06
Cɪɴᴛᴀ Sᴀɴɢ Dᴇᴡɪ
_______________________________________
"Yang Mulia, Raja Una tidak ada di istana sekarang. Jika dewi terhormat kami ini mahu bertemu dengan penguasa padang gurun ini, dewi harus menunggunya pulang ke Kota Emas."
"Boleh saya tahu di mana hala tuju Raja Una?"
"Tempat peristirahatan Ibunda Ratu, Subira."
"Taman Oasis?"
"Iya, dewi."
"Apa sebab Raja Una ingin kembali berpijak ke taman itu?"
"Oh, pasti dewi belum tahu cerita tentang wanita yang pernah diselamatkan oleh Raja Una."
"Hmm? Apa kaitannya dengan tujuan Raja Una ke tempat itu?"
"Begini... Sebulan yang lalu, Raja Una menyelamatkan seorang wanita yang hampir mati di tengah padang pasir. Baginda bawanya pulang ke Kota Emas dan berikannya tempat tinggal iaitu di Taman Oasis. Tabib yang bertanggungjawab merawatnya adalah Jnari, tabib diraja Kota Emas. Katanya, wanita itu kehilangan memorinya saat tersedar dari pengsan dan memerlukan waktu untuk pulihkan ingatannya itu. Raja Una hari ini ingin melawatnya dengan ditemani oleh Penasihat Raja I.
Krak!
Gelas kaca yang dihiasi dengan batu garnetella retak parah apabila menerima tekanan hebat dari genggaman sang dewi. Air wain yang sudah tinggal separuh sedikit demi sedikit keluar dari celah-celah retakan itu bersama dengan darah segar dari tapak tangannya yang terluka.
Renungannya begitu tajam melihat ke arah pelayannya yang tengah tunduk ketakutan. Tubuh pelayannya menggigil. Pelayan itu sudah agak dewi di hadapannya ini akan murka apabila mendengar laporan yang baru disampaikannya sebentar tadi. Tiada apa yang boleh dia lakukan melainkan hanya tunduk dan mendiamkan diri.
Laporan yang baru didengari oleh dewi itu menambahkan lagi rasa sakit hatinya. Ini sudah yang ke sepuluh kali dia menghantar mata-mata ke Taman Oasis. Sungguh hati yang penuh rasa cinta itu rasa tercabar hanya kerana seorang manusia fana bernama Gyzeem Ezlyn.
"Haaargh!"
Skrash!
Pelayan itu bertambah takut apabila sang dewi yang dia kasihi itu membaling gelas kaca miliknya tepat di hadapan pelayan itu. Gelas kaca yang indah penuh dengan ukiran dan hiasan batu garnetella itu pecah berderai mengotori singgahsana sang dewi bersama dengan lebihan air bunga lili yang diekstrak menjadi wain kegemarannya.
"Kalian semua, berambus!"
Suaranya naik seoktaf. Dia begitu murka hingga yang tidak ada kaitan dengan masalah sang dewi itu ikut terkena tempiasnya. Semua penghuni yang ada di tempat itu terus bergerak menuju ke arah pintu keluar dengan langkahan kaki yang pantas. Setelah semua orang sudah pergi, dewi itu pun kembali duduk dengan dada yang terasa sesak. Pandangan matanya tertuju ke arah gelas kaca yang sudah pecah itu.
Walaupun dia memandang gelas kaca yang indah itu sudah pecah berderai yang merupakan pemberian daripada Dewi Bunga, fikirannya bukan tentang perasaan Dewi Bunga apabila mengetahui gelas kaca itu sudah pecah tetapi ianya berkaitan dengan Gyzeem. Setelah mengetahui cerita perihal Raja Una menyelamatkan Gyzeem di tengah padang pasir, hatinya yang penuh rasa cinta terhadap Raja Una mulai menunjukkan ketakutan yang mendalam. Bahkan, rasa ketakutan itu juga ada rasa iri hati.
Dia tidak senang duduk setelah mengetahui hal itu daripada Kanebti. Sebulan yang lalu, sewaktu dia hendak mencari Raja Una di istana sebelum kembali ke tanah pemerintahan Dewi Hutan, dia kebetulan bertemu dengan pengawal peribadi raja itu di gerbang istana. Dia bertanya tentang Raja Una namun apa yang dia dapat adalah berita yang kurang menyenangkan hatinya.
Gyzeem Ezlyn, wanita misteri yang tidak diketahui asal-usulnya membuatkan Dewi Cinta yang bernama Miray Rutvi ini tertarik terhadap Gyzeem. Bukan kerana dia mahu berteman dengan wanita itu tetapi dia cemburu apabila wanita asing itu berjaya menarik perhatian Raja Una yang sangat dia kasihi dan cintai dalam waktu yang sangat singkat. Dia bahkan yang menggelar dirinya itu Dewi Cinta mengambil waktu yang cukup lama untuk tawan hati sang penguasa padang pasir emas itu. Dewi Miray Rutvi sudah lama menaruh perasaan cinta terhadap Raja Una.
Usahanya memikat hati Raja Una memakan masa ratusan tahun dari sebelum Raja Una ditabalkan menjadi penguasa Empayar Padang Pasir Emas. Usaha keras dia selama ratusan tahun membuahkan hasil apabila Raja Una perlahan-lahan menunjukkan perasaan cinta terhadap dirinya. Sebelum penguasa padang pasir emas itu naik taktha, Dewi Cinta selalu berada di sisinya saat Raja Una berada dalam tekanan yang teruk lebih-lebih lagi berkaitan dengan kakanda Raja Una iaitu Raja Asesa seorang raja tirani pada era pemerintahannya.
Kemangkatan ibunda Raja Una juga merupakan salah satu daripada kezaliman Raja Asesa yang meracuni ibundanya. Matinya sang ibu yang dikasihi oleh Raja Una membuatkan dirinya berada dalam kesedihan. Pada masa itu, Raja Una benar-benar hilang semangatnya. Dewi Cinta yang punya perasaan cinta terhadap Raja Una mengambil peluang itu dengan memberikan baginda sokongan. Dia mengambil berat segala kesusahan yang dialami oleh Raja Una pada masa itu dan sering membantu baginda.
Hadirnya seorang peneman dalam hidup Raja Una, baginda tidak berasa sunyi lagi setelah kehilangan ibunda tercinta. Senyuman terukir di wajahnya saat Dewi Cinta hadir menemankan baginda saat baginda berasa kesepian di saat berada dalam tekanan politik.
Namun, setelah seratus tahun pemerintahan Raja Una di Empayar Padang Pasir Emas, ada batu penghalang yang mengganggu hubungan mereka yang sudah hampir ke puncaknya. Dewi Cinta, Miray Rutvi menunggu dengan sabar hari itu tiba apabila Raja Una berkata dengan tulus dari hatinya bahawa baginda juga punya perasaan yang sama terhadap dirinya. Dewi Cinta tidak mahu jadi yang pertama yang meluahkan perasaan itu tetapi dia mahu menjadi yang kedua. Biarlah baginya yang pertama itu Raja Una sendiri.
Walau bagaimanapun, penantian yang penuh kesabaran itu memakan dirinya. Sang dewi rasa tercabar apabila Gyzeem berjaya membuatkan hati Raja Una berubah dengan sekelip mata. Sesingkat itu hati yang harus menjadi milik Dewi Cinta dikebas oleh Gyzeem Ezlyn. Semua usahanya bagaikan tiada erti apabila mengetahui Raja Una menunjukkan perhatian lebih kepada Gyzeem yang tidak pernah dia dapat daripada raja itu selama ratusan tahun. Bermula dari hari itu, dia tertanya-tanya...
Siapakah dia di mata Yang Mulia, Raja Una?
_______________________________________
Thanks For Reading
Keep Voted + Comment
▪️Dewi Cinta, Miray Rutvi▪️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro