05
Bᴇʀᴋᴀʜ ᴀᴛᴀᴜ Kᴜᴛᴜᴋᴀɴ?
Fᴀᴋᴛᴀ ᴀᴛᴀᴜ Bᴏʜᴏɴɢ?
Rᴇᴀʟɪᴛɪ ᴀᴛᴀᴜ Mɪᴍᴘɪ?
_______________________________________
Tidak ada siapa pun yang mahu hidupnya dipenuhi dengan kutukan.
Tapi... ramai yang meminta diberkahi oleh dewa atau dewi.
Tidak ada yang suka namanya hidup dengan penuh kesialan.
Tapi... ramai yang suka namanya hidup penuh dengan keberuntungan.
Manusia takut dengan kematian.
Tapi... ramai yang mengambil jalan kematian.
Semua itu sering dia lihat. Setiap detik yang berlalu, ada sahaja pelbagai jenis ragam manusia yang dia lihat melakukan hal-hal yang tidak memberi faedah kepada kehidupan mereka yang sangat singkat.
Kebencian.
Iri hati.
Dendam.
Korupsi.
Membunuh.
Menganiaya.
Dan... pelbagai macam lagi hal-hal buruk yang sering dia lihat manusia di sekelilingnya sering lakukan.
Siapa yang boleh mengubah semua itu?
Jawapannya ada pada diri sendiri.
Jika berniat hendak berubah menjadi orang yang baik, maka jadilah baik. Jika berniat hendak menjadi orang terhina sepanjang hidupnya, maka jadilah hina!
_______
"Engkau ni siapa sebenarnya?"
Tidak ada yang dapat mengubah takdirnya. Dia terus dibenci walau dia bukanlah seorang penjahat keji.
"Jangan pernah sekali-kali kau pijak tempat ini lagi! Kau sudah banyak menyusahkan hidup aku..."
Satu demi satu orang yang berada dekat dengannya pergi.
Ada yang mati. Ada yang memutuskan persahabatan yang sudah lama terjalin. Ada yang tidak mengakui dirinya sebagai keluarga. Dibuang. Dihina. Diseksa emosi dan batinnya. Dia... tidak sekali pun membenci mereka mahu pun menyalahkan mereka kerana dia tahu... mereka tidak ada salah apa pun.
"Biar roda kehidupan kau penuh dengan tragedi seiring berjalannya waktu."
Dia tidak meminta tapi dia diberi sebelum hari kelahirannya lagi. Seperti yang diramal bahawa petaka akan datang.
"Bukan saya! Bukan saya yang lakukan!"
Gyzeem melihat dengan matanya sendiri. Bermula dari sedikit orang menjadi lebih banyak.
Apabila Utusan Langit turun ke bumi memberi kutukan kepada pendosa hina, sang perawan harus hidup dengan kutukan abadi tanpa dia tahu di mana salah silapnya. Sekelip mata sahaja hidupnya menjadi gelap. Terang yang dia lihat ditelan oleh kutukan yang diberi. Tidak ada yang bersimpati terhadapnya.
"Aku boleh menjadi saksi! Aku lihat dengan mata aku sendiri yang perempuan hina ini yang melakukan pembunuhan."
Inilah padah apabila darah sang dewi menjadi bukti kesalahan berat yang dia sudah lakukan. Kesalahan berat inilah yang mengundang kemarahan Penguasa Dunia hingga menyebabkan diri yang tidak bersalah dikutuk seumur hidup dan kota yang begitu makmur hancur dalam sekelip mata. Dia diberi kesempatan hidup di zaman baharu tapi kutukan abadi tetap selalu bersamanya.
Gyzeem mengasihani orang itu. Dia dituduh tanpa bukti yang kukuh. Baginya... semua itu tidak adil!
Tidak ada cara menghentikan Kutukan Abadi?
Mungkin ya. Mungkin tidak.
Gyzeem lihat... sang perawan yang dipandang berdosa oleh Penguasa Dunia cuba melakukan sesuatu. Setiap kali waktu berputar ke belakang atau ke hadapan, sang perawan tidak berhenti mengubah nasib hidupnya.
Tidakkah usaha itu hanya sia-sia?
Gyzeem terdengar kata-kata sang perawan itu,
'Jika saya perlu mati sekali lagi dan hidup lagi di zaman yang berbeza dengan tubuh dan wajah yang sama... saya tidak akan berhenti lakukan ini kerana saya mahu buktikan semua kesalahan yang ditunjukkan kepada saya di masa lalu adalah tidak benar. Saya mahu Penguasa Dunia yang telah menghantar Utusan Langit turun ke dunia memberikan kutukan abadi ini membuka matanya supaya melihat diri saya ini sekali lagi setelah sekian lama saya menunggu. Saya tidak pernah bersalah dan saya tidak pernah mengotori tangan ini dengan darah sang dewi yang saya sangat cintai.'
Itulah yang didengari oleh Gyzeem.
Setelah itu, langit menjadi merah bagaikan darah. Dunia kembali dilanda bencana dari zaman ke zaman. Setiap kali hadirnya dia, Langit Merah akan muncul. Tiada siapa yang dapat menjangkakan bila waktunya akan tiba.
Gyzeem berharap sang perawan bukan hanya sekadar bercerita. Semua ini bagaikan kisah dongeng kanak-kanak. Tapi...
mengapa dia rasa sang perawan itu sama sepertinya?
Gyzeem kembali berfikir.
Bukankah sang perawan diberi kutukan abadi?
Seharusnya begitu.
Jadi... di mana bahagian yang hilang dari cerita sang perawan?
Ada yang kurang dalam kisah itu. Tapi... apa?
_______
Gy...zeem.
Nama itu memberi suatu aura yang hangat tapi pada masa yang sama terasa... pilu.
Sudah dua hari berlalu sejak aku bermalam di taman ini dan dia masih belum sedar. Jnari pula aku lihat kurang tidur sejak akhir-akhir ini. Seharusnya dia tidak perlu memaksakan dirinya bekerja.
"....."
Sudah waktunya aku berangkat ke Kota Emas. Asnofre mungkin sudah sakit kepala mengurus hal di istana tanpa kehadiran seorang pemerintah. Ah, dia tidak mungkin akan sakit kepala. Setakat sehari dua bukanlah suatu masalah bagi Asnofre, Penasihat Raja I.
"Yang Mulia, kita harus bergerak sekarang."
Aku hanya mampu mengeluh. Aku sangat berharap wanita di hadapanku ini sedar selama aku berada di sini. Aku tidak sangka mengambil masa yang lama untuk dia sedar dari pengsannya. Dengan berat hati, aku terpaksa meninggalkan tempat itu. Aku tidak tahu bila lagi aku dapat datang ke sini kerana hari-hari aku sentiasa sibuk dengan tugasku sebagai seorang raja.
"Jnari,"
"Ya, Yang Mulia."
"Jika dia sudah sedar..."
Aku jeda seketika. Perhatianku masih pada wanita itu.
"...tolong berikan ini padanya."
Aku berikan sekalung azimat kepunyaanku kepada Jnari. Azimat itu merupakan azimat kesembuhan yang diberi oleh Dewi Hutan yang memberi aku kesihatan yang baik sepanjang waktu. Aku tidak pernah melepaskannya kerana azimat itu sangat berguna untuk diriku.
Tapi... hari ini aku melepaskannya. Aku berniat mahu memberikan azimat itu sendiri apabila wanita itu sudah sedar. Malangnya, aku tidak berpeluang memberikannya dengan tanganku sendiri.
"Yang Mulia, bukankah azimat kesembuhan ini sangat penting bagi Yang Mulia? Ini pertama kalinya saya lihat Yang Mulia melepaskan azimat ini kepada orang lain."
Aku pandang ke arah Jnari yang kelihatan terkejut.
"Beta boleh meminta Dewi Hutan buatkan lagi azimat seperti itu. Tidak usah kamu susah hati tentang kesihatan beta. Biarlah azimat itu beta berikan kepada yang lebih memerlukan."
"Yang Mulia, sungguh murah hati. Semoga kebaikan pemerintah kami sentiasa diberi kesihatan yang baik sepanjang waktu."
Aku tersenyum bangga apabila dipuji begitu. Aku mahu semua orang memandangku sebagai pemerintah yang baik dan mengasihi rakyatnya. Aku harus menunjukkan contoh yang baik kepada rakyatku di empayar ini. Aku tidak mahu menjadi seorang raja tirani. Bukan seperti kakandaku, Asesa.
_______
"...pulangkan sahaja azimat ini pada Yang Mulia, Raja Una. Saya tidak layak diberi apa pun yang menjadi milik Raja Una walaupun secebis kain jubahnya."
Pada akhirnya, aku harus menerima pemberian Raja Una yang sangat berharga itu.
Azimat kesembuhan.
Aku dengar, azimat kesembuhan tidak pernah baginda lepaskan sejak Dewi Hutan hadiahkan azimat itu sempena merayakan hari pertabalannya menjadi pemerintah agung di padang pasir emas ini.
"...kamu wanita yang cukup beruntung mendapat perhatian lebih daripada Yang Mulia, Raja Una. Pakailah azimat itu. Baginda sangat berharap sakit yang kamu alami itu akan berkurang dengan memakai azimat kesembuhan. Jika ada peluang, baginda ingin bertemu dengan kamu sekali lagi di masa akan datang."
Perhatian lebih?
Hahaha. Wanita misteri sepertiku mendapat perhatian lebih?
"Jujur saja daripada saya, saya tidak pernah melihat mata Raja Una yang begitu mengambil berat terhadap seseorang. Kali terakhir saya lihat mata begitu pada hari-hari terakhir Ibunda Ratu, Subira masih hidup. Saya bukannya mahu bercakap di belakang Raja Una tapi... baginda itu sebenarnya berasa sunyi."
Sunyi?
Mengapa kisah Raja Una ini bagaikan kena pada hati aku? Suatu perasaan yang terasa... kosong... sepi.
Adakah perasaan ini sisa-sisa ingatanku? Aku mahu ingat semuanya tapi aku takut kepalaku sakit dan mungkin aku tidak akan sedarkan diri lagi beberapa hari. Aku tidak mahu menyusahkan Jnari, tabib diraja ini yang sudah bertungkus-lumus merawatku.
"...mungkin... kamu ini hadiah yang diberikan Penguasa Dunia kepada Raja Una untuk isi hati yang sunyi ini. Hehehe... jangan ambil serius apa yang saya katakan. Saya cuma bergurau..."
Kata-kata itu buat aku berfikir hingga ke larut malam.
"Maksudnya... menjadi pendamping hidup Raja Una? Huh... ada-ada sahaja tabib itu."
_______________________________________
Thanks For Reading
Keep Voted + Comment
▪️Jnari▪️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro