Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11

Pᴇɴɢᴇᴛᴀʜᴜᴀɴ Tᴇɴᴛᴀɴɢ
Cᴀᴋʀᴀ Kᴇᴅᴜᴀ - Cᴀᴋʀᴀ Sᴀᴋʀᴀʟ

_______________________________________

Unsur air dikaitkan dengan Cakra Kedua iaitu Cakra Sakral.

Unsur air dan Cakra Sakral dikaitkan pula dengan emosi, ghairah, keseronokan dan kreativiti.

Apabila unsur air berada dalam keadaan seimbang seseorang boleh terhubung dengan mudah dengan orang lain, melepaskan segala-galanya di dalam hati, terbuka kepada kegembiraan dan keseronokan dan mengekspresikan kreativiti.

Apabila unsur air berada dalam keadaan tidak seimbang pula seseorang akan mengalami emosi yang tidak stabil, dehidrasi, rasa tegang, rasa buntu dan nafsu meningkat.

Itulah apa yang aku belajar daripada Dewi Air, Anahita Ceto sepanjang aku berguru dengannya. Aku yang sudah bergelar Maiden belajar banyak daripadanya terutama sekali tentang unsur air yang ada kaitannya dengan Cakra Sakral.

Ilmu tentang unsur air yang aku dapat daripadanya adalah ilmu terdalam untuk menguasai Cakra Sakral. Untuk mengaktifkan Cakra Sakral, aku harus memahami terlebih dahulu cakra tersebut dan mendalami ilmu itu untuk bersatu dengan unsur air.

Unsur air juga mempunyai kaitan dengan unsur kerohanian. Bagi mengaktifkan Cakra Sakral, unsur kerohanian juga sangat penting untuk mengakses cakra tersebut sebelum diaktifkan di dalam tubuh badan seseorang dan menguasai kekuatan elemen air.

Kata sang penguasa air, kekuatan elemen air ini mempunyai hubungan dengan penyembuhan yang sering dikaitkan pula dengan penyucian atau pun dipanggil pemurnian serta pembaharuan. Itulah alasan kuat mengapa orang yang memiliki kuasa elemen air mampu melakukan penyembuhan pada diri sendiri mahu pun pada orang lain.

"Tenangkan fikiran kamu. Kosongkan minda dan fokus..."

Hari ini aku belajar tentang cara mengakses Cakra Sakral dalam tubuhku melalui meditasi. Meditasi yang aku lakukan adalah untuk membuka laluan kepada aliran mana yang ada pada tubuhku untuk capai lokasi sebenar Cakra Sakral. Aku sedang berusaha untuk fokus pada waktu itu dan cuba bayangkan sesuatu di fikiranku.

"Bayangkan kamu berada di suatu tempat yang mempunyai unsur air dan hanya fokus pada unsur itu sahaja..."

Dalam fikiranku aku membayangkan diriku berada di tepi pantai sedang melihat pemandangan laut yang begitu indah. Bunyi desiran ombak menghempas pantai dan tiupan angin laut yang begitu menenangkan jiwa. Aku boleh rasa tubuhku menjadi lebih tenang dan santai saat membayangkan suasana itu.

"...perlahan-lahan kamu berjalan menuju ke arah unsur air itu di dalam fikiran kamu. Cuba fokus pada sensasi yang kamu rasakan saat kaki kamu menyentuh unsur air tersebut dan bayangkan apa yang kamu rasa saat unsur air itu menyentuh kaki kamu."

Aku membayangkan diriku berjalan menuju ke arah air laut dan aku cuba fokus pada kakiku. Aku boleh rasa sesuatu yang membuatkan kakiku bergetar dan ianya terasa seperti menyengat di tumit kakiku. Ya, aku boleh rasa sensasi itu saat membayangkan diriku mendekati air laut itu. Tapak kakiku terasa sejuk saat aku pijak ke dalam air laut. Panas yang aku rasa saat berkaki ayam memijak pasir pantai kini berubah menjadi sejuk.

"Bergeraklah lebih jauh ke arah unsur air yang kamu rasakan sekarang. Bayangkan tubuh kamu menyentuh unsur itu dan rasakan sensasinya sekali lagi..."

Aku bayangkan diriku bergerak menuju ke arah laut. Semakin tubuhku mengenai air laut itu semakin aku rasa suhu air laut itu yang terasa sejuk. Seluruh badanku bagaikan kesemutan saat cuba membayangkan diriku berenang pergi lebih jauh ke tengah laut.

"Menyelamlah ke dalam unsur air dan rasakan lagi sensasi itu saat kamu berada di dalamnya..."

Di dalam bayanganku, aku menyelam ke dalam laut. Sensasinya sama seperti sebelum ini. Ada rasa kesemutan. Kini kepalaku pula alami rasa itu. Rasa basah di kepala dan rambutku saat menyelam ke dalam laut yang dalam.

"Kembali ke permukaan air laut dan ambil nafas yang cukup sebelum kamu kembali menyelam. Ulang kitaran itu beberapa kali di dalam fikiran kamu dalam beberapa minit yang kamu boleh. Apabila kamu benar-benar sudah bersedia hendak kembali ke tempat yang kering, hentikanlah kitaran itu dan bergeraklah semula ke arah permulaan kamu berada."

Setelah aku menyelam dan kembali ke permukaan air laut yang aku bayangkan di dalam fikiranku mengikut kitaran yang diarahkan oleh Dewi Air, aku pun berhenti dan membayangkan pula diriku kembali ke tepi pantai.

"...fokus pada perubahannya ketika kamu perlahan-lahan keluar dari unsur air itu saat menuju ke tempat yang kering."

Dalam fikiranku, aku membayangkan diriku sudah tiba di tepi pantai. Aku boleh rasa sensasi itu saat cahaya matahari menyengat kulit tubuhku yang basah. Panas matahari itu menghangatkan tubuhku yang pada mulanya terasa sejuk saat berendam di dalam air laut kini berubah menjadi hangat secara perlahan-lahan.

"Setelah kamu membayangkan diri kamu benar-benar kering sepenuhnya saat berjemur di bawah sinar matahari, tamatkanlah bayangan itu di dalam fikiran kamu dan perlahan-lahan tarik nafas melalui hidung dan hembusnya keluar melalui tempat yang sama. Ulang sebanyak tiga kali dan sesi meditasi berakhir."

Aku ikut arahan Dewi Air itu. Aku menarik nafas dengan dalam dan tahan selama dua puluh detik. Sesudah itu hembusnya pula melalui hidungku. Aku lakukannya sebanyak tiga kali dan sesudah itu meditasi itu pun selesai.

Perlahan-lahan aku buka mataku dan terlihat Dewi Air, Anahita Ceto tersenyum melihatku. Adakah aku sudah berjaya?

_______________________________________

Thanks For Reading
Keep Voted + Comment

▪️Dewi Air, Anahita Ceto▪️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro