataan terakhir itu dia sengaja perlahankan kerana tidak mahu mengundang kecurigaan orang lain yang ada di sekitar situ.
Nenek tua itu memandangnya dengan lama hinggalah dia menghembus nafas. Tanpa banyak menyoal, nenek tua itu pun menjawab.
"Ada. Kamu pergi ke belakang kedai nenek dan kamu akan jumpa pohon kurma di sana. Hanya ada satu pohon kurma saja di situ. Kalau kamu sudah nampak pohon itu, kamu pergi ke arah lorong sempit. Di sanalah jalan keluar rahsia." jawab nenek tua itu.
Senyuman terpancar di wajah Letitia. Dia pun mengucapkan terima kasih pada nenek tua itu.
"Terima kasih atas bantuannya ya nek. Kalau begitu saya pergi dulu."
"Tunggu sebentar."
Baru sahaja Letitia hendak membuka langkah, dia dihentikan oleh nenek tua itu.
"Ada yang perlu saya bantu?" tanya Letitia.
Nenek tua itu menggelengkan kepala lalu dia melangkah mendekati wanita muda itu. Dia merenung tajam ke arah mata Letitia membuatkan Letitia mula was-was. Risau jika nenek tua itu tahu akan khabar tentang penceroboh kuil Dewa Bulan yang masih belum dijumpai dan menganggap dirinya itu mencurigakan.
"Nenek rasa kamu bukan orang sini."
Letitia cuba berlagak tenang dan tetap tersenyum. Nenek tua itu seperti mengetahui sesuatu tentang dirinya. Adakah dia mata-mata Dewa Bulan? Tidak cukup mengerahkan para serdadunya mencari penceroboh dan meminta jasa baik daripada penduduk di kota itu, ada masalah lain pula yang timbul. Nenek tua yang berdiri di hadapannya itu kelihatan aneh.
"Kamu juga bukan kaum elf tulen."
Apabila nenek tua itu semakin dekat dengan dirinya, Letitia dapat merasakan aura yang begitu kuat daripada nenek tua itu hingga tubuhnya mulai terasa lemas. Letitia cuba menyembunyikan rasa sakit yang dialami olehnya. Memang sah nenek tua itu bukan orang sembarangan.
"Hmm. Sudah nenek duga kekuatan kamu semakin lemah."
Letitia mahu membuka mulut membalas bicara nenek tua itu tapi tidak kesampaian apabila nenek tua itu bercakap lagi.
"Usah risau. Buat masa sekarang kamu selamat daripada kejaran para serdadu Dewa Bulan. Nenek sudah menutup kekuatan elemental di dalam diri kamu. Nenek tahu kamu melarikan diri daripada ditangkap oleh mereka. Nenek cuba bantu apa yang patut. Nenek harap Dewa Keberuntungan menyebelahi kamu."
Sebaik sahaja nenek tua itu berkata demikian, Letitia ternampak sekumpulan serdadu Dewa Bulan menuju ke tempat itu. Letitia menarik nafas panjang lalu menghembusnya dengan perlahan. Tubuhnya tidak lagi terasa lemas.
"Pergi. Nenek sudah selesai bantu kamu. Jangan datang ke tempat ini lagi kalau tidak mahu dicurigai oleh orang lain. Penduduk di Kota Thoth sudah jadi mata-mata Dewa Bulan." kata nenek tua itu dan menggesanya pergi sekarang juga kerana para serdadu dewa sedang menjalankan tugas mereka di tempat itu.
"Baik. Terima kasih sekali lagi bantuannya. Saya pergi dulu." ucap Letitia lalu dia pun bergerak dengan laju tanpa disedari oleh serdadu-serdadu di sana yang sibuk bertanya tentang penceroboh yang sedang hangat dibicarakan di kota itu.
_______________________________________
Thanks For Reading
Keep Voted + Comment
Hagar
Lebih kurang macam ini ya kawasan yang Letitia berada di bab ini.☝️
Ini pula kejadian di bahagian bab 23. Waktu Letitia hipnosis dua orang wanita bangsawan itu.☝️
Khemah untuk penjualan lelong itu lebih kurang macam ni tapi lebih besar. Hanya orang-orang tertentu saja boleh datang ke penjualan lelong seperti bangsawan kaya yang mampu menawarkan harga lelong yang paling tinggi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro