Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14

Jɴᴀʀɪ Dᴀᴛᴀɴɢ ᴋᴇ Kᴏᴛᴀ Eᴍᴀs

_______________________________________

Hari ini aku berada di Kota Emas setelah satu jam perjalanan. Raja Una memerlukan perkhidmatan aku sebagai seorang tabib diraja. Aku mendapat khabar Yang Mulia, Raja Una sedang gering. Asnofre, Penasihat Raja I mewakili Raja Una mengirim perintah kepada Kanebti untuk memanggil aku kembali ke istana.

Aku sudah selesai periksa keadaan Raja Una. Untung saja, Yang Mulia cuma keletihan dan memerlukan rehat yang cukup. Jujur saja, Raja Una-Khalfani cukup keras kepala tidak mahu mendengar kata hingga menjejaskan kesihatan baginda sendiri. Aku memang sudah maklum Yang Mulia ini seorang raja yang bekerja keras demi masa depan rakyat di empayar kekuasaannya.

Tapi... jika sudah melibatkan kesihatan, aku sendiri memang sangat bertegas dengan orang-orang yang tidak mahu mendengar cakap. Aku tidak kisah jika aku bertegas terhadap raja yang lebih tinggi statusnya daripada aku. Aku sebagai tabib punya hak untuk marah dan bertegas terhadap pesakit aku yang tidak mementingkan kesihatan mereka.

Kesihatan itu sangat penting. Buat apa harus memudaratkan kesihatan diri sendiri? Aku tahu, apa yang aku cakap pada Raja Una sebentar tadi memang biadap dan mungkin membuatkannya murka. Anehnya, dia masih boleh ketawa lagi saat aku sudah melampaui batas saat bercakap dengannya.

Aku ada buat hal yang lucukah? Walaupun penasihat raja menegur akan adab aku ketika bercakap dengan Raja Una, baginda tidak menghukum aku apabila aku memarahinya.

Buat aku rasa terkejut, baginda berkata begini padaku ;

"Saat kamu memarahi beta, kamu mengingatkan beta pada ibunda..."

Pada waktu itulah aku terdiam. Usai sahaja aku merawatnya dan memberikan ubat kepada baginda, aku langsung memberikannya dua tiga nasihat. Aku tidak mahu baginda terlalu bekerja keras hingga tidak mahu berehat dalam beberapa waktu.

Baginda boleh jadi gila jika terlalu tertekan dengan pekerjaannya sebagai seorang pemerintah. Aku tahu baginda mahu buat yang terbaik untuk rakyat tercintanya tapi baginda terlalu memaksakan diri. Bekerja juga harus ada istirahat. Semoga... Raja Una cepat sembuh. Maaf, aku sudah terkasar bahasa dengan Yang Mulia. Aku mohon, Dewa Kesembuhan... berilah rajaku kesihatan yang baik.

Ditulis Pada ;
Bulan Pertama Musim Akhet
(Bulan Pertama : Dyehuty),
Hari Ke-5,
Tahun 2349,
Raja Una-Khalfani,
Penguasa Empayar Padang Pasir Emas.


Sekarang sudah masuk jam sepuluh. Aku masih belum dapat tidur. Mata aku masih segar-bugar dan entah bila aku dapat tidur. Aku harap aku tidak lewat bangun esok. Sementara menunggu rasa mengantuk datang sambil membaca buku tentang ubatan herba, kebetulan aku teringat tentang Gyzeem dan kejadian sebelum aku berangkat ke Kota Emas.

Daripada aku lupa, lebih baik aku tulis di sini keadaan pesakit aku ini. Sebelum Kanebti tiba di Taman Oasis menyampaikan pesan daripada Asnofre, Penasihat Raja I, aku ada ternampak Gyzeem sedang membakar sesuatu di belakang bangunan utama berdekatan dengan sungai kecil saat aku mencarinya. Tujuan aku mencarinya kerana mahu membawanya melakukan terapi.

Aku malah menjumpainya sedang membakar sesuatu di sana. Cukup lama juga aku perhatikan dia. Melalui pengamatanku, Gyzeem membakar sekeping kertas tebal yang diperbuat daripada papirus. Aku juga sempat mendengar sedikit bicaranya saat membakar kertas tebal itu. Bunyinya seperti ini ;

'Lepaskan segalanya. Menjadi satu dengan air...'

Selebihnya aku tidak dengar lagi kerana terganggu dengan bunyi bising keldai-keldai milik Tuan Shakir yang tinggal di seberang sungai kecil di Taman Oasis itu.

Melihat dirinya yang melakukan hal yang aneh lagi setelah kejadian Dewi Cinta datang bertamu di Taman Oasis, aku terus menegur dia dan aku juga teringin sangat mahu tahu apa yang dibakarnya.

Sewaktu aku tegur Gyzeem, dia kelihatan sangat terkejut. Aku buat tidak tahu saja apa yang sudah aku lihat itu dan dengar sedikit bicaranya. Aku tanya apa yang dia buat di sana.

Jawapan dia itu buat aku rasa pening kepala ;

'Apa yang saya buat? Kenapa ada api di sini?'

Runsing aku dibuatnya. Aku yang bertanya malah aku pula yang ditanya.

Aku sebenarnya ingin tahu dan aku kembali lagi rasa ragu terhadap Gyzeem. Entahlah. Aku sendiri tidak tahu hendak jelaskan bagaimana lagi. Gyzeem ini begitu misteri hingga rasa misteri itu buat aku meragukan dia. Mahu percaya tapi tingkah lakunya yang aneh dan kehilangan memorinya buat aku rasa ragu-ragu mahu percaya.

Bila aku tidak mahu percaya tapi kebenaran yang ada buat aku rasa bersalah. Mana satu yang patut aku percaya? Kalau boleh aku tidak mahu meragukan Gyzeem. Aku tidak mahu juga terlibat dengan banyak masalah setelah kejadian Dewi Cinta memberi racun pada Gyzeem.

Patutkah aku jumpa Dewa Kesembuhan atau mungkin... Ah, mustahil! Dewa yang satu lagi tidak tahu bila akan kembali ke padang gurun setelah sekian lama berkelana. Jika ada dia mungkin... aku dapat petunjuk selain bantuan daripada Dewa Kesembuhan.

Cukup sampai di sini aku tulis. Aku sudah mula rasa mengantuk. Akhirnya, aku dapat istirahat.

Ditulis Pada ;
Bulan Pertama Musim Akhet
(Bulan Pertama : Dyehuty),
Hari ke-5,
Tahun 2349,
Raja Una-Khalfani,
Penguasa Empayar Padang Pasir Emas.

_______

"Begitukah?"

"Iya, Yang Mulia."

Raja Una bangkit dari tempat duduknya. Dia diam sejenak dan berfikir. Setelah mendengar penjelasan Jnari terhadap perkembangan rawatan Gyzeem, Raja Una mendapati masih belum ada perkembangan tentang ingatan Gyzeem yang hilang itu. Sudah masuk tahun yang baru, Gyzeem masih belum mendapat kembali memorinya yang hilang.

"Apa ada saranan daripada Yang Mulia tentang masalah ini?"

Jnari menyoal. Dia juga buntu hendak bantu memulihkan ingatan Gyzeem.

"Hanya ada satu saja caranya."

"Apa caranya Yang Mulia?"

"Suruh dia tulis sesuatu di atas kertas. Jika ianya melibatkan memorinya, sekurang-kurangnya kalau dia lupa dia masih ada rekod yang tersimpan. Kerja ini mungkin sedikit rumit sebab... mungkin saja dia akan menulis hal-hal peribadi yang tidak mahu dikongsikannya dengan orang lain. Kamu beritahu padanya, asingkan yang peribadi dan bukan peribadi. Mudah untuk kamu buat analisis tentang kesihatan Gyzeem."

Jnari yang dengar saranan Raja Una pun berfikir sejenak. Idea yang bernas itu sangat berguna jika dia mahu mengumpul maklumat penting melalui tulisan Gyzeem. Satu-satunya cara untuk mengetahui siapa sebenarnya Gyzeem Ezlyn ini.

"Baiklah, Yang Mulia. Saya akan cuba usahakan." balas Jnari sesudah lama mendiamkan diri memikirkan hal itu.

"Bagaimana dengan kesihatan beta? Apa beta boleh bertugas sekarang?" soal Raja Una.

Sewaktu baginda disuruh berehat oleh Jnari selama lima hari atas faktor kesihatannya, Raja Una begitu risau tentang pekerjaannya yang begitu banyak. Melihat Anosfre yang sibuk ke hulu dan ke hilir menggantikan dirinya sebagai pemimpin sementara, sudah buat baginda bimbang hingga tidak senang duduk.

"Harap bersabar Yang Mulia. Tinggal sehari lagi dan selepas itu Yang Mulia sudah boleh bergerak bebas. Jangan terlalu keras terhadap diri itu Yang Mulia, Raja Una. Kesihatan juga penting dalam kehidupan seorang pemerintah." Jnari mengingatkan Raja Una sekali lagi nasihatnya sebelum ini.

Raja Una mengeluh. Baginda sudah terlalu bosan duduk di ruang beradu menunggu hari kebebasannya.

"Beta sudah terlalu bosan."

"Isilah kebosanan Yang Mulia dengan doa kepada Dewa Kesembuhan. Mohon padanya kesihatan yang lebih baik."

"Bukankah itu tugas kamu?"

Jnari pandang ke arah Raja Una dengan senyuman yang mengejek.

"Jangan jadi raja yang pemalas Yang Mulia. Ianya bukan contoh yang baik kepada rakyat jelata."

Raja Una pandang ke arah Jnari yang berani mengejeknya itu. Namun, baginda tidak murka mahu pun tersinggung sedikit pun. Dia malah tergelak kecil lalu membalas kata-katanya.

"Baiklah. Baiklah. Beta tidak akan bertugas dahulu hari ini. Beta juga tidak akan lupa berdoa pada Dewa Kesembuhan. Usah kamu risau. Sejak beta melepaskan azimat itu, kamu memang tidak pandai berhenti membebel. Tingkah laku kamu itu sama seperti ibunda. Kamu beruntung beta tidak menghukum kamu yang sudah biadap dengan pemerintah padang pasir emas ini." kata Raja Una.

Raja Una berjalan melepasi Jnari yang sedang mengemas meja setelah selesai merawat baginda di ruang beradu itu. Baginda menuju ke arah tempat tidurnya yang diperbuat daripada kayu eboni yang dihiasi dengan ukiran-ukiran daripada emas. Di sana terletaknya sepasang pakaian indah yang diperbuat daripada kain sifon. Ianya berwarna biru muda dan dihiasi dengan manik-manik yang berkilauan. Raja Una sudah lama memesan pakaian itu untuk dihadiahkan kepada Gyzeem.

"Jnari,"

"Ya, Yang Mulia. Ada apa?"

"Sebelum kamu kembali ke Taman Oasis, beta mahu kamu berikan ini padanya."

Jnari melihat ke arah tangan Raja Una yang memegang lipatan kain yang dia duga itu merupakan pakaian. Untuk siapa? Sudah pastinya kepada Gyzeem. Lihat warna kain itu sahaja sudah dia tahu untuk siapa pakaian itu diberikan.

"Sudah pasti, Yang Mulia."

_______________________________________

Thanks For Reading
Keep Voted + Comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro