07
Mɪᴍᴘɪ Aɴᴇʜ
_______________________________________
"Bicaralah wahai dewiku, mimpi apa yang membuatkan dewi kami gelisah hingga tidur pun tidak nyenyak?"
"Mimpinya sangat aneh, Candra. Saya bermimpi... ada tiga ekor tupai betina sedang berkumpul di bawah pohon Quercus. Tupai pertama membawa ranting tetapi rantingnya dilumuri dengan sejenis cecair hitam pekat yang berbau busuk. Tupai kedua membawa sejenis bunga lotus berwarna putih tetapi bunganya sudah layu seperti menunjukkan tiada lagi keindahan pada bunga itu. Tupai ketiga sama seperti tupai kedua dengan membawa bunga lotus tapi ianya berwarna merah darah dan... saya nampak ada asap beracun keluar dari kelopak-kelopak bunga itu."
Candra diam sambil menunggu Dewi Hutan melanjutkan lagi cerita tentang mimpi anehnya itu.
"Dalam mimpi itu, tupai yang kedua mati terlebih dahulu dan diikuti pula oleh tupai yang ketiga. Tinggal seekor tupai yang masih hidup iaitu tupai yang pertama tapi... sesudah tupai yang ketiga itu mati, tupai yang pertama itu mengalami kekejangan yang agak lama. Yang menghairankan... tupai itu tidak mati tapi menderita sakit berpanjangan hinggalah dedaunan pohon Quercus berguguran dan mati. Tanah pula berubah menjadi tanah merah dan tidak ada kehidupan langsung selepas itu."
Dewi Hutan kelihatan gelisah. Raut wajahnya begitu khuatir hingga kelihatan kerutan di dahinya.
"Apa maksud mimpi saya itu, Candra? Mimpi itu membuatkan saya tidak nyenyak tidur semalaman."
Candra menarik nafasnya dengan dalam lalu menghembusnya. Dia sudah tahu maksud mimpi itu.
"Ianya petanda yang tidak baik. Salah satu daripada mereka pasti menjadi dalang kejahatan yang pada akhirnya memakan dirinya sendiri kerana terlalu mementingkan diri yang mahu mencapai ambisinya. Satunya lagi terlalu banyak memilih mahu menjaga hati orang lain hingga tidak ingat dirinya juga harus dilindungi. Kematiannya itu disebabkan oleh kenaifan dirinya sendiri yang terlalu percaya pada si jahat. Akhirnya, kesalahan yang dilakukan oleh si dalang kejahatan itu telah membuatkan seluruh isi hutan itu ditimpa bencana buruk. Yang masih hidup pula harus menderita sakit akibat perbuatan si jahat yang sudah melanggar Aturan Langit."
Whoosh...
Setelah pulang dari rumah penilik mimpi, Dewi Hutan tidak habis memikirkan mimpi anehnya yang membawa petanda buruk.
Dia masih ingat dengan jelas amaran Candra, si penilik mimpi itu.
"Dewi harus berhati-hati. Mungkin yang terlibat itu adalah orang yang sangat rapat dengan Dewi. Masih ada waktu untuk elak bencana ini berlaku di tempat ini."
Hembusan angin lembut meniup rambutnya yang panjang berwarna perang kekuningan. Rambutnya yang ikal bergerak-gerak mengikut alunan tiupan angin yang sepoi-sepoi. Dewi Hutan melihat ke arah dedaunan pohon suci yang berguguran ditiup angin. Dia mengangkat tangan kanannya dan menyambut sehelai daun yang jatuh di telapak tangannya. Dia turunkan tangannya ke paras dada dan merenung daun itu.
Batinnya mula berbicara,
Aku tidak mahu Vanabhu ditimpa bencana. Sebagai penguasa di Empayar Hutan Hujan Vanabhu, aku mohon wahai Punita Maram, pohon suci yang diberkati oleh Vaneday, jauhilah kami daripada bencana buruk. Berilah aku kekuatan untuk melindungi rakyatku di empayar ini.
Sesudah dia berkata begitu di dalam batinnya, dia pun meninggalkan Kuil Suramandira. Dewi Hutan yang menggelar dirinya Hollis Gautier kini tidak boleh lengah dan berdiam diri setelah mendapat tahu maksud mimpi anehnya itu. Jika dia tersilap langkah atau pun cuai menjalankan tugasnya sebagai pemerintah, Vanabhu sudah pasti hancur. Dia tidak mahu kehilangan Vanabhu dan rakyatnya yang tercinta.
Dia sudah berjanji pada rakyat Vanabhu yang merupakan pengikutnya sejak dari dahulu lagi bahawa dengan darah dan dagingnya ini, dia sanggup mati demi kesejahteraan mereka. Dewi Hutan tidak mahu si jahat yang dimaksudkan oleh Candra si penilik mimpi itu menggugat keamanan empayar miliknya.
_______________________________________
Thanks For Reading
Keep Voted + Comment
▪️Dewi Hutan, Hollis Gautier▪️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro