Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16

Dᴀᴛᴀɴɢ ᴋᴇ Mᴀʀᴇʟʟᴀ

_______________________________________

Gyzeem melangkah ke arah gerbang masuk menuju ke Marella yang disebut orang dari laut yang terang. Marella merupakan tempat tinggal Dewi Air, Anahita Ceto yang didirikan di sebelah Pulau Ganaville iaitu tempat Kota Apia diwujudkan. Jarak antara Marella dan Pulau Ganaville hanyalah sekitar 1 kilometer sahaja.

Marella ini merupakan kuil-kuil yang dibina di atas permukaan air laut. Di tengahnya pula berdirinya sebuah istana yang merupakan tempat Dewi Air itu tinggal iaitu Istana Arnav. Marella mempunyai empat Kuil Utama iaitu Kuil Ninad ( Utara ), Kuil Delmare ( Selatan ), Kuil Firtha ( Timur ), dan Kuil Kendra ( Barat ). Rakyat di Kota Apia bebas untuk datang ke Marella dengan syarat tidak melakukan hal-hal tercela yang membangkitkan kemarahan dewi. Kebanyakan yang datang ke tempat itu merupakan para tetua dari Kuil Aruba. Menghabiskan masa tua mereka di tempat itu dan tidak pernah kembali lagi di Kota Apia.

Gyzeem datang ke Marella pun disebabkan oleh permintaan Dewi Air. Setelah dia menamatkan pelajaran terakhirnya bersama dengan Dewi Air lima hari yang lepas, Gyzeem diminta untuk datang ke Marella dan temukannya di Istana Arnav. Dewi Air tidak memberitahu alasan sebenar mengapa dia meminta Gyzeem datang ke tempat itu. Hingga ke hari ini, Gyzeem masih tertanya-tanya.

Setelah dia tiba di Istana Arnav, Gyzeem pun melanjutkan perjalanannya menuju ke arah lif untuk naik ke tingkat paling atas istana tersebut. Dia masih ingat Dewi Air menyuruhnya ke tingkat paling atas sekiranya dia sudah tiba di istana. Tiba sahaja di tingkat paling atas, Gyzeem pun berjalan keluar dari lif dan mencari Dewi Air. Sewaktu dia tengah mencari sang dewi, dia tanpa sengaja masuk ke sebuah ruangan yang pintunya terbuka luas. Di dalamnya tidak ada sebarang perabot pun untuk mengisi kekosongan ruangan itu kecuali sebuah mazbah berbatu.

Di atas mazbah itu terletaknya dua bilah pedang berbentuk bulan sabit yang membuatkan Gyzeem begitu tertarik untuk melihatnya dengan lebih dekat. Saat dia tiba di hadapan mazbah itu, tangannya mula menyentuh pedang berkembar itu.

"Sudah lama kita tidak bertemu wahai pedang crescent. Mengapa kamu berada di sini? Seingat saya... Upacara Penyembuhan sudah lama berlalu dan harus menunggu satu tahun lagi. Upacara Pemurnian Air juga masih belum tiba dan perlu tunggu tiga tahun dari sekarang. Seharusnya kamu berada di dasar laut tersimpan rapi di dalam domain rahsia yang saya sendiri pun tidak tahu di mana." kata Gyzeem ke arah pedang tersebut.

"Ada sesuatukah yang sedang berlaku hingga kamu dibawa ke tempat ini?" katanya lagi. Otaknya masih ligat berfikir. Hairan mengapa pedang yang begitu suci di mata rakyat Kota Apia itu berada di sana.

Pedang crescent atau dikenal sebagai pedang bulan sabit adalah pedang suci yang murni lahir daripada kekuatan Sang Penguasa Air dan ditempa oleh penempa besi yang tidak diketahui namanya. Pedang berkembar ini juga dipanggil Pedang Ritual Dewi kerana ianya sering digunakan saat ada upacara besar sedang berlangsung. Para pendahulu memanggilnya Pedang Rahmat Tanpa Batas kerana mereka menganggap pedang crescent ini merupakan pedang milik Dewi Air dan kekuatan pedang tersebut berasal daripada sang dewi.

Orang-orang yang layak menggunakan pedang crescent adalah Maiden kerana mereka adalah ketua dalam upacara-upacara besar seperti Pemurnian Air yang diadakan lima tahun sekali, Upacara Penyembuhan yang diadakan satu tahun dua kali dan Upacara Pelantikan Maiden Baru.

Pertama kali dia menggunakan pedang crescent pada waktu dia dilantik menjadi Maiden baru di Kuil Aruba. Dalam upacara tersebut, Maiden yang baru dilantik harus melakukan Tarian Pedang Aysu di hadapan semua orang termasuk Dewi Air yang menjadi penonton utamanya. Dia masih ingat ketika tangannya menyentuh pedang berkembar itu, dia dapat rasakan ada suatu tenaga dan aura suci masuk ke dalam tubuhnya. Dia akui pedang crescent itu sememangnya pedang yang sangat suci kerana terlahir dari kekuatan dewi. Dia adalah salah satu orang yang sangat beruntung dapat menggunakan pedang crescent yang sangat diimpi-impikan oleh orang-orang suci di Kuil Aruba.

"Kamu datang lebih awal daripada saya jangkakan."

Gyzeem sedikit terkejut apabila Dewi Air bercakap dari arah belakangnya. Dia lantas pusing ke belakang dan tunduk hormat padanya.

"Saya cuma tidak mahu membuang waktu, Yang Mulia. Bukankah lebih bagus sekiranya datang lebih awal daripada datang lambat. Sekurang-kurangnya Yang Mulia tidak tertunggu-tunggu saya. Itu lebih baik daripada saya membiarkan Yang Mulia tertunggu-tunggu." kata Gyzeem dengan penuh rasa hormatnya pada Dewi Air.

Dewi Anahita tersenyum ketika mendengar kata-kata Gyzeem itu lalu mengalihkan pandangannya pula ke arah mazbah berbatu. Dia pun melangkah mendekati mazbah itu dan berkata,

"Mahu tahu mengapa saya meminta kamu datang ke Marella lima hari yang lepas?" kata Dewi Anahita. Dia pandang ke arah Gyzeem kembali sambil tangan kanannya menyentuh pedang crescent.

"Saya memang menunggu hingga ke hari ini dan mendengar alasan Yang Mulia meminta saya datang ke Istana Arnav. Sebelum ini, Yang Mulia akan beritahu dahulu tujuan sebenar saya harus datang ke Marella. Mengapa lima hari yang lepas Yang Mulia tidak memberitahu saya satu hal pun walau sepatah kata agar saya datang ke Marella?" kata Gyzeem dengan jujur pada Dewi Anahita.

Rasa ingin tahunya begitu tinggi pada waktu itu kerana hari ini sudah tiba masanya dia mengetahui hal yang sebenar. Dewi Anahita pun menjawab pertanyaan Gyzeem yang kelihatan sudah tidak sabar menanti jawapan daripadanya.

"Ini alasannya mengapa saya meminta kamu datang ke sini tanpa penjelasan yang jelas..."

_______________________________________

Thanks For Reading
Keep Voted + Comment

▪️Marella▪️

Lebih kurang macam ni ya Readers tempat tu :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro