17
Lᴀɴᴀ
_______________________________________
Dewi Anahita lantas mengambil pedang crescent itu dan menyerahkan pedang berkembar tersebut kepada Gyzeem. Dia pun melanjutkan percakapannya kembali.
"Saya ingin menyerahkan pedang ini kepada kamu sebagai hadiah. Hadiah atas kejayaan kamu yang berhasil menamatkan pelajaran paling rumit yang tidak pernah seorang pun Maiden berhasil lakukannya. Kamu satu-satunya Maiden di zaman ini yang mampu menguasai ilmu yang telah saya ajarkan. Kamu layak diberi ganjaran kerana tidak semua manusia yang bergelar dirinya Maiden mampu mengangkat ilmu yang lebih tinggi iaitu Ilmu Para Dewa dan Dewi." kata-kata Dewi Anahita membuatkan Gyzeem terkejut.
Dia tidak menyangka setelah tamatnya pelajaran akhir yang diajar oleh Dewi Air sendiri, dia mendapat sebuah ganjaran yang begitu besar hingga dia merasakan dirinya tidak layak menerimanya.
"M-Maaf, Yang Mulia. Saya tidak layak menerima ganjaran sebesar ini, lebih-lebih lagi ianya pedang berkembar bulan sabit yang dianggap suci oleh rakyat Kota Apia. Saya belajar bukan mahu mendapat ganjaran. Saya belajar dengan ikhlas daripada Yang Mulia. Pedang itu milik Dewi Air dan hanya Sang Penguasa Air yang layak memiliki pedang itu." kata Gyzeem. Dia menolak menerima hadiah tersebut daripada Dewi Anahita.
Dia menganggap dirinya itu tidak layak menerima pedang crescent tersebut. Dia masih merendah diri. Walaupun dia dianggap seorang manusia yang sangat istimewa, dia tidak pernah meninggi diri dan angkuh terhadap keistimewaannya itu. Dia juga tidak pernah meminta perhatian daripada Dewi Air mahu pun meminta sesuatu daripadanya sebagai ganjaran.
Dia masih boleh terima lagi sekiranya pedang crescent itu dia guna sementara waktu atas beberapa alasan yang boleh diterima akal seperti berada dalam situasi darurat. Jika sampai pedang crescent itu harus bertukar tuan, dia terpaksa menolaknya kerana tidak layak menjadi tuan baru terhadap pedang tersebut. Pada masa yang sama juga, dia sempat berfikir dan risau apa anggapan orang di sekitarnya jika dia memiliki pedang crescent itu terutama sekali mereka yang tidak menyukainya. Dia tidak mahu menimbulkan lebih banyak kebencian di sekitarnya.
"Saya sudah lama menunggu manusia yang sangat sesuai menggunakan pedang ini. Akhirnya, saya menemukan manusia itu. Manusia itu adalah kamu. Kamu dilahirkan dengan sebuah keistimewaan. Di mata Penguasa Dunia, kamu layak menerima kekuatan yang setara dengan kami. Tidak semua manusia layak mendapat berkah daripadanya."
Dewi Air percaya pada Gyzeem Ezlyn. Percaya terhadap kejujurannya. Percaya terhadap kebaikan hatinya. Percaya terhadap keikhlasannya dalam persahabatan mereka. Percaya terhadap kesetiaan Gyzeem terhadap dirinya sebagai Sang Penguasa Air di seluruh pelosok dunia. Dewi Air percaya bahawa Gyzeem manusia yang layak menjaga pedang itu. Ianya bukan sekadar ganjaran atas kejayaannya sahaja malah Dewi Air mahu berterima kasih pada Gyzeem Ezlyn kerana sudi menganggap dirinya itu sahabat.
"Itu alasan pertama mengapa saya mahu berikan pedang ini kepada kamu. Alasan keduanya adalah... saya sungguh-sungguh berterima kasih atas keikhlasan kamu mahu bersahabat dengan saya walaupun saya ini adalah dewi di mata manusia tapi tidak bagi kamu. Kamu menganggap dewa atau dewi di dunia ini adalah sama seperti manusia. Punya emosi dan perasaan. Sekarang saya faham, betapa sunyinya bila tidak ada sahabat yang begitu memahami kita. Hidup saya bagaikan penuh dengan warna-warni kebahagiaan saat menjadi sahabat kamu. Tidak ada kekosongan lagi di dalam hati ini." sang dewi pun pada akhirnya meluahkan segala perasaan serta emosinya terhadap Gyzeem.
Di mata Gyzeem, dia bukan lagi melihat sang dewi itu adalah Sang Penguasa Air yang diagung-agungkan oleh rakyat Kota Apia tapi melihatnya sebagai seorang sahabat. Hatinya semakin berat. Kini, di sisi lain hatinya dia berasa serba salah jika dia harus menolak pemberian Dewi Air itu. Kata-kata sang dewi begitu mendalam hingga dia tidak mahu melukai perasaan sahabatnya itu.
Kini dia faham, Dewi Air, Anahita Ceto sebenarnya mahu menghargai persahabatan mereka selama ini dengan memberikannya hadiah penghargaan dari seorang sahabat.
"Tolong terima hadiah pemberian saya ini. Lupakan tentang alasan pertama itu kalau kamu berasa kurang senang mahu menerima hadiah ini. Anggap saja alasan kedua ini adalah hadiah persahabatan saya terhadap kamu."
Gyzeem menghela nafasnya melihat situasi yang tidak diduga tersebut. Dia tidak menyangka sekuat itu kemahuan Dewi Air mahu memberikan pedang crescent tersebut kepada dirinya. Mahu tidak mahu, dia akhirnya menerima hadiah pemberian Dewi Air.
"Kalau itu Yang Mulia mahukan, baiklah saya terima dengan senang hati." ujar Gyzeem.
Dewi Air begitu gembira apabila hadiahnya diterima. Dia langsung memberikan pedang itu kepada Gyzeem dan disambut baik olehnya. Sesudah pedang berkembar itu bertukar tangan, Dewi Air pun berkata lagi.
"Berilah pedang itu nama agar pedang itu mengakui kamu sebagai tuan barunya." kata Dewi Air.
Gyzeem pandang ke arah Dewi Air. Dia tidak faham. Mengapa pedang itu harus diberi nama lagi?
"Bukankah pedang crescent ini sudah ada gelarannya? Kenapa saya harus memberikannya nama lagi agar pedang ini mengakui diri saya sebagai tuan barunya?" kata Gyzeem. Dia tidak faham.
"Tuan baru haruslah ada nama baru. Nama atau gelaran sebelum ini tidak ada gunanya jika tuan baru tidak memberikannya nama. Bagaimana pedang crescent ini mahu menyahut panggilan kamu saat kamu memerlukannya jika kamu sendiri tidak mahu mengakuinya sebagai pedang milik kamu. Pedang ini sama saja seperti cangkang kosong yang tidak memiliki jiwa jika kamu tidak menganggapnya milik kamu." Dewi Air menjelaskan hal itu kepada Gyzeem.
Gyzeem pula terangguk-angguk faham. Dia pun diam sejenak dan memikirkan nama yang sesuai. Setelah mengambil masa untuk memikirkan nama bagi pedang crescent tersebut, akhirnya dia menemukan nama yang sangat sesuai.
"Mulai hari ini, saya akan memanggil kamu Lana yang bermaksud tenang seperti air yang mengalir. Saya harap kita dapat bekerjasama di masa akan datang bila saya memerlukan kekuatan kamu."
_______________________________________
Thanks For Reading
Keep Voted + Comment
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro