Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

02

Hᴀᴅɪᴀʜ

_______________________________________

Terlalu banyak hadiah yang aku terima sejak akhir-akhir ini.

"Huh..."

Aku mengeluh lagi. Aku bangkit dan menuju ke arah peti-peti hadiah pemberian Raja Una. Semuanya ada lima buah peti. Aku yang tidak ada apa-apa hal hendak dilakukan di tempat itu terus menyelongkar semua peti yang berisikan pakaian indah.

Aku boleh katakan, semuanya begitu cantik dan sesuai dengan cita rasa aku. Hinggalah aku menemukan sepasang gaun berwarna biru. Apabila aku angkat pakaian itu dan sesuaikannya pada tubuhku, tiba-tiba sahaja kepalaku berdenyut kencang hingga terlepas pakaian indah itu dari tanganku.

Terus sahaja aku cepat-cepat memegang kepalaku yang entah kenapa aku melihat suatu bayangan namun masih samar-samar.

Adakah itu memori aku?

_______

"Sudah lama kita tidak singgah di tempat ini. Kakak gembira bila kamu setuju untuk datang ke tempat ini lagi setelah tujuh tahun berlalu. Kakak sangat rindu suasana dekat pantai ini."

Gyzeem memandang ke arah kakaknya, Varuna. Mereka duduk di tepian pantai yang berbatu. Suasana pada hari itu sangat tenang dan terasa lebih santai. Adanya kakak yang sering mengambil berat terhadap dirinya ketika berada jauh dari keluarga membuatkan hati yang rindu terubat.

"Saya memang mahu singgah ke tempat ini, kakak. Pantai ini banyak menyimpan kenangan manis kita bersama ibu. Sudah tujuh tahun berlalu, tidak sangka ibu sudah lama meninggalkan kita berdua adik-beradik. Kakak...satu-satunya keluarga yang Gyze ada. Biarlah hari ini saya hendak menyimpan satu lagi memori manis bersama orang yang saya sayang iaitu kakak sendiri." melalui nada bicaranya, Varuna merasakan adiknya itu sedang bernostalgia mengenangkan masa lalu.

Dia lantas mengalihkan pandangannya ke arah Gyzeem yang pada masa itu juga melihat ke arahnya. Varuna tersenyum dan dia pun berpindah tempat duduk dengan mendekati jaraknya bersama dengan Gyzeem. Kedudukan mereka pada saat itu sangat rapat.

"Kalau ibu masih hidup dan dapat tahu kamu menjadi pelayan suci di Kuil Aruba, dialah wanita yang paling gembira di dalam dunia. Kamu sejak dari lahir lagi memang dianugerahkan sebuah keistimewaan yang jatuh dari langit pada malam kelahiran kamu. Kamu punya kekuatan yang sama persis seperti seorang dewa. Kamu harus gunakan kekuatan yang diberkahi oleh kekuatan dewa dengan saksama. Gunakanya untuk lindungi yang lemah." Varuna tidak segan silu memeluk adiknya itu dengan penuh kasih sayang.

Perbuatan itu dibalas oleh Gyzeem dengan perasaan yang sudah bercampur-baur.

"Sudah tentu saya akan gunakannya dengan hemat, kakak. Tidak lama lagi saya akan diberi gelaran Maiden. Tidakkah mereka rasa itu terlalu cepat? Saya rasa pengalaman dan ilmu yang saya ada masih belum cukup di dada. Saya baru tiga tahun memegang gelaran Kepala Pendeta dan sekarang tiba-tiba sahaja naik menjadi Maiden di Kuil Aruba." dalam diam, Gyzeem sebenarnya rasa berdebar menanti hari itu tiba.

Menjadi seorang Maiden bukanlah perkerjaan yang mudah. Rakyat di Kota Apia akan selalu datang ke tempat suci mereka iaitu Kuil Aruba untuk mendapatkan nasihat dan ajaran daripada seorang Maiden.

Apa dia boleh memegang peranan Maiden itu dengan baik setelah Deliria Tadola turun dari kerusi Maiden dan menyerahkan tugas itu padanya?

Itu apa yang pernah Gyzeem fikirkan setelah perjumpaannya dengan Maiden satu minggu yang lalu. Dia boleh sahaja tolak permintaan Maiden tapi melihat Maiden sungguh-sungguh meletakkan kepercayaannya pada Gyzeem, dia tidak dapat menolak. Maiden sudah lama mengetahui kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri Gyzeem. Maiden tahu lebih banyak tentang dirinya. Melalui berkah yang diterima Gyzeem itu, Maiden percaya Gyzeem dapat melindungi rakyat di Kota Apia dengan bantuan Dewi Anahita.

"Maiden memilih kamu pun sebab dia nampak potensi kamu, Gyze. Kamu itu seorang pekerja keras, rajin dan tidak pernah sekali pun mengecewakan para tetua di sana. Sikap kamu yang terpuji itu dan usaha kamu selama ini memang banyak mendapat perhatian mereka. Kekuatan orang muda seperti kamulah yang sangat diperlukan oleh Kuil Aruba tempat suci kita itu. Maiden menyerahkan gelaran itu pun sebab dia juga sudah tidak sihat dan sering sakit-sakit. Pemilihan Maiden harus dilakukan juga untuk menggantikan Maiden yang lama kepada Maiden yang baru. Kakak percaya yang kamu boleh, Gyze. Kakak sentiasa doakan kamu." Varuna menyemangati Gyzeem yang kelihatan ragu-ragu terhadap pemilihan Maiden itu.

Sudah pasti Gyzeem orang yang dipilih oleh tetua yang ada di Kuil Aruba. Mereka sudah meletakkan kepercayaan penuh pada Gyzeem Ezlyn.

"....."

Gyzeem tidak membalas kata-kata kakaknya itu membuatkan Varuna mengeluh. Dia faham bahawa adiknya itu masih berasa ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya sendiri. Tidak mahu adiknya itu terlalu memikirkan terus tentang pemilihannya menjadi seorang Maiden, Varuna pun mengubah topik perbualan mereka.

"Tiga hari yang lalu kakak ada minta tolong pak cik Adol hantarkan barang untuk kamu di sana. Kamu sudah dapat barang itu daripada pak cik Adol yang dihantar kepada kamu?" tanya Varuna. Pelukannya pada tubuh Gyzeem dilepaskan.

Gyzeem yang ditanya oleh kakaknya perihal barang yang dimaksudkan kakaknya itu cuba mengingat sesuatu.

"Hmm... oh ada. Barang tu dalam bungkusan kain hitam betul tidak?" kata Gyzeem. Varuna angguk seraya tersenyum apabila Gyzeem mengaku barang itu sudah sampai di tangannya.

"Kamu suka?" soal Varuna.

"Hehehe. Saya tak sempat buka barang yang kakak minta tolong pak cik Adol hantarkan tu. Masih tersimpan kemas dekat meja bilik saya. Saya langsung terlupa tentang barang tu sebab saya sangat sibuk sejak akhir-akhir ini. Maaflah ya, kakak. Jangan risau kalau kakak cakap fasal suka atau tidak sebab... apa pun kakak bagi tetap menjadi kesukaan saya. Kakak tahu apa yang saya suka sudah pasti barang yang kakak bagi tu sesuatu yang saya suka juga." Gyzeem membalas soalan Varuna itu membuatkan hati kakaknya gembira.

Walaupun sudah lama tidak berjumpa, sikap dan keramahan Gyzeem masih tetap sama seperti dahulu. Tidak pernah berubah.

_______________________________________

Thanks For Reading
Keep Voted + Comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro