18
Lᴀʀɪɴʏᴀ Sᴇᴏʀᴀɴɢ Pᴇɴᴄᴇʀᴏʙᴏʜ
_______________________________________
"Cepat kejar dia dan jangan sampai terlepas!"
Kakinya begitu laju berlari kerana tidak mahu ditangkap oleh para serdadu Dewa Bulan. Di mana-mana tempat sudah dipenuhi oleh serdadu-serdadu sang dewa yang sedang mengejarnya kerana sudah mencerobohi Kuil Khonsu. Dia begitu kesal kerana sedikit lagi dia berhasil mendapatkan harta milik sang dewa yang ingin dia ambil pada malam itu mengikut perancangannya.
Tidak dia sangka, para serdadu yang bertugas pada malam itu bukanlah orang-orang biasa yang boleh dia perbodohkan dengan helahnya itu. Walaupun dia pada awalnya berjaya mengalihkan perhatian mereka agar pergi menjauh dari ruang penyimpanan senjata, para serdadu itu sangat peka dengan persekitaran mereka.
Sedar ada yang tidak kena dengan bunyi bising yang mereka dengar di luar ruangan penyimpanan senjata sang dewa, sebahagian daripada mereka sudah siap sedia di posisi mahu menangkap si penceroboh jika didapati menceroboh ke dalam ruangan tersebut. Seperti yang mereka duga, memang benar ada penceroboh masuk ke dalam ruangan senjata itu. Penceroboh itu kelihatan mahu mengambil pedang bulan sabit yang dipajang oleh sang dewa malam kelmarin.
Disebabkan dia tertangkap basah, dia tidak berkesempatan mahu mengambil pedang tersebut kerana para serdadu sudah mengepungnya. Tidak ada cara lain, dia harus bertarung dan melepaskan diri dari tangkapan mereka. Dia tidak mahu menjadi tahanan. Memang nasibnya begitu tidak beruntung malam itu.
Malam yang seharusnya sepi di Kuil Khonsu menjadi hiruk-pikuk dengan suara para serdadu yang sedang mengejar dan bertarung dengan si penceroboh. Bunyi senjata berlaga kedengaran begitu keras saat senjata para serdadu berdenting dengan senjata yang digunakan oleh si penceroboh.
Walaupun senjata di tangan si penceroboh itu bukan miliknya tetapi caranya bertarung di atas rata-rata ahli bela diri yang berkemahiran tinggi. Gerakannya begitu tangkas saat beradu kekuatan tetapi pada masa yang sama juga kelihatan elegan dengan gaya bertarungnya.
"Ouch!"
Sewaktu dia sibuk menghindar dan menangkis serangan musuh, dia tidak sedar salah seorang serdadu menghentam belakangnya hingga dia mengadu rasa sakit. Terasa sangat ngilu belakangnya. Dia lantas pandang ke arah serdadu itu dan dengan wajah yang tidak begitu senang dengan perbuatannya hingga membuatkan belakangnya sakit, dia pun melancarkan serangan sambil berkata,
"Kamu memang lelaki yang nakal. Hiargh!"
Dia melayangkan tendangannya ke arah serdadu tersebut di wajahnya hingga serdadu itu tumbang dan menjerit kesakitan. Tidak mahu dirinya terus berada di sana yang semakin lama semakin banyak serdadu sang dewa datang mengejarnya, dia pun melanjutkan pelariannya hingga ke pintu ke luar.
Pertarungannya masih tetap berlanjutan sewaktu dia mahu menuju ke arah pintu keluar tetapi tidak mudah baginya untuk melarikan diri. Para serdadu Dewa Bulan di Kuil Khonsu terlalu banyak hingga tidak cukup tangan untuknya bertarung dengan serdadu-serdadu tersebut jika hanya seorang diri. Walaupun dianggap sangat berkemahiran dalam bela diri, tetap saja tidak mudah. Satu lawan seratus lebih orang mana mungkin dia berhasil menang. Satu-satunya jalan hanyalah dengan melarikan diri. Ianya memang berisiko. Dia tidak mahu mati dihukum sang dewa. Tidak! Dia tidak boleh mati selagi pedang itu belum dia dapatkan.
_______
"Maafkan kami. Kami tidak berhasil menangkapnya. Untung saja pedang itu masih berada di ruangan senjata."
Dewa Bulan, Lah Djehuty tidak membalas kata-kata ketua serdadu itu. Matanya masih menatap pedang bulan sabit yang masih tersimpan rapi di dudukan pedang. Dia datang ke tempat itu untuk memastikan hartanya yang baru dia dapatkan di pulau tidak bernama masih selamat tersimpan di ruangan tersebut. Dia juga sempat berfikir mahu memindahkan pedang tersebut di tempat yang lain kerana pedang itu lebih berharga daripada senjata lain yang ada di ruang penyimpanan senjata itu.
Setelah lama mendiamkan diri sambil fikirannya memikirkan tentang pedang itu, akhirnya Dewa Lah Djehuty bercakap pada ketua serdadu tersebut.
"Panggil anggota perisik untuk datang menghadap aku pada hari esok. Katakan pada mereka datang pada waktu matahari sudah tinggi di atas langit. Aku mahu memberikan mereka tugas yang sangat penting." ujar sang dewa.
Dia tidak alihkan matanya daripada pedang bulan sabit itu saat bercakap. Ketua serdadu itu pun segera membalas kata-kata sang dewa.
"Baik. Arahan dewa akan segera saya sampaikan pada mereka."
"Kamu boleh pergi sekarang. Biarkan aku di sini sebentar."
"Baik, dewa. Saya undur diri terlebih dahulu."
Sesudah ketua serdadu itu pergi, Dewa Bulan pun berkata-kata seorang diri.
"Rupanya kau ini ada penjaganya. Bukan. Mungkin juga aku salah. Tapi yang pastinya... aku boleh rasa kekuatan elemental di sekitar kawasan ini. Adakah itu tuan kau? Aku dapat tahu penceroboh yang masuk ke kawasan aku ini merupakan seorang wanita cantik. Aku tidak sabar mahu berjumpanya saat anggota perisik yang aku hantar mencarinya membawanya kembali ke kuil ini menghadap aku."
Melalui laporan yang Dewa Lah Djehuty dapatkan daripada ketua serdadu tadi, penceroboh itu merupakan seorang wanita. Dia pandai bertarung dan hampir semua serdadu sang dewa sudah wanita itu kalahkan. Dewa Lah Djehuty yang mendengar laporan itu begitu tertarik dengan wanita itu. Lebih menarik lagi wanita itu bukanlah orang sembarangan. Dia itu punya kekuatan sihir yang boleh memanipulasi kekuatan elemental. Sang dewa mahu mengenali wanita misteri itu.
_______________________________________
Thanks For Reading
Keep Voted + Comment
▪️Kuil Khonsu di Kota Thoth▪️
Lebih kurang macam ni kuil tu :)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro