Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

22

Gɪɢɪʜ Tᴀɴᴘᴀ Jᴇᴍᴜ

_______________________________________

Sudah dua hari berlalu sejak kejadian Gyzeem tidak sedarkan diri setelah bangun dari tidurnya akibat mimpinya itu yang terasa bagaikan realiti. Jnari juga sudah dua hari tidak cukup tidur menunggu Gyzeem bangun. Dia sangat merisaukan keadaan Gyzeem sejak kejadian wanita itu mengalami sakit kepala yang teruk setelah bangun tidur.

Kejadian dua hari lepas sebelum menjelang waktu pagi, Gyzeem berada dalam keadaan teruk apabila pengawal yang bertugas menjaga pintu masuk ruang beradu Gyzeem datang menjumpai Jnari yang masih dibuai mimpi dalam keadaan terburu-buru. Disebabkan terganggu dengan bunyi ketukan keras dari luar biliknya, Jnari segera bangun dan melihat gerangan yang mengetuk pintu biliknya bertalu-talu.

Sebaik mengetahui keadaan sebenar Gyzeem dari pengawal itu sendiri, Jnari dengan tergesa-gesa berlari menuju ke arah ruang beradu Gyzeem. Semakin dekat dengan ruang beradu itu semakin dia dengar dengan jelas erangan Gyzeem yang menahan sakit. Betapa dia panik melihat keadaan Gyzeem yang bergelut dengan rasa sakitnya apabila sampai di ruang beradu Gyzeem. Wanita itu kelihatan sungguh terseksa dengan sakit kepalanya.

Dalam keadaan yang belum cukup persediaan, Jnari berusaha meminta bantuan Dewa Kesembuhan memulihkan sakit kepala Gyzeem. Malang sungguh doa yang dipohon seperti tidak didengar oleh dewa. Jnari berada dalam keadaan kurang persediaan dan panik pada masa yang sama hingga fokus untuk menggunakan kekuatan yang diberkahi oleh dewa kepadanya tidak dapat meredakan sakit kepala Gyzeem.

Sungguh malam itu Jnari sangat tidak tenteram melihat keadaan Gyzeem semakin teruk. Wanita itu menangis dan meraung menahan sakit. Lebih teruk lagi sebelum Gyzeem tidak sedarkan diri sepenuhnya, Jnari terperanjat besar melihat cecair merah keluar dari mata dan hidung wanita itu. Melihat keadaan Gyzeem yang sudah tidak terkendalikan Jnari meminta pengawal yang bertugas pada waktu itu memanggil pelayan untuk membantunya pada waktu itu.

Selama dua hari itu, Jnari berfikir panjang berkaitan penderitaan Gyzeem pada waktu itu. Sakit yang dialami olehnya tidak pernah dilihat oleh Jnari selama hidupnya. Inilah kali pertama dia melihat ada pesakit yang menderita sakit seperti itu. Dalam fikirannya, sakit kepala Gyzeem itulah penyebab mata dan hidungnya mengalirkan cecair merah yang berupa darah.

Mahu setengah jam juga pendarahan itu berakhir dan pada masa itu Gyzeem sudah tidak sedarkan diri. Itu pun saat Jnari sungguh-sungguh membuat permohonan kepada Dewa Kesembuhan meminta pencerahan sekiranya ada cara menghentikan pendarahan itu. Jnari sungguh bernasib baik, permohonan doanya didengari oleh Dewa Kesembuhan.

Dia mendapat petunjuk daripada dewa bahawa ada ramuan khusus untuk menghentikan pendarahan itu dan dia beruntung dia mempunyai herba yang diperlukan untuk membuat ramuan yang diberitahu oleh Dewa Kesembuhan melalui telepati. Pembuatan ramuan itu tidak mengambil masa yang lama kerana semua bahan yang diperlukan sudah ada dia kumpulkan. Dia tidak dapat bayangkan betapa sakitnya Gyzeem mengalami hal itu. Melihatnya sahaja yang sudah menangis dan meraung kesakitan membuatkan Jnari bersimpati dengan keadaan Gyzeem.

Belum lagi memori Gyzeem yang masih kambuh. Tidak ada kemajuan. Memori jangka pendeknya masih membawa rasa misteri kepada Jnari. Masih belum ada penawar untuk sakitnya.

Saran yang diberikan oleh Raja Una dengan cara meminta Gyzeem menuliskan sesuatu di atas kertas papyrus juga tidak berhasil kerana memorinya yang datang secara spontan dan cepat. Mana mungkin Gyzeem dapat menulis kembali ingatannya yang akan hilang dalam sekejap di tempat kali terakhirnya mengingat memori penting itu. Jnari masih berusaha keras untuk kesembuhan Gyzeem. Tugasnya kali ini memang mencabar mental dan kesabarannya sebagai seorang tabib.

Berita tentang keadaan Gyzeem sampai ke telinga Raja Una. Setelah mendapat khabar buruk itu daripada penyampai pesan, pada hari itu jugalah baginda berangkat ke Taman Oasis bersama pengawal setianya Kanebti. Baginda meminta Asnofre menggantikan tempatnya buat sementara waktu dan Penasihat Raja I tidak ada masalah dengan hal itu. Raja Una sungguh terkejut apabila mendengar khabar daripada Jnari sendiri yang menulis surat kepadanya dengan menggunakan merpati penghantar surat dan disampaikan oleh penyampai pesan kepada baginda setelah mengetahui isi surat itu. Selama dua hari baginda berada di Taman Oasis menunggu Gyzeem sedar. Begitu juga Jnari yang masih menjalankan tugasnya walau terasa diri itu lelah.

"Jnari."

"Ya, Yang Mulia? Ada urusan apa Yang Mulia mahu berjumpa saya?"

Raja Una melihat wajah penat tabib wanita itu. Baginda memang memuji ketabahannya sewaktu menjalankan tugas tapi baginda juga tidak suka melihat tabib itu kelelahan kerana kurang rehat.

"Tidak ada hal yang penting cuma... beta mahu kamu pergilah istirahat. Sudah dua hari kamu bekerja dan tidak cukup tidur. Pasti kamu penat."

Jnari yang mendengar kata-kata Raja Una hanya mampu tersenyum hambar. Dia kemudian menggelengkan kepala. Dia tidak mahu meninggalkan pesakitnya yang memerlukan seorang perawat jika berlaku situasi yang sama seperti kejadian dua hari yang lalu.

"Saya tidak apa-apa Yang Mulia. Selagi saya masih boleh bertahan, saya mahu tetap berada di sisi pesakit saya."

"Biar beta yang ganti menjaganya malam ini. Kamu pergi istirahat saja. Kamu itu sudah terlalu kelelahan. Jangan paksa diri itu kalau sudah tidak mampu."

"Tapi..."

"Ini adalah arahan, Jnari. Kamu berani mahu melawan kata seorang pemerintah?"

Jnari terdiam seketika. Bukannya dia mahu melawan. Semangatnya mahu memulihkan pesakitnya itu terlalu tinggi hingga dia tidak mahu meninggalkan Gyzeem yang mungkin saja sedar pada bila-bila masa. Dia juga sampai lupa hendak merehatkan diri kerana terlalu risaukan Gyzeem. Macam-macam hal buruk yang difikirkannya yang membuatkan dia tidak dapat melelapkan mata hingga harus berjaga setiap detik.

"Saya tidak berniat hendak menentang kata Yang Mulia. Saya cuma... risau keadaan Gyzeem. Sakitnya itu bukan sakit yang biasa."

"Beta tahu itu tapi kesihatan kamu juga penting Jnari bukan setakat pesakit kamu saja. Malam ini kamu istirahat. Beta akan menggantikan tempat kamu. Dewa Kesembuhan juga tidak suka melihat pengikut setianya sampai lupa menjaga diri terutama sekali golongan tabib seperti kamu. Usah risau. Dewa Kesembuhan pasti membantu kamu memulihkan Gyzeem. Beta percaya pada kekuatan dewa penyembuh."

Mendengar kata-kata Raja Una itu, Jnari pada akhirnya harus mengalah dan akur akan arahan baginda. Dia juga tidak berani mahu membantah lagi apabila Raja Una sudah memberikan titah kepadanya. Dia tidak mahu membuat Raja Una murka. Jnari pun meninggalkan Raja Una di ruang beradu itu dan kembali ke tempatnya. Setelah wanita itu sudah pergi, Raja Una pun mendekati tubuh Gyzeem yang terbaring di atas katil.

Raja Una merenung wajah Gyzeem yang kelihatan pucat tidak bermaya. Baginda mengelus lembut wajah pucat Gyzeem. Suasana hati baginda sangat kacau pada masa itu. Baginda tidak dapat menipu dirinya lagi betapa baginda takut kehilangan Gyzeem.

Tangannya mula turun mencapai tangan Gyzeem. Dia menggenggam tangan mulus itu lalu diangkat dan mengucupnya. Entah bagaimana, manik-manik jernih mengalir membasahi wajah baginda tanpa sedar. Baginda tiba-tiba beremosi pada saat baginda mengucup tangan Gyzeem. Ada suatu perasaan berat menghempap dadanya hingga sukar baginda mahu bernafas dengan tenang. Sungguh baginda takut.

Baginda takut kehilangan lagi sama seperti baginda kehilangan Ibunda Ratu, Subira. Baginda tidak mahu kejadian itu berulang lagi. Raja Una sangat mengasihi wanita yang terbaring di atas katil itu. Sungguh wanita di hadapannya yang terbaring tidak sedarkan diri itu sudah membuatkan hati teguh seorang raja luluh melihat keadaannya.

"Cepatlah kamu sedar. Jangan buat hati saya menderita melihat kamu terbaring begini..."

_______________________________________

Thanks For Reading
Keep Voted + Comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro